Showing posts with label Respons. Show all posts
Showing posts with label Respons. Show all posts

Tuesday, February 26, 2013

Soi Lek hina Islam lagi!

Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek kembali sekali lagi bersikap celupar terhadap PAS sekali gus biadab terhadap Islam.

Dalam berita “MCA: PAS will ruin country” (PAS akan hancurkan negara) dalam akhbar The Star semalam, beliau dengan begitu angkuh mengatakan dasar Islam yang dibawa dan diperjuangkan PAS akan membawa kesan negatif ke atas sebuah negara berbilang kaum seperti Malaysia.

Pemimpin MCA yang diberi jolokan ‘apek porno’ itu berkata demikian dalam satu majlis di George Town. Tetapi saya fikir kenyataan biadab tersebut tidak disiarkan dalam media Umno berbahasa Melayu.

Bukan sekali dua beliau bertabiat melampau dan mencabar kesabaran umat Islam, malah telah berkali-kali.

Masalahnya Chua memahami Islam hanya melalui kefahaman yang diajarkan Umno, iaitu politik tidak dijadikan panduan dalam semua bidang kehidupan termasuk politik, ekonomi dan sosial melainkan terbatas dalam masjid dan dalam majlis keagamaan sahaja.

Kata Chua kurang lebih bermaksud: "PAS begitu mendesak menggunakan Islam dalam sebuah negara yang berbilang kaum. Menggunakan Islam untuk politik adalah tidak baik untuk negara."

Kita dapat melihat beberapa kecelaruan pemikiran Chua iaitu yang pertamanya Chua lupa bahawa Perlembagaan Persekutuan telah meletakkan Islam sebagai agama rasmi. Sudah tentu Islam yang dimaksudkan ialah Islam yang diturunkan Allah, bukan sebagaimana difahami Umno dan bukan juga seperti yang ada dalam kepala hotaknya.

Kedua, dasar PAS ialah Islam. PAS telah wujud dalam sistem demokrasi negara ini sejak tahun 1951. Islam PAS bukan seperti yang difahami Chua. Jika PAS berjuang seperti dilaksanakan Umno, itu bukan dasar PAS, itu Umno-lah.

Ketiga, Chua barangkali tidak membaca sejarah bahawa Islam yang datang sebagai rahmat sekelian alam ini telah menaungi pelbagai bangsa dan negara dunia. Malangnya Chua melihat Islam ini penuh dengan prejudis dan prasangka jahat.

Keempat, Chua melihat Islam dalam politik sempit yang dimainkan Umno iaitu agama berlandaskan perkauman. Sebab itu apabila Umno bertemu dengan orang Melayu kampung mereka menakut-nakutkan dengan penguasaan Cina. Manakala MCA apabila berhimpun di kalangan Cina akan menakut-nakutkan dengan penguasaan PAS yang membawa Islam.

Sayangnya, setelah lebih 60 tahun berkawan dengan MCA, Umno masih gagal memahamkannya tentang Islam!

Bayangkan kata Chua: “bahawa jika negara ini mengamalkan apa yang PAS mahu, sistem politik, pendidikan, ekonomi dan kewangan akan mengalami kesan-kesan negatif.”

Begitulah daifnya pendapat seorang pemimpin BN ini sedangkan di bawah dan Pakatan Rakyatlah semua aspek yang disebutkan itu terbela.

Cuba tengok apa yang terjadi kepada sistem politik tanpa Islam seperti diamalkan sekarang. Berlakulah perebutan kuasa, rasuah wang bahkan sehingga berlaku bunuh membunuh. Dari segi pendidikan pula, cuba tengok sistem yang diajar tidak membawa kepada kebaikan akhlak dan budi pekerti. Kenapa jenayah, penagihan dadah dan kebejatan moral semakin hari semakin menggerunkan? Sistem mana yang dipakai?

Ekonomi yang mengamalkan sistem riba’ di negara ini, menyebabkan berlaku pelbagai malapetaka, rasuah dan penyelewengan. Yang kaya terus bertambah mewah mengaut keuntungan dan mengekah hak-hak yang sepatutnya dinikmati oleh golongan miskin. Sebab itulah yang kaya bertambah kaya, yang miskin terus papa kedana makan sampah.

Jika sistem Islam dilaksanakan, tidak mungkin dengan mudah dapat projek untuk lembu kondo sehingga RM250 juta dari wang rakyat, tidak mungkin komisyen sehingga RM500 juta, tidak mungkin pakai cincin sehingga RM24 juta, tidak mungkin boleh menghadiahkan buah hati sehingga berjuta-juta, tidak mungkin tender dan kontrak hanya dimonopoli kroni!

Sayangnya, setelah lebih 60 tahun berkawan dengan MCA, Umno masih gagal memahamkannya tentang Islam!

Sayangnya orang yang bijak pandai seperti Tan Sri Harussani, diam menikus berhadapan dengan kenyataan biadab apek porno itu!


Friday, February 22, 2013

Dr Asri sindir Rosmah pemboros!


Penulisan bertajuk ‘Pemerintah bukan pelacur’ oleh bekas Mufti Perlis Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainal Abidin dalam kolumnya di akhbar Sinar Harian hari ini, saya anggap paling berani dan berterus terang.

Selepas membaca artikel berkenaan, kita dapati Dr Asri begitu berani menegur pemimpin nombor satu di negara ini, berdasarkan ilmunya, juga yang tidak mampu langsung disentuh oleh gerombolan ulamak-ulamak muda Umno.

Dalam tulisannya, Dr Asri pada mulanya hanya mengaitkan persoalan cinta. Tetapi cinta itu akhirnya dikaitkan dengan suami isteri. Akhirnya cinta dan suami isteri itu dikaitkan dengan sesebuah negara.

Maksud Dr Asri, seseorang suami yang penyayang akan melayan isterinya secara terbaik. Kata Dr Asri, lihat cara suami atau isteri anda melayan anda, maka anda dapat mengukur tahap cintanya kepada anda. Lagi dalam kasihnya, lagi indah hubungan dan sikapnya terhadap anda.

Sudah tentu cinta seorang suami terhadap isterinya ialah sanggup berhabisan belanja demi isterinya yang dikasihi. Namun bagaimana jika suami telah menjadi pemimpin tertinggi negara, bagaimana pula beliau melayan isterinya dengan kewangan?

Jelas Dr Asri: “Pemerintah mengawal negara dari ancaman luaran dan juga dalaman. Ancaman musuh yang terang, dan juga orang sekelilingnya yang kadang-kala lebih memusnahkan kekayaan negara dibandingkan mereka yang digelar ‘musuh’.”

Dr Asri menggambarkan: “Betapa ramai pemerintah yang dibenci kerana tingkah laku isteri dan kroni. Inilah ancaman dalaman yang meragut peluang dan kesempatan sehingga kekayaan negara tertumpu dalam tangan mereka. Hanya pemerintah yang amanah dan cekap sahaja dapat menguruskan negara dari ancaman luaran dan dalaman ini”.

Mungkin bila masuk bab ini, pembaca mungkin membayangkan cerita Presiden Marcos dan Imelda, Isteri bekas Presiden Tunisia, Laila Ali atau ada yang membayangkan kekayaan Taib Mahmud dan anak-anak. Mungkin juga Khairy Jamaluddin mengaut kekayaan semasa bapa mertuannya menjadi Perdana Menteri, atau kerana Shahrizat berada dalam kerajaan keluarganya boleh mendapat pinjaman mudah lembu RM250 juta, projek anak-anak Raja Nong Chik.

Kata Dr Asri: “Hilang ataupun terhakisnya semangat patriotik dan setia kepada tanah air, sebahagiannya hasil dari tindak tanduk kegelojohan golongan atasan mengisi tembolok sendiri. Apabila golongan atasan memiliki kekayaan yang zahir pada diri, ‘isteri’ dan anak dengan kadar yang tidak masuk akal dan sangat luar biasa, maka rakyat kesusahan mula membenci para penguasa mereka.

“Sekalipun jika ada yang mendakwa kekayaan itu hasil menabung dari kecil, tetapi itu hanya ungkapan untuk memperbodoh rakyat jelata.”


Sampai ke perenggan ini, kita tahu siapa yang dimaksudkan oleh Dr Asri iaitu Rosmah!

Sebenarnya banyak yang diperkatakan tentang Rosmah, anatarnya sebuah akhbar pernah melaporkan isteri Perdana Menteri itu berbelanja sehingga A$100,000 (RM325,000) di sebuah butik di Sydney. Rosmah dikatakan memiliki cincin RM24 juta, gelang mewah berharga RM1.65 Juta [Zebra Safari Bangle], 11 beg tangan Rosmah antara RM638 ribu hingga RM5 juta?. Walaupun mungkin itu berbentuk tuduhan, tetapi bak kata pepatah ‘jika tiada angin masakan pohon bergoyang’.

Pernah ada dulu yang membela Rosmah dengan mengatakan beliau seorang yang cermat dan harta yang disebutkan tadi adalah dari duit tabungnya yang disimpan dari kecil.

Bagi Dr Asri, hujah seperti itu hanya untuk membodohkan rakyat. Sebab itu rakyat sendiri seakan-akan tidak menyintai pemimpin. Kerana katanya, pemimpin yang berkongsi perasaan dan keadaan rakyat. Maka dari situ suburlah cinta dan setia antara rakyat dan pemimpin. Teruruslah negara, hidupkan kedua pihak dalam keadaan cinta dan setia.

Dr Asri kemudian menutup tulisannya dengan: “Pemimpin bukan pelacur yang menjual diri untuk mendapat upah. Pemimpin tidak boleh menipu rakyat dengan pemberian yang mengaburkan untuk mendapatkan undi sedangkan kesemua itu tidak dibina atas cinta dan kejujuran terhadap negara.”

Maka renung-renungkanlah.





Thursday, February 14, 2013

Najib dimalukan media Singapura


Di sebalik puji-pujian melangit oleh media Umno kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika menyambut Tahun Baru Cina bersama Psy Gangnam Style di Pulau Pinang tempoh hari, media Singapura mendedahkan sebaliknya.

Diceritakan bagaimana Najib terpaksa menanggung malu yang amat sangat di hadapan 80,000 penonton Psy apabila menjerit sebanyak tiga kali, ketika ditanyakan: “Are you ready for BN?”
Sebaliknya, orang ramai menjerit "Yes" sebanyak tiga kali apabila Najib bertanya: " Are you ready for Psy"

Ramai yang mengatakan peristiwa yang berlaku di Han Chiang College hanya datang untuk menonton Psy, bukan untuk mendengar kempen Najib yang bernilai RM2 juta itu.

Akhbar tersebut dalam komentarnya, mengatakan Najib bukanlah seorang PM yang pintar kerana dia sepatutnya mengelak daripada mengulangi soalan itu selepas mendengar jeritan “No” dalam percubaan pertama beliau.

Isteri yang dianggap ‘membebankan suami’ Rosmah Mansor, pula diboo apabila dia naik ke atas pentas untuk menyanyikan lagu-lagu tahun baru Cina. Terdapat juga cubaan menampilkan Psy dan pemimpin BN di atas pentas bersama-sama (sebagai bahan kempen). Tetapi Psy enggan muncul di atas pentas dengan pemimpin BN.

Tidak lama selepas persembahan oleh Psy, orang ramai mula beredar meninggalkan tempat itu.

Sunday, February 10, 2013

Nasha bertanding BN, idea baik!

Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa mencadangkan, BN melalui Umno, memberi peluang kepada bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa untuk bertanding pada pilihan raya umum akan datang jika parti itu berminat dan memerlukan bekas orang nombor dua Pas itu.

"Nasharudin kelihatan seperti begitu cuba untuk membantu Umno dalam pelbagai hal hingga ketepi kepentingan Pas sendiri. Kerana itu, jika benar Umno perlukan dia, buka peluang untuk dia bertanding di mana-mana kerusi atau beri laluan di Bachok," katanya pada sidang media di Kota Darul Naim, semalam.

Husam berkata, pengguguran Nasharudin daripada Majlis Syura Ulama Pas bukan disebabkan kerjasamanya dengan Umno, tetapi ketidakhadirannya dalam beberapa mesyuarat Majlis Syura dan Pas Pusat.

"Kalau dia nak, dia boleh merayu semula. Saya cadangkan dia kembali, tetapi dengan syarat, dia mesti patuh pada peraturan dan hadir mesyuarat seperti biasa. Dia bukan Umno tapi semua kerja yang dilakukan adalah untuk membantu Umno.

"Kalau kita kahwin dan isteri main kayu tiga, dayuslah kalau kita tidak tegur perbuatan dia," katanya.

Menurutnya, pendekatan Pas adalah menepati matlamat untuk menukar dasar kerajaan yang zalim.

Komen aku pula, Nasha boleh menaiki hirarki lebih tinggi dalam Umno. Umno sekarang sedang menangguhkan pemilihan kepimpinannya pada semua peringkat sejak dua tahun lalu. Ertinya selepas PRU, akan berlaku pemilihan jawatan.

Mana tahu jika nasib Nasha baik, orang Umno memang memerlukan ulamak profesional yang pandai banyak bahasa itu, Nasha boleh bertanding Timbalan Presiden atau Presiden Umno sendiri!



Tuesday, January 22, 2013

Pertandingan NGO pro kerajaan macam pemilihan Umno

Pertandingan NGO pro kerajaan macam pemilihan Umno

Nampaknya pemilihan dalam persatuan-persatuan yang menyokong kerajaan sudah berjangkit penyakit macam Umno.

Akhbar hari ini melaporkan Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Jais Abdul Karim menjelaskan beliau menarik diri daripada bertanding merebut jawatan Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) pada saat akhir tidak mahu berlaku krisis kepimpinan.

Beliau mengambil keputusan menarik diri empat jam sebelum pengundian daripada terus bertanding kerana mendakwa menerima ugutan secara peribadi.

Katanya, keputusan itu diambil selepas menyedari hakikat “menang jadi arang, kalah jadi abu” kerana wujudnya undi blok dan pelbagai ketidakadilan berlaku pada saat itu.

“Saya diugut secara peribadi begitu juga dengan penyokong. Malah bantahan dikemukakan pasti membolehkan saya menang tanpa bertanding secara teknikal,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Pada pemilihan tersebut, penyandang Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Mohamed Maliki Mohamed Rapiee mengekalkan jawatan itu buat penggal 2012-2014 apabila menang tanpa bertanding.

Sebelum ini jika diperhatikan tabiat Umno, terutama pada musim pemilihan, maka akan berebut-rebutlah pemimpin kelompok tertentu untuk menjadi calon ketua. Biasanya akan ada klik-klik dan setiap kumpulan ada habuan masing-masing.

Parahnya pemilihan dalam Umno, menyebabkan kepimpinan parti itu sendiri tidak mahu mengadakan pemilihan sebelum pilihan raya umum kerana dikhuatiri akan membawa pecah belah yang seterusnya akan melemahkan organisasi.

Pada peringkat cawangan saja, kadang-kadang sudah ada ahli Umno yang berbaling kerusi. Pada peringkat Bahagian, biasanya perwakilan akan ‘mewah’ dengan imbuhan-imbuhan.

Pertandingan peringkat Pusat lebih menggerunkan kerana lazimnya setiap calon akan mengeluarkan belanja sehingga jutaan ringgit. Isa Samad yang menjadi Pengerusi Felda sekarang ialah bekas pesalah rasuah ketika menang bertanding Naib Presiden Umno.

Nampaknya penyakit Umno dah berjangkit kepada NGO mereka pulak dah!




Friday, January 18, 2013

Kalaulah Ustaz Hadi, Anwar, Lim Guan Eng yang kata begini...

Tetapi kenyataan ini diucapkan oleh bapak segala Umno, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Katanya, orang bukan Melayu (Cina, India dan lain-lain) juga boleh menjadi Perdana Menteri negara ini kerana tidak ada peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan untuk menyekat perkara itu daripada menjadi kenyataan.

Dr Mahathir berkata, sekatan itu tidak dimasukkan dalam Perlembagaan Persekutuan kerana beliau yakin pengasas negara ini berpendapat bahawa orang Melayu tetap kekal akan menjadi majoriti dan tidak mustahil bagi orang Melayu tidak menjadi lagi menjadi Perdana Menteri.

“Oleh kerana tidak ada sekatan, besar kemungkinan kita akan dapat Perdana Menteri bukan Melayu. Mereka sudah tentu akan berkata, mereka akan bertimbang rasa dan melakukan keadilan kepada semua kaum.”

Bayangkan kenyataan kontroversi itu diucapkan oleh Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang atau Datuk Seri Anwar Ibrahim atau Lim Guan Eng. Walaupun ayatnya sama dengan Dr M, kita percaya, akan berlaku demonstrasi besar-besaran oleh Perkasa, Jati, Umno dan Pekida bangkit membantah.

Saya fikir mereka tidak perlu membaca apa isi berita berkenaan. Cukup dengan taju seperti ini sahaja, mereka akan terus bertindak.

Jangan lupa, inilah realiti baru politik penyokong-penyokong Umno di negara ini!



Tuesday, September 11, 2012

Isu Nasha: Polong mula melolong

Rupa-rupanya Umno begitu tegar dan teruja untuk menggunakan isu Nasharuddin Mohd Isa sebagi propaganda dan gerak saraf bagi menyerang dan melemahkan PAS.

Umpamanya lidah rasmi Umno, Utuseks Malaysia hari ini mulai melalak dan melolong menuduh itu dan ini apabila Majlis Syura PAS dan Jawatankuasa PAS Pusat tidak mengambil sebarang tindakan terhadap AJK PAS Pusat itu.

Jika boleh, sudah tentu parti ‘syaitan yang dikenali’ itu mahu Nasha dijadikan seperti Dr Hasan Ali dipecat daripada PAS. Pertama, bolehlah ditembak pelbagai tuduhan. Kedua, Nasha sendiri akan digunakan oleh Umno sebagai peluru menembak PAS, sebagaimana yang dibuat terhadap Hasan yang gemar bercakap tentang akidah itu.

Kebetulan memang tidak ada ustaz berwibawa dalam parti syaitan itu. Ia terbukti apabila Najib terpaksa mengambil Nasha sebagai penterjemah apabila bertemu dengan orang-orang Arab baru-baru ini.

Lagipun itu itu hidup selama ini di atas isu menyerang lawannya. Buktinya ialah kes Tengku Razaleigh satu masa dulu yang dituduh memakai tengkolok kristian. Walaupun tengkolok yang sama dipakai oleh Dr Mahathir.

Justeru itu hari ini, bagaikan polong yang dibakarkan belacan atau bagaikan pontianak yang dipaku di tengkuk, suara Umno itu memekik dan melolong kesakitan!

Padan muka!



Thursday, August 9, 2012

Dr Asri sanggah lebai Umno

Kenyataan seorang tok lebai Umno, Abdullah Sa'amah, bahawa haram dan berdosa untuk umat Islam menyokong atau DAP dalam lidah rasmi Umno Utuseks Malaysia semalam, turut mendapat komen bekas Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainal Abidin.

Asri dalam facebooknya berkata, “jika haram mengundi bukan Islam, maka melantik menteri-menteri bukan Islam juga haram”.

Dikhabarkan, ulamak-ulamak muda Umno juga bersetuju dengan pendapat Asri.

Entah di manalah kefahaman yang diperolehi tok lebai Umno itu apabila mengatakan: "Perjuangan DAP tidak terima Perlembagaan negara, mereka mahu sama rata Islam dan bukan Islam, kuil dan masjid juga mahu sama rata. Wajib orang Islam dalam Pas, UMNO dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) menolak DAP yang mencari jalan hendak menguasai negara melalui undi pada pilihan raya.

"Parti-parti yang bekerjasama dengan DAP juga berdosa disokong kerana sokongan kepada mereka bermakna kita juga menyokong DAP sebab mereka satu pakatan," katanya.

Sepatutnya lebai ni kena belajar lebih sikit, siapakah yang menghapuskan bayaran per kapita kepada sekolah agama rakyat (SAR) dulu sehingga banyak yang terpaksa ditutup (termasuk pondok) jika bukan Umno?

Parti manakah yang menghapuskan tulisan (Melayu) jawi dulu sehingga hampir semua generasi muda buta membaca kitab-kitab kuning?

Cina manakah yang setiap hari setiap masa menentang pelaksanaan hudud, dan diisytiharkan secara terang-terangan kalau tidak apek porno dari MCA?

Pemimpin parti manakah yang terang-terangan mengatakan jika “dilaksanakan hukum hudud maka habislah batu di Malaysia tak boleh buat jalan raya lagi”?

Pemimpin parti mana yang tertang-terang menghina sunnah Nabi (isu bercukur) dan menghina ulamak (air jampi).

Tok Lebai Umno hari ini mendapat sambutan gemuruh dan meriah apabila muncul dalam lidah rasmi Umno.

Tetapi umat Islam tetap mengutuk kerana secara langsung atau tidak, dipergunakan Umno (yang sejak lama menentang pelaksanaan hukum Islam) untuk kepentingan politik!

Maka daripada tak berapa tahu tentang tipu muslihat Umno, lebih baiklah nasihatkan pemimpin Umno supaya suruh tutup aurat. Kerana memperlihatkan aurat itu sudah jelas haram!





Sunday, July 29, 2012

Tsunami bermula dari Sabah!

Selama ini ramai yang meramalkan tsunami politik Malaysia akan bermula di pusat selatan tanah air iaitu sama ada di Johor atau Negeri Sembilan.

Namun itulah kuasa Allah, tsunami berlaku di luar kemampuan otak manusia berfikir, iaitu dari pusat ‘simpanan tetap’ Umno sendiri iaitu Sabah.

Sebelum ini pakar peramal politik, Tun Daim Zainuddin sendiri tidak menjangkakan perubahan pasca PRU 13 bermula dari Sabah kerana BN di sana dilihat sangat kental, walaupun pernah bertukar kepimpinan kerajaan negeri pada satu ketika dulu.

Semalam, Datuk Seri Lajim Ukin hari ini mengumumkan peletakan jawatan sebagai Anggota Majlis Tertinggi Umno, Ketua Umno Bahagian Beaufort dan pengerusi Barisan Nasional (BN) Beaufort berkuatkuasa serta-merta.

Bagaimanapun, beliau masih kekal sebagai Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan ahli Umno.

"Bagi menentukan keahlian saya dalam Umno, saya menyerahkan kepada Majlis Tertinggi Umno untuk mengambil tindakan...kalau mereka rasa saya menyalahi peraturan parti mereka boleh pecat saya," katanya.

Beliau mengumumkan keputusannya itu ketika berucap pada Majlis Berbuka Puasa dan program khas serta pengisytiharan gerakan 'Pakatan Perubahan Sabah' (PPS) di kediamannya di Likas Jaya, dekat sini hari ini.

Pada majlis itu, Lajim turut mengumumkan senarai perwakilan PPS di 17 kawasan Parlimen di Sabah.

Pada pilihan raya negereri Sarawak yang lalu, BN menghadapi kemerosotan besar.

Sekarang pimpinan Umno boleh mencongak, jika Kadazan dan dayak serta orang asli pun mahukan perubahan apakah tidak mustahil BN jatuh?

Pada masa ini Umno bersilat untuk mempertahankan kuasa dengan mempertaruhkan undi Melayu, berdasarkan keputusan PRU 12. Isu-isu perkauman dan dimain dna dieksploitasi semahu mungkin.

Namun pada hakikatnya lebih 60% orang Melayu juga pernah menolak Umno pada PRU ke 10, yang mana kuasa mereka hanya dipertahankan melalui undi bukan Melayu ketika itu.

Undi Melayu berbalik kepada Umno dan BN pada era Pak Lah.

Kini orang Cina tak berpaling ke belakang lagi untuk membuat perubahan (sejak 2oo8). Orang India nampaknya ada yang patah balik kepada BN selepas memberi kemenangan kepada Pakatan dengan sokongan 80% PRU lalu.

Orang Melayu yang berpelajaran dan bermaklumat nampaknya tidak cenderung kepada Umno yang sudah barah dengan rasuah, penyelewengan dan pengkhianatan. Sistem negara jadi rosak. Bayangkan, negeri yang menang melalui demokrasi seperti Selangor dan Pulau Pinang, digugat dan digigit setiap hari supaya dilihat huru-hara!

Kini perkembangan semasa memperlihatkan tidak ada lagi yang berani mengatakan: “Kalau letak beruk pun bertanding calon Umno, dia akan menang”.

Nampaknya perubahan memang benar-benar akan berlaku dalam PRU ini walau dijaja sebagai pemimpin paling popular, propaganda kerajaan capai KPI NKRA dan lain-lain sekali pun.

Kita kira, sudah ada yang menghitung hari-hari terakhir sebelum tewas dalam pertempuran politik kali ini!

Wednesday, July 25, 2012

Gambar Fathul Bari disolek hangat di facebook

Setelah begitu hebat "berkokok" di pentas debat, rupa-rupanya ulamak Umno yang pernah mencadangkan Majlis Syura Ulamak dalam parti itu disolekkan oleh wanita sebelum majlis debat berlangsung.

Tidak tahu siapa yang mula menyebarkan gambar tersebut, tetapi dipercayai disebarkan selepas ada tuduhan kononnya Ketua Pemuda PAS Ustaz Nasruddin Hassan disolekkan wanita. Walhal Nasruddin meilih untuk bersolek sendiri manakala Fathul Bari Jahaya mahu disolekkan jurusolek wanita sebelum tampil "live" di kaca televisyen.

Ramai yang menasihatkan, agar selepas ini golongan ustaz terutamanya, berhati-hati jika tidak mahu diaibkan begini.


Saturday, July 7, 2012

MCA makin biadab, Umno makin menikus

Umum mengetahui, selepas PRU 12 strategi Umno ialah memainkan isu perkauman bagi mengekalkan undi Melayu, iaitu setelah kehilangan lebih 60% undi Cina dan lebih 70% undi India dalam PRU tersebut.

Namun dalam menagih simpati undi Cina, Umno yang kononnya begitu kuat bersemangat Melayu, tiba-tiba rebah tersungkur di kaki MCA sehingga di kalangan parti tersebut boleh berkata apa saja.

Antara paling lantang menghentam dan menghina Islam dan Melayu ialah Presiden MCA sendiri pelakon porno Dr Chua Soi Lek. Namun segala caci makinya dibiarkan saja oleh Umno demi menagih undi daripada Cina.

Sikap biadab Chua hanya dipandang sepi oleh kumpulan samseng Umno seperti Perkasa, Pekida, Jati, Jaket Hitam, GPMS, Belia Felda, Mamak, Pemuda Tahan Lasak dan lain-lain lagi.

Kumpulan jagoan tengok yang begitu garang dan bernafsu sebelum ini menghuru-harakan program PAS, PKR dan DAP tiba-tiba longlai tidak bermaya di kaki pelakon porno sekongkol Umno itu.

Katakanlah apa saja tentang Islam dan Melayu, pasti juak-juak Umno tidak larat walau hanya mengangkat kelopak mata sekalipun!

Menarik juga membaca pengomen-pengomen di facebook,
Cahaya Mega: ish3.....tak hormat langsung kepercayaan or glain.tak suka Islam tak pe.tapi jngn menghina mcm ni.mana PEKASA?dah lembik dah ka?

Zariena Ahmad: makin lme makin kurg ajo lak mlut bintg nie...mne kaum umnongokkkk...slalu diorg m,nyalak slh
Kemana pula perginya ulamak-ulamak besar Umno seperti Fathul Bari, Harussani, Riduan Tee dan lain-lain?

Mazlan Ab Rahman: NAPA MUFTI DIAM..BAGI LAH KOMEN SIKIT..MANA ULAMA..NAPA DIAM MEMBISU BAGILAH KOMEN SIKIT...MANA PEJUANG PEJUANG ISLAMUMNO..NAPA DIAM...MANA BLOGGER UMNO...

Jamal Pak Tongko: soi lek kan mufti baru umno...kahkahkah

Arif Hito: CSL tidak hina islam sebab kefahaman beliau tentang islam selari dengan rakan lamanya itu. Nazar Osmond ini negara KETUANAN Melayu hahhahahah ,,,,

Amri Yakup: Tak heran kalau dia ckp...yg heran melayu yg support tu..

Al-Ayyubi Ayahku: Mentaliti dia sama dengan mentaliti pemimpin Umno...

Mohdazlan Ali: Ohh snang je. Najib kne lluskn hdud di klantan n jhor. Bru adil. Stu dh dicdngkn pas n satu dh dicdngkn bn jhor. Pelagi? Pas hnya tnggu klulusn tkn butng hijau tnda jln. Umno tlg jgn tekan butang baju tnda takot



Thursday, June 21, 2012

Haire Othman kini di pentas PAS



Betapa banyaknya media yang dipergunakan oleh Umno seperti Utuseks Malaysia dan Tv 3/4 untuk menghasut rakyat, rupa-rupanya tidak semua menganggapnya satu kebenaran atau berjya dipengaruhi.

Sedangkan jika diikutkan propaganda dan gerak saraf parti itu, PAS ini tidak ada lagi yang baiknya.

Jika diikutkan, apalah yang ada pada PAS, bahkan pengikut dan ahli-ahlinya disaran untuk menyumbang dan berderma. Sedangkan Umno boleh menjanjikan apa saja termasuk jambatan emas.

Namun trend akhir-akhir ini menampakkan artis-artis sudah mula berbondong-bondong menyertai PAS atau komponen Pakatan Rakyat.

Kenapa? Kenapa artis yang cerdik sikit mulai menolak Umno?

Jika begitu betullah kata Dr Mahathir, orang-orang yang cerdik habis masuk PAS maka tinggallah yang bengap-bengap atau berkepentingan dalam Umno. Sehingga Umno mula busuk hingga ke usus (sedutan ucapa Dr M).

Seperti kata seorang rakan facebook, selebriti yang tinggal dalam Umno kita hanyalah Umi Hafilda!

Pelakon Haire Othman sedang berceramah di pentas PAS.

Tuesday, June 5, 2012

Bagaimana Mail Sabri boleh atasi undang-undang?

Apabila Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata beliau telah pun mengecualikan pematuhan undang-undang kecil di bawah Akta Suruhanjaya Koperasi Felda bagi membolehkan bekas pesalah rasuah Umno Tan Sri Isa (Samad menjadi pengerusi atau ahli lembaga pengarah Koperasi Permodalan Felda (KPF), di situ nyata undang-undang digubal sangat cetek dan boleh dimanupulasi oleh sesiapa saja pada masa depan.

Sedangkan mengikut Undang-Undang Kecil KPF, keanggotaan koperasi hanya terbuka kepada:-

a. Peneroka-peneroka Felda, isteri dan anak-anak,
b. Koperasi-koperasi peneroka Felda yang didaftarkan di bawah Akta sebagai koperasi asas atau koperasi menengah,
c. Kakitangan Felda, isteri dan anak-anak,
d. Koperasi kakitangan Felda yang berdaftar di bawah Akta.

Sedangkan Tan Sri Isa Samad hanya dilantik sebagai Pengerusi Felda secara kontrak sahaja dan mengikut Undang-Undang Kecil KPF beliau tidak layak memperolehi status demikian.

Implikasinya besar, kerana selepas ini menteri boleh meluluskan pelantikan sesiapa sahaja yang dikehendakinya kerana kuasa yang ada padanya.

Jadi apa gunanya memiliki satu set undang-undang jika boleh dibaul atau ada yang boleh mengatasi undang-undang dan peraturan?

Mail Sabri sepatutnya tahu bahawa KPF dimiliki oleh lebih 200,000 warga Felda. Kenapa keputusan meminggirkan undang-undang boleh diputuskan seorang individu?

Ini seolah-olah samalah dengan cerita P Ramlee Musang Berjanggut di mana seorang pembesar Datuk Nikah Kahwin yang mahu menikahi Sa’adiah berkata: . 'ini undang-undang saya yang bikin, bila-bila pun boleh ubahlah'. Ertinya apabila melibatkan kepentingan mereka, segala-gala yang tak boleh bagi org lain, akan jadi boleh bagi mereka.

Sekurang-kurangnya inilah pandangan umum.

Lalu kata seorang pengomen facebook, “Ini baru betul-betul Malaysia Boleh. Yang tak boleh, menteri ada kuasa untuk jadikan boleh. Yang boleh, menteri ada kuasa untuk jadikan tak boleh. Penguatkuasa undang-undang hanya ikut saja kata menteri.”

Komen yang lain mengatakan mesti terdapat sebab luar biasa, misalnya KPF dalam krisis. Mana boleh dalam keadaan biasa menteri gunakan kuasa luar biasa. Itu salah guna kuasa namanya. Kuasa luar biasa ini pun tidak bermakna boleh bawa masuk perompak jaga duit rakyat. Mintalah cari menteri yang cerdik sikit.

Tidakkah Mail Sabri sedar bahawa kelam kelibut dan hara-huru yang berlaku dalam tanah rancangan Felda dan di kalangan peneroka sekarang adalah setelah Isa Samad dilantik sebagai Pengerusi Felda?

Eloklah jika peneroka-peneroka Felda di Bera kalahkan Ahli Parlimen itu dalam PRU akan datang!


Wednesday, May 23, 2012

Siapa Rafizi Ramli?

Sesiapa yang menyaksikan perdebatan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin dengan Pengarah Strategik PKR Rafizi Ramli semalam, pasti kagum dengan kepetahan Rafizi serta pengetahuannya yang luar biasa dalam menyebutkan angka-angka yang dihafalnya serta kematangannya mempersembahkan idea-idea terbaik yang dikira mewakili Pakatan Rakyat.

Untuk mengetahui latar belakang beliau, dicedok di sini (melalui Facebook) tentang dirinya:


Pebahas terbaik Pertandingan Bahas Piala Perdana Menteri 1992 dan 1993 antara sekolah-sekolah berasrama penuh
Johan Pertandingan Bahas Piala Sri Paduka Sultan Perak 1993
Presiden, Badan Revolusi Agama
Presiden, Pancaragam Tentera
Presiden, Persatuan Bahasa Melayu
Ketua Pengarang, The Malay College Magazine
Dianugerahkan biasiswa PETRONAS (Kejuruteraan Elektrikal dan Elektronik) dan ESSO (Geology) sebelum keputusan SPM diumumkan

Morrison’s Academy, Scotland (1995 – 1996)
Anugerah AD Kippen, Pelajar Terbaik Fizik A-Levels 1996
Anugerah John Knox, Pelajar Terbaik Kimia A-Levels 1996
Orkestra Morrison’s Academy

Leeds University (1996 – 1999)

Anugerah Arthur Crabtree 1997, Pelajar Terbaik Tahun Pertama Kejuruteraan Elektrikal dan Elektronik
Ijazah Kelas Pertama (Tahun Pertama dan Kedua)
Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrikal dan Elektronik

LATAR BELAKANG KERJAYA

Jeffreys Henry Chartered Accountants, London (1999 – 2003)
lulus semua peperiksaan akauntan bertauliah dengan Institute of Chartered Accountants in England & Wales (ICAEW) dalam masa 2 tahun diterima sebagai ahli ICAEW pada 2003, selepas tamat tempoh minima latihan di firma perakaunan diterima sebagai ahli Malaysian Institute of Accountants (MIA) pada 2003 apabila pulang ke Malaysia

PETRONAS/MTBE Malaysia Sdn Bhd (2003 – 2005)
Pengurus, Propane Dehydrogenation Plant
Pengurus termuda semasa dilantik

PETRONAS/Pejabat Naib Presiden, Urusniaga Petrokimia (2005 – 2007)

Pengurus Kanan (Perancangan Perniagaan, Operasi dan Teknologi Urusniaga Petrokimia)
Pengurus Kanan termuda semasa dilantik
Bertanggungjawab menguruskan kumpulan urusniaga petrokimia PETRONAS dengan aset melebihi RM30 bilion

PETRONAS/Petronas Carigali Sdn Bhd (2007 – 2009)

Pengurus Kanan (Perakaunan, Belanjawan dan Percukaian Antarabangsa)

Bertanggungjawab menguruskan hal ehwal kewangan 51 anak-anak syarikat PETRONAS Carigali yang terlibat dengan operasi huluan di peringkat antarabangsa, membabitkan belanjawan tahunan melebihi RM20 bilion.


Sunday, May 13, 2012

Kalau nak menipupun padan-padanlah...

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kelmarin memberi jaminan ‘kerugian’ dialami rakyat di negeri dikuasai pembangkang akibat ketiadaan pelaburan asing akan berakhir jika Barisan Nasional (BN) kembali memerintah negeri berkenaan selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Perdana Menteri menegaskan, tiada pelabur berminat memulakan operasi di negeri-negeri dikuasai Pakatan Rakyat.

Begitulah seperti laporan akhbar di bawah tajuk: PM janji tebus 'kerugian' di negeri pembangkang. Ketika program Himpunan Usahawan Mikro, Kecil dan Sederhana di Shah Alam.

Barangkali sejak menjadi PM beliau belum pernah meneliti laporan-laporan daripada Ketua Audit Negara. Ataupun memang sengaja nak menipu.

Barangkali Najib tidak diberitahu oleh pembantu-pembantunya bahawa negeri yang paling banyak menerima pelaburan ialah Selangor dikuti Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan. Serta Perak sebelum kerajaan Pakatan dirampas oleh Umno-BN dulu.

Bahkan bukan saja pelaburan tertinggi bahkan negeri-negeri Pakatan juga mendapat pujian kerana pentadbiran yang cekap hasil yang banyak dan perbelanjaan yang berhemat.

Sedangkan negeri-negeri di bawah BN menerima kecaman teruk daripada audit kerana pembaziran penyelewengan dan tadbirurus yang teruk. Negeri-negeri di bawah BN lah yang kurang didatangi pelabur.

Umpamanya negeri Pahang.

Pelabur luar liat untuk bertapak di Pahang antaranya ialah kerana penyediaan infrastruktur yang disediakan teruk seperti jalan pengangkutan, elektrik dan bekalan air. Prasarana ini yang pertama pelabur atau pemaju akan tengok. Selepas itu ialah syarat-syarat perjanjian. Kerajaan negeri tampaknya begitu lahap dengan mahukan bayaran, royalti atau hasil pajakan tanah yang tinggi untuk jangka masa yang pendek mahukan untung yang besar.

Selain daripada gagal menarik pelaburan, menurut satu analisis, kerajaan negeri Pahang juga gagal mengembangkan kutipan hasil negeri terutamanya hasil tanah yang tidak setimpal dengan kerancakan pembangunan.

Premium balak pula tidak berpadanan dengan kawasan ditebang, pengurusan sumber air yang lemah menimbulkan masalah kepada rakyat. Manakala anak-anak syarikat kerajaan negeri bawa beban.

Pesisiran pantai kosong tanpa pembangunan pelancongan serta kerajaan gagal memaksimumkan hasil pertanian.

Berbalik kepada ucapan Najib tadi, saya fikir orang Ulu Tembeling, Charok Bengawan atau pedalaman Sabah Sarawak mungkinlah percaya. Tetapi jangan harap warga negara yang celik boleh termakan dengan penipuan Najib.


Tuesday, May 8, 2012

Apabila penjenayah panggil ulamak bapak segala kafir

Bekas penjenayah Tan Sri Abdul Rahim Noor dengan beraninya meletupkan perisytiharannya kepada Mursyidul Am PAS yang juga Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat "Nik Aziz is father of kafir”, atau dengan kata lain ‘bapa segala kafir’ dalam tajuk utama akhbar Umno New Straits Times hari ini.

Tidak pasti sama ada bekas Ketua Polis Negara ini faham atau tidak dengan pengertian Kafir dan segala implikasinya, kerana perkataan tersebut daripada kalimah Arab. Tuduhan itu terlampau berat sebenarnya, dan tidak mungkin sanggup dikeluarkan oleh mulut orang-orang yang memahami.

Rahim yang pernah dipenjara kerana membelasah Timbalan Perdana Menteri dipecat Dato’ Seri Anwar Ibrahim di lokap sehingga setengah mati (peristiwa 20 September 1998 itu membawa kepada mata lebam) memberi gelaran kafir tersebut setelah katanya Nik Aziz mempertahankan mereka yang menyertai perhimpunan raksasa 28 April untuk reformasi pilihan raya di Kuala Lumpur yang lalu.

Nik Aziz memberi respons terhadap kenyataan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan Majlis yang mengisytiharkan demonstrasi anti-kerajaan sebagai haram.

Seingat saya, sejahat-jahat PAS tidak pernah menuding jari terus kepada individu menghukumkannya kafir. Tetapi Rahim ini lain sedikit, keberaniannya luar biasa. Isu kafir mengkafir sudah berlalu, walaupun pernah dijadikan modal politik Umno bagi memenangi PRU sejak beberapa dekad yang lalu. Tetapi tuduhan bapa segala kafir oleh Rahim ini dalam versi yang lain pula.

Saya fikir umat Islam apa lagi pendokong PAS tentulah terkejut dan marah dengan kenyataan Rahim itu. Saya kira polemik ini tidak akan terhenti di sini sahaja. Ini episod baru dalam politik menjelang PRU ini.

Walaubagaimanapun penyokong Umno pula saya fikir tentu bergembira!

Tuesday, May 1, 2012

Hishamuddin juga perlu disiasat

Jika benar-benar mahukan keadilan total, Datuk Seri Hishamuddin juga perlu disiasat oleh badan bebas berikutan banyak laporan polis yang mengganas dalam Himpunan Bersih 3.0.

Menteri yang sepatutnya menjaga keselamatan itu perlu menjawap mengapa ada ramai polis yang menyelinap masuk di kalangan ratusan ribu dengan berlakon menjadi peserta himpunan, tetapi dalam banyak adegan polis dari Cawangan Khas atau lain-lain unit itulah yang melakukan provokasi.

Umpamanya dalam peristiwa polis melanggar rakyat hingga mati berhampiran Sogo, banyak pihak mendapati ada individu yang menyepak kereta mula-mula itu ialah polis. Cermin kereta pun dipecahkan oleh polis. Kemudian polis juga yang menyelamatkan pemandu kereta polis yang merempuh orang awam itu.

Unit Amal juga membuat perakuan mereka tidak merempuh benteng polis, tetapi yang memulakannya dipercayai kalangan polis sendiri bagi memperlihatkan himpunan yang dirancang aman itu dilihat ganas.

Penganjur Himpunan juga sudah mengarahkan bersurai lebih kurang jam 4.30 petang. Siapakah pula yang terus-terusan melakukan provokasi sehingga ke malam? Siapa yang begitu profesional boleh menggunting kawat duri di Dataran Merdeka?

Jadi umum hanya mengetahui keganasan tanpa perikemanusiaan oleh polis yang melepaskan gas pemedih mata dan meriam melepaskan hujan kimia. Tetapi yang lebih penting ialah kalangan polis yang memakai baju Bersih yang melakukan provokasi di kalangan ratusan ribu itu.

Hari ini pihak media juga pertama kali mengutuk keganasan polis. Tetapi itu polis beruniform, bagaimana yang menyelinap masuk dan berlakon?

Jika diminta bukti memang sukar, tetapi dengarlah daripada peserta himpunan. Kerana mereka pasti yang melakukan provokasi itu bukan di kalangan mereka.

Lalu Hishamuddin perlu menjawap adakah menghantar polis melakukan provokasi itu merupakan SOP. Apakah cara melayan rakyat dalam himpunan tersebut SOP Kementerian Keselamatan Dalam Negeri?

Jika mahu siasat, jangan Ambiga dan Anwar saja. Itu namanya untuk mencari populariti politik kerana dua nama tersebut sudah begitu banyak difitnah.

Siasatlah lagi lain-lain pemimpin seperti Pak Samad dan Mohd Sabu. Kadir Sheikh Fadzir ada, Aishah pun ada. Siasat juga semua 300,000 yang hadir. Mereka dating bukan untuk merusuh melainkan mahu menuntut keadilan dan kebenaran dalam sistem pilihan raya yang kotor di mana kerajaan hanya memekakkan telinga.

Setakat ini himpunan Bersih hanya diadili oleh mahkamah media lidah rasmi Umno dengan hakim-hakimnya terdiri daripada menteri-menteri Umno.

Sekali lagi jangan lupa, Anak Hussein Onn juga perlu disiasat kerana tindakan polis rata-rata dikatakan di luar batas undang-undang dan kemanusiaan!



Friday, April 27, 2012

Melayu Umno mudah lupa...

Ketika Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail
mendedahkan kedua-dua Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dan timbalannya, Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar merupakan ahli Umno kelmarin, mereka segera menongkah bahawa itu fitnah! Fitnah! Fitnah!

Setelah didedahkan, kenyataan kedua-duanya di akhbar hari ini agak lembut sedikit apabila mengatakan tidak ingat langsung bila dan di mana pernah menjadi ahli Umno, boleh jadi ada mana-mana pihak memasukkan nama selepas tamat universiti, awal 70-an dulu.

Malah dalih mereka, tidak tahu nombor keahlian, tidak pernah membayar yuran tahunan dan tidak pernah menghadiri mana-mana mesyuarat parti, jauh sekali dari memegang apa-apa jawatan parti.

“Perkara sudah terlalu lama, saya tidak ingat, hinggalah hari ini (semalam) ada pihak yang membangkitkan perkara ini dalam akhbar,” katanya.

Menurutnya, tidak adil mana-mana pihak mengambil fakta yang sudah terlalu lama dan dilupakan semata-mata untuk dijadikan isu.

Saifuddin sebelum ini mendesak kedua-dua orang kuat SPR itu menafikan mereka bukan ahli Umno bagi membuktikan benar-benar berkecuali.

Pakatan Rakyat (PR) membangkitkan perkara ini ketika desas-desus menyebut Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan diadakan dalam waktu terdekat sementara membangkitkan ketelusan SPR dalam mengendalikan pilihan raya.

Saifuddin menambah, pada dasarnya mana-mana ahli panel SPR sepatutnya tidak menganggotai parti politik supaya mereka kelihatan berkecuali dan dapat bertindak tanpa condong kepada mana-mana pihak.

Dalam kenyataan itu, Saifuddin berkata, Abdul Aziz merupakan ahli Umno cawangan Sri Ampang Baru, Ampang manakala Wan Ahmad pula ahli cawangan Kubang Bunggor, Pasir Mas.

Ramai yang beranggapan, SPR ini sepatutnya seperti hakim iaitu benar-benar berkecuali supaya bukan saja berlaku adil tetapi juga dilihat adil.

Hal ini sudah diamalkan sejak lama di negara-negara maju.

Jika sudah menjadi ahli Umno, maka jauh di dalam lubuk hatinya sudah tentu wujud sedikit sebanyak kecenderungan untuk menyebelahi BN.

Maka tidak salahlah jika rakyat mengsyaki bahawa SPR bias kepada BN!



Wednesday, April 25, 2012

Kenapa pengasas Utusan akan menangis?

Rakan-rakan facebook yang berada di sekitar Lembah Kelang dan Selangor merungut, sejak dua minggu lalu rumah-rumah mereka ‘didatangi’ akhbar lidah rasmi Umno Utuseks Malaysia, meskipun mereka tidak melanggan atau memesannya.

Rupa-rupanya akhbar tersebut sengaja ‘dicampak’ ke dalam pagar secara percuma.

Sudah tentu ada sebabnya. Yang pertama jualan akhbar tersebut merudum teruk sekarang ini seolah-olah diboikot. Tetapi oleh kerana ia merupakan agen propaganda dan bahan gerak saraf Umno, maka ia dijamin oleh kerajaan BN agar tidak bankrap.

Kedua, memang menjelang pilihan raya ini Umno menjadikan akhbar tempat berhimpunnya think-tank Najib itu, untuk tujuan kempen dari rumah ke rumah.

Bayangkan, kalaulah pengasas akhbar pertama Melayu (mula 1936) itu, ataupun pengarangnya seperti Pak Sako, Rahim Kajai, Said Zahari dan lain-lain tahu nasib Utusan sudah dilacurkan demi politik, tentulah mereka akan menangis teresak-esak.

Jenuh mereka berjuang sehingga diangkat oleh orang Melayu, skhirnya akhbar yang dikatakan pernah membangkitkan semangat kemerdekaan orang Melayu itu, hanya menjadi sapuan najis rakyat sahaja apabila berada di tangan Umno!

Hari ini Utuseks Malaysia menjadi kebencian umum kerana nilai pemberitaannya sama standard dengan blog upahan Umno.

Begitupun, saya temui komen-komen menarik dalam facebook tentang isu ini:

Asrul Mohd Nor tandanya Tuan surat khabar ni dah gila

Ahmad Nadzrol My Serious? Terdesak sgt?

Laila Khalidah Binti Ismail amal jariah tu... sebahagian daripada aktiviti CSR gitew... takper kumpul banyak2 leh jual kat tempat recycle ;)

Mohd Nabhan Sanusi tanda2 kiamat la tu hehe

Nazrul Hafeez Ok la tue bro dapat free .aku pun nak mcm tue.

Umar Ab Wahab Smlm blk drp Kuantan nampak dah benda ni, ingat org umah beli. Pg td tgk ada kat halaman rumah. Jiran bgtau dah masuk hari ke2 dah..

Elina Hani lau ada masa..cek..takot tuan yg sepatotnya dpt..tertunggu2.. :)

Razin Ahmadi apesal aku tak dapat...??
Nur Anas tertunggu2 jugak harakah nak edarkan version free.. malas nak beli kang support iklan ubat kuat plak...lucahsss...

Wan Izzuddin Sulaiman Demam pilihanraya..Utusan lebih banyak sebut nama Anwar dari nama Najib...

Fhirdaus Samsudin Hindu hantar paper ngantok silap baling rumah.....
Mohd Abduh Yaacob Suratkhabar tak laku. Buat bungkus nasi lemak

Umar Ab Wahab sebenarnya circulation jatuh la ni..

Umar Ab Wahab Harakah mana blh bg free. Utk ahli sahaja..

Mohamad Nazran Bulp dalam tu ada harakah kah ?

Mohammad Rahfity Abdul Aziz esok bakar je depan org yg bg free.. xpun amik gambar bakar utusan and upload dlm youtube kata kami menyampah dgn utusan..

Buyard Amy kat umah aku pun sama lor...
dah 3hari...

Azhan Mashod GPS news paper man tu belom download latest map :)
Feroza Sulaiman Buat lapik kaki

Abidah Konchong free ker?

Umar Ab Wahab Free Cikgu Abidah Konchong..

Tot (Dibayar dgn duit rakyat melalui saluran Kerajaan BN)

Khairul Nizam Razali dgr citer Utusan Malaysia dah nak bankrupt sbb jualan x mencapai tahap yg disasarkan

Arel Alfayed kalau dah benci .. usahkan free baca pon tak sudi .. huh !!

Alfian Abdul Halin tanda2 kiamat :P

Sierra Shukri ade bele kucing x kat umah????bt lapik kucing tu tido pon bleh gak....

M Yusoff Bin Daud Risalah rasmi amno, mintak kpdnk gantung utusn meloya dan arahkan utusan letak label untuk "ahli Sahaja"

Jebat Khir Rick lebihan jualan yg xlaku.... bagi free je la bang oiiii

M Yusoff Bin Daud Takkan pagi-pagi dah tak laku....

Teratak Madanis En umar ni nampak benar sebelah pakatan...sebenarnya kita sesama Islam tak yah belah mana pun kecuali belah Islam yg sebenar...yg at d moment tak da satu pun kecuali Ustaz Azhar Idrus,Ustaz Kazim,Ustaz Don n Datok Hasan Ali bergabung buat satu parti.Mungkin anda rasa sapanak sokong mrk...baik p dulu ceramah2 mereka...n lihat sendiri bahawa d Msia masih ada yg inginkan Islam tak mcm mrk yg ketagihkan satu undi iman tergadai paham En Umar.

Fadhli Khalid tandanya surat khabar tu dah x de org nak langgan....jual kat surat khabar lama je....

Umar Ab Wahab Isunya bukan belah BN or PR. Fitnah kalau dimeriahkan hari2 org menyampah gak.. Ada sorang jiran aku dah siapkan kotak dan susun UM dlm tu..

A Fauzi M Zabidi Takpelah bg kat sapa2 yg buat recycle, nasi lemak etc..

Nariman Marzuki kat sekolah pun semua dpt free...