Tuesday, May 8, 2012

Apabila penjenayah panggil ulamak bapak segala kafir

Bekas penjenayah Tan Sri Abdul Rahim Noor dengan beraninya meletupkan perisytiharannya kepada Mursyidul Am PAS yang juga Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat "Nik Aziz is father of kafir”, atau dengan kata lain ‘bapa segala kafir’ dalam tajuk utama akhbar Umno New Straits Times hari ini.

Tidak pasti sama ada bekas Ketua Polis Negara ini faham atau tidak dengan pengertian Kafir dan segala implikasinya, kerana perkataan tersebut daripada kalimah Arab. Tuduhan itu terlampau berat sebenarnya, dan tidak mungkin sanggup dikeluarkan oleh mulut orang-orang yang memahami.

Rahim yang pernah dipenjara kerana membelasah Timbalan Perdana Menteri dipecat Dato’ Seri Anwar Ibrahim di lokap sehingga setengah mati (peristiwa 20 September 1998 itu membawa kepada mata lebam) memberi gelaran kafir tersebut setelah katanya Nik Aziz mempertahankan mereka yang menyertai perhimpunan raksasa 28 April untuk reformasi pilihan raya di Kuala Lumpur yang lalu.

Nik Aziz memberi respons terhadap kenyataan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan Majlis yang mengisytiharkan demonstrasi anti-kerajaan sebagai haram.

Seingat saya, sejahat-jahat PAS tidak pernah menuding jari terus kepada individu menghukumkannya kafir. Tetapi Rahim ini lain sedikit, keberaniannya luar biasa. Isu kafir mengkafir sudah berlalu, walaupun pernah dijadikan modal politik Umno bagi memenangi PRU sejak beberapa dekad yang lalu. Tetapi tuduhan bapa segala kafir oleh Rahim ini dalam versi yang lain pula.

Saya fikir umat Islam apa lagi pendokong PAS tentulah terkejut dan marah dengan kenyataan Rahim itu. Saya kira polemik ini tidak akan terhenti di sini sahaja. Ini episod baru dalam politik menjelang PRU ini.

Walaubagaimanapun penyokong Umno pula saya fikir tentu bergembira!