Wednesday, December 12, 2018

TH: Tubuh RCI dulu, jangan politik

Isu kerugian Tabung Haji (TH) dilihat satu lagi muslihat untuk menghukum kerajaan lama melalui mahkamah media, sedangkan ia belumpun lagi dibicarakan.

Naib Presiden PAS Ustaz Idris Ahmad dengan tegas meminta ditubuh segera Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi disiasat segera selanjutnya diambil tindakan kepada yang bersalah untuk menyelamat Institusi kewangan umat Islam yang terbesar itu.

Katanya, pada masa ini, menteri hanya berbicara di mahkamah media. Lagipun kuasa sudah ada lalu janganlah masih berlagak seperti pembangkang. Tidak perlu cakap banyak, ambil sahaja tindakan terhadap mereka yang terlibat kerana kebajikan pendeposit mesti diutamakan. 


“Jangan pula menjadi alasan untuk tidak memberi hibah kepada pendeposit TH pada tahun ini.

“Kenapa perlu TH diletak di bawah Bank Negara, sedangkan penubuhan TH di bawah Perbadanan Wang Simpanan Bakal-Bakal Haji ditubuhkan pada bulan November tahun 1962, dan beroperasi pada 30 September tahun 1963.”

Perbadanan ini wujud hasil penerimaan kertas kerja Yang Mulia Profesor Di Raja Ungku Aziz bertajuk "Rancangan Membaiki Ekonomi Bakal-bakal Haji" pada tahun 1959.

“Saya bimbang TH diletakkan di bawah Bank Negara ia terkeluar daripada matlamat  penubuhannya. Masihkah Jamaah Haji mampu mendapat subsidi apabila diletak di bawah TH.?

“Bank Rakyat yang mengalami masalah satu ketika dahulu, termasuk pinjaman RM32  juta kepada Deepak  Jaikishan tauke permaidani, tanpa faedah tidak pula diserah kepada Bank Negara?,” soalnya. 

Tindakan meletakkan TH di bawah SPV (seperti diumumkan oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Seri Zukri Samat) dilihat sangat tergesa-gesa sedangkan apa yang sewajarnya ialah tubuh RCI samada TH ada penyelewengan.

Yang dibimbangi jika sekiranya Bank Negara mengambil alih TH ialah dividen kepada pendeposit mungkin kurang atau tidak akan diberi langsung atas alasan rugi.

Kemungkinan yang lain ialah subsidi untuk jemaah haji ditarik balik dan penstrukturan semula TH akan akibatkn pekerja-pekerja TH terpaksa diberhentikan.

No comments:

Post a Comment