Tuesday, May 15, 2012

Sekali lagi Najib dimalukan di London


Dalam masa 300,000 peserta himpunan Bersih 3.0 yang menuntut pembaikan dalam pilihan raya berhadapan lanyakan polis dan kini diburu, sekumpulan warga Malaysia selamba boleh menyorak dan memalukan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam satu pertemuan bersama warga Malaysia di London semalam.

Sorakan slogan Bersih bermula apabila Najib mula mengambil tempat di atas pentas dan berlarutan ketika beliau memulakan ucapannya.

Selain kelihatan malu dan marah, Najib hilang tumpuan untuk meneruskan ucapannya dan terpaksa merayu supaya sorakan itu dihentikan.

"Bolehkah anda tolong berhenti? Boleh tolong berhenti," rayu Najib seperti dirakamkan dalam satu video yang dimuatkan di laman Youtube.

Rayuan Najib itu disambut oleh seorang hadirin yang bertanya mengenai hak mereka untuk mengundi.

"Kami mahu mengundi. Kenapa anda tak bagi kami mengundi?" tanya individu itu di majlis tersebut.

Najib kemudian cuba menenangkan kumpulan tersebut agar beliau boleh meneruskan ucapannya.

"Anda boleh jumpa saya kemudian ok...bolehkah anda tolong hentikannya?" kata Najib.

Sorakan tersebut kemudiannya surut dan Najib meneruskan ucapannya dalam majlis ‘An Evening with the Prime Minister’ itu dianjurkan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di lokasi berprestij O2 Arena di kota tersebut.

Kita pasti mereka yang hadir dalam majlis berkenaan merupakan bijak pandai yang merupakan aset negara. Mereka berani berhadapan dengan manusia paling ditakuti di Malaysia itu kerana mereka percaya atas dasar demokrasi.

Tahun lalu selepas Bersih 2.0 Najib juga ke London dan beliau juga dimalukan dengan pekikan serta lautan berwarna kuning.

Kita boleh bayangkan nasib mereka yang bersorak di hadapan Najib itu, andainya berlaku di Malaysia.

(Bukti boleh diperolehimelalui video: http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=d2WLdhbapSk).

Walaupun reaksi lebih keras pernah ditunjukkan terhadap Anwar, Muhamad Sabu, Salahuddin dan kini Ambiga, pihak keselamatan tidak terdaya mengambil sebarang tindakan!


1 comment:

  1. ada orang dengar Najib sebut: "haramjadah haramjadah haramjadah"!

    ReplyDelete