Friday, April 27, 2018

Calon Umno Pahang: Adnan tampil senarai ‘rubber stamp’

Ditolak Dato Dr Shukri dan Dato Maznah Mazlan, semua penyandang Adun termasuk yang pernah kalah dahulu, kekal dibariskan dalam PRU akan datang. Kejutan ini sekali gus menepis cakap-cakap sebelum ini yang meramalkan beberapa calon akan diketepikan.

Ertinya, jelas sekali Dato Sri Adnan Yaakob mengelak daripada mengambil risiko untuk menamakan muka-muka baru. Seperti sebelum ini, perubahan daripada penyandang kepada muka baru boleh mendatangkan kontroversi.

Umpamanya beberapa nama sebelum ini disebut-sebut akan digantikan seperti Dato Sri Muhamad Jaafar di Jenderak. Muhamad yang masuk penggal ketujuh dirasakan sudah terlampau lama (menjangkau 30 tahun) sehingga umum melihat tidak relevan lagi dan wajar digantikan.



Hujahnya mudah, tempoh yang terlampau lama akan menyebabkan idea pembangunan darinya sudah tepu dan perlukan wakil rakyat baru yang lebih segar minda dan ideanya.

Begitu juga dengan Dato Shahirudin yang sebelum ini menderita strok yang menyerangnya ketika berada di luar negara.

Selain daripada itu Dato Sri Sofi d Benta juga dianggap terlalu lama, Dato Sri Wan Mizan di Tahan dikatakan kurang sihat dan Tengku Zulkifli dianggap calon kitar semula. Penamaan semula Dato Sri Shakar Shamsudin untuk penggal kelima di Lanchang, turut disambut dengan sinis.

Umum melihat, dalam keadaan negara dihurungi pelbagai skandal dan Pahang sendiri tidak mencapai pertumbuhan ekonomi yang mantap Adnan sepatutnya memilih regu yang lebih inovatif dan berkebolehan memacu kepesatan negeri ini.

Sudah jelas Pahang mempunyai sumber khazanah alam, dari bukit tinggi hinggalah ke lembah subur serta lembaran sungai menuju pantai yang indah di gigi Laut China Selatan. Namun kemewahan sumber yang ada kurang dimanfaat menjadi sumber kantung negeri. Ertinya sumber asli negeri ini kaya malangnya negeri miskin sehingga menanggung hutang besar. Nah, di situlah sepatutnya Adnan perlukan 'pemain-pemain baru'.

Berikut adalah senarai penuh calon-calon BN Pahang yang diumumkan Adnan semalam:

Senarai Calon BN Pahang

P.78 - CAMERON HIGHLANDS
En. Sivaraj AL Chandran


N.01 - TANAH RATA
En. Leong Tack Man

N.02 - JELAI
Dato Sri Wan Rosdy bin Wan Ismail


P.79 - LIPIS
Dato Sri Abdul Rahman bin Mohamad

N.03 - PADANG TENGKU
Dato Mustapha bin Long

N.04 - CHEKA
En. Lee Ah Wong


N.05 - BENTA
Dato Sri IR Mohd Soffi Bin Tan Sri Abdul Razak


P.80 - RAUB
Pn. Chew Mei Fun

N.06 - BATU TALAM
Dato Abdul Aziz bin Kiram

N.07 - TRAS
En. Eng Lek Pong


N.08 - DONG
Dato Sri Shahiruddin bin Moin


P.81 - JERANTUT
En Ahmad Nazlan bin Idris

N.09 - TAHAN
Dato Sri Wan Amizan Bin Wan Abdul Razak

N.10 - DAMAK
En. Lim Chow Lee

N.11 - PULAU TAWAR
En. Nadzri Ngah


P.82 - INDERA MAHKOTA
En. Johan Mat Sah

N.12 - BESERAH
Dato Suhaimi Jusoh


N.13 - SEMAMBU
En. Kuek Tei Sion


P.83 - KUANTAN
En. Wong Kiew Lee

N.14 - TERUNTUM
En. Tee Choon Ser

N.15 - TANJUNG LUMPUR
YM Tengku Dato Sri Zulkifly Bin Tengku Ahmad

N.16 - INDERAPURA
Dato Sri Mohd Shafik Fauzan bin Sharif


P.84 - PAYA BESAR
En. Mohd Shahar bin Abdullah

N.17 - SG LEMBING
Dato Suhaimi Bin Mohd Shah

N.18 - LEPAR
Abd. Rahim bin Muda

N.19 - PANCHING
Dato Zaili bin Besar


P.85 - PEKAN
Datuk Seri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak

N.20 - PULAU MANIS
Dato Khairuddin Bin Mahmud

N.21 - PERAMU JAYA
Dato Sri Sheikh Fuzi Bin Sheikh Ali

N.22 - BEBAR
Dato Fakaruddin bin Mohd Arif

N.23 - CHINI
Dato' Sri Abu Bakar bin Harun


P.86 - MARAN
Dato' Sri Ismail bin Mutalib

N.24 - LUIT
Puan Nur Hidayah Binti Shahimi

N.25 - KUALA SENTUL
Dato Sri Hjh Shahaniza Binti Shamsuddin

N.26 - CHENOR
Dato Haji Ariffin Bin Awang Ismail


P.87 - KUALA KRAU
Dato Sri Haji Ismail bin Said

N.27 - JENDERAK
Dato Mohammad Bin Jaafar

N.28 - KERDAU
Dato Sri Syed Ibrahim bin Syed Ahmad

N.29 - JENGKA
Dato Wan Salman bin Wan Ismail


P.88 - TEMERLOH
Dato Sri Mohd Sharkar bin Shamsudin

N.30 - MENTAKAB
En. Wong Tai Cei

N.31 - LANCHANG
Dato Sri Mohd Sharkar Bin Shamsudin

N.32 - KUALA SEMANTAN
Dato Nor Azmi Mat Ludin


P.89 - BENTONG
Datuk Seri Liow Tiong Lai

N.33 - BILUT
En. Poo Moon Hiong

N.34 - KETARI
Dato Lau Hoi Keong

N.35 - SABAI
Dato R Goonasegaran

N.36 - PELANGAI
Dato Sri DiRaja Haji Adnan Bin Haji Yaakob


P.90 - BERA
Datuk Seri Ismail Sabri bin Yaakob

N.37 - GUAI
Dato Sri Norol Azali bin Sulaiman

N.38 - TRIANG
Tan Tin Loon

N.39 - KEMAYAN
Dato Mohd Fadhil Bin Osman


P.91 - ROMPIN
Dato Sri Haji Hasan bin Ariffin

N.40 - BUKIT IBAM
(Belum Diumumkan)

N.41 - MUADZAM SHAH
Razali bin Kassim

N.42 - TIOMAN
Dato Sri Johari Bin Hussin


No comments:

Post a Comment