Friday, June 29, 2012

Pelawak Osman Kering Meninggal Dunia

Pelakon dan pelawak Osman Kering,58, meninggal dunia di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) Cheras, dekat sini kira-kira pukul 3.45 petang.

Allahyarham meninggal dunia di sini isterinya Che Norhayati Che Omar,48, dan juga anak-anak.

Berita itu disahkan oleh anak ketiga Allahyarham, Nur Ain Osman, 25, yang dihubungi mStar Online pada Jumaat.

Katanya, jenazah Allahyarham akan disembahyangkan di Masjid Al-Najihin, Taman Tasik Permaisuri, Cheras dekat sini selepas solat Maghrib.

Sehingga berita itu ditulis pada pukul 5 petang, keluarga Allahyarham masih belum menetapkan lagi lokasi pengebumian jenazah.

Osman yang dimasukkan ke HUKM pada 11 Januari lalu menghidap batuk kering dan keadaannya tenat.

Allahyarham yang berasal dari Bachok, Kelantan aktif berlakon sejak tahun 1986 dan membintangi lebih daripada 20 buah filem dan drama.

Filem terakhir beliau ialah Kantoi, arahan Mat London memegang watak sebagai pelakon pembantu.

Sumber: mStar

No comments:

Post a Comment