Saturday, July 24, 2010

Peneroka Jengka 18 bangkit tuntut wang Felda potong

JENGKA 18, MARAN: Kira-kira 200 orang peneroka Felda dan generasi kedua mengadakan demonstrasi di pintu masuk Felda Jengka 18, pada 23 Julai berkaitan tindakan Felda memotong wang mereka sebanyak RM120 untuk Tabung Tanam Semula Kali kedua.

Demonstrasi jam 6 yang berkebetulan dengan waktu pekan sehari di situ, menyebabkan suasana menjadi meriah dengan ucapan Naib Presiden Persatuan Anak-Anak Peneroka Felda (Anak), Ustaz Aris Fezul Ismaik bersama Timbalan Ketua Pemuda PAS Pahang, Ustaz Shahrir Azman.

Lebih menarik lagi, turut mendengar ucapan keduanya ialah Pengurus Rancangan Felda Jengka 18 dan Pegawai seranta Felda yang juga Ketua Pemuda Exco Pemuda Umno Maran yang kebetulan minum di salah sebuah warung di situ.

Peneroka yang terlibat ialah yang mengusahakan sendiri tanam semula ladang mereka tanpa melalui Felda selepas habis tempoh hutang.

Apa yang memusykilkan mereka, wang tersebut dipotong terus melalui hasil jualan kepada kilang sawit Felda tanpa sebarang keizinan dan perundingan dengan mereka.

Jumlah tersebut pula, menurut mereka, tiga kali ganda (potongan tanam semula kali pertama RM40 sahaja) lebih daripada pemotongan dulu.




No comments:

Post a Comment