Wednesday, August 11, 2010

Kreatif ucapan Ramadhan

Saya terima banyak ucapan yang begitu kreatif sekali daripada sahabat dan kenalan sempena awal puasa Ramadhan. Saya abadikan di sini kerana sesetengah ayatnya terasa amat menyentuh kalbu. Antaranya:

1. Selamat menaiki Ramadhan Air bernombor 1430 H. Kita akan terbang dengan ketinggian 30/30 hari ke atas permukaan haus dan lapar. Para penumpang diwajibkan untuk memasang niat puasa dan menegakkan kerusi Solat. Penerbangan ini bebas asap perselisihan. Saya selaku anak kapal mengucapkan selamat menempuh madrasah tarbiyah Ramadhan. Mohon kemaafan atas segala kekhilafan selama ini...

2. Tiada hari seindah Jumaat, tiada kata seindah zikir, tiada ibadah seindah Solat, tiada bulan seindah Ramadhan. Salam Ramadhan Al-Mubarak dan selamat berpuasa. Maaf segala salah dan silap.

3. Ramadhan datang mengunjungi kita bersama isterinya iaitu rezeki dan kedua-dua anaknya iaitu sahur dan iftar. Mereka akan ditemani oleh ketiga-tiga cucunya iaitu rahmat, barakah dan keampunan. Mereka akan pulang selepas 30 hari dengan menaiki pesawat Eidul Airline. Hargai mereka dan kita akan mendapat pahala yang berlipat kali ganda...

4. Nama saya Sya'aban. Saya ingin mengingatkan anda bahawa jiran saya iaitu Ramadhan akan datang mengunjungi anda tak lama lagi bersama isterinya iaitu rezeki dan kedua-dua anaknya iaitu sahur dan iftar. Mereka akan ditemani oleh ketiga-tiga cucunya iaitu rahmat, barakah dan keampunan. Mereka akan pulang selepas 30 hari dengan menaiki pesawat Eidul Airline. Hargai mereka dan anda akan mendapat berkat. Ahlan wa sahlan ya Ramadhan.

5. Ya Allah di bulan yang penuh barakah dan maghfirah ini, Engkau berkatilah saudaraku yang baik ini. Limpahkanlah rezekiMu kepadanya. Bahagiakanlah dia dan terimalah ibadahnya serta ampunilah segala dosanya. Selamat menyempurnakan ibadah puasa.

6. Bulan Ramadhan ni, anda suka dengar apa?
Radio?
Nasyid?
MP3 milik anda?
Suara kekasih?
..... ermmmm, anda tipu...
Anda suka dengar azan Maghrib kan....??? :-)


No comments:

Post a Comment