Adun Jengka Ustaz Shahril Azman Abdul Halim telah
menggesa kilang-kilang di Bandar Tun Razak itu yang memproses kayu agar melakukan
langkah langkah penjagaan dan pengawalan yang terbaik sebagaimana yang telah
ditetapkan oleh Jabatan Alam Sekitar.
Beliau menegur pihak kilang sejurus selepas melawat dan
bertemu pihak pengurusan. Gesaan tersebut berikutan pejabatnya yang telah
menerima aduan dari penduduk sekitar Rantau Printis, Jengka berkaitan pencemaran
habuk kayu yang datang dari kilang berdekatan dengan penempatan penduduk di
situ.
Dalam lawatan bersama kru TV 9 mengadakan ke kawasan
kilang terbabit bagi mengenal pasti punca pencemaran udara melalui habuk kayu
yang tidak terkawal, mendapati habuk kayu yang tidak dikawal dengan baik sehingga
boleh mencemarkan alam sekitar dan membahayakan kesihatan penduduk.
Hasil lawatan juga didapati dalam kawasan tersebut ada
lebih kurang enam syarikat yang kesemuanya memproses kayu yang menghasilkan
habuk kayu.
Difahamkan kadang kadang berlaku kebocoran saluran paip
habuk yang menyebabkan habuk berterbangan dan ia mengambil masa dua ke tiga
hari untuk dibaikpulih.
Bahkan wujud kilang yang secara khusus memproses kayu
untuk dijadikan habuk untuk dijadikan bahan bakar, iaitu syarikat DAEHWA
E&R SDN BHD. Syarikat ini juga sering berlaku kebocoran paip.
Sementara itu pihak Adun juga telah memanjangkan isu tersebut
kepada pihak Jabatan Alam Sekitar negeri, dengan harapan isu yang mengganggu
penduduk ini dapat diselesaikan dengan baik dan segera.
No comments:
Post a Comment