Friday, January 31, 2020

Rayuan derma untuk Tahfiz Al Banna terbakar

Pesuruhjaya PAS Pahang Ustaz Rosli Abdul Jabar, semalam meluangkan masa melawat Sekolah Rendah Islam Tahfiz Al Banna, Bandar Tun Razak Jengka yang mengalami musibah kebakaran pada minggu lalu.

Beliau yang juga Adun Tanjung Lumpur, turut menyampaikan sumbangan sebagai bantuan segera bagi meringankan pihak pengurusan tahfiz kepada timbalan pengerusinya Kamaruzaman Yusof.

Wednesday, January 29, 2020

Laporan polis berikutan edaran risalah Kristianisasi

Andan (lima, kiri) turut hadir ke Balai Polis Beserah


KUANTAN: Demi mengelakkan ancaman serta rasa tidak selesa umat Islam di kampung-kampung sekitar Beserah, satu laporan polis telah dibuat berkaitan pengedaran risalah kristianisasi semalam.  

Tuesday, January 28, 2020

Dahulukan kasih sayang elak kebencian dalam era Muafakat Nasional

MARAN: Adun Chenor Ustaz Mujibur Rahman Ishak mengingatkan ahli-ahli PAS, betapa perlunya mendahulukan kasih sayang dalam perhubungan berbanding menyemai kebencian dalam era politik baharu Muafakat Nasional ini.

Friday, January 24, 2020

Amal Pahang tubuh pasukan bantuan kecemasan jalan raya sempena raya Cina

Sambutan Tahun Baharu Cina 2020 bermula malam ini. Di samping dengan cuti hujung minggu, kenderaan dijangka bertambah dengan mendadak di jalan raya. Khususnya yang bergerak dari Lembah Kelang, sudah tentu menuju ke Utara, Selatan dan Timur Semenanjung.

Justeru cuti yang agak panjang diambil kesempatan untuk meluangkan masa bersama keluarga dan rakan-rakan. Tidak terkecuali untuk pulang ke kampung. Atau mungkin menjadi peluang untuk rekreasi dan aktiviti lasak, juga ke Tanah Tinggi Cameron Highlands.

Wednesday, January 15, 2020

Kes Influenza A dikesan di Temerloh

Kes penyakit yang menggusarkan negara pada masa ini, Influenza A, dilaporkan mula menular di daerah Temerloh melibatkan dua orang pelajar Sekolah Kebangsaan Paya Pulai

Menurut Timbalan Sektor Pembangunan Murid, PPD Temerloh, Hj. Mohd. Affendey Hj. Mohd. Saad dalam satu kenyataan yang diedarkan, mangsa melibatkan pelajar dua beradik.

Tuesday, January 14, 2020

Murtad adalah urusan insan dengan Tuhan - G25?

Oleh DR RIDUAN MOHAMAD NOR 

Seperti bala sedang menghempap tanah leluhur apabila fahaman neo muktazilah, Islam Inklusif atau Islam liberal sedang merayap dan mengukuhkan akarnya. Suara lantang agar rakyat dibenarkan memilih agama tanpa perlu adanya sekatan perundangan atas nama  oleh bekas penjawat awam kanan, G25 adalah sangat meruntun hati nurani umat Islam. Kebebasan murtad atau menukar agama di atas nama keharmonian kaum dan merapatkan jurang segregasi kaum adalah racun yang membunuh akidah.

Friday, January 10, 2020

Nasib jawi tidak seberuntung tanglong



Apabila isu pembelajaran jawi di sekolah vernakular dipertikaikan, tidak kelihatan langsung menteri-menteri Melayu muncul membuat sidang media mempertahankannya. Walhal, jawi itu amat berkait dengan bahasa Melayu yang merupakan sebahagian daripada perlembagaan negara

Malah Menteri Pendidikan sendiri terpelanting akibat meneruskan pembelajaran jawi.

Thursday, January 9, 2020

Gadis aksi superman ditahan polis

MARAN: Seorang gadis yang menunggang motosikal dengan aksi ala Superman dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam atas kesalahan menunggang secara melulu dan berbahaya mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987.


Presiden Pas dan politik Asia Barat

Oleh ABDUL MUEIN ABADI  
Ketika ramai masih terperangkap dengan pemikiran sempit yang hanya melihat politik Asia Barat dengan pandangan hitam putih sahaja yang kaku, jumud dan rigid antara ‘Syiah vs Sunni’ semata-mata, Tuan Guru Abdul Hadi Awang jelas menegaskan sudut pandang kepentingan geopolitik Islam merentas negara-bangsa tertentu sahaja – bahkan bersifat fleksibel menurut keutamaan semasa.

Friday, January 3, 2020

Peletakan jawatan Dr Maszlee kemenangan besar untuk DAP?

DR KAMARUL ZAMAN YUSOFF

Berdasarkan pemerhatian saya, dalam ramai-ramai Menteri, Dr Maszlee Malik adalah Menteri yang paling kerap mendapat serangan daripada pemimpin DAP.

Dalam enam isu besar ini, beliau telah diserang beramai-ramai oleh pemimpin DAP.

Isu 1: Tiada peruntukan sekolah menengah persendirian Cina

Permainan politik perkauman buatkan Maszlee tersingkir

Oleh JUNHAIRI ALYASA

PERJUANGAN politik Dr Maszlee Malik menempuh satu fasa yang berliku apabila beliau melepaskan jawatan sebagai Menteri Pendidikan semalam setelah memegang jawatan itu selama 19 bulan sejak Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).