Sunday, February 27, 2011

Umno bertahan dengan isu kelulusan calon

Sudah masuk hari kedua kempen, tetapi kem Umno masih berputar-putar mengenai status kelulusan calonnya, iaitu seorang bekas guru sekolah agama rakyat (SAR) yang dilantik sebagai penasihat agama Menteri Besar Pahang.

Akhbar melaporkan hari ini, calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau Syed Ibrahim Syed Ahmad terpaksa memanggil sidang media bagi menunjukkan ijazah Bahasa Arab yang diperolehinya daripada Universiti Al-Azhar, Mesir.

Beliau dikatakan berbuat demikian kerana terpaksa menjawab tohmahan mengenai status pendidikannya selama ini.

Jawapannya sudah tentu dihalakan kepada PAS yang bertanding melawan BN dalam PRK Kerdau sekarang.

Namun pada saya, jika itu maksud atau tujuan yang disasarkan kepada PAS, itu silap. Kerana PAS sendiri tidak tahu menahu atau mengambil berat tentang kelulusan dimiliki calon BN itu.

Malah, tidak berminat pun.

Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang juga Pengarah PRK Kerdau bagi PAS menjelas melalui sidang media semalam, tiada satupun kenyataan yang dikeluarkan dari mana-mana pemimpin PAS mengenai isu kelulusan calon Umno sehingga kini.

“PAS kesal kerana dituduh menyebarkan fitnah kepada calon BN Syed Ibrahim yang dikatakan gagal menamatkan pengajian di Mesir (Universiti Al-Azhar).

"Sedangkan isu ini tidak pernah keluar daripada mana-mana pimpinan PAS. Ia dicetuskan oleh blogger yang tiada kena mengena dengan PAS. Bagi PAS, kami menafikan sekeras-keras tuduhan isu ini ditimbulkan oleh PAS,” katanya

Menurut Tuan Ibrahim, asal isu calon BN dikatakan gagal menamatkan pengajian, langsung tiada sebarang kenyataan beliau beli sijil hanya keluar daripada kenyataan MB Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob.

"Kini pelbagai kenyataan dikait dengan beli sijil. Begitulah 'peralihan' dari isu asal gagal menamatkan pengajian kepada isu yang dikemukakan oleh pimpinan mereka (beli sijil),” selar Tuan Ibrahim.

Untuk PAS, katanya, soal calon BN lulus atau gagal itu bukanlah isu, namun pengundi berhak mengetahui keadaan sebenar.

“Mereka berhak tahu, walaupun ribuan calon sahkan lulus di al-Azhar, pergi pun tidak,” ujarnya.

Sementara itu, ada yang berpendapat bahawa isu kelulusan Syed Ibrahim dibangkitkan oleh kalangan Umno sendiri. Seperti yang disebut sesetengah sumber, ia ada kemungkinan disebarkan oleh pihak yang mewakili individu yang gagal dinamakan sebagai calon Umno yang mewakili BN dalam PRK Kerdau, yang tidak berpuas hati!

Begitu juga dengan status subjek Bahasa Melayu peperiksaan SPMnya.



3 comments:

  1. Berbanding Ijazah AlAzhar tokleh lawan Ijazah N.AJIS Darol Ulum Cokeyah Pakistan Taliban ya tak?

    ReplyDelete
  2. hebat penangan cari makan deme,

    ReplyDelete
  3. PAS kalau betul nak tanya bukan tanya yang ni.Tapi tanya kelulusan akademik Putra UMNO.Baru berfaedah..
    Tanya macamana dia dapat gelaran Dato'?Berapa ribu dia bayar?Kerana anak Pak Cu Mat yang bela itik dibelakang rumah tu pun boleh gak dapat Dato' yang macam tu..
    Boleh juga tanya dia macamana nak tipu orang beratus ratus ribu ringgit dengan tidak diambil apa apa tindakan oleh polis..
    Sesiapa juga boleh tanya dia berapa harga sekilo ganja dan tanya juga macamana rakan karib dia Bentong Kali tembak orang?Berapa puluh ribu keuntungan hasil jualan dadah dalam satu hari?
    Oleh kerana kepandaian dia merasuah pehak berkuasa,adakah ini yang menyebabkan dia dilantik jadi pengerusi Putra UMNO,senang nanti untuk merasuah pengundi dalam Pilihan Raya..Dah habis anak anak Melayu di racun dengan macam macam jenis dadah,masuk dan berselindung dalam UMNO...Dalam PAS tak ada manusia jenis ni!

    ReplyDelete