Saturday, April 30, 2022

Tengku Ahmad Rithauddeen meninggal dunia di usia 94



KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Pertahanan, Tengku Tan Sri Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Jalan Duta di sini pada jam 8.43 malam ini, akibat sakit tua.

Allahyarham berusia 94 tahun.

Anak veteran UMNO itu, Tengku Farith berkata bapanya yang mesra disapa Ku Deen mengalami strok dua minggu lalu dan mendapatkan rawatan di sebuah hospital swasta sebelum dibenarkan discaj.

"Tetapi pagi ini Allahyarham mengalami sesak nafas sebelum meninggal dunia," katanya ketika dihubungi Bernama di sini malam tadi.

Tengku Farith berkata jenazah Allahyarham akan dibawa ke Masjid Wilayah Jalan Duta 8.30 pagi ini (30 April), untuk dimandikan dan solat jenazah di masjid itu.

Bagaimanapun, katanya lokasi pengebumian masih belum diputuskan sama ada di Masjid Negara atau Bukit Kiara.

Selain berkhidmat sebagai Menteri Pertahanan dari 1987 hingga 1990, Allahyarham juga pernah dilantik sebagai Menteri Fungsi Khas untuk membantu Tun Abdul Razak di Kementerian Luar Negara (1973) sebelum menjadi Menteri Penerangan dan Fungsi Khas (1974).

Allahyarham kemudian menyandang jawatan Menteri Hal Ehwal Luar Negara (1975), Menteri Perdagangan dan Industri (1981) sebelum dilantik semula sebagai Menteri Luar Negara (1984) dan Menteri Penerangan (1986).

Sebelum itu, beliau pernah menjadi Timbalan Menteri Pertahanan pada 1970 dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada 1972.

Dalam arena politik, Allahyarham merupakan bekas Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO pada 2001 dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO (1987).

Bekas Pengerusi UMNO Kelantan itu juga merupakan Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang pada 1973 selain bekas Presiden Majlis Pengelola Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNMA).

Jasanya dalam bidang pendidikan pula ialah sebagai Pro-Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 1992 selain sempat mencurah bakti dalam bidang sukan sebagai Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pada 1988.

-- BERNAMA

Friday, April 29, 2022

SACHA INCHI: DARI HUTAN AMAZON KINI PILIHAN JADI PILIHAN RAMAI

SACHA INCHI: DARI HUTAN AMAZON KINI JADI PILIHAN RAMAI

Meskipun baru dikenali, namun herba dari hutan Amazon Sacha inchi kini menjadi sebutan dan dicari ramai. 

Malah syarikat-syarikat berasaskan kesihatan berlumba-lumba memilih tumbuhan 'super foods' ini sebagai produk jualan mereka.

Tumbuhan 'kekacang' ini dengan nama saintifiknya Plukenetia volubilis, berasal dari Peru, Amerika Selatan dan Caribbean. 

Kajian menunjukkan herba ini telah digunakan sebagai sumber perubatan dan kesihatan oleh masyarakat Inca (kaum Asli) di Peru sejak 3,000 tahun dahulu.

Kenapa produk dari Sacha inchi ini meletup?

Apabila dilihat kepada statistik dan penyakit rakyat Malaysia,  memaparkan kencing manis, darah tinggi, masalah jantung, gout serta sakit sendi ternyata amat membimbangkan.

Begitu juga permasalahan ketumpulan daya ingatan, mudah lupa, penglihatan kabur, masalah berat badan berlebihan dan masalah penuaan bukan pada usia sebenar.

Ironisnya ada kalangan penghidap penyakit-penyakit ini sejak yang berumur 35 tahun lagi!
 
Kajian mendapati, masalah-masalah disebutkan di atas merupakan simptom kepada dalam tubuh seseorang yang kekurangan asid lemak Omega 3, 6, dan 9 yang ketara.  Antara lain disebabkan tabiat pemakanan dan cara hidup.

Sedangkan minyak dari biji Sacha inchi dikatakan yang terbaik di dunia dengan memiliki Omega 3, 6, dan 9 malah 17 kali ganda lebih baik daripada minyak ikan.

Minyak ekstrak Sacha inchi diperolehi daripada bijinya melalui perahan atau kisar.  Daunnya pula dikeringkan dan digunakan untuk membuat teh.

Salah seorang pengeluar produk minyak Sacha inci, Dr Noordin Darus berkata, dalam satu ujian terhadap lemak pekat, apabila dituangkan minyak Sacha inchi, lemak itu mencair!

Ini bermakna, mengamalkan minyak Sacha inchi berupaya mengeluarkan kerak-kerak lemak yang tersumbat dalam saluran darah.

Justeru antara manfaatnya ialah mengurangi risiko penyakit jantung, menurunkan kadar kolesterol jahat (LDL) serta meningkatkan kadar kolesterol baik (HDL).

Kandungan Sacha inci juga terbaik untuk memelihara kesihatan jantung, mengurangkan risiko kardiovaskular dan strok.

Meningkatkan kesihatan sistem imun tubuh, pertumbuhan sel rambut dan kulit, menjaga kesihatan tulang dan sendi, bersifat antipenuaan serta melancarkan metabolisme tubuh.

Selain itu menjaga kesihatan dan fungsi otak sekali gus mengurangkan risiko penyakit alzheimer. Berita gembira penderita lemah tenaga batin, mengamalkannya berupaya merangsang libido. 

Antioksidan padanya pula membenteng risiko kanser, memelihara kesihatan mata,
meningkatkan tenaga serta mengekalkan mood gembira.

Kebanyakan produk Sacha inchi kini boleh didapati dalam bentuk minyak, kopi, teh dan kapsul. Malah yang terbaharu, dikatakan sudah diproses menjadi produk pemakanan seperti snek kacang dan biskut.

Di negara ini, biarpun pelbagai produk berkaitan Sacha inchi sudah boleh diperoleh di farmasi, namun tidak ramai yang cuba menanamnya sedangkan cukup mudah untuk dijaga.

Bagi yang  berminat untuk menanam untuk manfaat sendiri, nuseri kami turut membekalkan anak Sacha Inchi dalam polibeg.

Pokok ini nanti apabila keluar sulurnya boleh dibiarkan menjalar di atas para atau pagar.

Daun Sacha inchi boleh dikering dan dijadikan teh.

Tumbuhan herba m ini boleh hidup sehingga 15 tahun dan sangat sesuai untuk dijadikan tanaman sampingan oleh pekebun ketika mula menanam getah atau kelapa sawit.

Thursday, April 28, 2022

Kebakaran melibatkan korban di Kuantan 26 Ramadan




Hari-hari terakhir menjelang sambutan Eidulfitri, satu kebakaran besar pada awal dinihari Khamis,  berlaku di Desa Mesra, Permatang Badak.

Menurut saksi, terdengar letupan kuat yang melibatkan sekurang-kurangnya dua  buah rumah berdekatan sehingga terbakar rentung.

Difahamkan,  seorang kanak-kanak menjadi mangsa yang  terkorban dan seorang lagi cedera parah melibatkan keluarga seorang peniaga.

Sumber awal menyebut, tragedi berkemungkinan akibat letupan mercun.

Bagaimanapun, Pegawai Bomba Dan Penyelamat Kuantan dalam kenyataannya menyebut, siasatan masih lagi sedang dijalankan.



Kenyataan rasmi akan diumum pihak berkuasa.