Monday, April 11, 2011

Gerai mana caj RM13,000 pelanggan makan ikan patin?

Bandar Temerloh sekali lagi ‘meletup’ kerana kepopularan ikan patinnya. Dengan nama saintifiknya Pangasius Sutchi, keenakan rasanyanya terutama apabila digulai dengan tempoyak, mampu menarik penggemar-penggemar dari luar untuk datang menikmatinya.

Spesis ikan air tawar ini pernah mencetuskan kontroversi di negara ini kerana harganya yang mencecah ratusan ringgit sekilogram kerana permintaannya yang tinggi, keenakan rasanya dan tidak serupa dengan jenis terdapat di tempat lain.

Terdapat tiga jenis ikan yang bernilai komersial tinggi dan membiak dalam Sungai Pahang itu iaitu Patin Emas, Patin Buah dan Patin Muncung. Harga bagi sekilo Patin Emas ialah RM35, Patin Buah (RM80) dan Patin Muncung pula mencecah RM280 sekilo. Tetapi bagi pati yang dipelihara dalam sangkar cuma RM14 sekilo.

Dengan harga patin liar yang tinggi, menyebabkan ramai pengunjung luar yang ‘terkena’ selepas menikmati keenakan ikan patin di sini.

Terbaru agensi berita Bernama melaporkan seorang pelanggan tergamam hidangan patin RM13,000. Ia berkaitan dengan cerita sekumpulan 50 pelanggan yang makan hidangan masakan kampung termasuk ikan patin di sebuah restoran di sini terkejut apabila mereka dikenakan bayaran RM13,000.

Beliau membawa rakan-rakannya menikmati makan tengah hari di restoran berkenaan baru-baru ini yang menyediakan ikan-ikan sungai, ulaman dan sayur-sayuran kampung.

"Selesai makan, pemilik restoran berkenan mengenakan bil berjumlah RM13,000 dan saya terpaksa membayar. Jika dikira, setiap seorang daripada 50 orang itu, dikenakan bayaran RM260. Ini melebihi makan di restoran enam bintang di Kuala Lumpur," katanya.

Kejadian tersebut dikatakan telah menjadi bualan peniaga serta penduduk di daerah Temerloh.

Setelah menyiasat sedikit sebanyak tentang insiden berkenaan, saya diberitahu kedai yang dimaksudkan ialah sebuah gerai di pusat menjual makanan di Bukit Angin, iaitu berhampiran jambatan Temerloh. Kedai berkenaan ialah milik orang Umno (yang saya kenal), tetapi popular dan pernah masuk dalam ruangan ‘makan-makan’ di sebuah stesen televisyen tahun lalu.

Manakala yang ‘terkena’ itu pula ialah pemimpin Umno juga, beberapa orang “Dato’” wakil rakyat dan konco-konconya yang bertandang makan tengahari di situ selepas hari penamaan calon ketika pilihan raya kecil Dun Kerdau baru-baru ini.

Pada saya, caj yang dikenakan sebanyak itu walaupun tidak munasabah, tapi padanlah dengan Dato’ yang kaya itu. Dato’ itupun salah seorangnya ahli parlimen yang bergaji dua bidang tugasan. Kalau mahu, boleh “claim” punya. Lagipun, saya difahamkan Dato’ itu sendiri melalui “orangnya” yang memesan untuk makan ikan sungai di gerai itu.

Saya baru teringat, selepas Dato’ tersebut bersama gerombolannya itu makan pada tengahari tersebut, tidak lama selepas itu saya bersama seorang sahabat dari Kuala Lumpur pula yang menjamu selera di gerai berkenaan. Kawan saya yang sangat biasa makan di situ itu, belanja makan nasi ikan jelawat sungai (liar) dan kami dicajnya sekadar RM60 saja.

Pada saya tidak mahal dan berbaloi. Akan tetapi kenapa Dato’ berkenaan dicaj sedemikian rupa banyaknya?

10 comments:

  1. spt yg biasa aku ckp kat kengkawan
    "bukan bangse lain yg mhancurkan melayu itu sndiri, kalau bukan melayu sendiri yg mhancurkan bangsanya"
    ni apno makan apno a ni...khakhakhakhkahka bangang nye apno!

    ReplyDelete
  2. dia dah pakat dgn datuk tu..bahagi sama rata..datuk tu pulak lepas tu claim..

    ReplyDelete
  3. TAH2 DIA MAKN PATIN MUNCUNG KOT.. MUNGKIN CAR DATO' U ORDER AGAK SPECIAL NAK BANDING KITA ORANG BIASA.. TU YG KENA RM260 SORG..

    ReplyDelete
  4. Oooo tadinye koi tekejut juge dengo orang makan sampai kena 13K. Tapinye bila kes ni belaku masa pilihanraya kecil Kerdau dulu, jadinya koi tak tekejut lalu. Biasa la.. bila kapal pecoh, yu yang kenyang. kalau dah sewa rumah dari Rm300 sebulan naik jadi 3K, inikan pulak makanan. Yang datang tu pulok duit bekepok dalam poket. Makanya takat 13K tu apa la sangat. Masa pilihanraya kecil dulu tu duit besepoh cuma tok betabur atas jalan je... jadinya janganla kita pelik sangat. Kalau kedai tu, koi pun selalu makan juge... tapi biasa je. jadinya janganla serik nak makan ikan patin kat temeloh... cumanye kalau boleh tanya la dulu sama ada patin sangkar atau patin liar..

    ReplyDelete
  5. Terima kasih kepada semua sahabat yang memberikan komen.

    Saya cuma khuatirkan, bab kata pepatah, 'kerana nila setitik rosak susu sebelanga'. Hanya kerana seorang peniaga, maka peniaga-peniaga yang lain di Temerloh juga tidak lagi dikunjungi pelanggan seheingga kependekan rezeki.

    Itupun sudah ada yang bersuara untuk tukarkan tagline Temerloh daripada "Temerloh Bandar Ikan Patin' kepada "Temerloh Bandar Cekek Darah'!

    Na'uzubillah... barang dijauhkan Allah...

    ReplyDelete
  6. sesekali memangkah yb beeend ape salahnya...dema tu belanar duitnya

    ReplyDelete
  7. berniaga biar ikut cara islam

    ReplyDelete
  8. smua cite atas tu tak benar...
    lps berita ni kuar paper,2 hr pastu ada kuar sekali lg tp berita PENAFIAN org yg bayar tu....dia ckp hrga tu dah disetujui oleh dia dan peniaga,sebenarnya diaorg bkn makan ikan patin(patin sungai bkn patin sangkar) je,ikan jelawat,udang galah dan mcm2 ikan sungai...yg komplen tu sebenarnya bkn org temerloh,dia tak tau psl harga ikan2,udang & jenis masakan tu....

    ReplyDelete