Monday, November 12, 2018

Utara FC juara Liga Amatur Kuantan

Oleh FITRY ABDULLAH 


Kuantan - Pasukan bola sepak Utara FC telah diraikan dalam satu majlis ringkas setelah menjuarai Liga Amatur Kuantan di Kedai Meja Petak Felda Sungai Panching Utara malam tadi.

Majlis meraikan kemenangan tersebut dianjurkan oleh KRT Sungai Panching Utara dengan kerjasama Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Panching.

"400 pelajar tahun satu di Kuantan tidak boleh membaca"

Seramai 405 orang pelajar sekolah dalam  tahun satu di Kuantan didapati masih tidak boleh membaca, titah Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Baginda bertitah demikian ketika merasmikan Bangunan Perpustakaan Awam Pahang yang kini dikenali sebagai Perpustakaan Sultan Haji Ahmad Shah di Kemunting Kuantan pagi tadi.

Saturday, November 10, 2018

Hentikan aktiviti pembalakan serta-merta

KUANTAN - Kerajaan negeri di gesa memberhentikan semua aktiviti pembalakan termasuk perlombongan di negeri ini serta-merta.

Pengerusi Lajnah Perumahan, Pengguna Dan Alam Sekitar (LPPAS) Pas Pahang, Andansura Rabu berkata, langkah itu perlu dibuat segera oleh kerajaan bagi memastikan terdapat satu makenisma yang ketat terhadap aktiviti, kawalan dan kesan-kesan akibat aktiviti tersebut.
Menurutnya, justeru, kerajaan negeri perlu berani membuat keputusan itu kerana orang ramai tidak sanggup berdepan dengan pelbagai masalah akibat penerokaan tersebut.

Friday, November 9, 2018

Semua dijemput ke Walimah Perdana 5.0 Tanjung Lumpur

Adun Tanjung Lumpur Ustaz Rosli Abdul Jabar menjemput semua penduduk berdekatan untuk hadir ke Majlis Walimatul urus Perdana 5.0 Dun berkenaan bagi meraikan 14 pasangan pengantin.

Beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang serta Yang Dipertua PAS Pahang berkata, majlis berkenaan akan diadakan pada tarikh 11 November 2018 bersamaan hari Ahad di pantai peranginan Kempadang, Kuantan.

Monday, November 5, 2018

Mufti Perlis anggap pemimpin PKR tiada kualiti

Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menganggap insiden pergaduhan sewaktu pemilihan pemimpin PKR yang berlaku di Keningau, Sabah kelmarin disifatkan sebagai insiden yang memalukan dan merosakkan nilai murni masyarakat Malaysia.

Beliau berkata, perkara tersebut nyata membimbangkan selepas pihaknya melihat rakaman pergaduhan terbabit di negeri ini.

Sunday, November 4, 2018

Kenapa ICERD mesti ditentang

*KENYATAAN MEDIA*
*DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA*
*4 November 2018 | 26 Safar 1440*

*"ICERD WAJIB DITENTANG, GUGATAN KEPADA NEGARA"*

1. Keputusan PH untuk meratifikasi ICERD adalah sikap unilateral; tanpa merundingkannya dengan pelbagai pihak terutama Raja-raja Melayu. Juga dengan golongan rakyat terbesar sebagai pemegang taruh utama hal ini sebelum pelaksanaan yang bakal menyentuh sensitiviti survival Islam dan Melayu di tanah air ini.

Rafizi diserang di Keningau

Pertembungan jawatan Timbalan Presiden PKR semakin panas dan mendebarkan apabila salah seorang calonnya, Rafizi Ramli ‘diserang’ ketika proses pemilihan Cabang Keningau, Sabah di sebuah dewan di Kampung Merampong, didapati kecoh, tegang dan dalam suasana hinggar-binggar petang semalam.

Ketika kejadian kira-kira jam 5 petang itu, Rafizi mendakwa kepalanya disentuh sebelum dibawa keluar dan membuat laporan polis.

Jangan kecewakan amanah rakyat - Sultan Nazrin

Titah Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah sepatutnya diambil iktibar oleh kerajaan Pakatan Harapan yang memerintah sekarang kerana umum melihat kerajaan yang ada lebih cenderung untuk lebih ‘bermain politik’ daripada melunaskan janji yang dibuat sebelum PRU yang lalu.

Meskipun baginda bertitah dalam konteks negeri Perak, namun ia juga sepatutnya turut dijadikan satu nasihat bagi kerajaan Pusat yang ditadbir oleh parti kerajaan yang sama.

Operasi pasar malam di Terengganu dihentikan 15 minit untuk Maghrib

Operasi medan selera dan pasar malam di Terengganu akan dihentikan 15 minit semasa solat Maghrib secara berperingkat mulai tahun depan, kata Exco Keusahawanan, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja Terengganu, Mohd Nurkhuzaini A Rahman.

Menurut laman FMT, cadangan itu bagaimanapun hanya akan dilaksanakan oleh kerajaan negeri apabila medan selera atau pasar malam tersebut mempunyai kemudahan tertentu seperti surau, tandas dan tempat mengambil wuduk.

Friday, November 2, 2018

Anti- Lynas kecewa dengan kerajaan PH

Isu Lynas yang sepi sebelum ini, kembali bergema apabila sebuah kumpulan Anti- Lynas, Save Malaysia Stop Lynas (SMSL) melahirkan rasa kecewa dengan tindakan kerajaan Pakatan Harapan (PH) kerana masih melanjutkan lesen simpanan sementara buangan Lynas sehingga Februari tahun hadapan.

Dalam sidang yang diadakan di pejabat Adun Semambu hari ini, Presiden SMSL, Tan Bun Teet berkata, lesen terbabit sepatutnya tamat pada hari ini, namun tidak menjangka kerajaan membuat keputusan sedemikian.

Thursday, November 1, 2018

Hasil sawit 15 tan seekar: Cadang menteri cuti, duduk di Felda

Presiden NGO Generasi Ustaz Roslan Md Esa menganggap jawapan Menteri Perusahaan Utama, Teresa Kok Suih Sim di Dewan Rakyat pada 31 Oktober mengenai jumlah hasil ladang Felda lebih kepada kejahilan beliau sendiri.

“Bagaimana boleh YB Menteri mengeluarkan kenyataan di Dewan Rakyat satu ekar ladang sawit mengeluarkan hasil 4 tan dan jika dijaga dengan baik hasilnya mencecah 12 hingga 15 tan bagi 1 ekar.

Wednesday, October 31, 2018

Eloklah mufti nasihatkan menteri

Langkah Mufti Negeri Sembilan Datuk Mohd Yusof menegur Menteri Agama Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa supaya lebih berhati-hati mengeluarkan kenyataan berkaitan agama agar tidak disalah tafsir, adalah tepat (lihat Sinar Harian hari ini).

Ini kerana bukan sekali, malah telah berkali-kali Ahli Parlimen Parit Buntar itu mengeluarkan kenyataan yang berbaur kekeliruan dan kontroversi sehingga meresahkan umat Islam.

Tuesday, October 30, 2018

Lagi Sayed Saddiq dikecam dalam isu ketuanan Melayu

Selepas dipertikai dan dibantah pelbagai pihak, Menteri Belia dan Sukan Sayed Saddiq Syed Abdul Rahman terus dikecam termasuk Pakar Rujuk Akademi Pengajian Melayu Universiti Malaya, Datuk Dr Firdaus Abdullah.

Cendekiawan Melayu itu secara terang-terangan menasihatkan Ketua Pemuda Bersatu itu agar lebih baik tidak mengutarakan pandangan (diam) jika beliau sendiri tidak begitu memahami apa yang yang dicakapkan.

PAS Pahang tolak agenda Barat di negara ini

PAS Pahang kekal dengan pendirian menolak sebarang tindakan atau keputusan  mana-mana pihak yang jelas menjejaskan Islam.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang, Andansura Rabu berkata, sebarang tindakan yang boleh menjejaskan Islam atas apa bentuk sekalipun akan ditentang.

Beliau yang juga Adun Beserah berkata, atas pendirian yang jelas itu, PAS Pahang menolak dan membantah tindakan kerajaan PH yang komited meratifikasikan Konvensyen Antarabangsa mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD).

“Perkara ini jelas akan memberi kesan kepada Islam dan hak umatnya di negara ini.

Monday, October 29, 2018

Ukhuwah Fillah... brotherhood in PAS

Oleh: HAZMI DIBOK

Selepas slot subuh bicara murobbi yang disampaikan oleh Dr Daeng Sanusi Daeng Mariok atau lebih mesra dengan panggilan Pak Daeng, saya selaku urusetia mengajaknya untuk sarapan pagi bersama Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang,  Presiden PAS. Pak Daeng memaklumkan dia terlebih dahulu telah menerima jemputan seorang kawan yang ajak bersarapan di rumahnya. Tapi dia beritahu saya yang dia akan datang semula sebab dia nak jumpa juga dengan Tuan Guru Presiden.

Friday, October 26, 2018

Semua taman eko rimba negeri Pahang ditutup sehingga januari hadapan

Jabatan Perhutanan Negeri Pahang telah mengarahkan semua pusat rekreasi hutan lipur atau taman eko rimba ditutup sementara bersempena dengan kehadiran musm tengkujuh dalam tempoh terdekat ini sehingga Januari tahun hadapan.

Berikut disiarkan pekeliling yang dikeluarkan.

Makluman..

Thursday, October 25, 2018

BAH 2: Bantu Tun Razak menang PRU di Temerloh

Pada Bahagian 1 ( https://selamatkanpahang.blogspot.com/2018/08/bahagian-1-istimewanya-orang-tua-ini.html ) yang disiarkan di sini tempoh hari, mengisahkan perkenalan dengan penulis Tuan Haji Mohd Saludin Omar mengenai keakrabannya dengan Almarhum Tuan Haji Abdul Razak Hussein. Beliau secara pintas lalu menceritakan zaman persekolahan beliau.

Untuk bahagian dua ini, penulis menceritakan era awal memasuki alam pekerjaan seterusnya dipilih membantu Perdana Menteri Malaysia kedua itu menjejakkan kaki ke Dewan Rakyat waktu itu.


DARI PELAJAR KE ALAM PEKERJAAN

Saya memasuki alam pekerjaan pada tahun 1954 di Kuala Lipis sebagai Pegawai Luar Jabatan Penerangan Daerah. Ketika itu saya baru sahaja melepasi Darjah 8 di Clifford School, iaitu belum sempat mengambil peperiksaan Senior Cambridge. Pada masa itu Kuala Lipis merupakan ibu negeri Pahang.

Pada bulan Januari 1955 pindah bekerja ke Temerloh dalam unit loop area di sepanjang Sungai Pahang dari Kuala Krau hingga ke sempadan Paya Pasir di Maran.

UNDER THE MOONLIGHT - 5

Tiada siapa yang lebih faham...

Oleh ROSLI ABDUL JABBAR 

PAS membina kekuatannya melalui program tarbiyyah, pelbagai nama program yang dianjurkan, Usrah, Ijtima Tarbawi, Liqa Fikri, Kuliah Haraki dan banyak lagi, semuanya bersifat mentarbiyyah ahlinya agar memahami tujuan dan marhalah perjuangan PAS.

Tuesday, October 23, 2018

Hujan lebat, air pasang besar Disember ini dijangka sebabkan banjir

Negeri Pahang sekali lagi terdedah dengan banjir penghujung tahun ini dengan fenomena air pasang besar berdasarkan ramalan cuaca oleh Jabatan Meteorologi Pahang.

Fenomena air pasang besar yang diramal berlaku pada 24 hingga 26 Disember depan dikhuatiri mengakibatkan bencana banjir teruk di tiga daerah pesisir pantai di negeri Pahang melibatkan Kuantan, Pekan dan Rompin.

Monday, October 22, 2018

Menteri Kewangan berbohong di Dewan Rakyat

Oleh AHMAD FADHLI SHAARI  

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng sekali lagi hari ini 22 Oktober 2018 di Dewan Rakyat telah memfitnah Kerajaan Kelantan kononnya tidak dapat membayar gaji kakitangan. Nampaknya Menteri Kewangan ini begitu berdendam dengan Kelantan yang telah ditadbir oleh PAS sekian lama. Padahal soalan tambahan yang diajukan Dato Takiyuddin Hassan (PAS - Kota Bharu) adalah soalan biasa yang tidak mempunyai unsur provokasi.

Apa yang diutarakan oleh Kota Bharu ialah berhubung pandangan kerajaan jika kerajaan negeri Kelantan dan Terengganu memulakan inisiatif sendiri untuk menyiapkan projek ECRL? Menteri Kewangan dengan sinis menjawab, "bagaimana mahu siapkan ECRL jika bayar gaji kakitangan pun tidak mampu?"

Saturday, October 20, 2018

Sanah helwah Murobbi Ummah

"BUKAN BIASA-BIASA TUAN GURU KAMI!", MOGA TERUS BERBAKTI .

Oleh: Dr Riduan Mohamad Nor.


Sosok besar gerakan Islam ini kelihatan ceria diatas pentas utama Muktamar PAS kali ke 64, senyuman khasnya dilontarkan pada perwakilan dan pemerhati dan sekali sekali kelihatan beliau tak dapat menahan ketawanya . Pelbagai gaya dan komentar para perwakilan termasuk ocehan Pengerusi tetap dan Timbalan Pengerusi Tetap Muktamar yang menceriakan. Pasca Muktamar Pusat, beliau terus menyambangi seluruh pelusuk tanahair dengan pelbagai program termasuk Ke Wilayah Istimewa Acheh untuk membentangkan pandangannya yang dinanti oleh masyarakat antarabangsa.

Thursday, October 18, 2018

Kisah seorang tuan guru yang dipulaukan

Oleh: DR NUR ILYANI MOHAMED NAWAWI

Saya amat jarang berbicara soal politik. Tetapi ini adalah harapan dari ayahanda Ustaz Mohamed Nawawi Mohd Zain agar saya menulis sesuatu manakala beliau menceritakan kisah ini.

Tuan Haji Mohd Zain adalah seorang guru agama dan al Quran di salah sebuah kampung di kawasan Pasir Mas. Beliau mendapat pendidikan di beberapa buah pondok, salah satunya Pondok Bunut Payung di Kelantan. Seusai pengajian, beliau pulang ke kampung halaman untuk mencurah bakti kepada masyarakat.

Isteri Zahid seru penyokong Umno dan rakyat Malaysia bangkit

Setelah beberapa lama berdiam diri, isteri Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini bersuara dalam satu rakaman agar rakyat Malaysia dan penyokong Umno khasnya bangkit memberi sokongan padu kepada bekas Timbalan Perdana Menteri itu yang sedang menghadapi siasatan SPRM pada ketika ini.  

Menamakannya sebagai ‘Warkah buat rakyat Malaysia serta penyokong Umno’,  Datin Seri Hamidah Khamis berkata, beliau pada hari ini terpanggil untuk memberikan sedikit pandangan untuk sama-sama memikirkan dalam mencari jalan serta berusaha dalam mencari jalan tanpa mencalar-balarkan sebuah perpaduan yang mana akhirnya yang menanti di hadapan adalah sebuah kebinasaan yang cukup perit dan getir.

Saturday, October 13, 2018

Inilah PAS

INILAH PAS

Bukan PAS sahaja malahan gerakan Islam seluruh dunia berhadapan dengan mehnah kebencian musuhnya. Memilih melawan arus dasar yang bertentangan dengan Islam, meskipun terpaksa melawan dan merempuh tembok kuasa yang pastinya tebal dengan seribu kepayahan.

Pasti ini memelikkan manusia yang tidak memahaminya kerana mengikut arus itu lebih selamat dan berbaloi untuk dunia, paling tidak pun akan aman dari menjadi mangsa birokrasi. Namun PAS tidak memilih itu, PAS tetap memilih Islam sebagai dasarnya meskipun bersangatan laju arus yg menentangnya.

Friday, October 12, 2018

Malaysia dijangka banjir besar?

KUANTAN: Jabatan Meteorologi Malaysia menjangkakan terdapat antara empat hingga enam episod hujan lebat berlaku sepanjang Monsun Timur Laut bermula awal bulan November hingga Mac tahun depan.

Ketua Pengarahnya, Alui Bahari berkata, episod hujan itu bagaimana pun tidak akan mengakibatkan banjir besar di Pantai Timur Semenanjung berdasarkan data yang mereka ada ketika ini.

Thursday, October 11, 2018

Hentikan Oktober Fest!

HENTIKAN PESTA ARAK YANG MENGUNDANG MURKA ALLAH

Oleh: Dr Riduan Mohamad Nor 

Rakyat negara ini terutama yang beragama Islam wajar merasa marah dan tersinggung dengan isu sambutan pesta arak ‘Oktober Fest 2018' di Mid Valley Kuala Lumpur hari ini. Walaupun mendapat tentangan NGO -NGO bernuansa Islam namun ruang untuk penganjur mengadakan pesta arak ini seolah tiada halangan atas nama kebebasan dan hak asasi manusia. Pada tahun lepas 2017 menyaksikan bantahan tegas umat Islam terhadap Oktober Fest sehingga Selangor dan Wilayah Persekutuan tak membenarkan acara tersebut berlangsung manakala Pulau Pinang terus menganjurkan pesta arak dengan sinisan Ketua Menterinya,Lim Guang Eng bahawa , " negeri kami bukan negeri Toliban".

Undilah calon PAS bagi mengangkat PD

Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang Andansura Rabu menggesa agar pengundi-pengundi dalam PRK P.132 Port Dickson memilih calon PAS pada Sabtu ini memperjuangkan kelestarian alam sekitar.

Sesuai dengan taglinenya calon PAS Lft.Kol (B) Haji Mohd Nazari Mokhtar ‘PD Sejahtera’, Andan yang juga Adun Beserah itu yakin mampu mengangkat Port Dickson kembali gemilang sebagai bandar pelancongan.

Sebelum itu Andan telah melawat Tanjung Agas  dan Kampung Teluk Pasir Panjang di daerah tersebut di mana keadaan sekitar dan pemandangan adalah terlalu teruk dan perlukan perubahan.

Wednesday, October 10, 2018

Gesaan supaya kedudukan Mujahid di kaji semula, tepat

Gesaan supaya Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengkaji semula kedudukan Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang menjaga Hal Ehwal Agama Islam adalah bertepatan dan sangat wajar.

Ini kerana beberapa kenyataan Mujahid seolah-olah dilihat memang sengaja menimbulkan kontroversi dan kekeliruan terhadap umat Islam di negara ini apatah lagi sebelum ini tidak pernah berlaku seorang menteri portfolio agama yang seakan-akan mempertikaikan peraturan-peraturan dan ketetapan berkaitan agama Islam yang telah sedia ada.

Sunday, October 7, 2018

Mufti bantah Mujahid

Mencegah kemaksiatan adalah tugas kerajaan - Mufti Negeri Sembilan

SEREMBAN: “Saya rasa Dr Mujahid sudah lupa asas perjuangan Islam. Dulu dia baik-baik saja, tak tahulah kenapa dia berubah sekarang,” kata Mufti Negeri Sembilan, Datuk Mohd Yusof Ahmad.

Mohd Yusof turut kecewa dengan dengan kenyataan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa yang dilaporkan media bahawa tiada lagi tangkapan khalwat dilakukan pada waktu malam.

Mohd Yusof berkata, ketika menjadi pembangkang, Mujahid individu yang sering dilihat mempertahankan Islam namun keadaan kini jelas berubah.

Friday, October 5, 2018

Sokongan Safuddin tingkatkan moral team Azmin

Dengan kenyataan terbaru Datuk Saifudin Abdullah, ia seolah-olah menjadi suntikan semangat kepada team Azmin yang sedang berhadapan dengan team Rafizi dalam perebutan jawatan Timbalan Presiden PKR yang terus mencuri perhatian ramai ketika ini.

Saifudin meskipun belum lama menyertai PKR, namun dikatakan mempunyai sedikit sebanyak pengaruh yang boleh menguasai pemikiran pengundi-pengundi dalam PKR dalam persaingan sengit ini.