KUANTAN: PAS Kawasan Paya Besar tidak menunggu lama untuk memberi perhatian kepada nasib dan kesusahan yang dialami tiga beranak yang tinggal dalam sebuah rumah uzur di Kampung Pandan di sini.
Yang Dipertuanya Ustaz Mohd Tarmizi Yahya berkata, sejumlah RM5,000 diperuntukkan menerusi Tabung Prihatin Rakyat (TPR) bagi membaik pulih rumah Wan Mazira yang didiami bersama anaknya.
Katanya, PAS paya Besar bertindak demikian selepas menerima maklumat dari penduduk setempat berkaitan rumah pusaka yang uzur dan reput sehingga memaksa seorang ibu tunggal dan dua anaknya tinggal di dapur rumah mereka sejak tiga tahun lalu.
Ibu tunggal berkenaan Wan Mazira Wan Salim, 41, berkata, mereka sekeluarga terpaksa berbuat demikian memandangkan rumah pusaka berusia 30 tahun didiami itu hanya menunggu masa untuk roboh.
Ketika ditemui, beliau berkata, rumah itu sudah tidak selamat diduduki kerana kerana lantai dan dinding ruang tamu serta bilik sudah reput.
“Ruang dapur kecil inilah syurga kami tiga beranak, tempat bermain anak-anak, makan dan tidur di sini.
“Rumah ini nampak kukuh dari luar sahaja, tetapi hakikatnya, boleh runtuh pada bila-bila masa sahaja,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumahnya di sini.
Menurutnya, dia pasti bimbang setiap kali hujan lebat disebabkan keadaan atap yang bocor dan sebahagian lantai rumah reput serta tercabut.
Ibu kepada dua cahayamata berusia empat dan lapan tahun itu mendakwa tidak mampu untuk membaiki rumah pusaka itu.
Wan Mazira berkata, suaminya, Mohd Hairulzaman Mat Salleh meninggal dunia akibat sakit jantung empat tahun lalu.
Katanya, bagi meneruskan kehidupan, dia membuka warung kecil di depan rumah dan menjual kuih muih.
Menurutnya, hasil jualan itu digunakan untuk menampung keperluan harian mereka tiga beranak.
Wan Mazira berkata, beliau turut memohon bagi mendapatkan bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan berharap dapat diluluskan.
Sementara itu Ustaz Tarmizi berkata, bagi sesiapa yang bersimpati kepada nasib tiga beranak ini bolehlah menyalurkan sumbangan kepada Tabung Prihatin Rakyat menerusi akaun Maybank 556226404572.
Sukarelawan PAS Paya Besar sedang bergotong-royong membaiki rumah ibu tunggal yang tinggal bersama anaknya
Tuesday, February 16, 2016
Friday, February 12, 2016
Tukar ideologi perjuangan, PAS senang ke Putrajaya
BERA: Hakikatnya PAS tidak sukar untuk ke Putrajaya untuk bersekongkol memiliki tampuk kuasa asalkan saja sanggup menukar ideologi perjuangan selain daripada Islam.
Namun kenapa PAS tidak mengambil jalan pintas itu?
Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, jika PAS sanggup menukar ideologi lain selain daripada Islam justeru PAS boleh memilih untuk berkuasa di Putrajaya.
“Tak susah nak ke Putrajaya, tetapi yang susah ialah apabila PAS nak bawa Islam sebagai sistem pentadbiran. Sedangkan kalau kita tidak kira ideologi apa pun asalkan ke Putrajaya seperti bergabung dengan puak sekular atau pragmatis atau bersekongkol sosialis, itu memang mudah.
“Selepas menang pilihan raya umum (PRU) ke 10 pada 1999 dulu saya sendiri pernah beberapa kali ditawarkan masuk Umno dengan dilantik terus sebagai anggota Exco, tetapi saya tolak,” dedahnya ketika berucap dalam majlis dialog di Kampung Bohor Baru di sini, sempena lawatan kerjanya ke Parlimen Bera.
Turut berucap, Yang Dipertua PAS Kawasan Bera Ir Musaniff Abdul Rahman yang juga Bendahari PAS Pahang.
Tuan Ibrahim mengingatkan, perjuangan PAS bukan kerana pangkat atau kuasa semata-mata tetapi apa yang lebih penting ialah meletakkan Islam di tempat tertinggi dalam negara ini.
Mengenai kedudukan PAS yang dikatakan tercabar akibat wujudnya Parti Amanah Negara yang ditubuhkan segelintir ahli PAS yang tewas pada pemilihan lalu, Tuan Ibrahim berkata, kini PAS menerima gelombang kemasukan ahli baru yang tidak disangka-sangka.
“Kini PAS Pusat menerima kemasukan ahli baru setiap bulan umpamanya di Selangor sahaja enam ribu orang permohonan baru, Terengganu tujuh ribu dan Kedah enam ribu.
“Siapa sangka PAS yang pernah diramalkan lemah kini memproses ramai keahlian baru setiap bulan,” ujarnya.
Mengenai soalan dibangkitkan seorang ahli, Tuan Ibrahim menegaskan tidak ada langsung kerjasama kepartian dengan Umno.
Bagaimanapun, beliau menjelaskan PAS tidak menolak untuk bekerjasama dalam perkara-perkara yang membawa kepada kebaikan (taawun).
“Umno dalam keadaan amat lemah sekarang, belum pernah dalam sejarah Umno ahli-ahli meminta presiden mereka letak jawatan, tetapi sekarang sudah berlaku. Jadi pada kita Umno itu bukan persoalan, kita mahu ahli-ahlinya menyertai PAS untuk menggantikan parti lama mereka,” katanya.
Dalam pada itu, Tuan Ibrahim berkata PAS kini bebas untuk bertanding di mana-mana kerusi parti yang tiada hubungan dengannya termasuk Dun Triang dalam Parlimen Bera yang kini diwakili DAP.
Tuan Ibrahim sedangberucap dalam dialog di Kampung Bohor Baru

Kenapa buah pinggang rosak?
DR HJ NOORUL AMIN HJ ABD RAHMAN
Penyakit kerosakan buah pinggang atau kidney failure sudah menjadi tidak asing lagi utk rakyat Msia. Dulu kita selalu dengar kencing manis, darah tinggi, kolesterol, lelah dan lain2 lagi. Tetapi sekarang ni penyakit kidney failure boleh dimasukkan dlm senarai ini. Malaysia merupakan negara TERTINGGI DIDUNIA yg mempunyai pesakit buah pinggang akibat kencing manis (Diabetic Nephropathy). Akibatnya berlumba2 lah syarikat2 pengeluar mesin dialysis dan segala barangan disposable dialysis yg berkaitan utk datang 'melabur' di Malaysia sbb pulangannya amat lumayan.
Rakyat Malaysia dianggap sebagai 'lubuk' utk pelaburan yg sangat menguntungkan ini.
Persoalan di sini.......
Kenapa org Malaysia, buah pinggang nya sangat terdedah @ 'vulnerable' utk dapat sakit buah pinggang ?
Saya telah berkecimpung dalam bidang dialysis ini sudah hampir 8 tahun. Selama 8 tahun saya mencari jawapan utk persoalan ini.....dan akhirnya saya rasa saya dah dpt jawapan utk soalan ini.
Jawapan nya .......PEMAKANAN RAKYAT MALAYSIA.
Ya .....pemakanan.....kita terlalu bebankan kidney kita dengan makanan yg terlalu byk sumber 'animal protein'.
Setiap hari kita makan 3 kali sehari ....dan setiap menu makan kita MESTI ada AYAM, DAGING, TELUR DAN IKAN.
Akibat daripada tiga hidangan 'animal protein' setiap hari menyebabkan kidney kita akhirnya 'malas' nak kerja kerana bertahun2 dibebankan dengan kerja kuat dan akhirnya telinga ini terpaksa dengar dari doktor satu ayat yg sangat ditakuti oleh kita semua iaitu..."buah pinggang Encik dah rosak dan kena buat rawatan cuci buah pinggang 3 kali seminggu selama 4 jam setiap kali SEPANJANG HAYAT".
Hancur remuk hati ini apabila dengar pernyataan mcm ini dari doktor dan tersenyum lebarlah syarikat2 pembuat mesin dan segala peralatan dialysis.
Pesakit kencing manis perlu buat 2 perkara utk elak jadi 'bahan pulangan utk pelaburan syarikat asing ini' iaitu
1. kawal kadar gula dalam darah mereka
2. kawal pengambilan protein haiwan.
Cakap memang senang ....tapi bagaimana caranya .....
Secara ringkasnya :-
Kawal paras gula dengan :
1. Sarapan dengan bubur talbinah (sejenis bubur barli)
2. Tukar beras putih kepada beras perang.
3. Tukar gula putih kepada 'coconut sugar'. 'Coconut sugar' DIJAMIN TIDAK AKAN TINGKAT PARAS GULA.
Kurangkan beban kidney dengan :
1. BERHENTI MAKAN AYAM, DAGING DAN IKAN (kalau boleh). Tukar sumber protein anda kepada protein sayuran. Anda dijamin tidak akan kekurangan protein dlm badan.
2. Jangan sesekali minum air sejuk pagi2 dengan perut kosong krn ini terbukti boleh merosakkan kidney.
3. Bekam atau cupping therapy atau Hijama dlm bahasa Arab (yg majoriti org anggap sbg kolot) di titik2 tertentu di badan boleh kurang paras CREATININE.
(Penulis ialah Pengarah Urusan Primum Medicare Centre Pusat Dialysis Ibnu Sina)

Monday, February 1, 2016
RIZAB TABUNG HAJI NEGATIF: ALASAN ASET KUMPULAN TABUNG HAJI KUKUH CUBAAN MENGELIRUKAN RAKYAT
Sehingga kini saya masih menunggu reaksi dari Pengerusi Tabung Haji, Datuk Seri Azeez Rahim dan Pengarah Urusan Kumpulan Tabung Haji, Tan Sri Ismee Ismail kepada kenyataan media saya bertarikh 27 Januari 2016 yang telah menunjukkan bahawa rizab Tabung Haji sebenarnya telah menjadi negatif sejak tahun kewangan berakhir 31 Disember 2014 lagi. Mengambil kira prestasi Bursa Kuala Lumpur yang tidak memberangsangkan dalam tahun 2015, sudah tentu kedudukan rizab negatif ini adalah lebih buruk bagi tahun 2015.
Kenyataan saya itu tidak disanggah malah keseluruhan kepimpinan kerajaan dan Tabung Haji mengelak dari menjawabnya.
Saya kesal kerana Datuk Seri Azeez Rahim bersembunyi di sebalik kenyataan rasmi Tabung Haji bahawa kononnya walaupun rizab Tabung Haji adalah negatif, itu tidak menjejaskan kedudukan kewangannya kerana nilai keseluruhan aset anak-anak syarikatnya adalah lebih besar dan mampu menampung keperluan kewangan Tabung Haji.
Kenyataan ini seolah-olah cuba mengelirukan rakyat terbanyak yang kurang arif dengan laporan kewangan.
Untuk menggambarkan keadaan sebenar di antara kedudukan rizab Tabung Haji yang negatif dan nilai aset keseluruhan anak-anak syarikatnya, saya lampirkan penerangan mengenai Penyata Kedudukan Kewangan Tabung Haji bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2014 seperti berikut:
1. Anak syarikat terbesar yang mempunyai aset terbesar di dalam kumpulan Tabung Haji adalah Bank Islam. Oleh itu, aset-aset Bank Islamlah yang mempunyai kesan terbesar apabila digabungkan (“consolidated”) di dalam penyata kewangan di peringkat kumpulan Tabung Haji.
Baca seterusnya di:
http://rafiziramli.com/2016/01/rizab-tabung-haji-negatif-alasan-aset-kumpulan-tabung-haji-kukuh-cubaan-mengelirukan-rakyat/

Subscribe to:
Posts (Atom)