Thursday, June 9, 2011

Apabila 10 budak hitam mahu bantah Bersih 2.0....

Saya ketawa besar apabila membaca berita ‘NGO bantah himpunan Bersih’ di halaman P 9 akhbar Sinar Harian hari ini.

Saya tidak tahu dari manakah datangnya ’10 budak hitam’ yang mendakwa mewakili pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Temerloh petang kelmarin bagi membantah himpunan Bersih anjuran Badan Bertindak Demokrasi itu.

Laporan polis diketuai Syed Kamarudin Syed Mohd Nasir bersama kira-kira 10 pemuda kira-kira jam 3 petang kelmarin mendesak kerajaan khususnya pihak berkuasa supaya menggagalkan perhimpunan itu bagi menghalang perhimpunan berkenaan demi keharmonian, kesejahteraan dan keselamatan negara.

Demikian lapor akhbar berkenaan.

Yang menyebabkan saya tergelak besar ialah mereka mahu menghalang tuntutan membersihkan pilihan raya itu yang kata mereka akan diadakan pada 19 Jun ini. Tarikh itu tidak betul (itu mungkin berhampiran tarikh Perhimpunan Agung Umno), yang betulnya Perhimpunan Bersih 2.0 ialah pada 9 Julai!

Itulah mahu membantah sangat, tapi tarikh perhimpunan pun tak tahu!

Apalah punya standard penyokong Umno ni!

Antara laporan polis ’10 budak hitam itu’: “Dalam Muktamar PAS baru-baru ini Timbalan Presiden PAS dalam ucapan penggulungannya mengajak semua pemimpin, ahli Pakatan Rakyat (PR) dan rakyat Malaysia supaya truut hadir menyertai demonstrasi berkenaan yang diadakan di Kuala Lumpur.”

Komen saya, dalam ucapan penggulungan atau penangguhan, Tuan Haji Mohamad Sabu tidak menyentuh langsung tentang Himpunan Bersih 2.0, begitu juga presiden. Tetapi ianya dibahaskan dalam usul sebelum itu.

’10 budak hitam’ ini ikuti perbahasan Muktamar PAS pun tidak tetapi hanya dapat maklumat daripada Umno. Jadi buatlah laporan polis yang tak betul fakta!

“Kami mewakili NGO dari Temerloh menggesa kerajaan khususnya pihak berkuasa supaya dapat menghalang usaha dilakukan pihak tertentu itu demi kepentingan dan keselamatan negara.”

Keselamatan negara? Ketika Bersih 2007 dulu berapa nyawa yang melayang? Yang cedera? Kalau mengancam keselamatan, kenapa peserta himpunan membawa sekali anak-anak kecil dan orang tua! Maknanya, ini sah sekadar mendengar maklumat daripada Umno!

“Tindakan yang dilakukan sangat tidak patut dalam sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi dan sudah tentu jika ia dilakukan akan menimbulkan ketegangan dan keresahan dalam kalangan rakyat jelata,” katanya.

Itulah yang ‘10 budak hitam’ tak faham, sebagai sebuah negara demokrasi, hak an kebebasan berhimpunan dibenarkan dalam perlembagaan. Malah hasrat perhimpunan tersebut ialah bagi menuntut demokrasi tulen. Jika tidak, itu kuku besi namanya. Barangkali itu yang mereka tak tahu!

Sehubungan itu ’10 budak hitam’ yang mendakwa mewakili NGO juga mendesak rakyat Malaysia supaya tidak terpengaruh dengan ajakan golongan terbabit yang menggunakan demonstrasi jalanan sebagai cara untuk meraih kepentingan politik mereka.

Sebenarnya himpunan Bersih 2.0 bukan sekadar demonstrasi jalanan seperti yang difahami. Jika mahu tahu objektifnya, bertemulah dengan mana-mana pimpinan Pakatan Rakyat yang terdekat dan nescaya mereka akan ceritakan bahawa betapa perlunya sistem pilihan raya di negara ini ditransformasi.

Nasihat saya, bukalah mata dan tadahlah telinga serta tenangkan hati dan berbincang dengan rasional. InsyaAllah, boleh faham kenapa pencinta demokrasi mahukan perubahan!

Lagi satu, kalau tak tahu baiklah diam. Sebab bila diam orang tak tahu yang kita tak tahu. Tapi bila berbunyi, sah orang kata kita tak tahu apa-apa pun!


4 comments:

  1. yang buat ganas adalah polis.. fru.. so kalau betul nak elakkan keganasan bagaimana jika polis memberi kerjasama mengosongkan jalan pada masa itu? kan habis cerita.....

    bagi peluang demonstrasi
    aku paling menyampah dengan FRU ..orang yang tengah ucap TAKBIR pun kena pukul dengan cota dia tu

    ReplyDelete
  2. buatlah perhimpunan dan lalu di petaling street. jangan lalu berdekatan masjid india.

    ReplyDelete
  3. aku pun dah tak jadi nak pi jalan-jalan kat kl pasal BERSIH ni, tiket dah bayar tapi kirim salam je lah, lain kali better pi tempat lain je lah, harap nak enjoy ngan family tapi kalau kl pun dah mula buat demo sana, demo sini, better aku direct pi bandung jer... daripada pi kl... ishyy tak selamat!

    ReplyDelete