Friday, December 7, 2018

5,000 hadiri Himpunan Perpaduan Kesatuan Ummah 612 Temerloh Bergema

Peserta himpunan dari pandangan jauh 
Kira-kira 5,000 orang hadir di Himpunan Perpaduan Kesatuan Ummah 612 Temerloh Bergema malam tadi yang berlangsung  di Dataran Temerloh malam tadi dengan penuh aman.

Program yang dianggap bersejarah kerana mengumpulkan dua kumpulan terbesar Melayu itu dimulakan dengan solat maghrib dan kuliah maghrib yang disampaikan oleh Ketua Dewan Ulama Pas negeri Ustaz Mokhtar Senik diikuti solat hajat dan Isyak.


Kemudian majlis dimulakan dengan ucapan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Beserah yang juga pengerusi program iaitu Andansura Rabu dikuti ucapan oleh Ketua UMNO Bahagian Temerloh, Datuk Seri Mohd. Sharkar Shamsudin yang juga Pengerusi Bersama Himpunan Aman Kesatuan Ummah Pahang.
 
Pimpinan PAS Pahang berada di pentas utama.
Ustaz Rosli (tengah) pertama kali duduk bersebelahan Ismail Sabri
Selepas itu dituruti pidato oleh Naib Ketua Muslimat PAS Malaysia Salamiah Mohd Nor yang juga Ketua Muslimat PAS Pahang, Ketua Penerangan UMNO Malaysia Mohd Shahar Abdullah, Timbalan Pengerusi UMMAH Malaysia Haji Kamaruzzaman Mohamad.

Seterusnya pidato daripada Ketua Wanita UMNO Malaysia Dr. Noraini Ahmad, Ustaz Rosli Abdul Jabar dan Naib Presiden UMNO Malaysia Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Kemuncaknya ialah pidato penuh bersemangat daripada Timbalan Presiden PAS Datuk Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian sebelum berakhir kira-kira jam 11.15 malam.

Perhimpunan bersejarah ini juga turut disaksikan oleh masyarakat seluruh dunia melalui pancaran secara 'live' yang diusahakan oleh media internet TVmakmur.

Rata-rata menganggap program yang dirancang dalam masa yang singkat ini dianggap berjaya menyuntik semangat dan lonjakan sebelum ke himpunan yang lebih besar membantah ratifikasi ICERD di Dataran Merdeka, pada 8 Disember 2018 nanti.

No comments:

Post a Comment