Tuesday, June 5, 2012

Bagaimana Mail Sabri boleh atasi undang-undang?

Apabila Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata beliau telah pun mengecualikan pematuhan undang-undang kecil di bawah Akta Suruhanjaya Koperasi Felda bagi membolehkan bekas pesalah rasuah Umno Tan Sri Isa (Samad menjadi pengerusi atau ahli lembaga pengarah Koperasi Permodalan Felda (KPF), di situ nyata undang-undang digubal sangat cetek dan boleh dimanupulasi oleh sesiapa saja pada masa depan.

Sedangkan mengikut Undang-Undang Kecil KPF, keanggotaan koperasi hanya terbuka kepada:-

a. Peneroka-peneroka Felda, isteri dan anak-anak,
b. Koperasi-koperasi peneroka Felda yang didaftarkan di bawah Akta sebagai koperasi asas atau koperasi menengah,
c. Kakitangan Felda, isteri dan anak-anak,
d. Koperasi kakitangan Felda yang berdaftar di bawah Akta.

Sedangkan Tan Sri Isa Samad hanya dilantik sebagai Pengerusi Felda secara kontrak sahaja dan mengikut Undang-Undang Kecil KPF beliau tidak layak memperolehi status demikian.

Implikasinya besar, kerana selepas ini menteri boleh meluluskan pelantikan sesiapa sahaja yang dikehendakinya kerana kuasa yang ada padanya.

Jadi apa gunanya memiliki satu set undang-undang jika boleh dibaul atau ada yang boleh mengatasi undang-undang dan peraturan?

Mail Sabri sepatutnya tahu bahawa KPF dimiliki oleh lebih 200,000 warga Felda. Kenapa keputusan meminggirkan undang-undang boleh diputuskan seorang individu?

Ini seolah-olah samalah dengan cerita P Ramlee Musang Berjanggut di mana seorang pembesar Datuk Nikah Kahwin yang mahu menikahi Sa’adiah berkata: . 'ini undang-undang saya yang bikin, bila-bila pun boleh ubahlah'. Ertinya apabila melibatkan kepentingan mereka, segala-gala yang tak boleh bagi org lain, akan jadi boleh bagi mereka.

Sekurang-kurangnya inilah pandangan umum.

Lalu kata seorang pengomen facebook, “Ini baru betul-betul Malaysia Boleh. Yang tak boleh, menteri ada kuasa untuk jadikan boleh. Yang boleh, menteri ada kuasa untuk jadikan tak boleh. Penguatkuasa undang-undang hanya ikut saja kata menteri.”

Komen yang lain mengatakan mesti terdapat sebab luar biasa, misalnya KPF dalam krisis. Mana boleh dalam keadaan biasa menteri gunakan kuasa luar biasa. Itu salah guna kuasa namanya. Kuasa luar biasa ini pun tidak bermakna boleh bawa masuk perompak jaga duit rakyat. Mintalah cari menteri yang cerdik sikit.

Tidakkah Mail Sabri sedar bahawa kelam kelibut dan hara-huru yang berlaku dalam tanah rancangan Felda dan di kalangan peneroka sekarang adalah setelah Isa Samad dilantik sebagai Pengerusi Felda?

Eloklah jika peneroka-peneroka Felda di Bera kalahkan Ahli Parlimen itu dalam PRU akan datang!


No comments:

Post a Comment