Sunday, August 1, 2010

Sekitar kunjungan Tuan Guru ke Jerantut

JERANTUT: Kunjungan Mursyidul Am PAS yang juga Menteri Besar Kelantan Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat ke daerah ini menimbulkan anjakan baru politik semasa di sini apabila pelbagai kaum iaitu Cina, India, Orang Asli dan bangsa Melayu, dapat berhimpun dalam satu majlis yang sama dengan satu matlamat, iaitu bangkit bagi menegakkan keadilan pada masa akan datang.

Di Kompleks Imam As-Syafie (Kias) Temin kira-kira jam 9 pagi, Tuan Guru telah merasmikan Pelancaran Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) peringkat negeri Pahang. Beliau disajikan dengan pelbagai persembahan kebudayaan.

Turut hadir ialah Naib Presiden PAS yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man; semua Timbalan Pesuruhjaya Dr Hamzah, Ustaz Yusof Embong dan YB Syed Hamid; Timbalan Pengerusi PKR Pahang Mohd Nor Jaafar, Timbalan Pengerusi DAP YB Leong Ngah Ngah, Ketua DHPP Pahang balasubramaniam dan Ketua Pemudanya serta ketua-ketua kumpulan dan para penyokong.

Selepas itu Tuan Guru menghadiri jamuan teh di sebuah restoran Cina di tengah bandar yang dihadiri ribuan kaum Tionghua tempatan. Menariknya, mereka bertepuk tangan berulang kali memberi tanda sokongan.

Sebelum pulang ke Kelantan Tuan Guru merasmikan markas PAS Kampung Koi, Cheka.

Siri lawatan Tuan Guru ke Pahang bermula semalam dengan ceramah Pelancaran Bulan Infak PAS Pahang di Kerdau.

No comments:

Post a Comment