Friday, June 24, 2011

Meramal kabinet baru PAS Pahang



“Beranikah Ustaz Tuan membuat perubahan besar kabinet baru PAS Pahang?”, sekurang-kurangnya itulah persoalan yang kerap dilontarkan oleh sahabat-sahabat rapat apabila bertemu.

Persoalan itu merujuk kepada Pesuruhjaya PAS Pahang Ustaz Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, yang akan menamakan kabinet barunya bagi negeri Pahang, besok (Sabtu) 25 Jun.

Persoalan begitu ditanyakan, adalah bersandarkan “kelembutan” Ustaz Tuan dalam tindakan dan mengambil sebarang keputusan yang lepas-lepas.

Seperti sepatah kata Ustaz Tuan satu masa dulu: “Perkara yang paling ana lemah ialah membuang orang,” begitu katanya kerana tidak mahu kehilangan sahabat.

Namun begitu Ustaz tetap dihormati. Cuma mungkin oleh kerana beliau menjadi pemimpin sebuah parti politik, maka reaksi daripada orang-orang politik sudah tentulah kadang kalanya kasar jika sebarang keputusan tidak memuaskan hati mereka.

Persoalan “perubahan” yang ditanya oleh sahabat itu adalah merujuk kepada kabinet PAS negeri-negeri lain yang banyak berubah. Kerana ini merupakan kabinet pilihan raya umum ke 13. PAS Pahang antara yang terakhir bermesyuarat menentukan kabinetnya.

Negeri-negeri Kelantan, Terengganu, Kedah, Selangor, Negeri Sembilan, Perak sudah membuat perubahan besar barisan kepimpinan negeri masing-masing.

Mesyuarat Perhubungan akan dihadiri oleh Ustaz Tuan bersama 14 Yang Di Pertua PAS kawasan bersama Setiausaha masing-masing. Selain itu Ketua dan Setiausaha Dewan Ulamak, Pemuda dan Muslimat juga akan hadir.

Hak prerogatif Ustaz Tuan ialah melantik tiga Pesuruhjaya, Setiausaha Perhubungan, Bendahari, Ketua Penerangan dan Pengarah Jabatan Pilihan Raya Negeri (JPN), selain ketua-ketua lajnah.

Apa yang cuba dipersoalkan oleh sahabat tadi, mampukah Ustaz Tuan membariskan satu team yang mampu menghadapi pilihan raya nanti. Perubahan kepada team yang mantap amat perlu kerana jika merujuk kepada ucapan Setiausaha Majlis Syura Ulamak PAS, Ustaz Nik Zawawi Salleh di Lanchang baru-baru ini, Pahang setaraf Terengganu hanya memerlukan 5 % sahaja lonjakan daripada keputusan PRU 2008 untuk Pakatan mengambil alih Wisma Sri Pahang!

Semua itu tidak mustahil berdasarkan kebangkitan peneroka Felda dan penghuni bandar pada masa ini!

Namun begitu apakah team 2009-2011 Ustaz Tuan mampu mara mengaut peningkatan undi 5 %?

Ustaz Tuan pula pada masa ini dilantik sebagai Ketua Penerangan PAS Pusat, yang saya anggap lebih penting dan ‘banyak kerja’ daripada Naib Presiden. Beliau bertanggungjawab terhadap perancangan penerangan parti. Institusi Harakah juga terbeban ke atasnya.

Maka siapakah yang boleh membantu beliau di negeri Pahang bagi menggalas harapan ke Wisma Sri Pahang?

Jika perlukan line-up baru, siapakah yang akan diketengahkan bagi membantu Ustaz Tuan? Semua nama-nama berpotensi mulai menjadi sebutan di luar mesyuarat.

Saya tidak mahu meramal. Kelaziman Ustaz Tuan, ialah beliau tidak memutuskan nama tokoh bagi setiap jawatan, akan tetapi dibawanya bermesyuarat dan kadang-kadang terpaksa mengundi.

Pada anggapan saya, Ustaz Tuan mempunyai “kasyaf” tersendiri untuk memilih calon yang sesuai, namun kadang-kadang “tewas” dengan pengundian bermesyuarat. Tidak mengapa, itu syura!

Cuma di akhir tulisan ini saya mengharapkan pasukan pemikir PAS Pahang iatu PPPP mestilah dipulihkan kembali dengan segera. Teraju pemikir PAS Pahang itu tidak boleh dibiarkan mati tetapi mestilah mulai digiatkan membuat kajian demi kajian setiap aspek mulai sekarang.


4 comments:

  1. Salam...perubahan untuk kemajuan. Untuk kemajuan perlu pengorbanan.
    pengorbanan untuk kemenangan.Berkorban dan terkorban tak semestinya keciciran dalam perjuangan tetapi untuk kebaikan ummah keseluruhannya.OLIH ITU HARAPAN SAYA ,DATUK TUAN JANGAN TAKUT BUAT PERUBAHAN DEMI UNTUK KEMAJUAN PAS PAHANG...

    ReplyDelete
  2. Pesuruhjaya : Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man
    Timbalan PJ 1 :Us Rosli Jabar
    Timbalan PJ 2 :Dr Hamzah Jaafar
    Timbalan PJ 3 :Dr Mohamed Nilam Abd Manaf
    S/U Perhubungan :Roslan Zainal
    K/ penerangan : Ust Suhaimi Saad
    Bendahari :Ir Musanif Abd Rahman
    Ketua D. Pemuda :Us Shahril Azman b. Abd Halim AlHafiz
    Ketua D. Ulamak :Ust Kamal Shari
    Ketua D. Muslimat:Pn Salamiah bt Mohd Nor
    Pengarah JPR :Abdullah karim

    Inilah kabinet yang bertenaga sepatotnya..

    ReplyDelete
  3. He'eleh... Lah karim tu nak masuk kabinet Anwar jer, bukannya nak masuk kabinet Ustaz Tuan bro...

    ReplyDelete
  4. masuk fadly ramle pguam rompin jd ajk pas pahang

    ReplyDelete