Oleh OSMAN AFFAN
Pembuka kata
Bahasa Inggeris boleh jadi satu subjek yang sangat ditakuti di sekolah. Menurut ggeris dan mampu bertutur dengan lancar dalam bahasa ini. Kita akan terus bincangkan bagaimanakah caranya anda boleh memajukan tahap kemahiran anda berbahasa Inggeris ini.
Sebelum itu, satu perkara yang ingin saya kongsikan bersama anda ialah, sedar atau tidak, jika seseorang itu lemah dalam subjek Bahasa Inggeris di sekolah rendah, dia akan terus lemah hingga masuk ke sekolah menengah, kolej mahupun universiti. Pelik bukan? Benar, bukan semua pelajar begini tetapi majoritinya begitu. Bagi yang berjaya keluar dari kepompong masalah lemah subjek Bahasa Inggeris, pasti ada sesuatu yang telah mereka berjaya lakukan hingga mereka berubah daripada lemah subjek Bahasa Inggeris kepada hebat dan boleh bertutur dengan lancar dalam subjek tersebut.
Jadi, dalam topik 7 petua pandai Bahasa Inggeris ini, saya akan kongsikan tips dan teknik yang digunakan oleh pelajar-pelajar yang berjaya memajukan pencapaian mereka dalam subjek Bahasa Inggeris. Mahukah anda tahu petua-petua dan tips-tips ini semua? Kita mulakannya esok. Selamat membaca.
Petua 1
Mari kita mulakan dengan petua yang pertama. Petuanya ialah ‘kegagalan atau kelemahan anda pada masa yang lalu bukanlah petunjuk kepada kebolehan diri anda’. Bagi saya, jika anda mahu memajukan tahap penguasaan Bahasa Inggeris anda, petua pertama ini adalah petua yang paling penting. Mengapa?
Saya percaya, halangan utama untuk menguasai subjek Bahasa Inggeris bermula di dalam minda anda. Jika selama ini anda lemah dalam subjek ini, selalu gagal dalam peperiksaan atau mendapat gred yang tidak memuaskan, selalu diketawakan apabila berbahasa Inggeris dan selalu merasa tertekan apabila berada di dalam kelas Bahasa Inggeris, anda akan hadapi kesukaran untuk menguasainya.
Selalunya, jika tahap penguasaan bahasa Inggeris anda lemah, anda pasti ada masalah keyakinan diri untuk mempelajari subjek ini. Anda juga akan hilang keinginan untuk mempelajarinya kerana anda percaya bahawa anda memang tidak berbakat dan tidak mungkin menguasainya. Satu berita baik untuk anda, seperti yang saya katakan pada awal petua ini, kegagalan yang lepas bukanlah kebolehan sebenar anda. Menurut satu kajian, otak manusia mempunyai kebolehan untuk mempelajari 12 bahasa tanpa sebarang masalah. Masalahnya cuma terletak pada minda di mana anda mungkin selalu memandang rendah pada kebolehan diri sendiri.
Begini. Mulai hari ini, apabila anda mahu belajar Bahasa Inggeris, lupakan kegagalan anda yang lalu. Bayangkan suatu ketika pada masa akan datang. Bayangkan anda sudah biasa bertutur di dalam Bahasa Inggeris. Bayangkan anda sedang berbual-bual dalam bahasa Inggeris dengan beberapa pelancong daripada Eropah. Rasakan betapa seronoknya apabila anda dapat bertutur dalam bahasa ini dengan begitu lancar dan mudah.
Mulai hari ini, apabila anda mahu membaca sesuatu dalam bahasa Inggeris, bayangkan dahulu yang anda memang sudah biasa menggunakan bahasa ini dalam kehidupan seharian anda.
Mulai hari ini, apabila anda berdiri di hadapan cermin, cuba senyum dan bayangkan yang anda sedang bercakap dalam Bahasa Inggeris dengan lancar. Anda tidak perlu menyebut apa-apa langsung. Anda cuma perlu senyum, jangan berkata apa-apa dan bayangkan yang anda sedang berbicara dalam bahasa Inggeris.
Bunyinya mungkin agak pelik tetapi jika anda lakukan beberapa kali dengan bersungguh-sungguh, anda akan mula rasa keyakinan diri anda meningkat. Apabila keyakinan diri ini meningkat, akan timbul keinginan dalam diri anda untuk terus berusaha memajukan tahap penguasaan bahasa Inggeris anda.
Selamat mencuba.
Petua 2
Untuk petua yang kedua, cuba anda lihat pekerja-pekerja asing yang bekerja di Malaysia. Adakah mereka masuk ke kelas belajar bahasa Melayu? Adakah mereka membaca buku-buku bahasa Melayu? Tidak bukan?
Kalau ada pun mungkin sedikit sahaja jumlahnya. Tetapi bagaimana mereka boleh bercakap dalam bahasa Melayu dengan baik dan lancar? Satu petuanya ialah dengan menguasai perbendaharaan kata (Vocabulary).
Jika anda rasa anda tidak pandai bahasa Inggeris, besar kemungkinan anda mempunyai perbendaharaan kata bahasa Inggeris yang kecil. Ini bermaksud, jika anda mahu mengucapkan “saya mahu makan nasi” dalam bahasa Inggeris, anda tidak tahu apa perkataan saya, apa perkataan mahu, apa perkataan makan dan apa perkataan nasi dalam bahasa Inggeris.
Jadi, anda tidak boleh mengucapkannya. Percaya atau tidak, ini adalah sebab terbesar mengapa ramai orang tidak dapat menguasai sesuatu bahasa.
Jadi, setelah anda tahu petua ini iaitu jika anda mahu menguasai bahasa Inggeris, anda perlu menguasai perbendaharaan kata, apa yang patut anda lakukan? Baiklah. Ada beberapa aktiviti yang boleh saya cadangkan untuk anda menambahkan perbendaharaan kata bahasa Inggeris anda.
Langkah pertama, anda perlu tahu dahulu berapa banyak agaknya perkataan bahasa Inggeris yang anda tahu. Ambil sekeping kertas atau satu buku tulis dan bersedia untuk menulis. Tulis tajuk ini, “Things that I can see in a classroom”, benda-benda yang saya boleh lihat di dalam bilik darjah.
Di atas kertas itu, tulis sebanyak mungkin benda, perbuatan atau nama dalam bahasa Inggeris yang anda tahu dan yang anda boleh lihat dalam sesebuah bilik darjah. Contohnya dalam bilik darjah ada papan hitam dan kerusi, jadi anda tulis ‘black board’, ‘chair’. Tulis sebanyak mungkin. Anda juga boleh menulis kata kerja contohnya anda lihat ada pelajar sedang menulis. Jadi anda tulis ‘write’.
Uji diri anda sebanyak manakah anda boleh tulis perkataaan bahasa Inggeris ini. Saya cadangkan buat permulaan letakkan minimum 20 benda. Jadi, tulis nombor 1 sampai 20 dan mula menulis semua perkataan bahasa Ingeris yang anda tahu yang anda boleh lihat di dalam bilik darjah.
Jika ini mudah bagi anda, ia bermakna perbendaharaan kata anda agak baik. Tambahkan lagi jumlah perkataan daripada 20 menjadi 40. Ia akan membuat anda berfikir dengan lebih kuat lagi untuk mengingat perkataan-perkataan yang anda tahu.
Selepas itu, anda boleh tukar kepada situasi lain pula. Tukarkan ‘classroom’ atau bilik darjah itu kepada ‘playing field’, ’supermarket’, ’swimming pool’, ‘office’ dan sebagainya. Semakin banyak perkataan yang anda tahu melalui aktiviti ini, anda akan jadi lebih bersemangat dan yakin.
Anda boleh rujuk kamus untuk menambahkan jumlah perkataan yang anda tahu. Namun, cuba buat dulu aktiviti ini tanpa melihat kamus. Setelah selesai, baru rujuk kamus dan tambah senarai perkataan yang anda tahu.
Esok saya akan berikan lagi aktiviti lain untuk menambahkan perbendaharaan kata.
Petua 2.1
Seperti yang saya nyatakan semalam, untuk menguasai bahasa Inggeris, anda mesti menguasai perbendaharaan katanya. Anda mesti tahu apa perkataan-perkataan berkenaan yang anda mahu sebut.
Satu cara paling cepat untuk anda menghafal sebanyak mungkin perbendaharaan kata ialah dengan menulis maksud-maksud perkataan bahasa Inggeris ke dalam satu buku khas.
Begini. Semasa saya membuat persediaan untuk belajar ke United Kingdom di PP ITM Shah Alam pada tahun 1994-1996, tahap penguasaan bahasa Inggeris saya masih agak lemah. Saya sebenarnya lebih cemerlang dalam subjek Bahasa Arab semasa di tingkatan lima.
Jadi, saya fikir semula apa yang menyebabkan saya dapat menguasai bahasa Arab lebih cepat. Caranya ialah saya ada satu buku khas yang saya tulis maksud-maksud perkataan bahasa Arab. Bagaimana cara menulisnya?
Katakan anda membaca apa-apa bahan bacaan dalam bahasa Inggeris, anda mungkin akan terjumpa mana-mana perkataan yang anda tidak faham. Apa patut anda lakukan? Ya, rujuk kamus. Selalunya, apa yang pelajar lakukan ialah mereka akan tulis maksud perkataan tersebut di atas bahan bacaan tadi.
Maksudnya, jika mereka ada buku cerita bahasa Inggeris, buku itu akan dipenuhi dengan tulisan-tulisan maksud perkataan yang mereka tidak faham. Cara ini tidak berkesan untuk membuat anda hafal perkataan bahasa Inggeris dengan cepat. Mengapa?
Pertama, buku atau bahan bacaan itu akan hilang dan tidak selalu bersama anda. Kedua, apabila maksudnya sudah ada di situ, anda tidak akan mengeluarkan sebarang usaha untuk mengingat maksud tersebut. Anda akan hanya bergantung kepada buku yang sudah ditulis terjemahannya. Jadi, hentikan tabiat begini.
Ini cara yang betul. Ambil satu buku khas, jika boleh, buku berkulit tebal supaya ia lebih tahan. Setiap kali anda jumpa perkataan yang anda tidak tahu maksudnya, rujuk kamus dan tuliskan di dalam buku khas ini tadi. Tulis
Perkataan itu. Maksudnya (menggunakan bahasa inggeris atau bahasa Melayu)
Contoh dalam ayat. (Salin satu contoh ayat. Tidak adagunanya tahu maksud sesuatu perkataan tetapi tidak tahu bagaimana cara menggunakannya.)
Langkah ketiga itu penting. Anda perlu tahu bagaimana ia digunakan dalam ayat. Contohnya, katakan anda orang asing yang sedang belajar bahasa Melayu. Kemudian anda terjumpa perkataan ‘cekik darah’ dan anda tahu maksudnya iaitu mengenakan harga yang terlau tinggi hingga menganiayai orang lain.
Jadi anda buat ayat begini, “Ali cekik darah orang kampung kerana meletakkan harga RM7 bagi sekilo gula”. Adakah betul ayat itu? Tidak bukan? Ayat yang sepatutnya,”Ali dikatakan cekik darah kerana meletakkan harga RM7 bagi sekilo gula.
Praktikkan teknik ini. Jika ia sukar, fikir kembali, anda mahu menguasai bahasa ini atau tidak?
Petua 2.2
Semalam saya ada ceritakan bagaimana anda boleh kuasai bahasa Inggeris dengan mempunyai satu buku khas perbendaharaan kata. Bolehkah anda lakukannya? Untuk menjayakan usaha memiliki buku khas perbendaharaan kata itu, anda perlu baca tips seterusnya ini. Tips ini berbunyi, anda perlu ‘jatuh cinta dengan KAMUS’.
Mengapa jatuh cinta? Kamus adalah penghubung utama antara anda dengan bahasa Inggeris. Bagi saya, jika anda sedang belajar bahasa Inggeris, tanpa kamus, ia seolah-olah anda sedang belajar menunggang basikal tanpa menggunakan basikal.
Pelik bunyinya kan? Tanpa kamus, anda mungkin boleh kuasai bahasa inggeris tetapi ia pasti sukar dan memakan masa yang agak lama.
Menurut pemerhatian saya semasa saya mengajar subjek Sains, Matematik atau Bahasa Inggeris untuk pelajar di peringkat PMR, lebih separuh pelajar saya tidak memiliki kamus. Alasan biasa yang diberikan ialah mereka tidak ada duit untuk membeli kamus. Simpati juga kita dengar bukan?
Tetapi yang peliknya mereka ini semua masing-masing ada handphone dan selalu menghantar sms setiap masa. Saya tanya mereka berapa banyak prepaid handphone sebulan, ada yang kata RM10, 20 dan ada yang mencecah RM50. Terkejut bercampur geram juga saya jadinya kerana sebuah kamus ringkas boleh didapati dengan harga lebih kurang RM11 sahaja.
Mulai hari ini, jika anda belum ada kamus, cari jalan untuk memilikinya. Jika anda sudah milikinya, cari jalan untuk selalu gunakannya, bukan dijadikan perhiasan untuk mengumpul habuk di dalam bilik anda.
Satu tips lagi, pelajari cara menggunakan kamus dengan cepat.
Belajar bagaimana cara mencari sesuatu perkataan dengan cepat. Contohnya jika anda cari maksud perkataan ‘Break‘, cuba lihat berapa lama anda ambil masa untuk mencarinya. Bolehkah anda mencarinya dalam masa kurang 5 saat? Anda pasti boleh jika anda cuba.
Cari sebuah kamus sekarang. Buka satu halaman. Jika anda lihat dibahagian atas sebelah kanan (seperti nombor (1) dalam rajah) anda akan lihat 2 perkataan. Contohnya, jika saya lihat kamus saya muka surat 98 (Kamus ini saya beli pada 21 Januari 1990, tingkatan 2 ), tertulis perkataan ’bout/box’. Untuk pengetahuan anda, perkataan ’bout’ adalah perkataan pertama yang anda akan jumpa di muka surat tersebut dan perkataan ‘box’ adalah perkataan terakhir. Betul kan? Sama juga pada muka surat kanan (seperti rajah 2), anda akan lihat perkara sama.
Jadi, jika anda mencari perkataan ‘Break’ dan terbuka pada muka surat ’bout/box, adakah anda perlu buka muka surat seterusnya atau muka surat sebelumnya? Cara fikirnya begini, perkataan break bermula dengan BR , tetapi muka surat itu BO , O dan R, yang mana datang dahulu dalam senarai ABCDEFG……..?
(hehe, anda kena nyanyikan semula lagu ABC yang anda hafal masa tadika?). Tentulah O dahulu kan? Jadi, anda perlu buka muka surat seterusnya, bukan ke belakang.
Jika anda tidak tahu teknik mudah ini, anda akan tercari-cari perkataan itu diseluruh kamus anda. Anda juga mungkin memakan masa lebih lama kerana anda perlu buka muka surat kamus anda satu persatu. Selamat mencuba
Petua 3
Petua ketiga ialah anda perlu kuasai ‘English Grammar’ sedikit demi sedikit. Satu perkara yang amat dibimbangi dan ditakuti oleh orang ramai mengenai apa-apa bahasa ialah tatabahasanya. Tanpa tatabahasa yang betul, percakapan anda akan jadi tunggang langgang.
Bayang kalau ada seorang yang kelihatan seperti pelancong datang berjumpa anda dan berkata “Boleh saya bagitau awak macam mana Shah Alam nak pergi Kuala Lumpur dari?” Tentu anda akan tersenyum bukan? Kalau tidak tersenyum pun, muka anda akan berkerut kerana cuba memikirkan apa yang pelancong ini cuba katakan.
Saya faham, jika anda belum kuasai bahasa Inggeris, anda akan katakan grammar adalah sangat sukar. Sudah bertahun-tahun anda cuba pelajarinya tapi masih gagal.
Namun, anda kena ingat, selama ini anda rasa susah mungkin kerana anda belum pelajari petua nombor satu. Setelah anda pelajari petua satu dan dua, mungkin anda akan rasa grammar tidak begitu susah seperti yang anda fikirkan selama ini.
Ini satu cadangan anda bagaimana anda boleh kuasai grammar dengan lebih cepat dan lebih yakin. Mula-mula, cari buku grammar pelajar tahun 2 dan tahun 3 (sekolah rendah). Jika anda lihat buku grammar mereka, apa yang diajar adalah sangat asas dan mudah difahami. Jadi, belajar grammar dan kuasai grammar anda melalui buku-buku ini dahulu. Ada tiga kesan baik jika anda lakukan ini.
Pertama, apabila anda buka buku pelajar tahun 2 dan 3, anda akan fikir, “alah, buku budak sekolah rendah, takkanlah aku tak tahu.” Bila anda terfikir begini, anda akan rasa lebih yakin dan apabila anda lebih yakin, lebih mudah anda belajar.
Kedua, anda akan benar-benar lihat bahawa apa yang diajar dalam buku itu semua sanat mudah difahami kerana ia ditulis untuk pelajar sekolah rendah. Ia tidak menggunakan contoh-contoh ayat yang susah. Jadi, anda akan dapat kuasai asas grammar ini dengan contoh-contoh yang mudah.
Akhir sekali, anda tidak perlu rasa malu apabila perlu belajar asas semula. Apabila ada sesiapa melihat anda membaca buku pelajar sekolah rendah tahun 2 dan 3, kata sahaja kepada mereka, “Oh…saya tengah baca ni untuk ajar adik /anak saudara/adik sepupu/ anak jiran saya….” sambil menunjukkan muka ‘confident’.
Selamat mencuba.
Petua 4
Petua yang keempat untuk cepat pandai Bahasa Inggeris ialah ‘Berfikir dalam Bahasa Inggeris’. Apakah maksudnya?
Begini. Apabila anda sedang fikirkan sesuatu, anda selalunya berfikir dalam bahasa Ibunda anda sendiri iaitu bahasa Malaysia bagi kita orang Malaysia. Namun, jika anda sedang belajar Bahasa Inggeris dan mahu cepat pandai, anda perlu mula belajar berfikir dalam bahasa ini.
Contohnya, apabila anda melihat sekeping gambar seorang budak lelaki sedang menangis, apakah yang akan anda fikirkan? Anda mungkin terfikir, “kenapa budak ni menangis?”, “Siapa buat budak ni menangis?”, “Budak ni sakit ke?” dan bermacam-macam lagi yang boleh anda fikirkan dalam bahasa Ibunda anda.
Namun, apabila anda mahu cepat pandai Bahasa Inggeris, fikir dalam Bahasa Inggeris. Contohnya, “Why is this boy crying?”, What is happening here?”, Where is his parents?”, “what is he doing here?” dan bermacam-macam lagi.
Anda mungkin kata, “Macam mana nak buat, saya tak tahu Bahasa Inggeris, macam mana nak fikir dalam Bahasa Inggeris?”. Ya, anda mungkin belum fasih lagi bahasa ini dan apabila anda cuba fikir, mungkin ayat anda tidak betul.
Anda tidak perlu risau. Apa yang bagusnya ialah, jika ayat anda salah semasa anda berfikir, tidak ada sesiapa yang tahu dan tidak ada sesiapa yang akan ketawakan anda. Jadi anda boleh berlakon seolah-olah anda sedang bercakap dalam Bahasa Inggeris dengan lancar.
Apabila anda mula berfikir begini, anda juga akan mula peka kepada bagaimana cara melafazkan sesuatu dalam Bahasa Inggeris. Katakan suatu hari, anda sedang berdiri di dalam bas bersama kawan anda dan kawan anda menyuruh anda duduk kerana ada kerusi kosong.
Anda mahu katakan “Saya tidak terasa pun hendak duduk, awak je lah duduk.” Tetapi anda tidak tahu bagaimana cara menyebutnya. Anda cuba fikirkan ayatnya tetapi masih tidak dapat bagaimana cara menyebutnya.
Kemudian, apabila anda sedang menonton cerita dalam bahasa Inggeris, ada situasi yang sama seperti di dalam bas tadi. Anda lihat, watak dalam cerita itu berkata “I don’t feel like sitting, why don’t you sit.”. Oleh kerana anda sudah berfikir dalam Bahasa Inggeris tadi, anda akan sedar akan ayat ini dan anda pun boleh menggunakannya.
Anda perlu, salah satu sebab mengapa seseorang sukar menguasai Bahasa Inggeris ialah dia asyik berfikir dalam bahasa Ibundanya. Dia asyik berfikir dalam bahasa Ibunda dan cuba menukarkannya kepada Bahasa Inggeris. Inilah yang menyebabkan proses pembelajaran menjadi sukar.
Jadi mulai hari ini, cuba berfikir dalam Bahasa Inggeris. Jangan risau jika ayat itu salah. Ayat yang salah itu akan betul juga nanti. Selamat mencuba.
Petua 5
Petua kelima untuk pandai Bahasa Inggeris dapat menggabungkan petua 2, 3 dan 4. Petuanya ialah anda perlu mula menulis jurnal atau diari dalam Bahasa Inggeris setiap hari.
Hmm… jika anda seorang lelaki, mungkin anda sedang merungut atau tidak berpuas hati dengan petua ini. Bukankah menulis diari atau jurnal adalah sesuatu yang suka dilakukan oleh wanita? Bukankah memalukan bagi seorang lelaki menulis diari?
Sebenarnya tidak memalukan. Malah, jika anda baca kisah orang-orang yang berjaya, mereka ada membuat catatan mengenai perasaan, pendapat atau cita-cita mereka ke dalam diari. Diari ini pula mereka tulis hampir setiap hari. Jadi, jangan risau. Cari satu buku khas. Jika boleh, buku ini adalah buku yang berbeza dengan buku khas anda untuk perbendaharaan kata.
Buku ini anda perlu jaga betul-betul kerana ia bersifat agak peribadi. Tentu anda tidak mahu orang lain baca apa yang bermain di fikiran anda bukan? Jika boleh, dapatkan buku diari yang biasanya boleh didapati di mana-mana kedai buku kerana ia lengkap dengan tarikh. Ini akan memudahkan anda. Apa yang perlu anda tulis? Mudah sahaja.
Anda boleh tulis apa sahaja yang anda mahu. Anda boleh tulis tentang perlawanan bola sepak yang anda tonton petang tadi. Anda boleh tulis tentang aktiviti membeli-belah anda bersama keluarga di TESCO, Carrefour atau Jaya Jusco. Anda juga boleh tulis tentang apa yang berlaku di sekolah hari ini. Tulis apa sahaja asalkan ia di dalam Bahasa Inggeris.
Seperti biasa, jangan terlalu risau jika tatabahasa atau struktur ayat anda salah. Lebih banyak anda tulis, anda akan jadi lebih peka tentang cara menulis di dalam Bahasa Inggeris. Anda akan jadi lebih biasa dengan perkataan-perkataan Bahasa Inggeris dan akhirnya anda akan jadi lebih yakin dengan Bahasa Inggeris.
Jika anda ingin tahu, petua ini adalah antara teknik utama yang digunakan di pusat-pusat pengajian yang menawarkan kursus intensif Bahasa Inggeris. Saya pelajari teknik ini semasa menghadiri kursus 6 bulan Bahasa Inggeris sebelum melanjutkan pelajaran ke United Kingdom.
Saya dapati teknik ini sangat berkesan dan sangat membantu saya dan kawan-kawan saya yang masih agak lemah dalam penguasaan Bahasa Inggeris. Saya percaya ia akan dapat membantu anda juga. Satu cadangan yang lebih baik, anda minta bantuan guru Bahasa Inggeris anda untuk memeriksa diari anda ini. Hmmm…sekali lagi anda pasti akan rasa lebih terkejut (lelaki dan perempuan juga)
Takkanlah anda mahu berikan diari anda dibaca oleh guru Bahasa Inggeris anda?! Tidak masuk akal bukan? Jangan bimbang. Jika anda bercadang mahu memberikan diari itu untuk diperiksa oleh guru Bahasa Inggeris supaya dia dapat memberi teguran dan membantu anda memajukan lagi cara anda menulis, elakkan menulis sesuatu yang bersifat terlalu peribadi. Elakkan juga menulis sesuatu yang anda mahu rahsiakan. Anda boleh tulis sesuatu yang mahu dirahsiakan di tempat lain.
Jadi, saya ucapkan selamat menulis.
Petua 6
Petua yang keenam untuk cepat pandai Bahasa Inggeris ialah anda perlu cari kawan-kawan yang Pandai Bahasa Inggeris dan kawan-kawan yang Mahu Pandai Bahasa Inggeris. Mengapa?
Jika anda berkawan baik dengan seseorang yang Pandai Bahasa Inggeris,
anda akan terikut dengan cara pemikirannya yang percaya bahawa subjek Bahasa Inggeris adalah mudah untuk dikuasai. Apabila anda turut berfikir begini, anda jadi lebih yakin dan lebih mudah untuk memajukan tahap penguasaan anda.
Anda dapat belajar daripada kawan anda ini. Apabila ada sesuatu yang anda tidak faham, anda boleh bertanya kepadanya. Apabila dia menerangkannya kepada anda, anda akan rasa lebih mudah faham. Secara umumnya, kita lebih mudah faham apa yang diterangkan oleh rakan sebaya kerana rakan sebaya bercakap menggunakan bahasa dan tahap pemikiran yang agak sama. Jadi anda akan lebih mudah faham dan pandai.
Jika anda berkawan baik dengan seseorang yang Mahu Pandai Bahasa Inggeris,
anda akan lihat kesungguhan kawan anda ini untuk maju. Anda akan lihat dia bersemangat untuk mencari jalan memajukan tahap penguasaannya. Akibatnya, anda akan terikut-ikut dengan kesungguhan ini.
Anda dapat belajar bersama-sama dan sama-sama mencari jalan bagaimana untuk memajukan penguasaan Bahasa Inggeris anda dengan cepat.
Anda tidak rasa berseorangan. Selalunya, pelajar yang lemah Bahasa Inggeris merasa dipinggirkan oleh pelajar yang lebih pandai. Jadi, mereka terus memencilkan diri dan tidak mahu belajar dengan lebih bersungguh-sungguh. Dengan adanya kawan yang mahu pandai ini, pelajar ini tidak akan rasa begitu.
Mulai hari ini, cari kawan seperti yang saya terangkan di atas. Luangkan masa dengan mereka dan berlatih bercakap dan menulis dalam Bahasa Inggeris. Lebih banyak anda berlatih, lebih banyak anda mencuba, lebih cepat anda pandai Bahasa Inggeris. Selamat mencuba.
Petua 7
Petua pandai Bahasa Inggeris yang ketujuh dan yang terakhir ialah ‘Hafal ayat-ayat dalam Bahasa Inggeris untuk kegunaan harian’. Maksudnya begini, apa yang membuat bertutur dan menulis dalam Bahasa Inggeris sukar ialah anda tidak tahu bagaimana cara untuk menggambarkan sesuatu dalam Bahasa Inggeris.
Contohnya kalau anda mahu kata ’saya rasa tidak sihat’ dan tidak tahu apa ayat yang biasa digunakan untuk menggambarkan situasi ini, mungkin sukar jadinya. Apa yang anda akan kata untuk menggambarkan ayat tadi?
Adakah anda akan kata ‘I am not healthy’? Atau “I feel not healthy’? Hmmm… yang mana satu ye? Mungkin banyak cara yang boleh digunakan untuk menggambarkan ayat ’saya rasa tidak sihat’ tetapi ayat yang biasa saya gunakan ialah ‘I am not feeling well’. Pernahkah anda dengar sesiapa berkata begitu?
Untuk pengetahuan anda, saya sendiri selalu merasa sukar untuk menggambarkan sesuatu di dalam Bahasa Inggeris suatu masa dahulu. Ini kerana saya cuba menukarkan ayat Bahasa Melayu kepada ayat Bahasa Inggeris. Jadi, kalau perkataan ‘rasa’ saya akan tukar kepada ’feel’, kalau perkataan ’sihat’ saya tukar kepada perkataan ‘healthy’. Apabila digabungkan menjadi satu ayat, ia tidak begitu tepat bukan?
Petua terakhir ini menyuruh anda menghafal ungkapan-ungkapan dan eskpresi dalam Bahasa Inggeris. Dalam buku khas vocabulary anda yang anda sudah sediakan, tulis juga ungkapan-ungkapan yang anda tahu.
Mula kumpul dan hafal ungkapan-ungkapan yang anda boleh gunakan setiap hari. Contohnya, apa yang anda perlu kata untuk bertanya tentang waktu, “What time is it?”, untuk memberitahu yang anda rasa begitu gembira, “I feel great!” dan sebagainya.
Mulai hari ini, jika anda mahu gambarkan sesuatu tetapi tidak tahu bagaimana cara melakukannya, tanya seseorang yang pandai Bahasa Ingeris. Lebih baik lagi, tanya guru Bahasa Inggeris anda. Salin apa yang anda baru belajar itu dan mula praktikkan.
Setiap kali anda rasa tidak sihat dan mahu memberitahu perkara itu kepada kawan anda, kata “I am not feeling well today”. Katakannya dengan yakin.
Bayangkan anda seperti seorang mat salleh yang sedang menuturkan kata-kata tersebut (Jangan risau, anda tidak akan jadi mat salleh betul-betul :) ) Cara paling mudah untuk menghafal sesuatu ialah dengan sentiasa mengulangnya. Gunakan ayat-ayat itu apabila sesuai.
Selamat mencuba. .
Kesimpulan
Alhamdulillah, saya telah berjaya menulis 7 petua untuk cepat pandai dalam Bahasa Inggeris untuk anda dan untuk diri saya sendiri. Mungkin ada diantara anda yang terfikir, pentingkah petua ini semua?
Hmmm…. Di dalam dunia ini, anda boleh pelajari apa sahaja. Tetapi anda ada pilihan sama ada mahu belajar dengan cepat atau mahu belajar dengan lambat.
Belajar dengan lambat ialah apabila anda tidak mengikut panduan yang diberikan. Anda gunakan teknik cuba dan gagal. Maksudnya, anda terus mencuba hingga anda dapat cara yang betul. Sayangnya, cara ini tidak cukup pantas dan kadangkala boleh membuat anda putus-asa.
Belajar dengan cepat ialah belajar dengan menggunakan teknik dan panduan dan betul. 7 Petua ini ialah teknik dan panduan. Jika anda lakukan betul-betul, jangan terkejut jika anda boleh bertutur dengan fasih dan menulis dalam Bahasa Inggeris dengan sangat baik dalam masa kurang 6 bulan. Jadi, sekali lagi saya tuliskan 7 petua ini untuk anda:
Petua 1 - Kegagalan atau kelemahan anda pada masa yang lalu bukanlah petunjuk kepada kebolehan diri anda.
Petua 2 - Kuasai perbendaharaan kata.
Petua 3 - Kuasai Tatabahasa Bahasa Inggeris.
Petua 4 - Fikir dalam Bahasa Inggeris.
Petua 5 - Tulis diari dalam Bahasa Inggeris.
Petua 6 - Cari kawan pandai Bahasa Inggeris dan kawan yang mahu pandai Bahasa Inggeris.
Petua 7 - Hafal ayat-ayat dalam Bahasa Inggeris untuk kegunaan harian.
Semoga petua ini dapat membantu dan memberi manfaat kepada anda. Saya ucapkan selamat berjaya! .
Thursday, May 13, 2010
Wednesday, May 12, 2010
PAS Kerdau siap sedia...
Mood pilihan raya… PAS Kerdau mengambil inisiatif memasang bendera di hadapan markasnya di Simpang Empat Kerdau, sebagai isyarat bersedia menghadapi segala kemungkinan.
Ini berikutan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kerdau Datuk Zaharuddin Abu Kasim, 63, diberitakan dalam keadaan kritikal setelah dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) kelmarin dan dimasukkan ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh.
Beliau menjalani pembedahan akibat penyakit ulser tetapi mengalami komplikasi jantung. Beliau juga penghidap kencing manis.
Sebelum ini, beliau yang merupakan anggota skuad "James Bond Malaysia" berstatus duda, telah menjalani pembedahan tetapi akibat penyakit-penyakit lain yang dihadapinya seperti serangan jantung dan kencing manis, membuatkan keadaannya tambah teruk.
Beliau sebelum ini dikatakan telah banyak kali keluar masuk hospital Keadaan ini menyebabkan beliau tidak banyak dapat menumpukan tugasnya sebagai wakil rakyat.
Pada PRU 12 2008, Zaharuddin yang pertama kali bertanding sebagai calon BN, mengalahkan calon PAS Hasanuddin Salim dengan majoriti 1,615 undi. Zaharuddin mendapat 8,451 undi berbanding Hasanuddin (6,789).
N. 28 Kerdau terletak dalam Parlimen Kuala Krau di mana YDP Kawasannya ialah Naib Presiden PAS, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man.
Tuesday, May 11, 2010
Mengapa Felda jadi sarang pengedar dan penagihan dadah?
Apabila sebuah akhbar harian baru-baru ini menyiarkan berita bahawa Felda merupakan sarang pengedar dadah, ia sebenarnya tidak begitu mengejutkan kerana selama ini perkara tersebut telah menjadi rahsia umum dan dibicarakan banyak pihak.Bagaimanapun, kenyataan tersebut sudah tentulah menyedihkan kerana apabila disebut Felda, lebih 95 peratus penghuninya terdiri daripada yang berbangsa Melayu dan beragama Islam.
Malah, bukan sahaja penyalahgunaan dadah bahkan di Felda jugalah berkembang suburnya budaya merempit, gejala sosial, judi, rogol, sumbang mahram dan bunuh.
Bagi kes dadah ini, KetuaJabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) negeri sendiri baru-baru ini mendedahkan untuk tahun ini sahaja pihaknya telah menahan 26 pengedar dadah di sekitar Gugusan Felda Jengka sejak awal tahun ini.
Mengikut akhbar harian tersebut, Supritendan Yap Toon Khuan berkata, kesemua pengedar dadah itu disiasat dan didakwa mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan jika disabit kesalahan boleh dijatuhi hukuman gantung.
Menurut beliau, Kejayaan JSJN dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Maran membuktikan Gugusan Felda Jengka tempat pengedar dadah.Bagaimanapun, menurut Toon Khuan, lebih 60 pengedar dadah yang bergiat aktif dikenal pasti adalah dari luar dan selebihnya penduduk tempatan.
Kenapa kawasan Felda seperti Jengka menjadi tumpuan pengedar dadah? Secara logiknya sudah tentu disebabkan ‘permintaan’ yang tinggi daripada ‘pelanggan’ setempat.
Akhbar yang sama sebelum ini turut menyiarkan berita bahawa Gugusan Felda Jengka diklasifikasikan sebagai kawasan paling kritikal berhadapan dengan gejala dadah di Pahang.
Kenyataan daripada Ketua Turus Operasi dan Siasatan Jabatan Narkotik Negeri, Asisten Supritendan Mohd. Sakri Ariffin berkata, masalah penagihan di kawasan Felda agak rumit kerana sebahagian aktiviti pengedaran dilakukan oleh peneroka sendiri membabitkan generasi kedua dan ketiga.
Sehingga Disember tahun lepas sahaja, polis memberkas hampir 1,000 penagih di kawasan Jengka dan sebahagiannya dihantar ke pusat pemulihan, manakala ada yang dipenjarakan mengikut Akta Dadah Berbahaya 1952.
Beliau berkata, kegiatan pengedaran dan penagihan dadah di kawasan Felda dilakukan dengan lebih terancang kini bagi mengelakkan tindakan berterusan pihak polis ke atas penagih dan pengedar termasuk mewujudkan pangkalan-pangkalan haram secara bergerak.
Namun begitu kita melihat penguatkuasaan polis memang berkurangan. Buktinya, seluas 25 tanah rancangan Felda Jengka cuma ada satu balai polis iaitu di Bandar Pusat Jengka. Ini sudah tentulah tidak masuk akal.
Kenapa gejala ini terjadi?
Bagi sesetengah pihak, bersarangnya semua penyakit masyarakat di Felda disebabkan generasi kedua yang tinggal itu sendiri ialah mereka yang gagal dalam pendidikan. Sedangkan generasi kedua yang berkualiti dan berjaya bekerja di luar tanah rancangan. Golongan yang memiliki pencapaian rendah dalam pendidikan formal ini tidak produktif dari segi ekonomi sehingga memberi ruang kepada mereka menghabiskan masa dengan perbuatan tidak berfaedah yang akhirnya menjurus kepada keruntuhan akhlak.
Berdasarkan jumlah peneroka seramai 112,635 orang seluruh negara, kini dianggarkan terdapat lebih 800,000 generasi kedua dan ketiga Felda. Hasil kajian yang dibuat hanya 5 peratus daripada jumlah tersebut yang berjaya melanjutkan pelajaran hingga ke institut pengajian tinggi. Selebihnya merupakan golongan yang terpaksa bekerja kilang, bekerja sendiri dan yang lebih malang menjadi penganggur dan tidak syak lagi merekalah penyumbang gejala sosial di tanah-tanah rancangan.
Sebab itu dasar pembangunan Felda sebenarnya dalam keadaan yang tidak seimbang kerana terlalu berorientasikan bisnes sehingga mengabaikan perhatian terhadap nilai-nilai kemanusiaan.
Dapat dilihat peruntukan yang dibelanjakan Felda untuk belia melalui persatuan banyak dihabiskan untuk hiburan. Jika pada tahun-tahun 80-an dulu banyak juga program-program agama. Satu lagi, dulu ada Penyelia Agama Felda (SDAU) yang sedikit sebanyak dapat juga merancang program-program bercorak keagamaan. Namun khidmat mereka dihentikan sejak 1990-an. Jadi ini antara yang menyumbang kepada gejala sosial di Felda.
Majlis belia yang ada di tanah rancangan pula hanya berebut-rebut untuk mendapatkan peruntukan bagi memenuhi program-program bersukaria dan melancong.
Semua ini terjadi kerana kelemahan dan tidak adanya perancangan teliti dari pihak berkuasa dalam menggariskan hala tuju anak cucu peneroka sebagaimana generasi pertama yang telah diperas tenaga dan keringatnya untuk membangunkan hutan belantara menjadi tanah ladang yang menyumbang hasil kepada negara.
Akhirnya penyelesaian masalah sosial di tanah rancangan Felda perlu kerjasama masyarakat peneroka, pemimpin setempat, agensi kerajaan dan pertubuhan sukarela. Semangat kesukarelawan dalam diri, keluarga, dan masyarakat sekeliling perlu disemarakkan. Secara tidak langsung, kegiatan sebegini mampu menyemai konsep masyarakat penyayang sekali gus membanteras gejala sosial di kalangan peneroka dan generasi kedua.
Badan-badan yang ada di Felda mesti serius menangani dan memfokuskan isu gejala sosial yang mula merosakkan masyarakat dalam komuniti tersebut.
Jawatankuasa Keselamatan dan Kebajikan Rancangan (JKKR) merupakan badan tertinggi di tanah rancangan Felda, maka pemimpin-pemimpinya sepatutnya berusaha dan merancang program-program pembinaan sahsiah untuk mengembalikan belia kepada identiti yang meyakinkan, memiliki kekuatan intelek, cergas dan tidak mudah dikuasai emosi serta nafsu.
Monday, May 10, 2010
Hilangnya blok minyak atau semangat patrotisme yang hilang
Oleh TUAN IBRAHIM TUAN MANSELASA, 11 MEI 2010 | 25 JAMADILAWWAL 1431H
ISU PENYERAHAN Blok L dan M kepada Brunei merupakan malapetaka paling serius dalam sejarah pemerintahan BN. Tragedi ini lebih buruk bilamana pihak kerajaan cuba merahsiakan isu sebenar di sebalik penyerahan kedua-dua blok yang mempunyai hasil lebih dari RM320 billion. Apa yang mendukacitakan penyerahan kedua-dua blok ini hanya diumum sepintas lalu, seolah-olah ianya bukanlah perkara besar yang perlu diketahui oleh rakyat. Sikap baik sangka rakyat terhadap kenyataan PM pada waktu itu, bahawa pertukaran surat dibuat bagi menyelesaikan tuntutan bertindih antara kedua-dua negara, dan lebih meyakinkan bilamana ia dianggap jalan baik “win-win situation” bagi menyelesaikan isu tuntutan Limbang oleh Kerajaan Brunei.
Pertikaian sempadan wilayah adalah perkara biasa dialami oleh mana-mana negara di dunia, apatah lagi bila ianya melibatkan kawasan ZEE. Lantaran itu penyelesaiannya akan mengambil masa yang panjang dan pelbagai jalan dilakukan bagi mempertahankan hak negara. Kita boleh bandingkan negara berhak mengambil tindakan ketenteraan bilamana perairan atau ruang udara diceroboh. Itulah makna kedaulatan negara. Amat malang bilamana pemimpin hanya mengadakan perbincangan di peringkat kabinet, dan membuat keputusan menyerahkan wilayah sendiri sebegitu mudah.
Kita memahami deklarasi yang dibuat, Namun ianya bukanlah bermakna kita terus tunduk tanpa membuat apa-apa usaha. Tragedi ini adalah kali ketiga negara menghadapi situasi kehilangan wilayah. Bermula dengan penyerahan Singapura, kemudian melalui mahkamah antarabangsa kita kehilangan Batu Putih, dan hanya melalui mesyuarat kebinet kita hilang dua blok minyak. Apakah selepas ini kita akan hilang lagi kedaulatan mana-mana wilayah kita? Dengan sikap pimpinan BN yang ada semuanya tidak mustahil. Rakyat kini menuntut satu tindakan ke atas semua pemimpin yang terlibat dengan tragedi malang ini.
Kita sangat sedih dengan kehilangan ini. Namun lebih dukacita bilamana pemimpin seolah-olah melihat isu ini sebagai perkara remeh temeh, dan rakyat pula disibukkan dengan kempen Piala Dunia yang diulang setiap kali selepas berita utama. Andainya isu sebegini berlaku di negara lain, kita yakin kerajaan BN sudah hilang dari persada politik tanahair; bahkan mungkin pimpinannya sedang termenung di sebalik tabir besi. Ternyata sebenarnya rakyat semakin hilang petrotisma; sehingga kehilangan wilayah sebesar ini pun tidak menjadi satu isu yang membangkitkan amarah rakyat.
Kita perlu lakukan sesuatu. Saman awam perlu diteruskan, di samping tuntutan agar satu usul tergempar perlu dibawa agar Parlimen mengadakan sidang khas bagi membincangkan isu ini. Rakyat perlu tahu dan perlu diberitahu apa sebenarnya telah terjadi. Kerajaan dituntut agar telus dalam sebarang isu besar negara kerana negara ini milik semua warga. Sikap menyembunyi apa yang berlaku; tidak sepatutnya berlaku dalam sebuah negara yang mewar-warkan sebagai sebuah negara paling pesat membangun.
Langgar syarat, kem PLKN Summer Set Resort ditutup
ROMPIN: Kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Summer Set Resort, dekat sini, ditutup sementara mulai Isnin kerana gagal mematuhi syarat penyelenggaraan yang ditetapkan.Menurut agensi berita Bernama, Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) Datuk Abdul Hadi Awang Kechil berkata seramai 265 pelatih di kem itu telah dipindahkan ke beberapa kem PLKN berdekatan untuk mereka meneruskan latihan.
"Ibu bapa telah dimaklumkan mengenai perpindahan anak-anak mereka dan pergerakan telah dimulakan pagi tadi, setakat ini ia berjalan dengan lancar, tiada apa-apa masalah," katanya kepada pemberita hari ini.
Abdul Hadi berkata JLKN memberi tempoh tiga bulan kepada pihak kem itu untuk membuat penambahbaikan termasuk daripada aspek kebersihan dan keselamatan kem sebelum ia dibenar beroperasi semula.
Beliau berkata penutupan sementara kem itu adalah yang kedua dilakukan oleh JLKN selepas Kem PLKN Titian Bintangor, Rembau di Negeri Sembilan pada 7 April lepas atas masalah sama.
"JLKN ingin memastikan pelatih berada dalam keadaan selesa, boleh mengikuti latihan dengan sempurna dan keselamatan pelatih diutamakan. Setiap kem mempunyai jadual pematuhan, jika mereka tidak menyelenggara kem sebaik mungkin tahap kerosakan akan lebih cepat dan membahayakan pelatih," katanya.
Beliau berkata JLKN sentiasa membuat pemantauan terhadap 79 kem PLKN di seluruh negara dan tidak akan bertolak ansur kepada mereka yang gagal mematuhi syarat penyelenggaraan yang ditetapkan.
Mengenai dakwaan Kem PLKN Sembrong di Batu Pahat, Johor yang dikatakan tidak mempunyai prasarana yang mencukupi, Abdul Hadi berkata lawatan mengejut beliau ke kem itu Jumaat lepas mendapati kemudahan yang disediakan kepada pelatih adalah mencukupi dan tahap kebersihannya memuaskan.
Sementara itu, beliau berkata mulai hari ini, kesemua 31,036 pelatih PLKN kumpulan 2 siri 7/2010 di seluruh negara menjalani latihan menembak yang melibatkan 29 lapang sasar dengan kerjasama 4,740 anggota tentera.
Abdul Hadi berkata latihan itu yang akan berakhir 30 Mei ini antaranya dapat membentuk disiplin pelatih dan meningkatkan tahap keberanian serta keyakinan diri.
Pahang silap besar tidak bantah pembubaran LKWJ, Dara
Bukan itu sahaja, pelbagai projek pembangunan sosial dan ekonomi setempat kini kurang diberi perhatian, Lebih menyedihkan, perancangan kemajuan bandar yang dirancang sekitar tahun 1980-an terbantut. Contoh jelas ialah Bandar Jengka yang yang kelihatan tidak terurus dan ceria berbanding semasa kewujudan LKWJ.
Semua ini menjadi rungutan ramai terutama kawasan-kawasan terlibat. Ini disebabkan dua syarikat yang menggantikan peranan dua agensi pembangunan wilayah itu jauh daripada yang diharapkan.
Selain daripada itu, Pahang dikatakan kerugian RM2.48 bilion selepas pembubaran Lembaga Kemajuan Pahang Tenggara (Dara), Lembaga Kemajuan Wilayah Jengka (LKWJ) dan satu lagi agensi Persekutuan, Projek Bersepadu Pembangunan Pertanian (IADP) berdasarkan peruntukan tahunan yang diperoleh daripada ketiga-tiga agensi itu bagi melaksanakan pelbagai projek di kawasan Jengka, Pahang Barat dan Pahang Tenggara sehingga menyebabkan banyak projek yang dirancang dan sedang dilaksanakan ketika itu terbengkalai.
LKWJ ditubuhkan di bawah Akta 285, Akta Lembaga Kemajuan Wilayah Jengka pada tahun 1983 dengan mengambilalih Perbadanan Kemajuan Jengka, iaitu sebuah Perbadanan Negeri yang ditubuhkan pada tahun 1971 bertujuan memesatkan lagi pembangunan kawasan Jengka. Pembangunan LKWJ dibuat berdasarkan kepada Pelan Indikatif yang memberi penekanan kepada Pembangunan Bandar Jengka dan pembangunan in-situ bagi kawasan yang tidak termasuk kawasan FELDA. Wilayah LKWJ terletak dalam empat Daerah iaitu Maran, Jerantut, Temerloh dan Bera dengan keluasan 196,728 hektar.

Dara pula ditubuhkan di bawah Akta 68, Akta Lembaga Kemajuan Pahang Tenggara 1972 untuk menerajui strategi pembangunan secara bersepadu melalui pendekatan pembukaan hutan belantara berpandukan pelan induk yang telah digubalkan oleh Kerajaan. Penekanan diberikan kepada usaha-usaha untuk mengeksploitasi sumber, penyedian rangkaian perhubungan dan pembangunan pusat-pusat pertumbuhan dan bandar-bandar baru yang lengkap dan moden. Wilayah DARA terletak dalam empat Daerah iaitu Rompin, Pekan, Bera dan Maran dengan keluasan 1,002,197 hektar.
Sejak itu, kedua-dua agensi berkenaan bertindak memaju, menggalak, membantu dan mengusahakan pembangunan ekonomi dan sosial bagi memastikan pemodenan sektor pertanian di Kawasan LKWJ, perusahaan dan perdagangan selain mengawal dan menyelaraskan pelaksanaan segala aktiviti.
Dengan dasar penswastaan yang diperkenalkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamed pada ketika itu, Kerajaan Pusat mengambil keputusan membubarkan dua agensi berkenaan. Sedangkan kemampuan dan tahap kesediaan di kalangan Kerajaan Negeri dari segi kewangan dan tenaga kerja untuk membangunkan kawasan masing-masing masih belum bersedia.
Dua agensi tersebut kemudiannya dibubarkan pada 2 Oktober 2000. Kerajaan seterusnya menetapkan supaya LKWJ diswastakan kepada Warisan Jengka Holdings (M) Sdn Bhd. Ekuitinya terdiri daripada Wawasan Jengka (51%), Keska Corporation (10%) dan Yayasan Basmi Kemiskinan (mewakili kerajaan negeri – 39%).
Sementara Dara pula diswasta kepada Teras Dara Konsortium (TDK). Namun ternyata kini kedua badan swasta itu tidak dapat memainkan peranan mereka dengan berkesan gagal mencapai objektif diharapkan.
Sedangkan Kerajaan Negeri Pahang mempunyai pilihan untuk memohon tidak dibubarkan agensi-agensi berkenaan seperti di negeri-negeri lain. Umpamanya Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (Kada) dan Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) di Kelantan, Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (Kejora), Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) dan Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (Perda) dikekalkan hingga ke hari ini.
Yang menjadi persoalan kepada umum, apakah yang ada dalam pemikiran pemimpin kerajaan negeri pada ketika itu sehingga ‘merelakan’ pembubaran agensi-agensi tersebut sedangkan mereka sepatutnya lebih memahami dan amat menyedari bahawa negeri Pahang yang luas ini bukannya kaya untuk memajukan kawasan-kawasan berkenaan jika tidak dengan bantuan Kerajaan Pusat.
Mengulas isu berkenaan, Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Kerajaan Negeri nyata tidak teliti dalam melaksanakan sebarang keputusan. Baginya, Pahang sebuah negeri yang besar memerlukan agensi seperti LKWJ dan Dara bagi melaksanakan pelbagai projek pembangunan fizikal, sosial dan ekonomi di kawasan yang kurang diberi perhatian.
Mengenai pemimpin dari kalangan kerajaan sendiri yang mahukan kerajaan Pusat mewujudkan semula LKWJ dan Dara bagi mengurus pembangunan di kawasan yang telah tertinggal selama ini, Tuan Ibrahim berkata keperluannya dianggap mendesak kerana syarikat swasta telah gagal mengambil alih peranan agensi berkenaan.
“Bila dah kritikal dan gagal membangunkan keperluan rakyat barulah pemimpin kerajaan terhegeh-hegeh meminta agensi yang sudah bubar dikembalikan. Kita bersetuju tetapi inilah gambaran betapa tidak telitinya pihak kerajaan negeri sebelum melaksanakan sesuatu pembangunan”.
“Ketika swasta dulu banyak aset seperti tanah dilupuskan untuk kepentingan syarikat. Bila sudah kritikal kini mereka mahukan kerajaan ambil alih, dengan makna kegagalan itu mahu dikembalikan kepada rakyat untuk menanggungnya”.
“Dari segi perkhidmatan juga gagal. Saya ambil contoh masalah di Bandar Jengka yang dulu di bawah LKWJ, sekarang ini berada di bawah pentadbiran Majlis Daerah Maran. Masalah kebajikan rakyat seperti seperti rumput yang tidak berpotong, penyelenggaraan sampah yang teruk dan sebaginya. Semuanya melambangkan kegagalan,” katanya.
Sementara itu, bekas Pengurus Bahagian Teknikal LKWJ, Musaniff Abdul Rahman menyifatkan pembubaran agensi berkenaan memberi kesan jangka panjang terhadap kemajuan bandar dan projek pembangunan yang dirancang oleh agensi terbabit sekitar tahun 1980-an.
''Saya sedih dengan pembangunan Bandar Tun Abdul Razak Jengka yang kelihatan tidak terurus berbanding semasa LKWJ masih wujud. Begitu juga dengan projek yang terbantut akibat pembubaran, seperti jalan Tanjung Batu yang sepatutnya tembus ke Tanjung Batu putus separuh jalan."
“Saya diberitahu suara-suara rakyat negeri ini terutama di kawasan terlibat mahukan agensi pembangunan wilayah tersebut dihidupkan semula sebagai sebuah agensi. Kalau nak diikutkan, Bera merupakan interseksi kepada LKWJ dan Dara dan sepatutnya boleh membangun dengan pantas. Malah daerah Bera dirancang kewujudannya bagi menampung kemajuan itu. Malangnya dengan pembubaran dua agensi itu, daerah Bera terus mundur”.
Menurut Musaniff, walaupun ada ura-ura persetujuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berhubung penyaluran semula peruntukan tahunan melalui dana khas bagi membangunkan semula kawasan tersebut mulai tahun depan itu akan disalurkan menerusi Majlis Daerah Maran dan Majlis Daerah Rompin, ia tidak akan menyamai.
"Sekitar RM25 juta setahun geran peruntukan dari Pusat akan dimasukkan ke Majlis daerah di kawasan berkenaan tetapi saya rasa tidak mampu untuk menjalankan fungsi seperti dijalankan LKWJ dan Dara kerana peranan agensi lebih luas iaitu menjana pembangunan seimbang di Pahang, ini mustahil dapat dilakukan oleh majlis daerah.”
Gambar:
1. Musaniff (kanan) menunjukkan jalan pesisir Sungai Pahang, Seberang Temerloh yang dibina di bawah projek LKWJ yang terhenti serta merta akibat pembubaran LKWJ.
2. Beginilah keadaan rumah pangsa di Rantau Perintis, Bandar Jengka yang terbiar akibat pembubaran LKWJ.
Sunday, May 9, 2010
Adun Kerdau kritikal, mungkin PRK
TEMERLOH: Negara mungkin terpaksa menghadapi satu lagi pilihan raya kecil (PRK) berikutan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kerdau diberitakan dalam keadaan kritikal setelah dimasukkan ke Hospital Temerloh semalam akibat komplikasi selepas pembedahan ulser usus.Datuk Zaharuddin Abu Kasim, 63, dikatakan makin kritikal akibat komplikasi jantung dan dipindahkan ke Institut Jantung Negara (IJN).
Sebelum ini, beliau yang merupakan anggota skuad "James Bond Malaysia" berstatus duda, telah menjalani pembedahan tetapi akibat penyakit-penyakit lain yang dihadapinya seperti serangan jantung dan kencing manis, membuatkan keadaannya tambah teruk.
Beliau sebelum ini dikatakan telah banyak kali keluar masuk hospital termasuk tiga kali dimasukkan ke ICU. Keadaan ini menyebabkan beliau tidak banyak dapat menumpukan tugasnya sebagai wakil rakyat.
Pada PRU 12 2008, Zaharuddin yang pertama kali bertanding sebagai calon BN menggantikan Datuk Redzuan Harun, mengalahkan calon PAS Hasanuddin Salim (Ketua Penerangan PAS Pahang) dengan majoriti 1,615 undi. Zaharuddin mendapat 8,451 undi berbanding Hasanuddin (6,789).
N. 28 Kerdau terletak dalam Parlimen Kuala Krau di mana YDP Kawasannya ialah Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man.
Isu saman RM63 juta: Pegawai Kewangan Negeri kena bayar
Perintah mandamus (memaksa pihak berkuasa mematuhi perintah mahkamah) tersebut dikenakan bagi menggantikan Menteri Besar Pahang yang menerimanya dari mahkamah sebelum ini.
Hakim-hakim Mahkamah Rayuan yang bersidang di Putrajaya Datuk Zaleha Zahari, Datuk Sulaiman Daud dan Datuk Jeffrey Tan Kok Wha memutuskan demikian baru-baru ini kerana Pegawai Kewangan Negeri merupakan pegawai berkuasa yang mengawal akaun bagi pihak kerajaan negeri dan Pengarah Hutan Negeri Pahang.
Menurut Pengarah SGM Syed Ali Badaruddin Syed Othman, keputusan dibuat berdasarkan kes Petrojasa Sdn. Bhd. lawan Kerajaan Negeri Sabah (2008) di mana Mahkamah Persekutuan mendapati bahawa kerajaan negeri yang membuat bayaran saman ialah Menteri Kewangan Sabah.
“Dalam konteks negeri Pahang orang yang bertanggungjawab ialah Pegawai Kewangan Negeri dan mandamus dari Mahkamah Tinggi Kuantan yang didapati dahulu patut ditujukan kepadanya sebagi perintah wajib bayar sebagaimana diputuskan mahkamah.”
“Jadi selepas ini kita berharap kes yang berlarutan sekian lama ini dapat diselesaikan secara baik kerana kes yang tertangguh ini memburukkan negeri sendiri juga termasuk di mata pelabur dalam dan luar negeri,” katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.
Episod SGM lawan Kerajaan Negeri Pahang ini telah berlarutan selama satu dekad.
SGM ialah syarikat kontraktor pembalakan yang telah menerima hak eksklusif mengeluarkan saki baki kayu balak di tanah milik Umno iaitu P.T. Lot 6959 Mukim Bebar, Pekan seluas 10,000 ekar pada tahun 2000.
Bagaimanapun, sebelum kerja-kerja pembalakan selesai Jabatan Perhutanan Pahang enggan melesenkan kepada SGM pada sebahagian kawasan tanah yang ditender. Tindakan tersebut telah menyebabkan syarikat berkenaan tidak dapat meneruskan kerja-kerja pembalakan yang telah ditender dan akibatnya telah mendakwa mengalami kerugian besar.
Ekoran itu SGM telah mengambil tindakan mahkamah sebagai jalan terakhir setelah kerajaan negeri melalui Jabatan Perhutanan Negeri enggan melayan tuntutan SGM untuk mendapatkan lesen bagi meneruskan kerja-kerja pembalakan di kawasan tersebut.
Justeru itu Mahkamah Tinggi Kuantan pada 25 Mei 2007 telah mengeluarkan suatu perintah kepada defendan (kerajaan negeri) supaya membayar ganti rugi berjumlah RM37,127,471.60 kepada SGM berserta kadar faedah 8 peratus setahun mulai Disember 2000.
Defendan diberi tempoh tiga bulan untuk membuat pembayaran (kesemuanya berjumlah sekitar RM60 juta) kepada SGM namun perintah tersebut tidak dipatuhi.
Dalam pada itu pihak defendan (Menteri Besar Datuk Seri Adnan dan kerajaan negeri) memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan. Bagaimanapun penghakiman Mahkamah Rayuan bertarikh pada 13 Februari 2008, kedua-dua defendan gagal dalam rayuannya untuk mengenepikan perintah Mahkamah Tinggi Kuantan yang memerintahkan pembayaran kepada SGM.
Pada 7 Mac 2008 pula, Mahkamah Tinggi Kuantan telah memperakukan sijil perintah dan amaun penghakiman terhadap kedua-dua defendan daripada Mahkamah Tinggi Kuantan terhadap keputusan penghakiman 25 Mei 2007.
Tarikh 7 April 2008 sepatutnya adalah hari wajib bayar iaitu tarikh akhir bagi pihak defendan membayar ganti rugi kepada SGM. Namun pihak defendan telah gagal membuat apa-apa bayaran ataupun menghubungi SGM. Maka secara automatik kedua-dua pihak dianggap melanggar dan menghina keputusan mahkamah.
Pada 20 April pula Mahkamah Tinggi telah mengeluarkan perintah mandamus terhadap Adnan dan kerajaan negeri bagi melunaskan bayaran RM63 juta kepada SGM dalam tempoh 14 hari.
Adnan sekali lagi memohon mengenepikan kes melalui Mahkamah Rayuan dan keputusannya beliau ‘dilepaskan’.
Namun begitu mahkamah mengekalkan perintah pembayaran ganti rugi oleh Mahkamah Tinggi Kuantan. Ertinya, keputusan Mahkamah Rayuan 'melepaskan' Adnan daripada membayar hutang tersebut hanya bersifat teknikal sahaja sedangkan realitinya Kerajaan Negeri Pahang masih wajib membayarnya.
Kes ini terus berlarutan dan hakikatnya pada masa ini saman SGM terus berjalan dengan jumlah yang Kerajaan Negeri Pahang kena bayar terus meningkat lagi kerana wang faedah terus berjalan sebanyak RM8,000 sehari.
Gambar:
Syed Ali menunjukkan dokumen penghakiman baru yang diterimanya.
Mazlan Aliman dihalang masuk ke Felda kerana takut belia berpaling

Peresiden Persatuan Anak-Anak Peneroka Kebangsaan (Anak) Mazlan Aliman mendedahkan, tindakan menghalang beliau masuk ke tanah-tanah rancangan Felda adalah disebabkan kebimbangan pihak tertentu terhadap pengaruhnya.
Menurut Mazlan, terdapat permintaan khusus daripada pihak Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM) kepada Felda supaya memberi perhatian kepadanya kerana telah berjaya menarik sokongan belia yang berumur 41 tahun ke bawah.
Tambahnya, perkara tersebut telah diberi perhatian oleh Felda dan usaha serta tindakan untuk menghalangnya masuk ke tanah rancangan Felda diberi kerjasama oleh pihak keselamatan seperti polis dan Rela.
“Saya nak beritahu bahawa tindakan tidak membenarkan saya memasuki kawasan Felda bukanlah kerana mengetui pertubuhan haram dan sebagainya, sebaliknya wujud rasa bimbang di kalangan pihak kerana perjuangannya selama ini mendapat sambutan anak-anak peneroka.”
“Felda merupakan talian hayat terakhir kepada Umno dan BN, sebab itu mereka menjadi panik apabila kita dedahkan pelbagai kepincangan lalu melalui MBFM mereka meminta
saya dihalang daripada menemui warga peneroka terutama generasi kedua.”
“Perkara ini bukan direka bahkan saya telah diberikan salinan minit mesyuarat tentang hal itu termasuk dalam pertemuan tertutup mereka di Hulu Selangor baru-baru ini,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.
Pada 9 Mac lalu Mazlan ketika mengadakan majlis dialog di rumah seorang peneroka di Felda Lembah Klau, telah dikepung dan dilarang berada di situ oleh beberapa orang polis Felda (Felsco) dan pengurus rancangan.
Pengurus Felda berkenaan telah membuat laporan polis dan Mazlan kemudiannya ditahan di Balai Polis Raub. Selepas itu direman sehari oleh Mahkamah Magistret dan disiasat dibawah Seksyen 441 Kanun Keseksaan dan jika disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara tidak melebehi 6 bulan atau denda tidak melebihi RM3,000.00 atau kedua-duanya sekali dibawah Seksyen 445 Kanun yang sama.
Pada 28 April lalu pula Mazlan yang hadir ke Majlis Dialog dengan peneroka-peneroka Felda Jengka 23 dikatakan cuba ditangkap oleh Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Rancangan Felda berkenaan tetapi tidak berjaya.
Gambar:
Inilah minit mesyuarat yang membuktikan Mazlan tidak dibenarkan memasuki Felda
Majlis Makan Malam Pakatan Rakyat anjuran DAP Jerantut meriah


Majlis berlangsung di Hotel Jerantut Hill Resort dengan kehadiran kira-kira 500 tetamu.
Antara tetamu kehormat yang hadir ialah Ahli Parlimen Bukit Gantang yang juga Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Dato’ Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, Yang Dipertua PAS Jerantut, Dr Hamzah Jaafar Pengerusi PKR Pahang, Datuk Fauzi Abdul Rahman, Adun Tras Choong Siew Onn, Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS Pahang, Balasubramaniam, Pengerusi DAP Johor, Dr Boo Cheng Hau. Ketua Wanita DAP Pahang, Saudari Kamache Dorairaju.
Gambar-gambar oleh N. Balasubramaniam.
Saturday, May 8, 2010
Akta GSA disalahfaham tindas peneroka
Selama ini peneroka-peneroka Tanah Rancangan Felda menganggap Group Settlement Act (Akta GSA – Akta Penempatan Berkelompok) 1960 sebagai ‘undang-undang berhantu’ yang memenjarakan mereka.Ini tidak dapat dielakkan kerana melalui akta tersebut Felda dikatakan bertindak sebagai tuan ladang yang sangat berkuasa sementara para peneroka pula hanya ‘pekerja di ladang sendiri’ yang terpaksa meletakkan kesetiaan penuh kepada tuannya.
Begitulah kefahaman yang tidak pernah terungkai dalam tempoh 50 tahun ini.
Namun dalam Himpunan Warga Felda Kebangsaan di Felda Sungai Tengi, Ulu Selangor 24 April lalu, seorang peguam Wan Rohimi Wan Daud telah membuat kejutan besar apabila mendedahkan bahawa kefahaman peneroka berkaitan Akta GSA adalah salah dan melencong sama sekali.
Malah dakwaan Felda berkuasa mutlak melalui Akta GSA dikatakan ‘tahyul yang menyesatkan’ dan ‘mitos jahat yang mengelirukan’ untuk menekan dan menindas peneroka.
Sebidang tanah baik dari segi pengusahaan mahupun pemilikannya, sebenarnya berada dalam bidang kuasa kerajaan negeri sementara Felda hanyalah sebagai ejen pemaju. Malahan tujuan asas kepada penggubalan Akta GSA ialah untuk memberi panduan kepada kerajaan negeri bagi mengawalselia pemberian tanah kepada rakyat luar bandar.
Bahkan selepas seseorang peneroka melangsaikan hutang memajukan tanah dan kemudiannya mendapat geran, beliau bebas dan tidak terikat lagi dengan akta tersebut. Sementara tanah rancangan di situ bebas sepenuhnya daripada Felda selaku pemaju tanah dan menjadi sebuah perkampungan biasa.
Wan Rohimi ialah peguam kepada peneroka-peneroka Felda Kemahang yang berjaya menyaman Felda sebnayak RM11 juta baru-baru ini.
Beliau membentang kertas kerja bertajuk ‘Menongkah Arus Cabaran, Mendepani Zaman: Maruah Peneroka Perlu Dikembalikan’ memetik hansard ucapan Timbalan Perdana Menteri Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein di parlimen pada 27 April 1960.
Menurut hasrat Tun Razak, Akta GSA digubal di bawah Fasal 76 (4) Perlembagaan Persekutuan, adalah bertujuan untuk memberikan tanah kepada rakyat yang tidak bertanah serta menambah pemilikan tanah tidak mencukupi bagi penduduk luar bandar untuk membolehkan mereka mencari nafkah dengan sempurna.
Felda sendiri yang ditubuhkan pada 1 Julai 1956 adalah bertujuan membuka tanah hutan untuk dijadikan tanah pertanian denagn hasrat meningkatkan taraf sosio-ekonomi masyarakat di kawasan luar bandar.
Sebagai ejen pemaju, Felda berfungsi menyusun semula masyarakat dan mengurangkan kadar kemiskinan masyarakat terutama di kawasan luar bandar. Melalui objektif utamanya, Felda mahu memajukan kawasan pertanian secara produktif dan sempurna dengan mengamalkan pengurusan pertanian yang berkesan serta membentuk sebuah kelompok masyarakat peneroka yang maju, produktif dan berdisiplin bagi meningkatkan taraf hidup.
Namun di sebalik semua itu, kerajaan negeri sebenarnya tetap mempunyai kuasa mutlak menentukan dasar terhadap tanah-tanah miliknya tetapi tidak menjadi amalan atau langsung tidak disedari selama ini. Antaranya menurut Seksyen 36 akta tersebut kerajaan negeri berhak menentukan pelantikan Pengurus Rancangan Felda.
Dalam hal ini, difahamkan pelantikan pengurus-pengurus rancangan tidak pernah dirujuk kepada kerajaan negeri. Akibatnya mereka dikatakan menjadi terlalu berkuasa dan bebas bertindak apa sahaja kepada peneroka, termasuk mengusir mereka apabila difikirkan bersalah. Walhal pada hakikatnya para peneroka adalah tuan tanahh.
Keduanya di bawah Seksyen 36 juga, Felda hanya boleh membuat sebarang peraturan, polisi atau undang-undang kecil di setiap tanah rancangan selepas mendapat kebenaran dan kelulusan pihak berkuasa negeri.
Oleh kerana Felda dianggap berkuasa selama ini, banyak peraturan yang menyebabkan sentiasa dalam keadaan tertekan dan dalam masa yang sama Felda mengaut keuntungan besar tanpa mempedulikan kebajikan dan hak peneroka.
Antaranya mewajibkan peneroka menjual buah sawit ke kilang Felda. Dengan cara ini Felda memonopoli dan memanupulasi gred buah sehingga dibayar sesuka hati atau mengikut gred rendah berbanding kilang-kilang lain. Malangnya rungutan peneroka tidak pernah dipedulikan.
Ketiga, para peneroka tidak boleh menuntut wang tabung tanam semula yang telah dicarum oleh mereka melalui potongan selama 20 tahun yang dianggarkan sebanyak RM17,000 seorang.
Bagi peneroka yang menjayakan tanam semula sendiri tanpa kontrak dengan Felda, sudah pasti tidak adil sama sekali. Bagaimana wang sendiri tidak boleh diperolehi?
Felda Plantation rancangan haram?
Satu lagi kesalahan nyata Felda ialah pembukaan ladang-ladang Felda Plantations sejak diperkenalkan pada tahun 1990.
Sedangkan di bawah Akta GSA, hanya terdapat dua jenis pemilikan dibenarkan kerajaan negeri ke atas tanah, iaitu pemilikan individu peneroka melalui Seksyen 7 (2) dan 11 (1) atau melalui koperasi yang diuruskan oleh Felda melalui Seksyen 35.
Tugas Felda di bawah GSA, bagi sebahagian tanah yang mana Felda dilantik untuk menguruskannya, hanya untuk menjadi Pengurus Rancangan dan bukannya memiliki tanah. Namun Felda telah menyalahgunakan pemberian tanah oleh kerajaan negeri lalu bertindak sebagai tuan estet. Keadaan ini samalah seperti merompak tanah kerajaan negeri yang diwartakan.
Sehingga kini Felda Plantation Sdn. Bhd. memiliki ladang seluas 380,180 hektar (840,244.6 ekar) di seluruh negara dan mengaut keuntungan berbilion ringgit. Sedangkan menurut Seksyen 11 (1) Akta GSA tanah ini sepatutnya diberi oleh kerajaan negeri yang berkenaan di bawah Akta GSA untuk membolehkan pemilikan individu peneroka dalam rancangan berkelompok.
Lebih malang lagi, keuntungan tersebut tidak melimpah kepada kerajaan negeri kerana Felda merupakan agensi kerajaan pusat.
“Adalah jelas sekali pemilikan tanah ladang oleh Felda Plantation tidak sah, haram dan terbatal kerana bercanggah dengan Akta GSA. Akta GSA hanya membenarkan pemilikan individu dan secara saham koperasi sahaja”.
“Jadi kita cadangkan kerajaan negeri ambil balik tanah yang diduduki Felda Plantation dan diagihkan kepada individu peneroka sebanyak 10 ekar seorang terutama kepada generasi kedua. Melaluinya seramai 84,024 orang peneroka baru boleh dimasukkan,” kata Wan Rohimi.
Akhirnya Wan Rohimi menyimpulkan bahawa hasrat Tun Razak membentangkan Akta GSA bukan untuk menjadikan Felda sebagai “Tuan” dan peneroka sebagai “hamba”. Jika diteliti dengan baik, kita akan dapati bahawa matlamat sebenar Akta GSA ialah untuk semata-mata memberikan tanah kepada rakyat luar bandar dan dengan tanah untuk membangunkan sumber ekonomi rakyat luar bandar.
Apabila kerajaan negeri mewartakan sesuatu kawasan sebagai rancangan berkelompok maka Felda dijemput sebagai pengurus buat sementara waktu sahaja. Selepas tamat satu pusingan iaitu apabila hak milik diberikan secara individu kepada peneroka maka Felda perlu keluar dan kawasan rancangan dan tidak berhak lagi bertenggek di atas tanah dan harta peneroka.
“Adalah diharapkan kerajaan negeri di bawah Pakatan Rakyat dapat meneliti kembali kuasa-kuasa yang dimiliki di bawah Akta GSA serta meneliti semula kandungan perjanjian antara kerajaan negeri dengan Felda. Seterusnya dapat membangunkan taraf hidup dan memperjuangkan kebajikan peneroka.”
“Sekiranya kerajaan Pakatan dapat menunjukkan satu model sebuah kerajaan negeri yang membela peneroka, terutama berkenaan dengan pengurusan rancangan berkelompok terutama yang melibatkan Felda, dipercayai masyarakat peneroka akan membuka mata dan mula menyedari bahawa sistem yang diamalkan oelh Felda dan Kerajaan Persekutuan selama 50 tahun perlu ditumbangkan, jelas Wan Rohimi.”
Gambar:
Wan Rohimi (kiri) bersama teman-teman peguam
Friday, May 7, 2010
Doa untuk Alharas Abdullah
Oleh SUHAIMI SAADJam 2.30 petang 3 Mei lalu saya menerima mesej dari Ust Zaki, Alharas ditimpa kemalangan teruk dalam perjalanan ke tempat kerjanya. Lalu saya terus menghubungi sahabat sahabat yang lain untuk mengetahui segala-galanya.
Sebahagian sahabat rupa-rupanya telah berada di wad kecemasan melaporkan keadaan Haras yang kritikal. Kaki dan tangannya patah. Sebelah matanya kemungkinan rosak. Ada sedikit kecederaan pada kepala akibat hentakan yang kuat.
Saya mengenali secara rapat Haras setelah berpindah ke Balok Permai. Beliaulah yang bertungkus lumus mencari rumah sewa untuk saya. Sepanjang perkenalan saya dapati beliau seorang yang baik, tutur katanya lemah lembut, Pada ketika Avanza saya bermasalah untuk saya menghadiri mesyuarat di temerloh, beliaulah yang menawarkan kereta Myvinya kepada saya.
Atas sikap suka menolong dan prihatin pada masalah masyarakat setempat beliau dipilih oleh anak kariah sebagai Pengerusi Surau Balok Permai. Surau itu hidup dan imarah dengan majlis ilmu.
Beliau sangat istiqamah dengan unit amal dan berjawatan Setiausaha Unit Amal Kawasan Inderamahkota. Beliau akan sentiasa bertungkus lumus menampal poster apabila ada ceramah di kawasan ini.
Saya berkesempatan melawat beliau, hati saya sayu melihat beliau. Dalam keadaan separa sedar mulutnya tak lepas membaca ayat-ayat suci Al-Quran. Segala ayat yang beliau hafal keluar dari mulutnya.
Haras bekerja dis ebuah kilang di Gebeng tetapi berstatus kontrak. Isterinya pula tidak bekerja dan mempunyai 3 anak. Mengenangkan nasib menimpanya, di beberapa tempat kuliah saya saya telah lancarkan derma untuk beliau.
Jika saudara-saudara nak membantu beliau, masukkan ke Akaun Unit Amal Indera Mahkota Bank Islam 06019010080651
Thursday, May 6, 2010
Ratah pengkid selera baru tukar seks
Percayakah anda, bahawa selera baru seks lelaki 50-an masa kini bertukar daripada perempuan pelacur kepada pengkid (perempuan yang cenderung menyerupai lelaki)?Menurut sebuah akhbar tabloid, kecenderungan baru ini dapat diperhatikan di lokasi tertentu antaranya bertumpu di Chow Kit, Kuala Lumpur kerana mendapat ‘pasaran’ baik di sana.
Lelaki yang mahu ‘meratah’ pengkid ini biasanya sanggup memberi bayaran mahal dan menggunakan istilah baru iaitu ‘mau jual emas’ apabila mendekati pengkid terbabit. Jika bersetuju, pelanggan sudah sedia menanti di hotel murah berhampiran.
‘Emas’ membawa maksud kemaluan.
Seorang pengkid yang hanya mahu dikenali sebagai Man, 24, berasal dari Pahang mengakui pernah ditawarkan seorang bapa ayam untuk ‘dihidangkan’ kepada seorang pelanggan.
Menurut Man, lelaki veteran lebih cenderung memilih pengkid kerana beranggapan golongan sepertinya lebih selamat daripada penyakit berjangkit seperti HIV berbanding golongan pelacur yang kerap bertukar pelanggan.
Susuk tubuh pengkid yang agak keras dan kenyal juga dirasakan dapat memberi kepuasan luar biasa apabila bersama, katanya.
“Saya pernah bertanyakan salah seorang penagih seks warga emas kenapa mereka lebih memilih golongan pengkid, dia berkata pada usia emas ini, mereka sudah bosan dilayan wanita yang bersifat kewanitaan dan mahukan layanan ‘ganas’ dan lain daripada biasa,” katanya.
Man mengakui pernah ditawarkan harga lumayan untuk sekali layanan kepada lelaki veteran, tetapi menolak kerana tidak terbuka nafsu kepada golongan lelaki.
Pak Andak Manaf kembali...
Oleh SYED PUTRA SYED AHMADSaya menerima panggilan telefon daripada Kak Ti atau Puan Fakriyatie Lotfie pada jam 11.29 pagi tadi memberitahu bahawa bapa mertuanya, Hj Abd Manaf Arif@Ismail atau lebih dikenali sebagai Pak Andak Manaf, telah kembali ke rahmatullah beberapa minit sebelum itu di rumahnya di kampung Buntut Pulau, temerloh.
Pak Andak Manaf adalah bapa kepada kawan-kawan sekolah saya, iaitu Hj Amir Roslan, arwah Amirul Azam dan Abu Bakar. saya mempunyai sejarah persahabatan yang panjang dengan ketiga-tiga adik beradik ini, terutama Amir Roslan (suami kak ti) dan arwah Amirul Azam.
Semasa hayatnya, pak andak bertugas sebagai pemandu di Klinik Kesihatan Temerloh sehingga pencen. Namun beliau bukan sebarangan pemandu. Beliau juga merupakan aktivis masyarakat dan kesatuan sekerja yang komited dan bersuara lantang.
Sikap dan fikrah itu berkekalan sehinggalah beliau pencen dan dilantik sebagai imam masjid kampungnya itu. Malah ia kekal hingga ke hujung hayat beliau.
Pak andak pernah mencetuskan 'kecoh besar' sedikit masa lalu di daerah Temerloh apabila beliau tidak membaca khutbah mahupun doa yang disediakan oleh Jabatan Agama Islam Pahang ketika menjadi khatib di situ, tetapi sebaliknya membaca siri khutbah dari Masjid Rusila.
Pak andak merupakan pengagum soekarno dan para pemimpin berani lain yang pernah mencabar kebobrokan dunia masing-masing demi kebaikan dan keadilan masyarakat mereka.
Ini tidaklah memeranjatkan kerana ketika pasukan tentera semut, angkatan pemuda insaf, berlatih berkawad di padang kampungnya - yang berkebetulan terletak betul-betul di hadapan rumah beliau - di bawah pimpinan Ishak Hj Muhammad Dan Ibrahim Hj Yaakob, pak andak sudah remaja belia.
Beliau disahkan mengidap barah paru-paru pada 30 disember tahun lepas dan hari ini pak andak telah kembali menemui tuhannya sewaktu berusia 78 tahun dengan aman dan reda.
Kali terakhir saya bertemu beliau ialah ketika saya datang menziarahinya di rumah beliau sedikit masa lalu. saya berkesempatan berborak dan melayannya makan dan minum. Beliau mengadu tidak selera makan. Saya cuba menggiatnya supaya makan, walaupun sedikit.
Pak andak adalah 'orang masyarakat'. Dia biasa bersama-sama orang banyak. Justeru, terlantar di katil sakit dan 'keseorangan' begitu, bukanlah idea atau keadaan yang serasi dengannya, fikir saya ketika itu.
Beliau bercerita bahawa ketika di hospital, selera makannya ada dan setiap hari para misi akan datang bertanyakan menu makan yang diingininya. saya sempat berseloroh dengan isteri beliau, mak andak, supaya melakukan perkara yang sama, iaitu bertanyakan menu makan yang beliau ingini setiap hari sebegitu.
Sewaktu beliau masih boleh bergerak bebas dan memandu, saya berkesempatan minum bersama-samanya di Restoran Al-Jalal, Jalan Bahagia. Beliau sentiasa bersemangat dan lantang bercakap tentang masyarakat, politik dan negara seperti selalu. Itu kali terakhir saya minum dengannya.
Beliau disemadikan selepas solat asar di tanah perkuburan kampung Buntut Pulau yang terletak menghadap padang kawad api itu bersama-sama ramai anak tempatan lain yang pernah mencabar dunia dengan cara masing-masing.
Di situ jugalah disemadikan arwah tarmizi mat zain@mizi dengkot dan kang dua beradik, iaitu firdaus@tasan dan aizat@segar. Mereka juga pernah mencabar dunia dengan cara mereka sendiri.
Duduk tepi perigi
ingat jangan leka
hidup biar berani
tanda kita jaga.
Duduk tepi perigi
ingat jangan alpa
ambil suluh hati
terangi kampung kita.
Selamat jalan pak andak dan anak-anak dunia yang berani. sehingga berjumpa lagi.
-----------------------------
Nota foto: padang kampung buntut pulau. tanah perkuburan terletak di sebelah kiri, sementara rumah arwah di sebelah kanan, di belakang barisan pokok kelapa.
Lagi pelajar lahirkan bayi dalam tandas
Gejala remaja pelajar melahirkan bayi tidak lagi sekadar menghinggapi warga kota, malah kini telah melarat kepada generasi kedua Felda pula.
Di Felda Jerangau, Dungun, Terengganu, seorang pelajar Tingkatan Empat telah melahirkan bayi dalam tandas di Pusat Kesihatan di tanah rancangan tersebut semalam (Rabu).
Fenomena ini sudah tentu amat merunsingkan pihak yang tidak ingin melihat maksiat terlaknat ini berleluasa kerana di pihak berkuasa tidak kelihatan sebarang usaha serius bagi menanganinya.
Menurut agensi berita Bernama, pelajar tersebut pada mulanya pergi ke klinik berkenaan pada jam 11 pagi dengan ditemani jirannya setelah mengadu sakit perut dan sebaik tiba di klinik, remaja terbabit dilaporkan ke tandas dan bersalin di dalam tandas terbabit.
Kejadian yang menggemparkan pesakit di klinik itu disedari oleh orang ramai yang lalu berhampiran tandas terbabit apabila ternampak air bersama darah mengalir keluar daripada tandas berkenaan.
Mereka yang bertindak membuka tandas menemui pelajar berkenaan berlumuran darah dalam keadaan lemah bersama seorang bayi.
Pelajar yang bersekolah di sebuah sekolah menengah di sekitar Dungun itu kemudian dihantar ke Hospital Hulu Terengganu untuk mendapatkan rawatan bersama bayinya.
Pemangku Ketua Polis Dungun ASP Alias Abu Bakar ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.
Di Felda Jerangau, Dungun, Terengganu, seorang pelajar Tingkatan Empat telah melahirkan bayi dalam tandas di Pusat Kesihatan di tanah rancangan tersebut semalam (Rabu).
Fenomena ini sudah tentu amat merunsingkan pihak yang tidak ingin melihat maksiat terlaknat ini berleluasa kerana di pihak berkuasa tidak kelihatan sebarang usaha serius bagi menanganinya.
Menurut agensi berita Bernama, pelajar tersebut pada mulanya pergi ke klinik berkenaan pada jam 11 pagi dengan ditemani jirannya setelah mengadu sakit perut dan sebaik tiba di klinik, remaja terbabit dilaporkan ke tandas dan bersalin di dalam tandas terbabit.
Kejadian yang menggemparkan pesakit di klinik itu disedari oleh orang ramai yang lalu berhampiran tandas terbabit apabila ternampak air bersama darah mengalir keluar daripada tandas berkenaan.
Mereka yang bertindak membuka tandas menemui pelajar berkenaan berlumuran darah dalam keadaan lemah bersama seorang bayi.
Pelajar yang bersekolah di sebuah sekolah menengah di sekitar Dungun itu kemudian dihantar ke Hospital Hulu Terengganu untuk mendapatkan rawatan bersama bayinya.
Pemangku Ketua Polis Dungun ASP Alias Abu Bakar ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.
Wednesday, May 5, 2010
Judi di sana sini
TEMERLOH: Anda tidak perlu ke Genting Highland dan Bukit Tinggi jika mahu berjudi.
Anda tidak perlu lagi tutup-tutup muka lantaran malu-malu untuk berkunjung ke kedai-kedai nombor ekor.
Berjudi sekarang tidak perlu lagi nyorok-nyorok kerana mesin-mesin judi boleh didapati melambak dikedai-kedai runcit dan mini market terutama di sekitar kawasan perumahan.
Para pelajar sekolah menjadi sasaran peniaga-peniaga ini terutama pada bukan hari persekolahan. Mereka mungkin anak anda, atau mungkin anak saya.
Senario ini jika tidak dikawal sudah pasti boleh mendatangkan mudarat dan kesan sosial yang sangat buruk dikalangan masyarakat.
Namun siapakah yang berani melarang atau menangkap mereka kerana ia nyata-nyata dihalal dan dilesenkan oleh Majlis Perbandaran premisnya.
Kecuali Umno dan konco-konconya, semua agama mengharamkan judi!
Dahulu sudah lulus satu enakmen oleh Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) untuk menangkap para penjudi.
Namun dalam kes seperti di atas, bolehkah Jaip bertindak?
Gambar-gambar di atas dirakamkan di hadapan sebuah pasar mini di Jalan Bahagia
Di pusara pejuang Pak Sako
Oleh AHMAD NIZAM HAMIDSeusai majlis pengkebumian Allahyarham Haji Manaf Mohd Arif atau lebih mesra dikenali dengan Pak Andak Manaf,ayahanda Sdr AmirRuslan,saya bersama Bung Tajudin,Irfan Abad,putera saya,Ahmad Suhail,Maslina dan Farhana dengan di temani oleh Hj Omar Bakar berkesempatan mengziarahi pusara Allahyarham Dr.Ishak Hj Muhamad atau lebih dikenali dengan nama Pak Sako.
Haji Omar Bakar antara orang yang rapat dengan Pak Sako dan menyertai perjuangan menentang penjajahan melalui PKMM/API.Banyak yang beliau ceritakan dalam kesempatan yang sedikit di petang hari ini tentang perjuangan orang lama serta Pak Sako.InsyaAllah akan saya muatkan dalam blog saya,lanailestari,sedikit masa lagi.
Dan di petang yang redup itu,kami sama-sama menadah tangan mengaminkan doa yang dibaca oleh Irfan Abad. Saya teringat kepada nukilan hikmah General Douglas Mac Arthur: Old soldier never die,they fade away. Harimau mati meninggalkan belang,manusia mati meninggalkan nama.Hidup berjuang, mati mulia.
Alfatihah buat Allahyarham Pak Sako,Pak Andak Manaf dan semua pejuang yang telah mendahului kita...
Gambar:
Saya,Sdr.Irfan Abad dan Haji Omar Bakar menadah tangan memohon agar Allah SWT mencucuri rahmatNYA dan menempatkan roh Almarhum Dr.Ishak Hj Muhamad aka Pak Sako dikalangan orang yang beriman.Kami mengziarahi pusara Pak Sako petang tadi.
Aktivis PAS Temerloh meninggal
TEMERLOH: Aktivis PAS Temerloh Abdul Manaf Aris, 79, kembali ke rahmatullah kira-kira jam 11.20 pagi tadi setelah lama menderita barah paru-paru.
Menurut anaknya Amiruslan, jenazah bapanya akan disembahyangkan di Surau Hijau Buntut Pulau selepas Solat Asar petang ini dan akan dikebumikan petang ini juga di tanah perkuburan Buntut Pulau.
Menurut anaknya Amiruslan, jenazah bapanya akan disembahyangkan di Surau Hijau Buntut Pulau selepas Solat Asar petang ini dan akan dikebumikan petang ini juga di tanah perkuburan Buntut Pulau.
Inilah dia Pemuda yang ugut nak bunuh Nik Aziz
Monday, May 3, 2010
Suami belasah isteri berbual telefon dengan lelaki lain hingga mati
KUALA LIPIS: Gara-gara cemburu, seorang isteri dibelasah oleh suaminya sendiri hingga mati hanya kerana berbual dengan lelaki lain di telefon.
Dalam kejadian di Kampung Padang Tengku, dekat sini, kira-kira 5 petang semalam (Ahad), mangsa, Rosmawati Abd Rahman, 39, dipercayai dihentak di kepala serta dipijak di bahagian perut, dada dan paha oleh suaminya di hadapan anak pasangan itu yang berusia 12 tahun.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Lipis, Supt Abdul Razak Hassan, suspek dikatakan naik angin secara tiba-tiba selepas anak lelakinya itu mengadu yang ibunya berbual di telefon dengan lelaki lain.
"Suspek tiba-tiba naik angin sebelum bertindak agresif menolak mangsa. Mangsa kemudiannya dipijak di perut, dada dan paha. Seterusnya suspek mencekik mangsa dan menghentak kepala mangsa ke lantai," katanya kepada media di sini.
Katanya, suspek, 46, kemudiannya berterusan memukul mangsa sehingga mangsa tidak sedarkan diri.
"Anak mangsa kemudiannya meminta bantuan jiran, bagaimanapun mangsa disahkan meninggal dunia selepas dibawa ke hospital. Punca kematian masih disiasat," katanya.
Pihak polis masih memburu suspek yang melarikan diri selepas kejadian itu bagi membantu siasatan, katanya.
Dalam kejadian di Kampung Padang Tengku, dekat sini, kira-kira 5 petang semalam (Ahad), mangsa, Rosmawati Abd Rahman, 39, dipercayai dihentak di kepala serta dipijak di bahagian perut, dada dan paha oleh suaminya di hadapan anak pasangan itu yang berusia 12 tahun.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Lipis, Supt Abdul Razak Hassan, suspek dikatakan naik angin secara tiba-tiba selepas anak lelakinya itu mengadu yang ibunya berbual di telefon dengan lelaki lain.
"Suspek tiba-tiba naik angin sebelum bertindak agresif menolak mangsa. Mangsa kemudiannya dipijak di perut, dada dan paha. Seterusnya suspek mencekik mangsa dan menghentak kepala mangsa ke lantai," katanya kepada media di sini.
Katanya, suspek, 46, kemudiannya berterusan memukul mangsa sehingga mangsa tidak sedarkan diri.
"Anak mangsa kemudiannya meminta bantuan jiran, bagaimanapun mangsa disahkan meninggal dunia selepas dibawa ke hospital. Punca kematian masih disiasat," katanya.
Pihak polis masih memburu suspek yang melarikan diri selepas kejadian itu bagi membantu siasatan, katanya.
PAS Pahang paling ramai tambah ahli tahun lalu
PAS merupakan parti pilihan rakyat pada 2009 apabila seramai 1,437 ahli berdaftar dengan parti itu meninggalkan pesaingnya Umno yang hanya mendapat 619 ahli pada tahun lalu (lihat carta).
Bagi peringkat Pakatan Rakyat (PR) di negeri Pahang pula DAP menyumbang 923 ahli dan PKR (0) menjadikan jumlah keseluruhan 2,360. Selebihnya (670) adalah milik BN daripada pantaftaran baru ahli-ahli parti seramai 3,030 di Pahang tahun lalu.
Namun di peringkat kebangsaan PAS (17,022) kalah kepada Umno (24,818) dari segi keahlian baru.
Akan tetapi dalam konteks PR keseluruhannya (38,143), keahlian melebihi BN dengan tambahan DAP 17,790 (lebih banyak dari PAS) dan PKR (3,331) daripada keseluruhan pendaftaran ahli parti baru seramai 65,105. BN hanya bertambah sebanyak 26,962 ahli baru tahun lalu.
Anehnya di selangor, negeri PR yang diterajui PKR, PAS berada di tempat kedua (1,170) selepas DAP (5,711) manakala PKR hanya 376 ahli baru tahun lalu.
Di Kelantan pula Umno paling sedikit penambahan ahli berbanding PAS.
Sehingga Februari tahun ini, di peringkat kebangsaan Umno (5,166) tampak mendahului PAS (2,376). Namun di peringkat PR masih mendahului BN dengan 6,824 berbanding 5,490.
Carta di atas diperolehi daripada blog Pendiperak.
Kaji semula Akta Mesin Cetak - NUJ
KUALA LUMPUR: Kesatuan Kebangsaan Wartawan (NUJ) menggesa kerajaan supaya mengkaji semula Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 yang disifatkannya sebagai sudah ketinggalan berbanding dengan keadaan semasa.
Presiden NUJ, Norila Mohd Daud berkata kewujudan akta itu sudah tidak sesuai lagi kerana sudah terdapat banyak akta lain seperti Akta Rahsia Rasmi dan Akta Hasutan yang lebih dari mencukupi untuk mengawal kebebasan bersuara di negara ini.
"Sudah tiba masanya kerajaan secara serius menimbang untuk melihat kembali akta ini. Kerajaan patut mansuhkan saja akta ini, ia tidak berkesan apatah lagi dengan berkembangnya media baru kini, menjadikan kebanjiran maklumat di Internet tidak dapat dibendung.
"Ia hanya memudaratkan industri media perdana dan ekonominya," katanya kepada Bernama semasa menghadiri forum bertajuk "Adakah Perlu Untuk Mengawal Akhbar di Malaysia" yang dianjurkan oleh NUJ sempena sambutan Hari Kebebasan Akhbar Sedunia yang disambut esok.
Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang merasmikan forum tersebut.
Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 digubal bagi mengawal aktiviti serta kegiatan percetakan dan penerbitan bahan bercetak di negara ini.
Akta tersebut dilihat oleh pihak pemain industri sebagai halangan utama kepada kebebasan akhbar di negara ini kerana memerlukan organisasi media memperbaharui permit mereka setiap tahun dan tertakluk kepada kelulusan Kementerian Dalam Negeri.
Norila berkata, peraturan itu perlu dimansuh kerana ia bukan sahaja akan menjejaskan kelangsungan organisasi dan pekerja industri media tetapi juga memudaratkan industri media cetak secara keseluruhan.
Beliau berkata NUJ bercadang untuk bertemu Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein untuk mengetengahkan isu yang tertangguh sejak sekian lama yang dihadapi media arus perdana.
"Lihat begini, sementara kita (kerajaan) mengenakan undang-undang yang ketat kepada media cetak, kita membiarkan media baru terlepas begitu mudah, mengapa ada double standard," katanya.
Norila berkata, Majlis Akhbar yang dicadang untuk diwujudkan oleh frateniti media bagi mengawal selia sendiri pengamal media, tidak akan dapat memainkan peranannya secara aktif selagi wujudnya Akta Mesin Cetak dan Penerbitan.
~ BERNAMA
Presiden NUJ, Norila Mohd Daud berkata kewujudan akta itu sudah tidak sesuai lagi kerana sudah terdapat banyak akta lain seperti Akta Rahsia Rasmi dan Akta Hasutan yang lebih dari mencukupi untuk mengawal kebebasan bersuara di negara ini.
"Sudah tiba masanya kerajaan secara serius menimbang untuk melihat kembali akta ini. Kerajaan patut mansuhkan saja akta ini, ia tidak berkesan apatah lagi dengan berkembangnya media baru kini, menjadikan kebanjiran maklumat di Internet tidak dapat dibendung.
"Ia hanya memudaratkan industri media perdana dan ekonominya," katanya kepada Bernama semasa menghadiri forum bertajuk "Adakah Perlu Untuk Mengawal Akhbar di Malaysia" yang dianjurkan oleh NUJ sempena sambutan Hari Kebebasan Akhbar Sedunia yang disambut esok.
Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang merasmikan forum tersebut.
Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 digubal bagi mengawal aktiviti serta kegiatan percetakan dan penerbitan bahan bercetak di negara ini.
Akta tersebut dilihat oleh pihak pemain industri sebagai halangan utama kepada kebebasan akhbar di negara ini kerana memerlukan organisasi media memperbaharui permit mereka setiap tahun dan tertakluk kepada kelulusan Kementerian Dalam Negeri.
Norila berkata, peraturan itu perlu dimansuh kerana ia bukan sahaja akan menjejaskan kelangsungan organisasi dan pekerja industri media tetapi juga memudaratkan industri media cetak secara keseluruhan.
Beliau berkata NUJ bercadang untuk bertemu Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein untuk mengetengahkan isu yang tertangguh sejak sekian lama yang dihadapi media arus perdana.
"Lihat begini, sementara kita (kerajaan) mengenakan undang-undang yang ketat kepada media cetak, kita membiarkan media baru terlepas begitu mudah, mengapa ada double standard," katanya.
Norila berkata, Majlis Akhbar yang dicadang untuk diwujudkan oleh frateniti media bagi mengawal selia sendiri pengamal media, tidak akan dapat memainkan peranannya secara aktif selagi wujudnya Akta Mesin Cetak dan Penerbitan.
~ BERNAMA
PAS Maran bantu mangsa ribut
Menurut Ketua Lajnah Kebajikan Kawasan, Jaafar Mat Tam, kejadian ribut yang berlaku petang Sabtu baru-baru ini telah mengakibatkan lebih enam buah rumah di situ sehingga mengakibatkan rumah-rumah yang terlibat mengalami kerosakan teruk.
Tambah Jaafar, selain daripada itu, ribut luar biasa yang pertama kali melanda kampung tersebut juga telah memusnahkan pokok-pokok dusun seperti durian sehingga banyak yang patah dan tumbang.
”Pimpinan PAS telah hadir melawat mangsa-mangsa dan menghulurkan bantuan awal di rumah mangsa. Bantuan berupa makanan dan lain-lain bagi mengurangkan sedikit kesusahan mangsa”.
“Insyallah, kita akan cuba sedaya upaya untuk membantu mangsa selepas daripada pihak kerajaan mengumumkan pelan bantuan kepada mangsa hari ini,” ujarnya.
Gambar:
1. Antara rumah penduduk yang rosak
2. YDP PAS Maran Ustaz Ramli (kanan) bersama Haji Mohd Noor
Saturday, May 1, 2010
Kewartawanan: Pentas pancung kalau bukan medan perang!
Ketika pilihan raya kecil Hulu Selangor berlangsung, penerbit Editor's Time dan Edisi Siasat ntv7, Joshua Wong telah mendedahkan insiden di mana isteri Perdana Menteri disyaki campur tangan dalam kebebasan media. Joshua Wong yang enggan tunduk akhirnya meletakkan jawatan untuk menyatakan pendiriannya. Beliau terkorban sebagai seorang pahlawan.
Dalam bidang kewartawanan di Malaysia, pengamal media yang setanding kemampuannya dengan Joshua Wong (gambar kanan) bukannya tiada, malah mungkin tidak kurang bilangannya. Namun, mereka yang memiliki etika media sepertinya, malah tetap berpegang kepada prinsip pada saat-saat yang mustahak, amatlah kurang.
Apa yang menyesalkan, Joshua Wong boleh meletak jawatan hanya sekali untuk menyatakan ketidakpuasannya terhadap stesen televisyen, malah mungkin seluruh mekanisme dan sistem kawalan terhadap kewartawanan.
Bidang kewartawanan mungkin boleh melahirkan beberapa orang lagi sepertinya, dengan perginya seorang Joshua Wong. Namun, semua orang sedar bahawa kalaulah beberapa orang lagi Joshua Wong dikorbankan sekalipun, ia gagal untuk menyedarkan majoriti yang mendiamkan diri, supaya tampil menggegarkan sistem ini.
Tahun demi tahun, seseorang wartawan junior diasah sehingga menjadi wartawan/editor senior, yang menganuti falsafah "jaga periuk nasi". Mungkin pembaca juga tertanya-tanya, mengapa fakulti media atau institusi media di negara ini gagal melahirkan wartawan dan editor yang tegas dengan prinsipnya?
Secara jujur, permintaan ini mungkin agak melampau. Sekali pandang, di semua bidang, berapa orang pula yang berani untuk bersuara lantang ketika berdepan dengan penguasa? Walaupun inilah hakikatnya, tetapi kita tetap menaruh harapan dan permintaan yang lebih terhadap pengamal media yang berada di garisan paling depan.
Apabila harapan ini menjadi kewajipan yang dipikul oleh pengamal media dengan sendirinya, maka ia menjadi maruah kepadanya, atau setidak-tidaknya sebahagian maruahnya ketika seseorang wartawan bekerja selama lapan jam sehari.
Jikalau wartawan melupai harapan ini, atau menyerah diri, malah mula memukau atau membohongi diri dengan faktor luaran seperti senioriti, status, anugerah kewartawanan, kadar hits bacaan artikel dan populariti apabila hadir di rancangan forum..., meyakini dirinya sebagai pengamal media yang "profesional". Maka, gejala-gejala yang aneh akan menjelma dalam masyarakat kita, termasuklah bersolek untuk tycoon yang memonopoli media, melahirkan setiausaha akhbar untuk PM, malah menyorok senjata kritikannya secara selektif, ketika berdepan dengan politikus "1Malaysia".
Kewujudan pengamal media
Apabila fenomena ini menular dengan berleluasa, maka keluhan "melesetnya media", "akhbar Cina kehilangan maruah" kedengaran. Malah, ada yang melontarkan cadangan radikal dalam blog saya untuk membakar akhbar arus perdana. Realiti yang memilukan adalah, walaupun akhbar arus perdana yang patut dibakar mungkin lebih tinggi dari Menara Petronas KLCC jika ditimbunkan, namun media arus perdana ini masih boleh memutar belitnya sebagai kebakaran sampah sarap. Ia memperlihatkan psikologi satu samseng, "So what? Laporan kami menyampah? Tapi pembaca suka!"
Bagaimanapun saya perlu tegaskan, sistem ekologi akhbar atau media sebegini, tidak boleh dan tidak akan menjadi sistem ekologi masyarakat yang lumrah buat selama-lamanya. Sekatan berita, membongsaikan diri dengan jaringan korporat besar, hanyalah ubat bius, atau kain untuk menutup kemaluan buat sementara.
Wartawan generasi baru, mahu atau tidak, perlu menerima cabaran dan pemantauan daripada masyarakat. Jadi, daripada menyorok diri dalam institusi media mega dan membanting tulang dalam ruang batas profesional yang dihadkan bos dan Kementerian Dalam Negeri, lebih baik seseorang wartawan mengoyak identiti "keberkecualian palsu" ini, menjadi seorang pengamal media yang benar-benar bertanggungjawab kepada kebenaran dan rakyat.
Apabila seseorang wartawan memilih untuk bersama kebenaran dan keadilan sosial, maka ia tidak terelak dari kesepian dan bersendirian apabila berpegang kepada prinsip. Tetapi setidak-tidaknya mereka menemui nilai kewujudan berita dan nilai hidup seorang wartawan. Pengamal media yang kekurangan nilai hidup ini, hanya tinggal reputasi yang kosong dan palsu.
Kita tidak menuntut secara berlebihan, malah tidak ingin kesemua wartawan yang beridealisme meneladani pengorbanan Joshua Wong, tetapi seseorang wartawan seharusnya bersuara semasa perlu, tampil ke depan bila patut, beri sokongan dan galakan ketika kita harus bersatu. Ini syarat kualiti minima untuk menjadi seorang insan oleh seseorang wartawan generasi baru.
Berperang dengan penindas
Barisan Nasional dan empayar media yang bersubahat dengannya telah menjadikan media arus perdana sebagai pentas memancung maruah dan pengebumian idealisme wartawan. Tetapi sebagai seorang wartawan yang masih merasai dirinya hidup, tidak boleh dan tidak boleh mengizinkan penyembelihan ini berlaku tanpa sebarang penentangan. Mulai hari ini, kita harus menjadikan pentas pemancungan ini sebagai medan peperangan.
Buku nota, perakam suara, kamera, keyboard dan internet, adalah senjata yang bersama kita sehingga titisan darah terakhir. Ayuh kita menggunakan peralatan yang wujud bersama-sama kita untuk memerangi penindas yang tidak adil, tidak saksama, dan tidak wajar!
Kita masih berada pada permulaan, dalam perjalanan kita mengharungi medan pertempuran untuk kebebasan media. Ada orang yang telah dijadikan habuk (dengan bangganya seperti Joshua Wong), ada pula yang sudah terpinggir dan dilupai (saya terkenang rakan seperjuangan saya ketika 28 Mei 2001, ketika pengambil-alihan Nanyang Holding oleh MCA), ada yang diseksa hingga mati (mungkin situasi saya sekarang). Ada yang mara ke depan dengan mengundur ke belakang, manahan segala pengaiban untuk mempertahankan setiap inci tanah suci dalam yang terhad di dalam sistem arus perdana ini.
Kita perlu bersikap matang untuk bertoleransi dengan pandangan yang berbeza, tak kira usia, bahasa dan bentuk media, supaya kita membuka lembaran sejarah baru dalam medan media yang semakin suram jikalau dilihat secara luaran.
Maafkan saya, kerana menggambarkan bidang kewartawanan dengan limpahan darah sebegitu rupa. Bukan untuk apa, hanya kerana wartawan perlu membiasakan mata diri dengan kegelapan. Cuma, kita perlu memperingatkan diri, jangan melemparkan pen dalam tangan kita walau betapa gelap sekalipun keadaannya.
Demi penyebaran infomasi, lontaran pandangan dan hujah, kita perlu melatih diri agar lebih peka, dan bukannya kaku dan melarikan diri dari realiti.
Kita ada dua pilihan, sama ada dengan kaku meninggalkan jiwa kita di pentas pancung yang disediakan oleh kerajaan dan tycoon, atau kita berperang habis-habisan. Walaupun gagal mematikan musuh, atau menangkis dengan badan yang rapuh semasa terkepung... biar kita memperlekehkan jiwa mereka, biar kita menghakis nilai hidup mereka!
"Yes, though I walk through the valley of the shadow of death, I will fear no evil."
Nota akhir: Artikel ini ditulis pada malam rancangan dokumentari Empangan Bakun ditarik dan dibatalkan. 【Baca: Satu lagi campur tangan BN dalam kebebasan media TV, penerbit TV2】
Ketika 10 ribu kawan orang asli berpindah meninggalkan kubur nenek moyang dan tanah mereka, ini kematian pertama untuk mereka. Berpindah ke tanah yang begitu terasing buat dirinya, terbingung dengan masa dengan depan yang kabur, mereka mati untuk kali kedua. Kali ini, saya merakamkan kesengsaraan mereka dengan kamera saya, tetapi dibatalkan penyiarannya oleh pengamal media yang tidak mempunyai jiwa dan roh. Sama ada untuk saya, mahupun orang asli, ini adalah hukuman mati.
*Chou Z Lam ialah penerbit TV2, untuk rancangan Galeri Mandarin Nasional. Beliau yang merupakan wartawan Nanyang Siang Pau semasa pengambil-alihan Nanyang Holding oleh MCA, meletakkan jawatan sebagai tanda protes. Chou Z Lam juga kolumnis di MerdekaReview, edisi bahasa Cina. Artikel ini diterjemah dan disunting oleh Lim Hong Siang.
Dalam bidang kewartawanan di Malaysia, pengamal media yang setanding kemampuannya dengan Joshua Wong (gambar kanan) bukannya tiada, malah mungkin tidak kurang bilangannya. Namun, mereka yang memiliki etika media sepertinya, malah tetap berpegang kepada prinsip pada saat-saat yang mustahak, amatlah kurang.
Apa yang menyesalkan, Joshua Wong boleh meletak jawatan hanya sekali untuk menyatakan ketidakpuasannya terhadap stesen televisyen, malah mungkin seluruh mekanisme dan sistem kawalan terhadap kewartawanan.
Bidang kewartawanan mungkin boleh melahirkan beberapa orang lagi sepertinya, dengan perginya seorang Joshua Wong. Namun, semua orang sedar bahawa kalaulah beberapa orang lagi Joshua Wong dikorbankan sekalipun, ia gagal untuk menyedarkan majoriti yang mendiamkan diri, supaya tampil menggegarkan sistem ini.
Tahun demi tahun, seseorang wartawan junior diasah sehingga menjadi wartawan/editor senior, yang menganuti falsafah "jaga periuk nasi". Mungkin pembaca juga tertanya-tanya, mengapa fakulti media atau institusi media di negara ini gagal melahirkan wartawan dan editor yang tegas dengan prinsipnya?
Secara jujur, permintaan ini mungkin agak melampau. Sekali pandang, di semua bidang, berapa orang pula yang berani untuk bersuara lantang ketika berdepan dengan penguasa? Walaupun inilah hakikatnya, tetapi kita tetap menaruh harapan dan permintaan yang lebih terhadap pengamal media yang berada di garisan paling depan.
Apabila harapan ini menjadi kewajipan yang dipikul oleh pengamal media dengan sendirinya, maka ia menjadi maruah kepadanya, atau setidak-tidaknya sebahagian maruahnya ketika seseorang wartawan bekerja selama lapan jam sehari.
Jikalau wartawan melupai harapan ini, atau menyerah diri, malah mula memukau atau membohongi diri dengan faktor luaran seperti senioriti, status, anugerah kewartawanan, kadar hits bacaan artikel dan populariti apabila hadir di rancangan forum..., meyakini dirinya sebagai pengamal media yang "profesional". Maka, gejala-gejala yang aneh akan menjelma dalam masyarakat kita, termasuklah bersolek untuk tycoon yang memonopoli media, melahirkan setiausaha akhbar untuk PM, malah menyorok senjata kritikannya secara selektif, ketika berdepan dengan politikus "1Malaysia".
Kewujudan pengamal media
Apabila fenomena ini menular dengan berleluasa, maka keluhan "melesetnya media", "akhbar Cina kehilangan maruah" kedengaran. Malah, ada yang melontarkan cadangan radikal dalam blog saya untuk membakar akhbar arus perdana. Realiti yang memilukan adalah, walaupun akhbar arus perdana yang patut dibakar mungkin lebih tinggi dari Menara Petronas KLCC jika ditimbunkan, namun media arus perdana ini masih boleh memutar belitnya sebagai kebakaran sampah sarap. Ia memperlihatkan psikologi satu samseng, "So what? Laporan kami menyampah? Tapi pembaca suka!"
Bagaimanapun saya perlu tegaskan, sistem ekologi akhbar atau media sebegini, tidak boleh dan tidak akan menjadi sistem ekologi masyarakat yang lumrah buat selama-lamanya. Sekatan berita, membongsaikan diri dengan jaringan korporat besar, hanyalah ubat bius, atau kain untuk menutup kemaluan buat sementara.
Wartawan generasi baru, mahu atau tidak, perlu menerima cabaran dan pemantauan daripada masyarakat. Jadi, daripada menyorok diri dalam institusi media mega dan membanting tulang dalam ruang batas profesional yang dihadkan bos dan Kementerian Dalam Negeri, lebih baik seseorang wartawan mengoyak identiti "keberkecualian palsu" ini, menjadi seorang pengamal media yang benar-benar bertanggungjawab kepada kebenaran dan rakyat.
Apabila seseorang wartawan memilih untuk bersama kebenaran dan keadilan sosial, maka ia tidak terelak dari kesepian dan bersendirian apabila berpegang kepada prinsip. Tetapi setidak-tidaknya mereka menemui nilai kewujudan berita dan nilai hidup seorang wartawan. Pengamal media yang kekurangan nilai hidup ini, hanya tinggal reputasi yang kosong dan palsu.
Kita tidak menuntut secara berlebihan, malah tidak ingin kesemua wartawan yang beridealisme meneladani pengorbanan Joshua Wong, tetapi seseorang wartawan seharusnya bersuara semasa perlu, tampil ke depan bila patut, beri sokongan dan galakan ketika kita harus bersatu. Ini syarat kualiti minima untuk menjadi seorang insan oleh seseorang wartawan generasi baru.
Berperang dengan penindas
Barisan Nasional dan empayar media yang bersubahat dengannya telah menjadikan media arus perdana sebagai pentas memancung maruah dan pengebumian idealisme wartawan. Tetapi sebagai seorang wartawan yang masih merasai dirinya hidup, tidak boleh dan tidak boleh mengizinkan penyembelihan ini berlaku tanpa sebarang penentangan. Mulai hari ini, kita harus menjadikan pentas pemancungan ini sebagai medan peperangan.
Buku nota, perakam suara, kamera, keyboard dan internet, adalah senjata yang bersama kita sehingga titisan darah terakhir. Ayuh kita menggunakan peralatan yang wujud bersama-sama kita untuk memerangi penindas yang tidak adil, tidak saksama, dan tidak wajar!
Kita masih berada pada permulaan, dalam perjalanan kita mengharungi medan pertempuran untuk kebebasan media. Ada orang yang telah dijadikan habuk (dengan bangganya seperti Joshua Wong), ada pula yang sudah terpinggir dan dilupai (saya terkenang rakan seperjuangan saya ketika 28 Mei 2001, ketika pengambil-alihan Nanyang Holding oleh MCA), ada yang diseksa hingga mati (mungkin situasi saya sekarang). Ada yang mara ke depan dengan mengundur ke belakang, manahan segala pengaiban untuk mempertahankan setiap inci tanah suci dalam yang terhad di dalam sistem arus perdana ini.
Kita perlu bersikap matang untuk bertoleransi dengan pandangan yang berbeza, tak kira usia, bahasa dan bentuk media, supaya kita membuka lembaran sejarah baru dalam medan media yang semakin suram jikalau dilihat secara luaran.
Maafkan saya, kerana menggambarkan bidang kewartawanan dengan limpahan darah sebegitu rupa. Bukan untuk apa, hanya kerana wartawan perlu membiasakan mata diri dengan kegelapan. Cuma, kita perlu memperingatkan diri, jangan melemparkan pen dalam tangan kita walau betapa gelap sekalipun keadaannya.
Demi penyebaran infomasi, lontaran pandangan dan hujah, kita perlu melatih diri agar lebih peka, dan bukannya kaku dan melarikan diri dari realiti.
Kita ada dua pilihan, sama ada dengan kaku meninggalkan jiwa kita di pentas pancung yang disediakan oleh kerajaan dan tycoon, atau kita berperang habis-habisan. Walaupun gagal mematikan musuh, atau menangkis dengan badan yang rapuh semasa terkepung... biar kita memperlekehkan jiwa mereka, biar kita menghakis nilai hidup mereka!
"Yes, though I walk through the valley of the shadow of death, I will fear no evil."
Nota akhir: Artikel ini ditulis pada malam rancangan dokumentari Empangan Bakun ditarik dan dibatalkan. 【Baca: Satu lagi campur tangan BN dalam kebebasan media TV, penerbit TV2】
Ketika 10 ribu kawan orang asli berpindah meninggalkan kubur nenek moyang dan tanah mereka, ini kematian pertama untuk mereka. Berpindah ke tanah yang begitu terasing buat dirinya, terbingung dengan masa dengan depan yang kabur, mereka mati untuk kali kedua. Kali ini, saya merakamkan kesengsaraan mereka dengan kamera saya, tetapi dibatalkan penyiarannya oleh pengamal media yang tidak mempunyai jiwa dan roh. Sama ada untuk saya, mahupun orang asli, ini adalah hukuman mati.
*Chou Z Lam ialah penerbit TV2, untuk rancangan Galeri Mandarin Nasional. Beliau yang merupakan wartawan Nanyang Siang Pau semasa pengambil-alihan Nanyang Holding oleh MCA, meletakkan jawatan sebagai tanda protes. Chou Z Lam juga kolumnis di MerdekaReview, edisi bahasa Cina. Artikel ini diterjemah dan disunting oleh Lim Hong Siang.
Subscribe to:
Posts (Atom)

