Friday, August 6, 2010

Kealpaan kerajaan akibatkan kemalangan

JENGKA; Sudah acap kali pelbagai pihak (kecuali Umno dan suku sakatnya) mengingatkan kerajaan dan pihak berkuasa lain seperti Felda agar segera melebarkan jalan utama dalam sekitar Jengka yang sempit kerana amat sering berlaku kemalangan.

Sebelum ini, dikatakan hampir setiap minggu berlaku kemalangan di jalan yang dibina sejak tahun 1970-an itu, dan sesetengah melibatkan kematian.

Kelmarin empat orang lagi maut di jalan Felda Jengka 14. Dalam kejadian jam 7.40 malam, Fatin Atikah yang juga pelajar Tingkatan Empat Sekolah Menengah Jengka 16, memandu Perodua Kancil milik ibu saudaranya meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Jengka (HJ).

Fatin Atifah dari sekolah sama dan akan mengambil Penilaian Menengah Rendah (PMR) memangku Muhamad Faiz Danial di tempat duduk hadapan ketika kejadian disahkan meninggal dunia dalam perjalanan ke HJ.

Kereta Kancl berkenaan dikatakan bertembung dengan kereta BMW dipandu Nor Fazidah Abd Majid, 40, yang gagal gagal memotong.

Seorang lagi penumpang iaitu rakan Fatin Atikah, Muhamad Azlan Abdul Talib, 21, dari Felda Jengka 14, dekat sini, yang duduk di tempat belakang turut maut di tempat kejadian.

Apa yang menghairankan pelbagai pihak ialah sikap pekak badak kerajaan BN yang seolah-olah merelakan sahaja musibah dan malapetaka berlaku di atas jalan raya.


No comments:

Post a Comment