Friday, January 13, 2012

Pahang dilanda banjir kali ketiga

KUANTAN, 13 Jan: Kawasan timur negeri Pahang dilanda banjir untuk kali ketiga berikutan hujan lebat sejak tiga hari berturut-turut.

Menurut jurucakap Bilik Gerakan Banjir negeri, setakat pagi ini sahaja sejumlah 409 orang daripada 113 keluarga di daerah Kuantan dan Pekan dipindahkan selepas kawasan penempatan mereka dinaiki air.

Menurut kenyataan yang disiarkan menerusi radio itu, kawasan yang terlibat di daerah ini ialah di Batu 6 Jalan Gambang, Kampung Cendering, Kampung Seri Damai, Kampung Jaya Gading dan Kampung Paya Pancing.

Bagi Daerah Pekan pula yang melibatkan 246 orang daripada 65 keluarga ialah dari Kampung Cenderawasih Sungai Miang dan mereka ditempatkan di Sekolah Sinar Mutiara, Pekan.

Sementara itu, dua jalan utama iaitu Km30 dan Km36 Jalan Kuantan-Sungai Lembing serta Jambatan Kampung Sungai Kolek, Sungai Lembing ditutup kepada semua kenderaan selepas dilimpahi air setinggi 1 meter.

Daerah Kuantan, Pekan dan Rompin sebelum ini dilanda banjir pada akhir bulan November lalu dan kali kedua pada pertengah Disember tahun lalu.


4 comments:

  1. Bendera Pahang terbalik kat poster tu. Please tukar, kalau tak kene kutuk free2 je.

    ReplyDelete
  2. Caittt... aparahhh ini bloger, bendera Pahang pun tak tau nak letak hitam kat mana putih kat mana.

    Pulak tu, nak sangat PAS ganti UMNO tukar kerajaan kat Pahang ni...

    Cehh

    Uwekkkk....

    ReplyDelete
  3. Ok, sudah dibuangkan yang tersalah.

    "I'm sorry...."

    (Ikut tagline Amir Raja Lawak)

    ReplyDelete
  4. Ala...tak payah la nak kecoh pasal bendera..
    sudah sudah la tu orang umno...cukup la jadi kaldai tumggamgan tu...
    kali ini pahang dilanda banjir kali ketiga,
    lepas PU13 nanti pahang dilanda ombak besar-peralihan kuasa.
    orang melayu..orang felda...semua dah sedar sekarang..dulu lain la...peneroka dan orang orang melayu boleh diperlekehkan..

    ReplyDelete