Thursday, November 10, 2011

Aktivis veteran PAS Raub maut kemalangan

RAUB, 10 November: Aktivis veteran PAS Raub, Wak Korman Markom, 78, dari Cawangan Pamah Kulat, kembali ke rahmatullah pagi ini setelah terlibat dalam kemalangan jalan raya awal pagi tadi di Raub.

Menurut Yang DiPertua PAS Kawasan Raub, Baharuddin Amiruddin, Allahyarham meninggal dunia setelah motor yang ditunggangnya melanggar sebuah lori balak yang berhenti di Batu 3 kira-kira jam 6.45 pagi.

“Saya difahamkan beliau dari kampungnya Pamah Kulat untuk ke bandar bagi mendapatkan tiket bas ekspres pukul 7 pagi ini untuk ke Kuala Lumpur.

“Sampai di Batu 3 iaitu berhampiran kawasan kilang papan, motorsikal Allahyarham terlanggar lori balak yang berhenti di tepi jalan,” katanya ketika dihubungi.

Tambah Baharuddin, Allahyarham Wak Korman meninggal serta merta di tempat kejadian sebelum dibawa ke hospital Raub.

Katanya lagi, Wak Korman yang mewakafkan tanahnya untuk pembinaan Kompleks PAS Raub di Kampung Tanah Bercangkul di sini, meninggalkan seorang balu dan enam orang anak.

Jenazahnya dikebumikan di tanah perkubunran Ulu Dong tengahari ini.


2 comments:

  1. Al Fatihah....Perginye seorg PEJUANG ISLAM yang dermawan dan berhati mulia.....Langka dan jarang ditemui INSAN seperti Arwah masa ni!Moga ROH dicucuri rahmat dan magfirah disisiNYA.

    ReplyDelete