Tuesday, July 26, 2011

Ustaz Mahmud bekas Adun Chenor meninggal dunia

Bekas Adun Chenor Dato’ Hj. Mahmud Mat Taib, yang juga Pengetua Sekolah Menengah Agama (SABK) Al-Mahmudi, Kampung Awah, Maran telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi.

Demikian menurut Ustaz Nik Ahmad Tarmizi.

Difahamkan, lulusan agama universiti Timur Tengah itu merupakan antara pengasas ABIM negeri Pahang dan agak rapat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim sehingga ke akhir hayatnya. Beliau menyertai Umno pada tahun-tahun 1980-an dan dipilih sebagai wakil rakyat selama dua penggal.

Namun selepas era reformasi, beliau dilihat agak condong kepada Keadilan dan rapat dengan PAS.

Semoga rohnya dicucuri rahmat dan kasih sayang dari Allah serta dibalas segala amal kebaikannya... Al-Fatihah

3 comments:

  1. AL-FATIHAH SEMOGA ROH ALLAHYARHAM DICUCURI RAHMAT AMIN,DOAKAN AGAR SEKOLAH KAMI MENCAPAI KECERMELANGAN DALAM PEPERIKSAAN PMR,SMA,DAN SPM NANTI.INSYALLAH.

    ReplyDelete
  2. Alfatihah...semoga rohnya dirahmati Allah

    ReplyDelete
  3. Alfatihah...semoga rohnya dirahmati Allah

    ReplyDelete