Wednesday, March 9, 2011

KERAJAAN NEGERI DIGESA SEMAK SEMULA FELDA PLANTATION

Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan(ANAK)mempertegaskan kenyataan sebelum ini bahawa Felda Plantation adalah organisasi haram dan terbatal kerana bertentangan dengan Akta GSA 1960 yang mana status pemilikan hanya individu(seksyen 7(2) dan koperasi(seksyen 11(1).

Dakwaan Datuk Ahmad Maslan, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang mengatakan bahawa Felda Plantation tidak tertakluk di bawah GSA adalah alasan semata-mata untuk menghalalkan tindakan kerajaan yang bertentangan dengan matlamat asal menyusun semula masyarakat dan membasmi kemiskinan.

Kerajaan Pusat telah menipu dan mengkhianati Kerajaan Negeri kerana mewujudkan penempatan tanpa peneroka. Dasar yang diperkenalkan Tun Dr Mahathir pada tahun 1992; bercanggah dengan hasrat Allayarham Tun Abd Razak ketika beliau membentangkan Akta GSA 1960 di Parlimen pada 27 April 1960. Akta GSA dibentang dan digubal untuk memberikan panduan dan keseragaman kepada semua negeri-negeri di Tanah Melayu bagi mencapai hasrat kerajaan untuk membangunkan taraf kehidupan penduduk luar Bandar.

Keluasan 367,710 hektar tanah Felda Plantation adalah datangnya dari kerajaan negeri; jika tidak tertakluk di bawah GSA; ia bernaung melalui peruntukan apa?

Tanah adalah aset yang berada dalam bidangkuasa Kerajaan Negeri dan kesediaan Kerajaan Negeri memberikan sejumlah tanah yang luas kepada Kerajaan Pusat menerusi Felda adalah bertujuan untuk memberikan tanah kepada rakyat yang tidak bertanah.

ANAK ingin mendedahkan bahawa pengambilan tanah untuk tujuan Felda Plantation dibuat secara ‘PAKSAAN’dari Kerajaan Negeri yang tidak difahami secara jelas apa maksudnya. Hujah Perdana Menteri yang mengatakan bahawa 51 peratus kepentingan Koperasi Permodalan Peneroka Berhad ada dalam Felda Plantation dan memberi dividen 14 peratus setiap tahun kepada peneroka adalah lari dari realiti sebenar aspirasi ayahnda beliau Tun Abd Razak.

ANAK mencadangkan semua kerajaan negeri menyemak semula pemberian tanah untuk Felda Plantation dan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat di Kelantan, Selangor dan Kedah boleh memulakannya. Ianya boleh dirujuk melalui seksyen 44(GSA)- Kuasa menamatkan GSA.

Tidakkah kita merasa bangga jika tanah Felda Plantation dikurniakan kepada generasi kedua dan ketiga Felda ia memberi manfaat kepada 79,000 orang dan merangsang sosio ekonomi rakyat khususnya bangsa melayu?

Tidakkah Perdana Menteri dan Datuk Ahmad Maslan mengetahui nasib 45,000 pekerja Felda Plantation ketika ini yang sedang menderita dengan gaji rendah, diperlaku seperti hamba dan kebajikan mereka yang diabaikan?

Adakah Perdana Menteri maklum kejadian mogok dan laporan polis yang dibuat oleh peserta Felda Plantation Sagu 4, Kuantan lantaran sudah tidak tahan dengan tekanan melampau pihak pentadbiran Plantation?

Sesungguhnya tawaran 100 hari Pakatan Rakyat melalui buku jingga untuk memansuhkan Felda Plantation adalah langkah paling tepat untuk mengembalikan hak rakyat dan tanah milik kerajaan negeri. Periuk nasi 23,000 kakitangan Felda yang dibiayai melalui Felda Plantation tidak akan terjejas samasekali. ANAK mencadangkan mana-mana kakitangan Felda yang berpendapatan rendah dan mempunyai tanggungan anak yang ramai boleh dipertimbangkan mendapat tanah sama seperti anak-anak peneroka yang lain kerana rekod perkhidmatan dan jasa mereka selama ini.

Selaku Presiden ANAK saya tidak pernah takut berdebat atau berdialog dengan Datuk Ahmad Maslan sepertimana tuduhan beliau dalam kempen PRK Kerdau. Dua kali saya mencabar beliau berdebat; siapa yang mencipta pelbagai alasan?

Bahkan suka dijelaskan saya menyahut cabaran beliau untuk berdialog walaupun secara tertutup dan di mana sahaja!. Saya akan menghantar surat resmi kepada beliau untuk berdialog dan bersedia mengikut tarikh beliau. Saya tuntut janji beliau boleh berdialog 3 hari 3 malam atas apa jua isu berkaitan kepentingan warga Felda.


MAZLAN BIN ALIMAN
Presiden ANAK
0137130103






1 comment:

  1. Tkak payah nak menipu la!!!!
    Dalam Mahkamah Megistret Temerloh 9hb Mac dah terjawab...
    Ternganga nganga Pengurus Technoplant menjawab soalan Saudara Nizam peguambela bagi tertuduh yang dituduh mencuri diladang sendiri...Surat perjanjian antara felda dengan felda Plantation dan Technoplant juga sudah terhurai...

    Kepada peneroka peneroka dinegeri Pahang,jika ada masalah dengan felda samada nak saman felda atau apa apa,pergilah jumpa saudara Nizam yang berpejabat diTemerloh.Dia saja yang boleh diharap membela nasib peneroka disebelah sini selain Saudara Mazlan...
    Nak undi BN gak lagi?Tak serik serik???

    Saudara Mazlan jangan lupa menjemput Saudara Nizam kalau nak fight mengenai Felda Plantation dan yang sewaktu dengannya....

    ReplyDelete