Tuesday, February 1, 2011

Malaysia lembab uruskan pelajar terhimpit krisis di Mesir


Krisis di Mesir makin gawat dan meruncing sehingga hampir 200 telah terbunuh dan hampir 3,000 mengalami kecederaan akibat rusuhan dan demonstrasi lebih sejuta penduduk yang mahu menumbangkan diktator Husni Mubarak. Rusuhan telah merebak ke semua bandar.

Berikutan krisis dan ketegangan itu Indonesia telah menghantar sebuah pesawat sewa khas Garuda Boeing 747 untuk memindahkan rakyatnya yang berjumlah 6,200 orang dari negara tersebut.

Malaysia mempunyai seramai 11,319 pelajar berdaftar di sana yang menuntut di Mesir dalam pelbagai disiplin terutama dalam bidang perubatan dan agama. Namun tidak seperti negara lain, kerajaan Malaysia begitu lembab menyelamatkan mereka pulang.

Di mana slogan rakyat didahulukan?


No comments:

Post a Comment