Saturday, November 1, 2025

EMPAT PAHLAWAN MELAYU KELAHIRAN BUMI PAHANG

PAHLAWAN MELAYU
NAMA-NAMA PENDEKAR KELAHIRAN BUMI PAHANG

1. Dato' Bahaman

Nama sebenar: Abdul Rahman bin Tuanku Imam Nuh.

Asal: Semantan, Temerloh, Pahang.

Gelaran: Pahlawan besar Pahang dalam Perang Pahang (1891–1895) menentang penjajahan British.

Dato' Bahaman adalah seorang pendekar yang mahir dalam ilmu persilatan, strategi perang, dan ilmu kebatinan (ada riwayat tentang kekebalan beliau).

Sangat dihormati sebagai pendekar rakyat yang mempertahankan maruah bangsa.

2. Mat Kilau

Nama sebenar: Mat Kilau bin Imam Rasu.

Asal: Kampung Pulau Tawar, Jerantut, Pahang.

Salah seorang pendekar Melayu paling masyhur.

Terlibat bersama ayahnya Tok Gajah dan Dato' Bahaman dalam penentangan terhadap British.

Mat Kilau terkenal dengan kepakaran dalam silat tempur, gerakan licik, dan memiliki ilmu ghaib (diceritakan pernah "ghaib" selepas cedera).

Pernah membuat "kemunculan semula" pada tahun 1969, mengejutkan ramai pihak.

3. Tok Gajah

Nama sebenar: Imam Rasu bin Shahrum.

Asal: Pulau Tawar, Jerantut, Pahang.

Friday, June 27, 2025

SIAPA TAHU MAKSUD KATA2 MAT KILAU INI?

"Orang Melayu ibarat buntut buah manggis, kalau bunganya kembang lima maka isinya juga lima. Kalau bunganya kembang enam, isinya juga enam".



Monday, June 16, 2025

KEMALANGAN YANG MERAGUT 15 NYAWA SISWA UPSI


TRAGEDI GERIK :MENYERAP PAHATAN TAQDIR DENGAN HATI YANG BASAH!
Oleh : Dr Riduan Mohamad Nor

Anak- anak muda cerdas dengan guratan wajah yang jernih itu berpapasan dengan keluarga masing- masing di dataran lapang Masjid Hadhari Jerteh, tawa senda mengiringi perpisahan itu dalam euforia gembira. Suasana gembira bagi anak - anak kampus pendidikan itu juga dengan latar hariraya Korban yang memang disambut meriah di daerah agrarian ini yang berjiran dengan Kelantan. Secara puratanya mereka berusia diawal 20an,membuncah dan menggebu semangat untuk meraih sebaik mungkin prestasi akademik. Meninggalkan seketika keluarga tersayang di desa, tidaklah sesayu generasi cendekia Besut dekad tahun 1950an dan 60an. Saat itu guru guru pelatih di Maktab Perguruan Tanjung Malim yang berasal daripada daerah ini akan ke Kelantan terlebih dahulu untuk menaiki keretapi, mereka harapan keluarga dan masyarakat. 

Daerah Besut dasawarsa 60an dan 70an mengangkat golongan pendidik sebagai pemimpin masyarakat, bahkan dilantik menjadi anggota legislatif daerah ini. Kelompok guru inilah yang membangunkan masyarakat, menjadi agen reformasi sosial, menyental keluar anak-anak miskin daripada lingkaran ganas kemiskinan. Yang paling penting mereka menjadi harapan agama untuk mengubah kejahilan masyarakat yang masih pekat bersalut dengan amalan animisme seperti main puteri, jamu acok, bertetak serta serba maknika permainan traditional berunsur judi dan khurafat.

Mahasiswa dan mahasiswi kampus pendidikan UPSI ini juga membawa harapan yang sama kepada keluarga dan masyarakat setempat. Besut tersohor di negeri Terengganu melahirkan ilmuan dan kelompok Intelegensia kelas menengah atas negara ini, keropok dan budu yang turut membekalkan protein kepada anak-anak Besut. Lebih 40 orang yang berada di dalam bas yang mereka sewa untuk memudahkan mereka balik ke Besut dan pulang semula ke daerah pemukiman ilmu di Tanjung Malim. Tradisi menyewa bas untuk pulang ke kampong ini telah popular sejak dekad 80an lagi bagi anak anak Besut yang belajar jauh ke luar daerah. Jangan kata belajar di Kuala Lumpur atau kota  lain, dekad 1980an, pelajar yang nak pulang ke Besut dari Kuala Terengganu pun sudah biasa menyewa bas untuk pulang diwaktu perayaan. Matlamatnya baik, memudahkan pergerakan terutama pelajar perempuan, terasa lebih selamat kerana mengenali diantara satu sama lain. Biasanya persatuan menganjurkan program pulang ke kampong ini dan ini dapat melatih kepimpinan anak muda untuk berorganisasi, mengeratkan ukhuwwah sesama ahli persatuan pelajar.

Tragedi kemalangan jalanraya mahasiswa UPSI menyeruak terlalu banyak tabir hitam putih kepada tanah watan ini, ianya bukan sekadar kematian pahlawan muda bangsa namun menghidupkan hati yang kontang. Seramai 42 orang pelajar berada didalam bas, sebelum itu mereka berlepas dihadapan masjid Hadhari bandar Jerteh. Tiada siapa menyangka itu adalah perpisahan terakhir mereka, ada ibubapa membekalkan makanan untuk anak-anak tercinta. Bukan sekadar bingkisan nasihat untuk anak-anak muda ini menjaga keselamatan mereka diperantauan, bekalan ketupat, lemang, daging serunding khas Besut. Euforia ceria menutup kisah lambaian terakhir ibubapa dan keluarga pelajar UPSI. Bandar Jerteh adalah saksi bisu puluhan ribu mahasiswa sejak dekad 70an berpapasan dengan keluarga sebelum menaiki bas balik ke pusat pengajian tinggi masing- masing.

Bas  berdesut membelah kegelapan malam dengan keadaan jalan yang sibuk meredah bumi kelantan yang memang eidul Adha disambut meriah saban tahun. Bertali arus kenderaan melalui Jalanraya Timur Barat yang naif penyelenggaran, khabarnya mendapat peruntukan untuk penambaikan mutu jalan sejak 2023 namun tanda awasan yang lemah, banyak Kawasan tiada garisan tengah, gulita tanpa pencahayaan dan pelbagai kelemahan. Jangan nak bandingkan dengan mutu jalanraya di negara Eropah, dengan Thailand negara jiran kita pun tertinggal jauh ke belakang.

Jam 1.30 pagi, pahatan taqdir tercatat apabila kemalangan ngeri dalam arah menuruni bukit sebelum Tasik Banding. Suara kesakitan dan erangan dalam kegelapan malam itu akan terus menghantui anak-anak muda yang Allah panjangkan umur. Penulis tersedar jam lima pagi membaca kegemparan dalam pelbagai grup wassap, aroma kesedihan tak terbayang kepada Ibubapa anak-anak muda yang cerdas ini. Relawan - relawan Besut yang diketuai oleh Gaung Amal pada jam 10.00 pagi bergerak ke Hospital Daerah Gerik dengan dibantu dengan iringan polis daerah Besut ke daerah paling hujung di Perak itu untuk mengambil jenazah balik ke Jerteh. Ada juga kenderaan jenazah ke Hospital Tuanku Bainun Ipoh untuk mengambil jenazah untuk pulang ke Besut, segalanya berjalan lancar dengan bantuan pihak keselamatan. 

Rakyat Besut sejak jam 8.00 malam telah mulai berhimpun di persekitaran Masjid Hadhari, segalanya bermuara dengan semangat untuk memberikan penghormatan terakhir kepada putera puteri bangsa yang terkorban. Anggota Jabatan Amal Besut mengawal selia dengan baik laluan trafik serta perjalanan program. Pimpinan negeri turut hadir bersama rakyat tempatan, menunggu konvoi van jenazah tiba pada jam 2.50 pagi. Dingin pagi yang mengharukan dengan dianggarkan lebih daripada tiga ribu menyolatkan jenazah dipimpin oleh Exco kerajaan Terengganu, Dr Khalil Abdul Hadi. Solat jenazah kali pertama telah diadakan di bilik pengurusan Jenazah Hospital Gerik, dipimpin oleh Dato' Ustaz Idris Haji Ahmad, mantan Menteri Agama.

Acara persemadian anak-anak muda ini juga mengheret emosi, airmata yang mengalir bukan tidak meredhai takdir namun itulah sketsa fitrah sebuah kehilangan. Bukan sahaja ditangisi oleh keluarga namun oleh jutaan rakyat negara ini. Kalangan anak-anak muda ini juga, ada penghafaz 30 juzuk Al Quran seperti Adik Mohd Adib Hazim, dikenali sebagai anak muda yang taat beragama oleh masyarakat dan kawan kawan sekampus. Juga paling viral dikalangan yang terkorban ialah adik Nurly Shahirah Azman, yang bukan sekadar menghafaz Al Quran namun jasadnya yang memeluk erat Al Quran semasa kemalangan . Shahirah menulis Al Quran ( tahriri) dan obses dengan apa sahaja yang berkaitan dengan Kalam Allah itu.

Tragedi Gerik memahat luka  sejarah, dengan seribu ingatan kepada kita semua bahawa kematian tak mengenal usia. Ceria dengan sedetik suis taqdir berubah menjadi linangan airmata. Juga lihat juga layanan politik sang penguasa, sepatutnya cukai yang dikutip diagihkan dengan adil untuk kemudahan rakyat. Jalanraya Timur Barat yang meratah nyawa untuk disiapkan dizaman ancaman komunis rupanya terus meratah nyawa rakyat, seperti denai babi dengan seribu satu perangkap. Kepada sang penguasa dungu, lihatlah derita ini, jangan tunggu familimu menggeletak nyawa di aspal cap ayam ini barulah terdetik untuk membaiki jalanraya ini.,Sejujurnya, pembangunan wilayah kita yang sangat tempang, Pulau Pinang dengan 17.3 Billion untuk prasarana namun akses ke Kelantan disepikan walaupun pengumuman sejak 2023 telah diwar warkan,ternyata pemimpin negara kita adalah jaguh podium yang mengecewakan rakyat!

( Penulis ialah AJK PAS Pusat dan, ADUN Jerteh)

Saturday, March 22, 2025

VETERAN TENTERA KRITIKAL SELEPAS DIREMPUH REMAJA BERLUMBA MOTOSIKAL

Dari ke hari, makin banyak kita dengar kes2 kemalangan berkaitan remaja membawa motosikal laju..

Malah, sesetengahnya fmengakibatkan kecederaan parah bahkan kematian.

Paling membimbangkan, ia berlaku di jalan2 luar bandar dan kawasan perumahan.

Saya mengambil contoh tragedi ngeri yang berlaku di kampung kami sendiri jalan Teluk Ira, pada Isnin baru2 ini.

Untuk rekod, jalan kampung kami adalah penghubung dari kampung2 pinggir Sungai Pahang di seberang sini ke pusat bandar Temerloh.

Pada siang harinya, dikhabarkan geng remaja bawa motosikal laju telah bertembung dengan sebuah kereta. Ia berlaku di sebelah hulu sana.

Lebih tragis lagi kejadian pada  sebelah malamnya.

Ia melibatkan salah seorang ahli jamaah masjid kami, iaitu veteran tentera, 66 tahun, telah dirempuh oleh geng remaja yang 'berlumba' ini.

Menurut saksi, kejadian berlaku ketika mangsa yang menunggang motosikal ketika balik dari masjid selepas solat terawih.

Ketika membelok untuk memasuki simpang ke rumahnya, beliau telah dirempuh beberapa buah motosikal yang datang dari arah belakang.

Saksi memberitahu motosikal dipandu dengan laju seolah2 dalam kondisi  berlumba.

Rempuhan kuat itu  menyebabkan mangsa  terpelanting beberapa meter dan terhempas di atas jalan rata. 

Menyebabkan berlaku kecederaan parah di kepala..

Ketika tulisan ini disiapkan, beliau masih berada HTAA Kuantan dan keadaannya dilaporkan kritikal.

Wednesday, March 19, 2025

RUMAH RAKIT KUALA SEMANTAN DULU DAN KINI

Rumah rakit di Kuala Semantan, iaitu di tebing Sungai Pahang pinggir bandar Temerloh adalah pemandangan biasa sejak hujung 1950an ke pertengahan 1980an.

Petempatan itu menjadi penting kerana ketika itu sungai merupakan perhubungan utama di mana jalan raya untuk ke bandar ini masih belum sempurna.

Sayangnya bentuk dan penbuatan rumah2 rakit itu tidak seragam dan dilihat mencacatkan pemandangan, dari kaca mata perbandaran.

Oleh kerana itu ketika pembinaan bandar baru Lurah Semantan, rakit2 tersebut ditinggal dan dikosongkan.

Sehinggalah tahun 2000 ke atas rumah rakit Kuala Semantan wujud semula.

Dan kini rumah2 rakit bentuk baru wujud semula bagai cendawan tumbuh selepas hujan. 

Kali ini lebih kepada bentuk home stay dan house boat. Khusus untuk menggamit pelancong, selaras dengan pembangunan bandar Temerloh masa kini.

Kini rumah rakit sudah menjadi pelaburan yang menguntungkan.


Thursday, March 13, 2025

LALUAN PERTAMA PAHANG KE KUALA LUMPUR

Negeri Pahang dan Selangor mula2 dihubungkan melalui Jalan Lama Bentong-KL . Jalan lama ini menghubungkan Kampung Ketari di Bentong dan Gombak di Selangor.

r.  

Ada yang berpendapat laluan ini mulai digunakan oleh pahlawan-pahlawan dari Pahang yang turun membantu dalam Perang Selangor pada pertengahan abad ke 19 dahulu.

Jalan lama menghubungkan ibu negara ini dibina oleh kerajaan Inggeris di Tanah Melayu pada tahun 1915 dan terus digunakan sehinggalah siapnya Lebuhraya Karak.

Jalan Gombak FT68 asalnya merupakan sebahagian jajaran Jalan Kuala Lumpur-Kuantan FT2. 

Namun, jalan raya ini terkenal kerana selekohnya yang sangat tajam, gaungnya yang dalam, keadaan jalan yang sempit serta kekurangan ciri keselamatan, menjadikan jalan raya ini sangat berbahaya. 

Maka, pada tahun 1970an Lebuh raya Kuala Lumpur- Karak (Karak hiway) sepanjang 75.2 km tersebut dibina dengan kos RM136.4 juta dan dibuka kepada lalu lintas pada 7 Januari 1978.

Jalan Gombak lama diwartakan semula sebagai Jalan Persekutuan 68.

Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak FT2 kemudian dinaik taraf menjadi lebuh raya capaian terkawal penuh pada tahun 1994.

Sementara itu tiada usaha pemulihan dilakukan terhadap Jalan Gombak FT68 selepas itu, mungkin kerana kos yang tinggi.

Akibatnya  begitu berkurangan sekali pengguna jalan raya yang sanggup melalui jalan lama Federal Route 68 ini kerana keadaan laluannya yang berbahaya, kecuali ketika Lebuhraya KL-Karak mengalami kesesakan teruk semasa musim perayaan.

Tuesday, January 7, 2025

ISU ADDENDUM DEDAHKAN SIAPA 'PENDERHAKA'

KENAPA MELENTING PAS MEMBELAq1q BOSSKU?

1.Ada yg kepanasan bila lihat PAS membela dengan tegas Bossku,khususnya dlm isu TITAH ADDENDUM Lembaga Pengampunan WP

2.Ramai lupa melihat PAS amat konsisten dalam memperjuangkan keadilan,menentang kezaliman serta menghulur tangan kepada yang jatuh dan di tekan pihak atasan dan yg lebih berkuasa.

3.Misalnya,sewaktu YBM Tengku Razaleigh jatuh,PAS membantunya

4.Sewaktu DSAI jatuh,siapa yang membelanya jika tidak PAS berhempas pulas membantunya

5.Malah ketika UMNO jatuh dan pemimpinnya di tekan,PAS jugalah yang tampil membantu,sehingga UMNO yg tewas dan hilang kuasa pasca PRU14 di nobat semula menjadi kerajaan.

6.Siapakah yang mengangkat semula UMNO utk menjawat jawatan PERDANA MENTERI,kalau tidak dengan sokongan padu PAS kepada UMNO dan PM9

7.Yang pasti PAS tegas dan istiqamah dalam menegakkan keadilan,membela yg di zalimi serta menjaga siyasah syariah secara konsisten.Setiap tindakan bukan semberono malah diteliti dan di kaji cerdik pandai dan alim ulamak.Ia bukan strategi INDIVIDU serta dengan tipu muslihat bagi agenda peribadi.

8.Dalam isu Dato Seri Najib,ternyata beliau dinafikan keadilan sewajarnya.Pas konsisten menjunjung RULE OF LAW DAN PROSES PERUNDANGAN
.DSNR telah melalui proses itu dengan penuh sabar dan penuh keperitan.Namun dalam proses itu kenapa urusan HAK NYA YANG DIJAMIN DALAM PERLEMBAGAAN DAN PERKENAN DIRAJA yg di perolehinya bukan saja di nafikan malah cuba disembunyikan tanpa ketelusan termasuk di Parlimen.

9.Lebih malang bagi DSNR ini semua berlaku di saat rakan rakan yg menjanjikan pembelaan sedang berkuasa,malah terlibat secara langsung,tapi tidak membantunya secara TEGAS DAN TUNTAS.

10.Sekiranya mereka gagal membantu atas apa alasan sekalipun,tidak wajar mereka mempersoalkan pendirian PAS.

11.Bayangkan jika PAS tidak bersuara lantang di Parlimen,isu yg besar ini dan ketidakadilan pada DSNR ini akan terus dibisukan oleh semua.

12.Isu DSNR kini bukan di tahap isu kepartian.Ia adalah isu keadilan,isu keluhuran undang undang serta isu KESETIAAN PADA RAJA yg memerintah.
PAS istiqamah memperjuangkan prinsip prinsip ini.

13.Apa lagi bila kita melihat pemimpin pemimpin utama negara,khususnya mantan mantan PERDANA MENTERI kita,dilayan dengan layanan buruk apabila tidak berkuasa.Sementara yg berÄ·uasa di lihat mendapat layanan istimewa di sisi undang undang.Setidak tidaknya itulah yang rakyat nampak pada masa ini.

14.Sudah tentu negara memerlukan satu kejernihan dari politik dendam dan suasana tidak konsisten ini.Politik dendam perlu di ganti dengan politik lebih harmonis di mana tumpuan diberi kepada performance pemerintah untuk  menyempurnakan isu rakyat dan nagara.

14.Jika tidak, kita akan terus diburu SENSE OF INSECURITY,kerana pertukaran kuasa akan membawa kepada siri baru WITCH HUNTING DAN MEMBALAS DENDAM dan KARMA yang tidak berkesudahan

15.Beri DSNR hak untuk mendapat keadilan