Thursday, December 13, 2018

100 terima sumbangan dalam siri 1 back to school


Seratus pelajar dari ketiga-tiga Dun dalam Parlimen Kuala Krau menerima barangan peralatan sekolah dalam siri 1 program Bantuan Back to school di dewan Masjid Lama Bandar Jengka petang tadi.

Program dianjurkan bersama Sekretariat Dun Jengka, Lajnah Kebajikan Parlimen Kuala Krau dan Muslim Care.

Sumbangan disampaikan oleh Adun Jengka yang juga Yang Dipertua PAS Kuala Krau Ustaz Shahril Azman Abdul Halim.

Turut hadir Timbalan Yang Dipertua PAS Kuala Krau Ustaz Kamal Ashaari dan Timbalan Presiden Muslim Care, Johari Ismail.

Selain peralatan sekolah, keluarga kurang berkemampuan yang dipilih melalui cawangan itu diagihkan juga dengan beras dan gula.

Dalam pada itu, Shahril memberitahu akan ada tiga siri lagi bantuan kepada pelajar yang akan diadakan minggu depan iaitu di Jengka 11, Jengka 20 dan Masjid Lama sekali lagi.

Program Back to school merupakan acara tahunan PAS Jengka. Istimewanya tahun ini mendapat suntikan daripada 
Muslim Care.

NGO tersebut merupakan pertubuhan yang begitu aktif membantu termasuk ke negara-negara Islam yang ditimpa musibah seperti Palestin, Palu Sulawesi dan Lombok.

Bagi dermawan yang ingin turut bersama membantu mereka yang memerlukan, boleh salurkan sumbangan ikhlas ke akaun Bank Islam no. 06037010011573 atas nama PEJABAT ADUN JENGKA.

No comments:

Post a Comment