Keputusan mewujudkan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung
Persekutuan (MPKKP) oleh kerajaan persekutuan bermula tahun hadapan merupakan
satu langkah yang bakal memecah belahkan masyarakat semata-mata hanyalah kerana
mahu mendapatkan keuntungan politik.
Monday, November 11, 2019
Friday, November 8, 2019
Pelajar Tahfiz Maut Dipercayai Dibelasah Rakan
Seorang pelajar pusat tahfiz di Kampung Kuala Kuang, Lanchang, Temerloh, Pahang berusia tujuh tahun maut dipercayai dibelasah rakan.
Mangsa Muhammad Aimin Nurul Amin, ditemui dalam keadaan lemah kira-kira jam dua petang semalam di asrama dan dikejarkan ke Klinik Lanchang untuk rawatan.
Bagaimanapun mangsa disahkan meninggal dunia sebaik tiba di klinik pada jam 2.54 petang semalam.
Mangsa Muhammad Aimin Nurul Amin, ditemui dalam keadaan lemah kira-kira jam dua petang semalam di asrama dan dikejarkan ke Klinik Lanchang untuk rawatan.
Bagaimanapun mangsa disahkan meninggal dunia sebaik tiba di klinik pada jam 2.54 petang semalam.
Asal usul orang Kampar di Pahang
![]() |
| Kampung Tanjung Kerayong, Metakab: Majoriti penghuninya orang Kampar |
Kehadiran mereka, baik sebelum merdeka mahupun mutakhir, lebih sinonim dengan perniagaan. Samada di pekan sehari, pasar malam atau di ekspo-ekspo, mereka ada. Pasar Malam Mentakab umpamanya, mereka yang menguasai mewakili orang-orang Melayu.
Wednesday, November 6, 2019
Banjir: Adun Panching turun pastikan saluran diselenggara
![]() |
| Tarmizi meninjau saliran yang sedang dibersihkan bagi mengelakkan daripada mudah melimpah kapsyen |
Penghujung tahun sememangnya menimbulkan rasa cemas
bagi penduduk-penduduk di sebelah Kuantan, iaitu bimbang dilanda bencana banjir.
Bukan sahaja disebabkan hujan lebat, malah fenomena ‘air pasang besar’ dan juga
parit yang tidak diselenggara boleh menyumbang kepada paras air naik.
Serentak dengan itu Adun Panching Ustaz Tarmizi Yahya
turun padang melihat kerja-kerja penyelengaraan longkang monsun di tali air
Kampung Baru Pandan 2 dan Lubuk Puyu kelmarin.
Kerja-kerja pembersihan parit utama Kampung Baru Pandan
2 hingga Kampung Permatang Badak (Cendering - Kampung Baru Kermatang Badak -
Surau Ar Rahman - Masjid Lama Permatang Badak) yang tertangguh sementara, telah
dimulakan kembali penyelenggaraannya oleh Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri
Pahang (JPS) bermula Isnin lalu.
“InsyaAllah kerja penyelenggaraa longkang akan terus
dilaksanakan oleh JPS bagi mengurangkan risiko banjir yang sering berlaku
setiap hujung tahun.
“Tuan Puan yang menghadapi masalah atau aduan serta cadangan,
boleh ajukan di ruang laman sesawang atau terus ke pejabat Pusat Khidmat
Masyarakat Adun Panching
Sebelum ini YB Ustaz Tarmizi meninjau sendiri
kerja-kerja pembersihan yang dijalankan pada peringkat awal.
Masalah saliran tersumbat dan tidak diselenggara sehingga
menyumbang kepada banjir pernah berlaku pada bah besar tahun 2001 dan 2013
persekitaran laluan Sungai Kuantan.
Tuesday, November 5, 2019
PRK Tanjung Piai: MCA bertanding PAS yang kena serang
Oleh DR MOHD ROSDI ISMAIL
1. Dari sudut hukum, sesudah terbtnuk Piagam Muafakat Nasional, adopsi Piagam Madinah, orang perlu yakin bahawa pendirian PAS menyokong calon MCA dalam PRK Tanjung Piai tidak bercanggah dengan ayat Alu Imran/28 tersebut, kerana sesudah pemetrian Muafakat Nasional antara PAS dan UMNO, yang tidak dibangkang oleh MCA dan MIC sebagai komponen BN, PAS sudah berada dalam kedudukan 3D. Sudah ada muafakat resmi berdasarkan syarat-syarat yang telah dipersetujui dengan UMNO, MCA dan MIC.
1. Dari sudut hukum, sesudah terbtnuk Piagam Muafakat Nasional, adopsi Piagam Madinah, orang perlu yakin bahawa pendirian PAS menyokong calon MCA dalam PRK Tanjung Piai tidak bercanggah dengan ayat Alu Imran/28 tersebut, kerana sesudah pemetrian Muafakat Nasional antara PAS dan UMNO, yang tidak dibangkang oleh MCA dan MIC sebagai komponen BN, PAS sudah berada dalam kedudukan 3D. Sudah ada muafakat resmi berdasarkan syarat-syarat yang telah dipersetujui dengan UMNO, MCA dan MIC.
Monday, November 4, 2019
Tangki baharu bagi selesai masalah air: YB Andan
![]() |
| Andan (kanan) memberi penjelasan ketika menemukan PAIP dengan penghuni |
Masalah gangguan bekalan air bersih yang berlarutan sejak
sekian lama, bakal berakhir dengan pembinaan tangki baharu di Kampung Batu
Hitam dan Alor Batu Jabor oleh Pengurusan Air Paip Pahang Berhad (PAIP).
Adun Beserah Andansura Rabu berkata, pihak PAIP telah
bersetuju dengan pelan penyelesaian dan akan dilaksanakan dalam masa terdekat.
Friday, November 1, 2019
PAS Maran kunjung hormat pejabat PAID
![]() |
| Berdiri empat dari kiri, Hasnan, Mujibu Rahman, Nik Ibrahim dan Mohd Sofian |
Rombongan PAS Kawasan Maran diketuai oleh Yang Dipertuanya
(YDP) Hasenan Harun telah membuat kunjungan hormat ke Pejabat Agama Islam Maran
kelmarin.
Ziarah mahabbah ini adalah untuk mengalu-alukan Al
Fadhil Tuan Qadhi Ustaz Nik Ibrahim Nik Abdullah selaku Pegawai Agama Islam
Daerah Maran yang baru bertukar, bertugas mengantikan Al Fadhil Ustaz Rizzal
Mohd Ali Nafiah yang berpindah ke Daerah Temerloh.
Mufti Pahang turut rai pengantin di Walimah Perdana Paya Besar
Kehadiran Mufti Pahang Dato' Seri Dr Abdul Rahman Osman
meraikan enam pasang pengantin ke program Walimah Perdana anjuran PAS Paya
Besar dengan kerjasama Pusat Khidmat Masyarakat Adun Panching, turut
memeriahkan sambutan.
Program yang julung-julung kalinya itu, diadakan di
Arena Terbuka Dato’ Sri Abdul Manan, Jalan Permatang Badak Baru 2, Kuantan, pada
Sabtu.
Tuesday, October 29, 2019
PAS Pahang sokong cadangan PM buka kedutaan Palestin di Jordan
PAS Pahang menyokong cadangan Perdana Menteri Tun Dr
Mahathir Malaysia yang akan membuka kedutaan untuk Palestin di Jordan.
Pesuruhjayanya, Ustaz Rosli Abdul Jabar dalam satu
kenyataan media, bahawa dunia telah menyaksikan ketidakadilan yang menimpa
rakyat Palestin sejak sekian lama sehingga menanggung sengsara kesan daripada kekejaman
rejim Israel.
“Ketiadakadilan keatas rakyat Palestin juga dilihat
apabila bukan sahaja negara mereka diserang malahan tanah mereka dirampas
dengan sewenang-wenangnya dan lebih sukar lagi apabila negara-negara kuasa
besar dunia memberikan bantuan kepada Israel agar rakyat Palestin tidak dapat
menuntut kembali hak mereka.
Thursday, October 24, 2019
Penduduk Perumahan Sejahtera perlu pembelaan
![]() |
| Ustaz Mujib (tiga, kiri) meninjau kawasan perumahan yang terbiar |
Projek Rumah Sejahtera atau Rumah 20 di Kampung Teluk
Melati Chenor, Maran dahulunya begitu gah dan dibanggakan sebagai projek perintis Program Sejahtera yang
bermatlamat membasmi kemiskinan dan merapatkan jurang pendapatan antara
penduduk desa dan bandar.
Wednesday, October 23, 2019
Bajet 2020 tidak mesra tanpa perumahan rakyat, pembangunan belia
PAS Pahang berpendapat secara
keseluruhannya Bajet 2020 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan baru-baru ini
tidak membuatkan rakyat rasa teruja atau boleh menaruh satu harapan besar.
Timbalan Pesuruhjaya PAS
Pahang Andansura Rabu berkata, ini kerana ianya hampir sama dengan bajet yang
dibentangkan oleh kerajaan yang sama pada tahun lepas, malah perkara yang
benar-benar mendesak dan dinanti-natikan rakyat pula tidak disentuh.
Monday, October 21, 2019
Tok Kenali : Perkembangan ilmu, penulisannya
Tok Kenali ialah satu nama yang paling terkenal dalam
dunia pengajian Islam menggunakan sistem pondok di Malaysia. Bahkan beliau juga
terkenal di seluruh alam Melayu. Oleh itu, memang riwayat beliau perlu
diketahui oleh masyarakat. Dalam dua keluaran terakhir perbicaraan tentang
ulama, telah disentuh perjuangan tokoh yang antipenjajah (Tok Ku Paloh
Terengganu dan Haji Sulong al-Fathani). Ada orang berpendapat bahawa Tok Kenali
tidak pernah terlibat dalam perjuangan yang bercorak demikian.
Friday, October 18, 2019
Hasrat penduduk Jengka tukar atap termakbul
Berat sama dipikul ringan sama dijinjing. Demikian jika
ada sekelumit rasa prihatin, dengan izin Allah, yang kesempitan dan memerlukan akan
tercapai jua hajatnya.
Inilah usaha yang digerakkan oleh Pusat Khidmat Adun
Jengka, PAS Cawangan Bandar Pusat, Masjid Lama serta para dermawan.
Pahang diramal banjir Disember ini
![]() |
| Gambar hiasan |
Kelantan, Terengganu dan
utara Semenanjung dijangka dilanda banjir bulan depan, menurut Agensi
Pengurusan Bencana Negara (NADMA).
Sumber dari Putrajaya menyebut, Kelantan, Terengganu, Pahang dan timur Johor diramalkan
mengalami banjir pada Disember manakala Johor, Pahang dan barat Sarawak pada
Januari 2020 serta barat Sarawak Februari 2020.
Thursday, October 17, 2019
ADUN PAS enggan kawasannya jadi "Pasir Gudang ke-2'
Bajet 2020 dari kaca mata NGO
Oleh AZDY MOHD ARSHAD
Belanjawan kali ini menjurus kepada belanjawan DAP,
untuk bangsa DAP, bukan belanjawan kerajaan untuk rakyat Malaysia.
Peruntukan besar kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SKJC)
dan Sekolah Persendirian Cina adalah sangat tidak wajar.
Ianya tidak adil dan saksama serta membuktikan bahawa
menteri-menteri Melayu PH gagal membawa suara orang Melayu dan mempertahankan
hak orang Melayu.
Begitu juga dengan peruntukkan RM100 juta skim mikro
kredit khas untuk kaum Cina. Ianya belum pernah berlaku dalam sejarah negara.
Lihatlah bagaimana DAP memperuntukkan RM85juta untuk
majukan kampung kampung baru yang didiami semua kaum mereka yang jumlahnya
hampir 400 buah, sedangkan kampung Melayu tradisional yang hampir 2000 buah
kampung, ada yang tersangat daif dan miskin tiada peruntukan.
Kalah tauke-tauke besar dimonopoli kaum Cina dibantu
kerajaan, perniagaan kecil dan sederhana kaum Cina pun diberikan pelbagai
bantuan, apa akan jadi pada nasib peniaga Melayu?
Peruntukan belanjawan ini adalah sangat melampau dan
bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.
Ternyata agenda DAP dalam membela nasib kaum Cina dan
menindas orang Melayu begitu jelas diperlihatkan di dalam Bajet 2020.
Jangan sesekali kita tertipu dengan angka RM1.3 billion
peruntukan untuk agama Islam atau kenaikan RM100 elaun guru KAFA atau
peruntukan RM10 juta untuk Mujahid belanja bagi membuat program “Rahmat Lil
Alamin”.
Kesemua ini akan dimomokkan oleh Lim Guan Eng kononnya
Islam dan Melayu turut dibela namun relitinya ini semua hanyalah sandiwara dan
“carmouflage” semata-mata.
Peruntukan RM138 juta untuk pembangunan belia negara
adalah satu lagi perkara gila apabila ianya bakal disalurkan kepada Kelab
Pemuda Belia (YPC) iaitu kelab setahun jagung ciptaan YB Menteri Belia &
Sukan yang dianggotai oleh Pemuda ARMADA PPBM.
YPC langsung tidak mempunyai “track record” dalam
menguruskan belia, malah kepimpinan, keahlian dan aktiviti YPC juga tidak siapa
yang tahu.
Sewajarnya kerajaan menyalurkan kepada badan rasmi
belia dan orang muda ialah Majlis Belia Malaysia yang dianggitai lebih dari 40
badan-badan gabungan belia dengan ribuan cawangan seluruh Malaysia sebagaimana
yang sudah termaktub dalam Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007.
Sekali lagi Lim Guan Eng dan barisan kepimpinan
kerajaan PH hari ini menggunakan kuasa mereka bagi mengkayakan bangsa Cina dan
kroni-kroni mereka.
Mereka lebih mengutamakan agenda politik daripada
agenda memperkasa ekonomi negara, membela nasib rakyat dan memastikan
kestabilan dan keharmonian negara terus diperlihara.
Penulis adalah
Ketua Penerangan GPMS Pulau Pinang.
Tuesday, October 15, 2019
Suspek tangkapan LTTE bukan ahli DHPP
Suspek penyokong LTTE yang ditahan polis dan dikaitkan
dengan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP), sebenarnya telahpun keluar daripada
entiti tersebut.
Demikian respon Ketua DHPP N. Balasubramaniam kepada media.
Monday, October 14, 2019
Perang Saudara 25 tahun Sri Lanka vs LTTE – Apa yang anda patut tahu..!
1. LTTE adalah sebuah organisasi bersenjata yg teratur, hasil dari pendapatan sebanyak kira-kira USD 200 juta setahun - dari sumbangan expatriat Tamil di luar negara, peras-ugut, penjualan senjata dan percukaian yg dikenakan keatas penduduk dikawasan yg mereka kuasai.
2. Pada kemuncak kekuatan LTTE ini, pada tahun 2000, mereka menguasai kawasan seluas 15,000 km persegi di utara dan timur Sri Lanka (76 % dari kawasan tersebut). Keganasan yang dilakukan oleh LTTE adalah melakukan sabotaj berprofail tinggi seperti menyerang pangkalan tentera, lapangan terbang antarabangsa, pembunuhan ahli-ahli politik di Sri Lanka dan India. Dua tokoh utama yg mereka bunuh adalah bekas Perdana Menteri India Rajiv Gandhi pada 1991, dan Presiden Sri Lanka Ranasinghe Premadesa pada 2009.
2. Pada kemuncak kekuatan LTTE ini, pada tahun 2000, mereka menguasai kawasan seluas 15,000 km persegi di utara dan timur Sri Lanka (76 % dari kawasan tersebut). Keganasan yang dilakukan oleh LTTE adalah melakukan sabotaj berprofail tinggi seperti menyerang pangkalan tentera, lapangan terbang antarabangsa, pembunuhan ahli-ahli politik di Sri Lanka dan India. Dua tokoh utama yg mereka bunuh adalah bekas Perdana Menteri India Rajiv Gandhi pada 1991, dan Presiden Sri Lanka Ranasinghe Premadesa pada 2009.
Friday, October 11, 2019
Kurang Ajar! Ramasamy jangan Samakan Perjuangan Palestin dengan Kebangsatan LTTE!
NAZMAN CHE IBRAHIM
Telah acap kali kelihatan pemimpin DAP ini secara individu malahan beberapa jam lepas, dalam satu kenyataan bersama 16 pemimpin DAP dan PKR, mereka menyifatkan penangkapan kelmarin adalah "di luar pemahaman" mereka. Apa yang kamu tidak faham sebenarnya?
Malahan lebih bodoh apabila 16 orang ini memberi contoh “orang Muslim di Malaysia yang simpati terhadap rakyat Palestin dan Rohingya” serta banyak hujah lain daripada kumpulan penyokong mereka sebelum daripada ini yang menyamakan perjuangan LTTE dengan perjuangan rakyat Palestin!
Telah acap kali kelihatan pemimpin DAP ini secara individu malahan beberapa jam lepas, dalam satu kenyataan bersama 16 pemimpin DAP dan PKR, mereka menyifatkan penangkapan kelmarin adalah "di luar pemahaman" mereka. Apa yang kamu tidak faham sebenarnya?
Malahan lebih bodoh apabila 16 orang ini memberi contoh “orang Muslim di Malaysia yang simpati terhadap rakyat Palestin dan Rohingya” serta banyak hujah lain daripada kumpulan penyokong mereka sebelum daripada ini yang menyamakan perjuangan LTTE dengan perjuangan rakyat Palestin!
Thursday, October 10, 2019
Pengganas LTTE : Siasat Parti DAP
Oleh KAMARUZAMAN MOHAMAD
Parti Islam Se-Malaysia (PAS) memandang serius isu
penangkapan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seremban Jaya, P Gunasekaran dan
G Saminathan, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gadek yang ditahan pagi tadi.
Mereka telah ditahan oleh Polis Anti Pengganas dari
Bukit Aman di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012
(SOSMA).
PJ PAS Pahang ziarah Gopi
![]() |
| Gopi menerima cenderahati daripada rombongan PAS Pahang |
Keputusan bekas pemain sayap pasukan bolasepak Pahang R.Gopinathan, 30, memeluk agama Islam
setelah melafazkan kalimah syahadah di Pejabat Agama Islam semalam, mengejutkan
banyak pihak.
Serentak dengan itu, Pesuruhjaya PAS Pahang Ustaz Rosli
Abdul Jabar serta timbalannya Andansura Rabu segera berkunjung menziarahi bintang
bolasepak itu yang kini dikenali Muhammad Gopi Rizqi Bin Rama Chandra di rumah neneknya
di Rancangan Rumah Murah (RRM) Tanah Putih, Kuantan hari ini.
Pantai timur, Johor dijangka alami hujan lebat bermula November
KUALA LUMPUR - Tiga negeri
di pantai timur dan Johor dijangka mengalami empat hingga enam episod hujan
lebat bermula awal November hingga Januari depan berikutan kedatangan musim
Monsun Timur Laut.
Ketua Pengarah Jabatan
Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Jailan Simon berkata, ketika monsun berlaku
negeri berkenaan dijangka menerima peningkatan jumlah hujan sehingga 40
peratus.
Wednesday, October 9, 2019
PAS Temerloh ziarah umah hangus di Felda Lakum
Kemalangan bukan dipinta, namun kita sebagai hamba takdir
tidak mampu dielakkan.
Demikian insiden kebakaran telah berlaku pada hari Ahad
kira-kira jam tiga petang di mana telah membakar rentung sebuah rumah di Felda
Lakum, Lanchang, Pahang.
Pegawai MUIP meninggal kemalangan
Dari Allah kita datang kepadaNYA jualah kita kembali.
Selamatkan Pahang mengucapkan salam takziah kepada pegawai
Majlis Ugama Islam Pahang (MUIP) Chenor, Ustaz Fauzan Baharudin yang meninggal
dunia akibat kemalangan, di Simpang Sungai Ling, Maran kira-kira jam 2 petang tadi.
Allahyarham, 34, dikatakan dalam perjalanan untuk bermesyuarat di pejabat MUIP Maran, dari Chenor dengan bermotosikal jenis Scrambler.
Maklumat awal mengatakan jenazah Allahyarham akan
dikebumi di kampung asalnya di Temai Hilir,
Pekan.
Allahyarham meninggalkan seorang balu dan dua cahaya mata, yang masih berumur 8 bulan.
Allahyarham meninggalkan seorang balu dan dua cahaya mata, yang masih berumur 8 bulan.
Doa kami semoga roh beliau mendapat keampunan Allah dan ditempatkan di kalangan para Solihin, Aamiin.
“Barua” ke “maruah”?
Satu video yang tular kelihatan Datuk Seri Anwar
Ibrahim pergi kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir yang baru mempengerusikan mesyuarat
Majlis Presiden Pakatan Harapan, sambil berkata: “Lepas kongres .... (Kongres Maruah
Melayu)... ni dia semangat lain macam”, sambil ketawa.
Tuesday, October 8, 2019
Isu GST: Kerajaan PH patut pertimbang cadangan PAS
KUANTAN - Kerajaan Pakatan Harapan (PH) disaran
mempertimbangkan cadangan PAS supaya memperkenalkan sistem cukai simpanan
korporat dan cukai pegangan saham bagi golongan kaya.
Ketua Penerangan PAS Pahang, Mohd Tarmizi Yahaya
berkata, sistem cukai itu lebih baik bagi memastikan golongan miskin tidak
terus terkesan dengan peningkatan kos sara hidup mereka.
Monday, October 7, 2019
Apa kata netizen Mat Sabu tak angkat ikrar
Gambar yang tular memaparkan
perihal Presiden Parti Amanah Negara yang juga Menteri Pertahanan, Mohamed Sabu
yang hadir ke tetapi enggan mengangkat
tangan berikrar semalam, terus mendapat ulasan netizen.
Gambar tersebut diambil
ketika pemimpin-pemimpin Melayu mengangkat ikrar di Kongres Maruah Melayu yang
dianjurkan bagi tujuan penyatuan kaum Melayu, di Shah Alam semalam.
Friday, October 4, 2019
Pemuda Pahang bantah tutup UNITEN Muadzam
Dewan Pemuda PAS Negeri
Pahang membantah penutupan UNITEN Kampus Sultan Haji Ahmad Shah, Muadzam Shah,
Rompin bermula Jun 2020 dan menganggapnya sebagai ‘mengambil langkah ke
belakang’.
Dalam satu kenyataan yang
diedarkan kepada media, ketuanya Ustaz
Mohd Zakhwan Ahmad Badarddin berkata, Dewan Pemuda PAS Negeri Pahang (DPPNP)
melahirkan rasa sedih dan kecewa dengan keputusan yang dikeluarkan daripada
persidangan Lembaga Pengarah Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) pada 26
September 2019 yang memberi mandat kepada pengurusan universiti bagi
melaksanakan Pelan Integrasi dan Operasi Kampus Berpusat sekaligus membawa
kepada penutupan UNITEN kampus berkenaan.
Thursday, October 3, 2019
Kakitangan pejabat PAS Pusat meninggal dunia

Ketika berita menyedihkan
ini dimuatnaik, jenazah beliau masih berada di hospital.
Allahyarham banyak berjasa terutama meningkatkan aplikasi dan sistem IT di dalam PAS.
Allahyarham banyak berjasa terutama meningkatkan aplikasi dan sistem IT di dalam PAS.
Berikut ialah mesej berkaitan
yang diterima:
Pengurus PAIP kunjungi Adun Jengka
![]() |
| Shahril (dua, kanan) menghadiahkan buku karangannya kepada Pengurus PAIP |
Kunjungan Pengurus Daerah Perbadanan Air Pahang (PAIP)
Maran Harwin Ismail ke pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Jengka di
Bandar Tun Abdul Razak Jengka pada Rabu, dianggap besar manfaatnya.
Ustaz Shahril Azman Abdul Halim menganggap, banyak informasi
yang diterima berkenaan bekalan air bersih yg dibekalkan oleh PAIP. Di samping
berpeluang membincangkan bersama persoalan-persoalan yang ditimbulkan rakyat
selama ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)



























