Thursday, April 14, 2011

Altantuya: Najib patut ‘bersih’ di mahkamah

Media pro-Umno hari ini, secara besar-besaran, telah memaparkan di muka hadapan masing-masing pengakuan pengendali Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin kini ‘menyebelahi’ Najib dalam kes pembunuhan Aminah @ Altantuya Shaariibuu.

Jika semasa kempen pilihan raya kecil Permatang Pauh dulu Tv 3 menyiarkan Najib bersumpah dalam isu yang sama, kini Raja Petra pula tidak membenarkan akuan sumpahnya sendiri.

Dalam temu bual eksklusif dengan media lidah rasmi Umno TV3 di Perth, Australia, mendedahkan akuan bersumpahnya yang mengaitkan Datuk Seri Najib Tun Razak dengan wanita Mongolia yang datang untuk menuntut komisyen itu, adalah tidak benar.

Ertinya, beliau selama ini bersumpah palsu dan hanya menabur fitnah.

Katanya, beliau sendiri tidak pernah menuduh Perdana Menteri atau isterinya Datin Seri Rosmah Mansor terlibat dalam kes pembunuhan itu dan beliau kini tidak lagi mempercayai cerita individu tersebut. Walaupun yang difahami umum, dalam blognya rakyat Malaysia dan seluruh dunia tahu tentang isu tersebut.

Raja Petra berkata, dalam Akuan sumpah (SD) yang dibuatnya pada 18 Jun 2008, menyatakan beliau menerima maklumat daripada beberapa individu kononnya Rosmah berada di tempat kejadian semasa Altantuya dibunuh.

Kita percaya, dengan pengakuan tepat sebelum pilihan raya Sarawak ini Raja Putra Kamarudin yang kini berada di luar negara kerana melarikan akan dapat pulang ke tanah air dengan selamat (mungkinkah itu syarat untuk beliau boleh pulang?).

Kita tidak tahu sebenarnya apa yang berlaku di sebalik pengakuan RPK pada saat yang dikatakan BN ‘genting’ di Sarawak ini

Namun begitu, saya fikir, rakyat tidak mudah untuk mempercayainya kerana ia dimainkan oleh media Umno sahaja. Yang terbaik untuk penyelesaiannya ialah melalui mahkamah kerana persoalan-persoalan dalam perbicaraan sebelum keputusan yang dijatuhkan kepada dua anggota polis di mahkamah dulu, masih banyak diselubungi misteri.

Lagi pun, kes ini sudah diperkatakan di peringkat antarabangsa.


No comments:

Post a Comment