Saturday, August 14, 2010

Mazlan saman Pengurus Felda Lembah Klau Isnin ini

Presiden Persatuan Anak-Anak Peneroka Felda (Anak) Mazlan Aliman akan memfailkan saman ke atas Pengurus Felda Lembah Klau kerana menahan beliau secara tidak sah baru-baru ini.

Saman tersebut akan difailkan di Mahkamah Tinggi Temerloh pada 16 Ogos (Isnin) ini jam 11 pagi dan Mazlan akan diwakili oleh peguam terkenal Wan Rohimi Wan Daud.

Semua penyokong Pakatan Rakyat diminta hadir untuk memberi sokongan moral.

Pada 9 Mac lalu kira-kira jam 4.15 Mazlan telah ditangkap oleh polis Felda (Felsco) dan pengurus rancangan. Sebelum itu, Mazlan yang juga AJK PAS Pusat pada mulanya telah mengadakan majlis dialog di rumah seorang peneroka di Felda Lembah Klau, dengan dihadiri kira-kira 20 orang.

Mazlan telah memberitahu bahawa beliau tidak patut ditangkap kerana hanya datang mendengar masalah peneroka sambil memberi taklimat dalam rumah kenalannya tanpa menggunakan pembesar suara.

Mazlan kemudian telah membuat laporan polis mengatakan rasa terhina kerana diperlakukan seperti penjenayah. Rupa-rupanya pengurus Felda turut membuat laporan polis dan Mazlan kemudiannya ditahan di balai polis berkenaan.

Beliau kemudian telah direman sehari oleh Mahkamah Magistret Raub sehingga 11 Mac setelah ditahan di Balai Polis Raub pada tengah malam. Mazlan disiasat dibawah Seksyen 441 Kanun Keseksaan dan jika disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara tidak melebehi 6 bulan atau denda tidak melebihi RM3,000.00 atau kedua-duanya sekali dibawah Seksyen 445 Kanun yang sama.

Menurut peguam Mazlan, Ahmad Nizam Hamid, Mazlan tidak melakukan apa-apa kesalahan dan penangkapannya hanya berdasarkan balas dendam semata-mata.
“Kami kesal Mazlan diperlakukan seperti itu kerana beliau tidak melanggar sebarang undang-undang... dialog diadakan di rumah peneroka, bukan di tempat awam. Jadi kami anggap seolah-olah ini dendam Felda semata-mata setelah Mazlan begitu lantang memperjuangkan nasib peneroka,” katanya.





No comments:

Post a Comment