Showing posts with label Penulis Tamu. Show all posts
Showing posts with label Penulis Tamu. Show all posts

Wednesday, September 26, 2018

Siapa yang jahil, Dr Zakir atau Dr Mujahid?

Oleh SALMAN ALI

Apabila Dr Mujahid sifatkan dakwah cara Dr Zakir Naik dengan merendahkan agama lain tidak sesuai di Malaysia, saya terfikir akan tiga kemungkinan.

Samada Dr Mujahid jahil tentang konsep dakwah pada Nabi, 

Ataupun beliau sengaja mencalitkan kejahilan kepada diri sendiri buat menagih sokongan orang bukan Islam 

Ataupun beliau berasa prinsip dakwah yang ditekankan oleh kesemua setiap seorang dari pada Nabi, Bahkan kesemua ayat-ayat Alquran tentang dakwah sudah tidak sesuai di Malaysia.

Saturday, September 1, 2018

Merdeka: Peranan ulamak disembunyi

PERANAN ULAMA DALAM PERJUANGAN KEMERDEKAAN TANAHAIR YANG DISEPIKAN SEJARAH

Oleh: Dr Riduan Mohamad Nor

Euforia gembira dan keghairahan menyambut kemerdekaan negara pada tanggal 31 Ogos separuh hambar , kibaran bendera oleh rakyat sangat dingin walaupun berlaku perubahan kerajaan pada PRU yang lepas. Jauh berbeda dengan semangat patriotik rakyat negara lain dalam menyambut tanggal penting kemerdekaan tanahair mereka. Kesilapan paling besar regim pemerintah ialah tidak meluruskan sejarah perjuangan kemerdekaan. Hanya kelompok nasionalis kanan yang dibesarkan sumbangan dalam perjuangan menuntut kemerdekaan, dengan menafikan peranan Islamis dan para alim ulama.  

Langit sejarah telah merakamkan seawal abad ke-20, telah menyaksikan kemuculan arus kesedaran Islam di Tanah Melayu dalam memperjuangkan nasib Islam dan bangsa Melayu di negara ini.

Antaranya gerakan perlawanan menentang penjajah yang berlaku di Kelantan oleh Tuan Guru Haji Hassan bin Munas (Tok Janggut) pada tahun1915, juga kebangkitan ulama dalam menentang penjajah Barat di Terengganu pada1928 yang di pimpin oleh Tuan Guru Haji Abdul Rahman Limbong beserta gerakan Sarekat Islam Terengganu yang mengibar bendera Khilafah Uthmaniah.

Tuesday, July 10, 2018

Buktikan lima tahun ini kerajaan bersih dari rasuah


Oleh  DR RIDUAN MOHAMAD NOR 

    Pengisytiharan Perdana Menteri bahawa Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, menteri kabinet dan semua ahli parlimen sebagai penjawat awam adalah defiinsi yang perlu difahami dan dihayati oleh semua pemimpin negara. Ia bererti bahawa mereka juga adalah penjawat awam yang tertakluk dengan undang-undang negara dan tidak boleh melakukan sewenang-wenang sebarang usaha meraih laba daripada kedudukan politik mereka. Pelantikan mereka adalah suatu tanggungjawab yang berat digalas yang akan dihitung bukan sekadar di dunia, ianya bukan kesempatan untuk direbut dan diwarisi.

Thursday, July 5, 2018

Pendakwaan oleh Tommy Thomas terhadap Najib Razak: Langkah mula yang tempang

Oleh DR RIDUAN MOHD NOR


Dalam mengikuti laporan berkenaan prosiding pendakwaan terhadap Najib Razak di Mahkamah Kuala Lumpur hari ini, saya tertarik dengan satu insiden yang berlaku.

Harian Metro melaporkan seperti berikut: “Terdahulu Peguam Negara Tommy Thomas memohon prosiding dijalankan dalam bahasa Inggeris dan mengemukakan keizinan mendakwa mengikut Seksyen 58 Akta SPRM. Kesemua tuduhan BAGAIMANAPUN dibacakan dalam bahasa Malaysia (sic).” [1]

Persoalan yang timbul di benak saya ialah sama ada permohonan untuk menjalankan prosiding dalam bahasa Inggeris oleh Tommy Thomas itu telah ditolak oleh Mahkamah? Kerana walaupun dipohon, tetapi kertas pertuduhan tetap dibacakan dalam bahasa Melayu. Saya tidak pasti dan saya tidak ada jawapannya, kerana saya hanya mengikuti prosiding mengikut apa yang dilaporkan sahaja. Tetapi apa yang ingin saya bangkitkan di sini ialah perkara ini sebenarnya boleh dijadikan sebagai senjata oleh barisan peguambela yang mewakili Najib Razak, untuk berhadapan dengan Peguam Negara Tommy Thomas.

Thursday, May 24, 2018

Pemisahan kuasa eksekutif, kehakiman dan perundangan: Kotakan janji segera

Oleh DR RIDUAN MOHAMAD NOR

1. Kenyataan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mahu pemisahan kuasa antara badan perundangan, badan eksekutif dan badan kehakiman dilakukan bagi mengelakkan penyelewengan kuasa perhatikan dengan penuh hati-hati. Kenyataannya itu benar-benar diharapkan sebagai suatu kenyataan yang realitistik dan bukan bukan sekadar harapan palsu dari seorang yang baru mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri.  Rakyat sendiri akan menilai sejauh mana beliau mampu mengotakan kata-katanya di penghujung usianya itu atau sekadar hanya kata-kata retorik politik bagi menyedapkan halwa telinga rakyat.

Tuesday, May 22, 2018

Tidak UG: PAS buat keputusan tepat

Daripada lebih 2 juta pengundi itu dipercayai yang tidak bersetuju dengan tahaluf siyasi dengan DAP

Oleh MUHAMAD MAT YAKIM

DALAM tempoh dua hari selepas PRU14, ramai orang tertanya-tanya: Adakah PAS akan bergabung dengan BN untuk membentuk Kerajaan Perpaduan di Kedah dan Perak?

Ini berikutan keputusan pilihan raya yang meletakkan politik di dua negeri itu dalam situasi tidak menentu.

Friday, May 4, 2018

Dr Mahathir jangan menghina mangsa Memali

Oleh DR RIDUAN MOHAMAD NOR 

Mahathir tetap Mahathir, jika anda mengkaji dengan mendalam biografinya dengan objektif, maka anda melihat tampang hitam dan putih ini bukan terlalu sukar untuk dibedakan. Selama 22 tahun menjadi Perdana Menteri negeri ini, dalam kepesatan pembangunan yang berlaku tetapi regimnya menyubur rasa takut rakyat untuk bersuara melalui undang-undang drakonian. Penyalahgunaan kuasa dengan timbunan skandal besar bersalut KKN negara dibungkus rapi dengan program dan slogan muluk-muluk seperti Penerapan Nilai-Nilai Islam, slogan "Bersih, cekap dan amanah", kepimpinan melalui teladan dan pelbagai slogan yang meloyakan. Sangat paradoks!.

Thursday, April 12, 2018

PH terperangkap dalam naratif lama

Oleh ANAK SAHMAD MALAYA

TEMERLOH: Pakatan Harapan (PH) berterusan meracun pemikiran pengundi dengan isu sama berulang kali dengan menafikan perubahan yang dibuat ketika zaman pemerintahan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

PH masih terperangkap dalam naratif (penceritaan) lama yang menyaksikan mereka hanya bergantung kepada sentimen dan dakwaan semata-mata tanpa fakta baru.

PH sebaliknya terus mahu menunggang "trust deficit" ini dengan mengasak pengundi dengan isu sama secara berulang sedangkan kualiti penghujahan pembangkang merosot jauh berbanding era reformasi.

Selain daripada isu-isu semasa zaman Najib, "trust deficit" bermula dari zaman Tun Dr. Mahathir, dan memuncak dengan kes Datuk Seri Anwar Ibrahim hingga membawa kepada PRU 2013 yang menyaksikan BN hanya dapat meraih 47 peratus undi popular.

Ketika Datuk Seri Najib Tun Razak mengambil alih tampuk kepimpinan bermula 2009, banyak perkara sudah berlaku melibatkan inisiatif Najib sendiri, perkembangan ekonomi yang semakin meningkat, harga minyak, malah perubahan dalam pembangkang itu sendiri.

Ketika PH masih dengan naratif lama, kerajaan BN di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak telah berjaya menjawab semua tohmahan yang dibangkitkan pembangkang, malah angka-angka ekonomi pun menyokong Najib.

Pertubuhan-pertubuhan ekonomi atau kewangan pun begitu. Ringgit dan keyakinan pelabur pun sama mengukuh.

BSKL dalam keadaan menaik, eksport mengukur, imbangan dagangan terus positif, rizab asing bertambah, inflasi rendah dan pelbagai lagi perkembangan positif diperlihatkan dalam setiap angka yang tidak mampu dinafikan pembangkang sebenarnya.

Pelaburan asing semakin meningkat, kadar pertumbuhan menaik dari 5-5.5 peratus kepada 5.5-6 peratus sedangkan PH masih terperangkap dalam naratif lama.

Sebenarnya, kemasukan Tun Dr. Mahathir semakin merosakkan kedudukan PH.

Selain imej buruk Tun Dr Mahathir, PH kehilangan kredibiliti dan hujah apabila terpaksa mempertahankan 22 tahun pemerintahan Mahathir yang menjadi punca kelahiran pakatan pembangkang itu sendiri.

Secara perbandingan zaman pemerintahan Tun Dr. Mahathir sebenarnya jauh lebih buruk daripada Najib.

Selain isu penyelewengan dan sebagainya, zaman Tun Dr. Mahathir ditandai oleh serangan terhadap institusi-instusi bebas negara, badan kehakiman dan salah guna agensi penguatkuasaan seperti polis dan banyak lagi.

Ketika zaman Tun Dr. Mahathir, perbezaan pendapat politik ditangani dengan keras. Hari ini pembangkang jauh lebih bebas dengan ceramah, forum, himpunan, demonstrasi dan sebagainya.

Malah Tun Dr. Mahathir sendiri pada umur dan tahap kesihatannya, boleh berdemonstrasi dan berceramah tanpa risau atau takut dibelasah oleh FRU.

Tuesday, February 20, 2018

Kenapa dulu PAS bertahalluf dengan DAP?

Oleh ROSLI ABDUL JABAR

Antara modal puak PH n BN utk menyerang PAS ialah kenapa dulu PAS bole bersama DAP skrg tidak.. Maka mereka post statement ATGNA n TGHH yg menyokong DAP ketika bersama dlm PR.. Kenapa dulu PAS kempen undi DAP kenapa skrg tidak.. Sebenarnya mereka tahu jawapannya tp sengaja bertanya utk memburukkan PAS.

PAS bukan seperti parti lain yg meletakkan KEMENANGAN diatas mengatasi kepentingan agama.. PAS bertahalluf dgn DAP setelah melalui proses yg ketat melalui Majlis Syura.. Keadaan pada masa itu iaitu pada tahun 1998 memerlukan semua parti pembangkang bersatu melawan BN d Bwh REJIM madey yg begitu kejam terhadap lawan politik.. Kezaliman madey hingga digelar Mahazalim memerlukan semua parti pembangkang bersatu ketika itu.. Jika tidak kerana undi kaum Tiong Hua tentunya BN rebah ketika itu.. Hasilnya PAS dpt menawan Trengganu dan Ust Fadhil menjadi Ketua Pembangkang.. DAP kehilangan byk kerusi dan keluar dr gabungan pembangkang..

Pada pilihanraya 12 DAP kembali kpd pembangkang n tertubuhnya PR.. PAS dpt memerintah Kedah, Perak, Selangor n PP bersama PR.. Hubungan dlm PR begitu kukuh n konsep agree to disagree..Maknanya setiap parti berhak memperjuangkan dasar parti masing2 utk kebaikan rakyat .PAS meneruskan perjuangan utk menegakkan hukum ISLAM d Kelantan..

Tiba2 DAP secara terang menentang dgn keras n mendesak PAS meninggalkan hudud..Walaupun ia dicadangkan d Kelantan n hanya utk org Islam tapi DAP terus menyerang PAS.. Malangnya ada pemimpin PAS sendiri yg menyokong DAP.. Bagi mereka gabungan dgn DAP lebih penting dari hudud.. Hudud bukan penting yg penting PR!!! Mereka melihat hudud hanya menakutkan non Muslim n PAS akan kehilangan undi non Muslim jika mempertahankan hudud..

Serangan terhadap PAS semakin kuat terutamanya TGHH.. DAP secara terang menolak TGHH n memutuskan hubungan dgn President PAS!!! Mereka berusaha menukar TGHH dlm muktamar tp gagal n lahirlah PAN..DAP membubarkan PR dan menubuhkan PH.. Tujuannya utk singkirkan PAS dari kerajaan PR n masukkan PAN sbg ganti.. Hakikatnya DAP yg menolak PAS bukan sebaliknya.. Tapi puak2 PAN n sekutunya menuduh PAS yg menyingkirkan DAP..

PAS bersama DAP kerana kepentingan rakyat n negara utk berhadapan dgn rejim umno.. Tapi DAP telah melanggar persetujuan dgn mencampuri urusan PAS utk menegakkan hukum ISLAM!!! PAS bukan nak laksanakan hudud serta merta d seluruh negara cuma d Kelantan kerana majority umat Islam..Mungkin DAP takut jika ia dilaksanakan d Kelantan rakyat akan melihat kebaikan hukum Islam.. Dan tokey besar d blkg DAP sama sekali tidak menerima hukum Islam.
Bila itu pendirian DAP maka tentulah PAS istiqamah dgn ISLAM walaupun org melihat PAS akan hilang undi non Muslim.. Cthnya Dr Mariah dgn yakin berkata PAS akan hilang undi kerana pengundi undi PAS bukan sebab Islam tp benci kat umno!!! Undi PAS spt sampah.. PAS akan hilang kerusi bla7..Itulah keyakinan PAN menyebabkan mereka meninggalkan PAS.

Nabi Muhammad Saw pernah mengadakan tahalluf dgn Yahudi Bani Quraizah demi mempertahankan Madinah. Tetapi bila Bani Quraizah mengKhianati perjanjian tiada maaf Nabi saw memerangi puak yahudi itu.. PAS bole bersama siapa sahaja utk kebaikan n Islam tetapi akan menentang SESIAPA sahaja demi ISLAM.. PAS tidak memaksa Sesiapun menerima ISLAM tetapi akan menentang Sesiapun yg menghalang PAS melaksanakan Islam.. PAS tak takut kalah mcm Dr Mariah kerana YAKIN kemenangan itu milik Allah Swt.

Thursday, January 4, 2018

Pendidikan rendah berorientasikan Islam: SRITI menjadi produk hebat pendidikan

Oleh : DR RIDUAN MOHAMAD NOR

Sesi baru persekolahan 2018 kini muncul dengan kesuraman ekonomi negara dan pelbagai masalah yang menyelimuti sosio politik tanahair ini. Apa sahaja isu yang melanda negara, namun pendidikan adalah wahana penting untuk menjadi agen perubahan dan agen transformasi sosial. Pendidikanlah yang akan membentuk karektor sesebuah bangsa dan negara. Kesilapan dalam sektor pendidikan akan menjadikan bangsa dan negara menerima implikasi jangkapanjang yang fatal. Ibubapa yang mencari sistem pendidikan alternatif telah memilih SRITI, yang merupakan kesinambungan daripada pendidikan prasekolah PASTI yang sangat cemerlang mendidik pelajar.

PAS telah melangkah setapak lagi dalam menggerakkan institusi pendidikan apabila jentera partinya telah menubuhkan Sekolah Rendah Islam (SRI). Kesedaran untuk menubuhkan sekolah-sekolah rendah Islam ini adalah kerana permintaan ibu bapa untuk menampung keperluan pendidikan anak-anak selepas melalui pendidikan pra sekolah di PASTI. Walau bagaimanapun tidak semua pelajar PASTI meneruskan pendidikan di SRI kerana faktor keterbatasan peluang dan juga keinginan ibu bapa untuk menghantar anak ke sekolah kerajaan.

PAS juga disaingi oleh beberapa pertubuhan Islam lain di negara ini, yang turut menubuhkan Sekolah Rendah Islam bagi menampung keperluan pendidikan Islam di negara ini dan juga dengan matlamat menyemai kecintaan kepada Islam semenjak usia yang awal. Begitu juga Sekolah-sekolah Rendah Islam ini turut ditubuhkan oleh ahli-ahli PAS di seluruh negara.

Menurut Ustaz Fauzi Husain, penubuhan Sekolah Rendah Islam seperti yang diwujudkan di Kedah mempunyai pertalian dengan kewujudan PASTI, contohnya penubuhan Sekolah Rendah Islam Darul Ulum yang diinspirasikan daripada nama Darul Ulum di Mekah. Penubuhan sekolah-sekolah ini juga berkait rapat dengan usul-usul muktamar Dewan Pemuda PAS yang mendesak kepimpinan PAS untuk mewujudkan sekolah-sekolah mereka sendiri sebagai alternatif kepada sekolah aliran kebangsaan yang tidak menekankan pendidikan Islam dan syakhsiah pelajar.

PAS di semua peringkat telah berusaha untuk menubuhkan Sekolah Rendah Islam bagi mengembangkan sistem pendidikan Islam di negara ini dan mendapatkan sambutan yang menggalakkan daripada ahli-ahli mereka sendiri. PAS juga telah menubuhkan Majlis Pendidikan PAS bagi menyelaraskan kurikulum dan pemantauan yang berterusan terhadap sekolah-sekolah yang ditubuhkan oleh PAS di semua peringkat atau ahli mereka secara individu.

Di antara Sekolah Rendah Islam yang ditubuhkan oleh PAS ialah Sekolah Rendah Islam Darul Ulum (SRIDU), Sekolah Rendah Madinatul Ilmi (Kelantan), Sekolah Rendah Islam Al-Ummah (Wilayah Persekutuan), Sekolah Rendah Islam at-Taqwa, Sekolah Rendah Islam al-Islah, Sekolah Rendah Islam Ehsan, Sekolah Rendah Islam Darul Mujahidin, Sekolah Rendah Islam Darul Bayan dan sebagainya.

Menurut Dr Abu Bakar Abdullah, Dewan Ulama PAS Terengganu telah menyelaraskan sekolah rendah Islam milik PAS Terengganu yang dikenali sebagai ‘DAR’. Setiap PAS kawasan di Terengganu diarahkan untuk membangunkan sekolah rendah Islam di kawasan mereka sebagai kesinambungan kepada pendidikan prasekolah milik PAS yang telah aktif berfungsi di negeri tersebut.

Di antara sekolah rendah terawal yang didirikan oleh PAS ialah Madrasah Islahiah di Kampung Memali, Baling Kedah. Institusi pendidikan Islam ini telah diasaskan oleh Ustaz Ibrahim Mahmud yang juga dikenali sebagai Ustaz Ibrahim Libya. Beliau dan rakan-rakannya yang terdiri daripada aktivis pemuda PAS telah membangunkan sebuah pusat pendidikan umum untuk masyarakat dewasa dan pendidikan formal untuk kanak-kanak. Pendidikan prasekolah yang ditubuhkan, manakala pendidikan rendah pula bermula pada tahun 1985.

Madrasah Islahiah ini telah menjadi pusat kegiatan PAS di Baling pada tahun 1980-an dan namanya menjadi masyhur selepas berlaku tragedi berdarah di Memali pada 19 November tahun 1985. Sekolah ini akhirnya berkembang menjadi Sekolah Menengah Islam dan telah megeluarkan ribuan pelajar, ramai pelajarnya telah melanjutkan pelajaran ke luar negara seperti di Pakistan dan Mesir.

Di Pulau pinang, Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang telah meluluskan usul untuk menubuhkan sebuah Sekolah Rendah Islam bagi menampung anak-anak ahli PAS yang tamat belajar di PASTI. Usaha-usaha untuk menubuhkan Sekolah Rendah Islam Bahrul Ulum telah dibuat dengan bersungguh-sungguh termasuk kempen kepada ahli-ahli PAS di Pulau Pinang pada tahun 2004.

Pimpinan Dewan Pemuda PAS yang dipimpin oleh Dato’ Abu Bakar Chik juga telah menguasahakan penubuhan sekolah rendah Islam Pintar (SRIP), iaitu sebuah sekolah rendah yang bersifat cemerlang. Penubuhan SRIP ini telah diusahakan dengan menggunakan sebuah syarikat iaitu Ilmu, Iman, Amal Sdn. Bhd. SRIP yang pertama telah ditubuhkan di Melawati, seterusnya berkembang ke Shah Alam, Kuala Terengganu.

Kepimpinan pemuda PAS Malaysia di bawah Ustaz Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz serta penggantinya Ustaz Khalil Abdul Hadi telah menggerakkan dengan lebih terarah perkembangan sekolah rendah Islam di bawah Dewan Pemuda PAS Malaysia, iaitu dengan penubuhan Jabatan Pembangunan Sekolah Rendah. Jabatan Pembangunan Sekolah Rendah dipertanggungjawabkan untuk menyelaraskan sistem serta merangka sistem pengajian dan menggerakkan pengoperasian setiap SRITI di seluruh negara, di mana pada awal Januari ini sebanyak 102 buah SRITI ditubuhkan di seluruh negara. PAS mempunyai sejarah yang cemerlang dalam menggerakkan pendidikan di negara ini dengan mempunyai jaringan daripada prasekolah sehinggalah kolej universiti. Semoga harakatul ummah ini terus menjadi pilihan kepada rakyat negara ini mendapatkan perkhidmatan pendidikan berorientasikan Islam dan terus memacu kegemilangan pendidikan alternatif buat rakyat dalam carut marut kehidupan berbahana sekular pragmatis.

(Penulis ialah AJK PAS Pusat, AJK Lujnah Tarbiah Pusat)

Wednesday, October 25, 2017

Pulau Tioman diabaikan dalam Tahun Melawat Pahang

Oleh ANDANSURA RABU

Mengecewakan adalah perkataan yang boleh diungkapkan terhadap kemudahan asas di Pulau Tioman. Saya adakan lawatan kerja sehari di pulau tersebut khususnya di Kampung Tekek pada 16 Okt 2017 dan perkara-perkara berikut perlu diberi perhatian segera oleh pihak Agensi Pembangunan Tioman.

Pertama, tandas awam yang telah tidak berfungsi hampir dua tahun. Keadaan tandas di jeti Tekek merupakan pintu masuk utama para pengunjung namun tandas awamnya berada dalam keadaan yang amat memalukan. Bukan sekadar tiada bekalan air ia juga kotor dan menjijikan.

Kedua, bekalan air yang sering terganggu telah menyusahkam semua penduduk di Kampung Tekek termasuklah pengusaha chalet dan restoran. Projek menaik taraf bekalan air telah terbengkalai lebih daripada lima tahun menjadi tanda tanya kepada penduduk apa sebenarnya masalah pihak kerajaan. Longgokan paip yg banyak seolah-olah ada misteri di sebalik isu ini yang perlukan penjelasan telus daripada pihak kerajaan.


Ketiga, kompleks bebas cukai menjadi “gajah putih” dengan hanya ada dua pintu ruang niaga sahaja yang beroperasi daripada 10 pintu ditingkat bawah. Status pulau bebas cukai bukan sahaja tidak mampu menarik para pengunjung utk datang malahan tidak dapat memberi keuntungan kepada peniaga2 di pulau itu.

Keempat, kemudahan feri yg mengangkut pengunjung amat terbatas sehingga mengakibatkan ada masanya pengunjung terpaksa bersesak-sesak menaiki feri utk masuk dan keluar dari pulau tersebut. Dimaklumkan hanya ada dua feri untuk bawa masuk dan keluar pengunjung melalui Jeti Tanjung Gemok setiap hari.

Persoalan yang timbul adalah apakah manfaat yang diperolehi oleh penduduk Pulau Tioman dengan adanya Tahun Melawat Pahang yang bakal tamat dalam tempoh dua bulan lagi?

Potensi yg ada dipulau tersebut seolah-olah disia-siakan oleh kerajaan untuk menambah sumber pendapatan negeri. Pulau Tioman juga seperti diabaikan sebagai sebuah destinasi pelancongan yang menarik.

GAMBAR:
Penulis di hadapan Kompleks Bebas Cukai Pulau Tioman yang terbengkalai



Friday, March 10, 2017

Mahu Pahang cuti hari Jumaat?


Oleh NAZRI BIN AHMAD

Jumaat adalah penghulu segala hari. Allah SWT menjadikan pelbagai keistimewaan padanya. Disyariatkan himpunan mingguan umat Islam melalui Solat Jumaat.

Kerajaan Negeri Kelantan sejak pemerintahan Al-Marhum Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat menjadikan hari Jumaat sebagai hari ilmu. Beberapa negeri di Semenanjung menjadikan hari Jumaat sebagai cuti hujung minggu.

Hanya Pahang Darul Makmur negeri pantai timur yang belum menjadikan hari Jumaat sebagai cuti hujung minggu.

Johor Darul Takzim adalah negeri terkini menukar cuti hujung minggu dari Ahad ke Jumaat.

Apabila Jumaat dijadikan cuti mingguan. Maka banyaklah manfaat yang diperolehi, terutama orang Islam.

Muslimin tidak tergesa-gesa menunaikan solat Jumaat kerana tidak lagi terkejar-kejar untuk menyambung kerja. Ibadah dapat dilaksanakan dengan tenang.

Muslimat pula dapat menghadiri majlis-majlis ilmu. Di samping dapat bersama dengan ahli keluarga di hari yang penuh barakah itu.

Masyarakat juga dapat melakukan pelbagai aktiviti kemasyarakatan pada hari tersebut.

Alangkah indahnya jika penduduk negeri Pahang dapat menghidupkan budaya ilmu dan ibadah di hari barakah ini seperti masyarakat di Kelantan, Terengganu dan Kedah.

Mudah-mudahan selepas PRU14 akan datang kerajaan baharu yang menerajui negeri Pahang akan merealisasikan impian ini.

Salam Jumaat...

Penulis ialah Ketua Penerangan
Badan Perhubungan Pas Negeri Pahang




Monday, February 27, 2017

Rahsia kekuatan Islam


USTAZ HAZMI DIBOK

Islam pasti akan menang kerana Allah s.w.t. pasti akan menyempurnakan cahaya Islam walaupun seribu satu cabaran merintangi. Islam akan menang kerana Islam adalah dari Allah. Islam adalah cara hidup yang benar (ad-dinul haq) bersumberkan wahyu (hidayatud-din). Gagasan Islam adalah - menang mengatasi seluruh cara hidup (agama atau ideologi) yang lain. (rujuk surah As-Soff ayat 9)

Sebab itulah penting untuk kita istiqamah dengan Islam yang bersumberkan wahyu (Al-Quran dan As-Sunnah). Bukan Islam warisan semata-mata. Bukan juga Islam separuh-separuh (sekular). Bukan juga Islam liberal. Bermain-main dengan istilah dan matlamat yang muluk-muluk tetapi hakikatnya membelakangkan inti dan perincian syariat. Ingin mencapai matlamat (maqasid) dengan perincian sendiri. Al-Quran adalah hidayah dan bayyinah. Petunjuk dan perincian kepada petunjuk.

Sebab itulah penting mendapatkan bimbingan dan pimpinan ulama'. Namun, ulama' yang bagaimana? Ulama' yang kita thiqah dengan ilmu dan amalnya. Ulama' yang mewarisi Nabi Muhammad s.a.w. yang merupakan Al-Quran yang hidup berjalan di atas muka bumi. Kerja buat Nabi s.a.w. adalah terjemahan dan pelaksanaan daripada isi kandungan Al-Quran. Begitulah ulama yang wajib kita ikuti.

Ulama' yang mengajar tentang solat dan dia mengimami solat. Ulama' yang mengajar tentang dakwah dan kehidupannya dihabiskan dengan dakwah. Ulama' yang mengajar tentang politik Islam lalu dia laksanakan malah memimpin gerakan politik Islam sebagaimana Rasulullah s.a.w. memimpin politik. Ulama' yang mengajar tentang kejerihan, keperitan, kesakitan, cemuhan dan pelbagai cabaran yang dihadapi oleh Nabi-nabi yang terdahulu termasuk Nabi Muhammad s.a.w., lalu dia juga melalui mehnah dan tribulasi sedemikian. Ulama' yang diakui ilmunya serta dibuktikan dengan amalnya di lapangan.

Inilah ulama' yang thiqah. Agar hati kita damai dan tenteram meneladaninya dan mengikut tunjuk ajarnya. Sementelah lagi jika mereka membimbing kita dengan ilmu dan pelaksanaan secara jamaie (kolektif).

Penulis adalah Ketua Pemuda PAS Pahang


Wednesday, February 1, 2017

Antara banjir dan kehidupan berumah tangga


ROSLI ABDUL JABAR


Semasa memilih pakaian untuk diagihkan kepada mangsa-mangsa banjir, tiba-tiba teringat pula firman Allah berkaitan pakaian: "Mereka (isteri-isterimu) adalah pakaian bagimu, dan kamu pakaian bagi mereka" ( Al Baqarah 187).

Fungsi utama pakaian ialah menutup aurat agar tidak berlaku dosa, maka suami isteri mestilah bersikap tegur-menegur antara satu sama lain agar ianya menjadi penutup ruang dari melakukan dosa.

Pakaian juga bertujuan menutup aib kemaluan, suami dan Isteri mestilah memelihara aib di antara satu sama lain, haram menceritakan keaiban suami atau isteri masing-masing.

Di samping itu pakaian juga bertujuan memelihara jasad agar tidak terdedah kepada kecederaan, kesejukan dan sebagainya, masing-masing terutama suami mestilah sentiasa melindungi isterinya dan begitulah juga sebaliknya.

Selain itu pakaian juga bertujuan untuk mencantikkan, akhlak suami dan Isteri adalah gambaran sikap salah satu daripadanya, akhlak isteri yang menarik akan menampakkan kecantikan akhlak suaminya, begitu juga sebaliknya.

Maka corak dan cara berpakaian adalah gambaran jiwa. Ketenangan dalam kehidupan berumah tangga sangat bergantung kepada corak kehidupan di mana masing-masing bertanggungjawab untuk memilih corak yang menyenang dan mendamaikan.

Justeru jadilah pakaian terbaik buat pasanganmu, sekian sedikit perkongsian dicelah-celah kesibukan membantu mangsa banjir.

Penulis adalah Pesuruhjaya PAS Pahang
Adun Tanjung Lumpur


Mengapa harga minyak naik?

TUAN IBRAHIM TUAN MAN

Nilai Ringgit terhadap USD naik sedikit di bulan Januari 2017. Harga minyak sedunia pula kelihatan stabil sekitar USD55 setong.

Mengapa harga minyak negara naik sebanyak 20 sen di bulan Februari?

Sebagai kerajaan, ia perlu memahami bahawa setiap keputusan yang dilakukannya akan membawa impak.

Nilai Ringgit yang lemah telah menyebabkan kos harga barangan naik mendadak. Semua yang bekerja mengharapkan kenaikan gaji dan bonus untuk menampung kos tambahan ini.

Para peniaga kecil-kecilan, sederhana mahupun pengusaha sendiri juga mengharapkan penambahan pendapatan untuk menampung kos yang meningkat.

Kini, kos yang meningkat itu bukan sahaja disebabkan nilai Ringgit yang rendah malah disebabkan harga petrol domestik yang tinggi yang bakal meningkatkan kos pengangkutan. Tidak hairan kalau kumpulan peniaga ini terpaksa mengambil keputusan untuk menaikkan harga jualan mereka.

Tapi jika semua pihak inginkan penambahan pendapatan (ini bermakna kos perniagaan pada puratanya akan meningkat), siapa pula yang sanggup turunkan harga hanya kerana harga minyak menurun?

Ramai yang berkata harga barangan perlu menurun sejajar dengan trend kejatuhan harga minyak. Tapi realitinya, ini tidak akan berlaku. Siapa yang sudi pendapatannya dipotong?

Lihatlah pada tambang bas, bas sekolah, pengusaha pengangkutan swasta mahupun pengangkutan awam, penjual makanan dan barangan – ada siapa yang berdiri keluar untuk menyatakan mereka akan menurunkan harga servis dan produk mereka sejajar dengan penurunan harga minyak?

Impak daripada keputusan kerajaan menaikkan harga minyak hari ini sebanyak 20 sen hari ini tidak dapat dikurangkan dengan penurunan harga minyak di bulan-bulan akan datang.

Apabila harga barangan dan servis dah naik, ia agak mustahil untuk diturunkan semula walau apa sebabpun kerana ia berkait rapat dengan gaji dan pendapatan orang-orang tertentu.

Oleh itu, sejak awal-awal lagi, ramai yang menyuruh kerajaan untuk tidak menaikkan harga minyak sewenang-wenangnya kerana ia membuka peluang kepada kenaikan harga barangan dan servis secara keseluruhannya yang tidak dapat dinyahkan apabila harga minyak kembali turun.

Tahun 2017 yang mencabar ini kini menjadi lebih mencabar bagi rakyat kerana kerajaan yang tidak prihatin kepada kesusahan rakyat hari ini.

Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man ialah Timbalan Presiden PAS
1 Februari 2017

Tuesday, October 18, 2016

Memahami RUU 355


Oleh SYAIFUL HIZAM

Bermula semalam akan ramailah yang menunggu setiap kali bermulanya sidang parlimen tidak kira rakyat biasa mahupun luar biasa terutamanya para wartawan. Gamatnya sidang parlimen kali ini tentunya di sebabkan RUU 355 yang diusulkan oleh Ahli Parlimen Marang, YB Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang. Namun di sebabkan beberapa perkara maka ramai yang terkeliru, dikelirukan dan terpersepsi oleh andaian yang salah oleh pihak-pihak yang tidak ingin ianya dibentangkan atau diteruskan di Parlimen.

Apakah RUU 355 itu Hudud ?

RUU 355 bukan Hudud. Akta 355 merupakan undang-undang yang di luluskan oleh Parlimen bagi menentukan had bidang kuasa Mahkamah Syariah untuk membicarakan dan menjatuhkan hukuman terhadap orang-orang Islam yang melakukan kesalahan terhadap perintah Agama Islam. Ianya juga menentukan had atau bidang kuasa berkaitan hukuman syariah oleh Badan Perundangan Negeri dan perlaksanaannya oleh Mahkamah Syariah di seluruh negara.

RUU 355 bukan juga untuk Parlimen memperincikan had hukuman Mahkamah Syariah, tetapi bagi memansuhkan sekatan terhadap had hukuman Penjara 3 tahun, Denda RM 5,000 dan 6 Sebatan di dalam Akta 355 supaya kemudiannya dapat di kembalikan kepada Badan Perundangan Negeri bagi memperincikan had dan jenis hukuman yang lebih syarie, sesuai dengan bidang kuasa yang di peruntukkan di dalam Perlembagaan Persekutuan. Jika di luluskan, ianya tidak menambah kesalahan baru, ianya hanya memberi kuasa kepada Dewan Undangan Negeri untuk meningkatkan hukuman. Jenis -jenis kesalahan tetap kekal sebagaimana yang di peruntukkan melalui Butiran I Senarai II ( Negeri ) Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan, kekal sebagaimana ianya mula di perkenalkan pada tahun 1965.

Tepatnya, ianya adalah Akta yang telah sedia ada dan hanya di pinda untuk menambah baik lagi sesuai dengan keadaan semasa dan cabaran terhadap umat Islam di dalam negara masa kini. Maka jika di sebut dan di takrif sebagai Hudud, maka ianya adalah salah sama sekali dan cuba memesongkan daripada fakta dan takrifan yang sebenar.

Ada juga yang menisbah pecahnya Pakatan Rakyat atau keluarnya DAP daripada Pakatan Rakyat adalah di sebabkan Hudud, ianya salah sama sekali. Keputusan PAS untuk memutuskan hubungan dengan DAP disebabkan keterlanjuran DAP masuk campur urusan PAS ketika Muktamar yang lalu dan paling utama keputusan DAP memutuskan hubungan dengan Presiden PAS namun tidak dengan PAS. Sekarang, apa yang di angkat ke Parlimen oleh Presiden PAS hanyalah untuk meminda Akta 355, bukannya Hudud. Jadi fikirlah di mana rasionalnya segala alasan yang menuding jari ke arah PAS terutama ke pada Presidennya dan alasan perlaksanaan Hudud yang menyebabkan pecahnya Pakatan Rakyat.

Tanggungjawab Dan Penolakan

Berlaku beberapa proses atau peringkat dalam tatacara Peraturan Mesyuarat ketika bacaan RUU 355 di mulakan, iaitu membabitkan Peraturan Mesyuarat 49 ( 1 ) – ( 5 ). Maka dalam senario sekarang proses yang membabitkan Peraturan Mesyuarat 49 ( 1 ) – ( 2 ) sudah di lepasi oleh usul yang di bawakan oleh YB Dato’ Seri Abdul Hadi Awang. Apa yang akan berlaku sekarang ialah yang membabitkan Peraturan Mesyuarat 49 ( 3 ) – ( 5 ).

Tatacara ini terkandung di dalam Peraturan Mesyuarat 49 yang dihuraikan seperti berikut:

49. (1) Dengan tertakluk kepada syarat-syarat dalam Perkara 67 dalam Perlembagaan siapa-siapa ahli yang bukan ahli Kerajaan yang hendak membawa Rang Undang-undang boleh meminta izin Majlis hendak berbuat demikian, dan ia hendaklah juga menyertakan bersama satu naskhah Rang Undang-undang berserta dengan huraian mengenai tujuan-tujuan dan sebab-sebabnya, tetapi tidak boleh mengandungi apa-apa hujah pada masa membawa Rang Undang-undang itu.

49. (2) Tiap-tiap permohonan demikian itu hendaklah dengan cara yang dikeluarkan usul, dan ahli yang mengeluarkan permohonan itu hendaklah juga menyampaikan kepada Setiausaha suatu salinan usulnya mengandungi nama Rang Undang-undang yang dicadangkan itu. Setiausaha hendaklah enggan menerima apa-apa permohonan yang tidak menepati kehendak Peraturan-peraturan Mesyuarat ini atau mana-mana undang-undang Persekutuan.

49. (3) Apabila diperkenankan permohonan itu setelah dikemukakan kepada mesyuarat dan disetujukan usul itu, maka Rang Undang-undang itu akan disifatkan telah dibacakan kali yang pertama dan diperintahkan dicap; dan satu salinan Rang Undang-undang itu hendaklah disampaikan kepada Setiausaha.

49. (4) Dengan tertakluk kepada Peraturan Mesyuarat 51, Rang Undang-undang itu hendaklah dicap dan dihantar kepada ahli-ahli dan dengan tidak dibahaskan, terserahlah Rang Undang-undang ini kepada Menteri yang berkenaan dengan perkara-perkara atau tugas-tugas yang terkandung dalam Rang Undang-undang itu atau, jika tiada Menteri yang berkenaan, maka terserahlah Rang Undang-undang itu kepada Menteri atau ahli yang dilantik oleh Tuan Yang Di-Pertua, tidak boleh dijalankan apa-apa langkah atas Rang Undang-undang ini sehingga Majlis menerima penyata daripada Menteri atau ahli itu.

49. (5) Setelah diterima penyata yang disebutkan dalam perenggan yang lalu itu, maka Rang Undang-undang itu akan ditetapkan bagi dibacakan kali yang kedua pada hari yang dikehendaki oleh ahli yang menjaga Rang Undang-undang itu.

Apa yang akan berlaku selepas ini ialah 2 proses iaitu :

1 ) Pengundian Ahli – Ahli Parlimen.
2 ) Tanggungjawab Menteri Yang Bertanggungjawab Dalam Soal Agama Islam.

Setiap Ahli Parlimen akan melakukan pengundian samada untuk menerima atau menolak usul setiap kali di bacakan samada di bacaan kedua dan ketiga. Proses yang sama juga berlaku di Dewan Negara untuk menerima atau menolak usul tersebut. Jika semua proses ini di kategorikan sebagai lulus, maka ianya akan di serahkan kepada Yang Di Pertuan Agong untuk di wartakan sebagai satu undang -undang.

Menteri yang bertanggungjawab dalam soal Agama Islam pula bertanggungjawab membawa usul untuk bacaan kali ke dua dan ketiga selepas bacaan kali pertama. Ianya adalah tanggungjawab beliau untuk membawa dan membacakan usul tersebut jika majoriti Ahli Parlimen mengundi menerima usul tersebut, sesuai dengan turutan Peraturan Mesyuarat.

Menteri yang bertanggungjawab dalam soal Parlimen perlu memastikan bahawa setiap peraturan mesyuarat di ikuti dan turuti setiap kali bacaan, perbahasan, pengundian dan dalam turutan proses yang betul. Maka Menteri juga bertanggungjawab memastikan bahawa selepas setiap perbahasan dan pengundian, proses seterusnya berlaku dalam turutan yang betul sesuai dengan Peraturan Mesyuarat dengan tidak meninggalkan satu pun urutan proses tersebut

Dengan ini, apa yang menjadi tunjang dalam ke semua proses ini ialah pengundian Ahli Parlimen samada menolak atau menerima. Bahaslah walau berhari – hari, tanpa pengundian atau majoriti Ahli Parlimen menolak, maka kesemua proses selepas itu semuanya tidak akan berlaku dan berfungsi, baik Peraturan Mesyuarat seterusnya atau tugas Menteri yang bertanggungjawab untuk memastikan semua urutan Peraturan Mesyuarat berlaku dan di patuhi.

Maka inilah yang penting bagi melaksanakan RUU 355, undi Ahli Parlimen yang menyokong perlaksanaannya, selebihnya hanyalah proses dalam memastikan perjalanan dan urutan Peraturan Mesyuarat di ikuti ketika di bacakan, di bahas, di undi dan di ikuti oleh proses seterusnya. Maka yang di kata “ BOLA “ di kaki Perdana Menteri, sebenarnya “ BOLA “ itu juga turut berada di kaki Rafizi Ramli dan keseluruhan Ahli Parlimen terutama Ahli Parlimen yang beragama Islam yang di minta untuk menyokong pindaan akta ini tidak kira daripada Kerajaan mahupun pembangkang.

Jadilah Ahli Parlimen Yang Bijak Dan Bertanggungjawab, Bukan Manipulatif

Seperti yang di nyatakan awal lagi, RUU 355 bukanlah Hudud. Ianya adalah penambahbaikan terhadap Akta sedia ada sesuai dengan keadaan semasa dan cabaran umat Islam masa kini. Untuk meletakkan tanggungjawab hanya kepada seseorang atau orang tertentu dalam soal ini adalah salah sama sekali terutamanya bilangan Ahli Parlimen beragama Islam yang ramai terdapat di dalam Parlimen. Ianya adalah tanggungjawab kesemua Ahli Parlimen yang beragama Islam untuk memastikan ianya dapat di bacakan, di bahas dan di undi dengan adil dan saksama, yang mana sepatutnya ianya di sokong oleh semua Ahli Parlimen beragama Islam.

Kali terakhir Akta 355 di pinda ialah pada tahun 1984, Penggal Kedua, Parlimen Keenam iaitu untuk membolehkan Mahkamah Syariah membicarakan kesalahan yang boleh di hukum penjara tidak melebihi 3 tahun, denda tidak melebihi RM 5,000 dan sebat tidak melebihi 6 kali sebatan dan pada tahun 1989, Penggal Ketiga, Parlimen Ketujuh iaitu untuk memperluaskan pemakaian Akta tersebut kepada Sarawak dan Sabah ( Malaysia Barat ). Maka tujuan pindaan terbaru ini adalah sama dengan yang sebelumnya iaitu untuk menambahbaik undang – undang yang sedia ada, seharusnya perlu di sokong dan tidak di momokkan sebagai Hudud untuk menakutkan umum dengan fakta dan persepsi yang salah.

Dicadangkan oleh YB Ahli Parlimen Marang, Dato’ Seri Abdul Hadi Awang pada sidang Dewan Rakyat yang lepas pada bulan Mei, sepatutnya tempoh 5 bulan sehingga sidang Dewan Rakyat terkini di gunakan untuk di bincang dan di perhalusi namun tempoh tersebut menjadi medan kepada pihak tertentu untuk memanipulasi cadangan pindaan RUU 355 ini dengan memberi gambaran sebagai Hudud, tidak kondusif atau sesuai dengan keadaan masa kini. Lebih buruk, gambaran yang di berikan terhadap cadangan pindaan ini ialah negara menjadi terkebelakang dalam soal ekonomi dan sosial jika di laksanakan pindaan tersebut serta di ajak rakyat menolak usul ini tanpa sebab yang munasabah serta asas yang kukuh.

Dengan segala persepsi tidak betul, kritikan yang sinis dan mengelirukan serta gambaran yang salah terhadap pindaan ini sedang berlegar yang di sebarkan samada oleh umum, pertubuhan – pertubuhan mahupun organisasi tertentu, ahli politik atau parti naungannya, maka masa yang tinggal hanyalah ketika di sidang Parlimen sekarang, di masa ianya di angkat dan di bahaskan. Ketika itu jadikan segala naskah kritikan terhadap pindaan tersebut sebagai cadangan untuk menjadikan ianya lebih baik, lebih konstruktif serta lebih lengkap agar ianya di terima, bukan semata – mata mengkritik untuk mencari kelebihan dan sokongan politik dengan memberi gambaran yang salah dan buruk kepada umum.

Ketika itu sedarlah kita siapa yang betul, siapa yang salah serta siapa yang mahu mencari kelebihan politik atau ingin berbuat sesuatu yang baik kepada rakyat terutamanya umat Islam. Jika ingin berbakti, jadikan ia lebih baik dengan menambah baik, mencadangkan atau setidak – tidaknya menyokong namun jika sebaliknya, ianya hanya satu mimik atau gimik untuk mencari pengaruh politik dengan cara yang kotor dan buruk. Walaupun di usulkan oleh Presiden PAS, niat dan cita -cita beliau hanyalah untuk kepentingan umum terutama umat Islam. Jika benar, sumbanganlah idea, cadangan atau paling kurang sokonglah pindaan tersebut. Jika hanya bijak mengkritik tanpa menyumbang, jadilah umpama ketam mengajar anak berjalan.

Kepada bukan muslim, hormatilah dan biarkan urusan agama Islam di tunjangi dan di selesaikan oleh umat Islam. Sebagaimana umat Islam menghormati urusan agama lain, begitulah hendaknya dalam soal ini. Usah di burukkan lagi keadaan dengan mencampuri urusan agama Islam, hadirkan sikap toleransi dan hormat menghormati. Tidak perlu di takuti akan pindaan ini, jelasnya ianya tidak membabitkan bukan muslim.

Seksyen 2 dalam Akta 355 menjelaskan hanya orang Islam yang boleh dibicarakan dan dihukum di Mahkamah Syariah.

menggantikan Seksyen 2 dengan seksyen berikut;

“2. Mahkamah Syariah akan mempunyai kuasa ke atas seseorang penganut agama Islam dan di dalam hal-hal kesalahan di bawah perkara-perkara yang disenaraikan di dalam Butiran 1 Senarai Negeri di bawah Jadual Kesembilan, Undang-undang Persekutuan.”; dan

(ii) memasukkan selepas Seksyen 2 dengan seksyen berikut

“2A. dengan menjalankan undang-undang jenayah di bawah Seksyen 2, Mahkamah Syariah berhak menjatuhkan hukuman yang dibenarkan oleh undang-undang Syariah berkaitan hal-hal kesalahan yang disenaraikan di bawah seksyen yang disebutkan di atas selain daripada hukuman mati.”

Apa yang mahu di lakukan hanya untuk orang Islam, demi umat Islam dan untuk kebaikan umat Islam. Dengan Islam sebagai Agama Persekutuan seperti yang termaktub dalam Perlembagaan dan orang Melayu sebagai tunjang negara, jika baik amalan, perilaku serta peribadi samada umum mahupun pemimpin selari dan sesuai dengan kehendak Islam, maka akan selamat dan makmurlah keseluruhan rakyat dan negara.

~ Penulis adalah: Pengarah Media Baru,
Jabatan Penerangan PAS Pusat

Thursday, December 6, 2012

Satu lagi institusi Melayu akan lingkup

KPF BAKAL LINGKUP?

Oleh MAZLAN ALIMAN

Isa Samad semakin terdesak. Saham FGVH berada dalam keadaan yang tidak stabil.
PRU 13 makin dekat. Peneroka Felda marah kena bayar pinjaman
saham FGVH. Kakitangan Felda yang buat loan puluh ribu lagi marah. Tanggung rugi dan kena bayar pinjaman kpd Bank tiap bulan. harga sawit jatuh teruk, penoreh getah pun merungut juga.

Tiada pilihan lain, KPF mesti diambilalih sebelum pilihanraya. Harapnya, jika FGVH kuasai KPF, harga saham FGVH akan naik semula. Pengundi Felda akan kekal setia bersama BN.

Konspirasi tertinggi dengan restu PM dimulakan. Ismail Sabri Yaakob, Menteri yang jaga Koperasi hantar sms kpd Datuk Hj Md Yusof Samsudin, Pengerusi Eksekutif SKM; agar keluar surat kepada KPF, Mesyuarat Agung Perwakilan KPF pada 20 Jun 2012 lalu tidak sah.

Alasannya, Mesyuarat Agung 20 Jun ada pertikaian oleh perwakilan mengenai isu laporan kewangan. Alasan tidak masuk aqal, semata2 atas kehendak Ismail Sabri dan Isa Samad. SKM keluarkan surat kepada Pengerusi dan ALP KPF bertarikh 4 Dis, perintah mengadakan semula Mesyuarat Agung KPF pada 27 Dis 2012.

Mesyuarat Agung akan dikendalikan sepenuhnya oleh SKM. Lobi dan sogokkan melalui Pengurus Felda kepada Perwakilan telah mula dilakukan agar menurunkan tandatangan untuk suatu memorandum yang dihantar kpd SKM agar Isa Samad menerajui KPF.

Sebaik Isa Samad terajui KPF, perancangan melalui cadangan FGVH yang juga diketuai Isa Samad; ekuiti KPF dlm Felda Holdings dikurangkan 22% dan diambilalih oleh Felda. KPF yang menguasai 51% kepentingan dlm Felda Holdings, hanya tinggal 29% sahaja. Felda akan pindahkan syer 22% kpd FGVH. ini berarti FGVH menjadi majoriti shareholder dan bukan lagi KPF.

Sebagai balasan, KPF ditawarkan pegangan saham 10%, itupun melalui pegangan Felda Asset Holding yang juga diterajui Isa Samad!

KPF bakal hilang kuasa atas Felda Holding. Perkembangan pelaburan dan perancangan KPF akan terencat. Semua ditentukan oleh Isa Samad dari A sampai Z. 1.6 juta warga Felda hanya jadi penonton apa pun yang dibuat oleh Isa Samad dan kuncu2nya.

Kesan terbesar, operasi KPF akan menguncup. Dividen tinggi antara 12-15% tidak akan dirasai lagi. Teramat buruk, kemasukan KPF dalam FGVH jika gagal menaikkan saham FGVH; membawa isyarat KPF akan lingkup bersama2 FGVH!

Saya ditaklimatkan senario ini oleh pegawai2 kanan Felda dan beberapa orang ALP KPF sendiri. Mereka sudah mengadu kepada pemimpin Umno termasuk waktu Perhimpunan Agung Umno yang baru lalu.

Tidak ada pemimpin dan perwakilan Umno yang berani bersuara. Semuanya nak jaga periuk nasi. Bahkan ada pemimpin Umno sendiri cadangkan agar isu KPF ini diajukan kepada saya!

Belum reda isu jual minyak sawit Felda kepada Syarikat Yahudi, datang pula isu KPF.

Gegak gempita PWTC, menjerit jerit; hidup melayu, hidup melayu.....institusi orang melayu, Felda; sedang ditalqinkan oleh pemimpin Umno sendiri!


Friday, June 18, 2010

PAS dan undi bukan Islam

Oleh NORIZAN SHARIF

Seorang kolumnis The Star menulis bahawa hasrat PAS untuk meletakkan calon bukan Islam dalam PRU13 tidak disenangi oleh PKR dan DAP. Saya tak pasti adakah itu andaian kolumnis berkenaan atau ia sememangnya rasa hati PKR dan DAP yang masih berlegar dalam parti dan belum disuarakan di luar; sama seperti banyak isu lain yang dipendamkan dan cuba diselesaikan di kalangan pemimpin.

Sekiranya apa yang disebutkan oleh The Star itu benar, maka saya fikir ia adalah sesuatu yang tidak perlu. Terdapat tiga alasan bagi menyokong hujah saya itu.

Pertama, PAS berusaha menonjolkan imej sebagai sebuah parti untuk semua. Sifat universalisme Islam itu cuba ditampilkan dengan meletakkan calon bukan Islam dalam pilihanraya. Sekiranya PAS boleh membenarkan Dato' Ibrahim Ali yang bukan ahli parti itu bertanding di Parlimen Pasir Mas dalam pilihanraya lalu, tentunya ia juga boleh berbuat demikian dengan calon bukan Islam.

Kedua, analisis pilihanraya menunjukkan DAP mendapat manfaat paling besar dalam PRU12 dan hal yang sama dijangka berlaku dalam PRU13. Walaupun PAS adalah sebuah parti yang lama bertapak, pengaruhnya hanya berkisar di sekitar negeri-negeri tradisional PAS yang mempunyai pengundi Melayu ramai seperti Kelantan, Kedah dan Terengganu. Dalam pilihanraya lalu, DAP telah menunjukkan prestasi yang baik di Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Negeri Sembilan. Untuk melangkah keluar dari negeri-negeri tradisionalnya, PAS memerlukan undi bukan Islam dan langkah yang paling logikal ialah meletakkan calon bukan Islam. Itu hakikat politik Malaysia dan PAS faham corak pengundian tersebut.

Ketiga, dalam politik tidak ada sesuatu yang kekal. PAS pernah berada dalam Barisan Nasional, kemudian keluar. PAS juga pernah berada dalam Angkatan Perpaduan Ummah (1990-1996), tetapi tidak lama. Adalah terlalu naif untuk mengatakan pengundi bukan Melayu memberikan undi kepada PAS kerana perjuangan parti itu. Undi mereka kepada PAS adalah satu perhitungan politik yang bersyarat, iaitu selama mana PAS bersahabat dengan DAP dan PKR, selama itu ia akan mendapat undi bukan Melayu. Bagi menyediakan kemungkinan berpisah dengan Pakatan Rakyat (walaupun setakat ini ia adalah satu kemungkinan yang dilihat jauh), maka adalah logikal juga untuk PAS menentukan ia tidak bergantung kepada PKR dan DAP untuk mendapat undi bukan Melayu. Tindakan yang wajar ialah menarik undi bukan Melayu melalui calon bukan Islam.

Dalam hal ini, saya fikir rakan kongsi PAS dalam Pakatan Rakyat tidak harus merasa cuak atau bimbang. Politik ialah mengenai survival dan itulah strategi PAS meletakkan calon bukan Islam. Apakah calon ini akan mufarakah seperti Ibrahim Ali setelah mereka dipilih dalam pilihanraya nanti, itu soal lain!

Wednesday, June 16, 2010

Mengingati pemergian Ustaz Hassan Shukri... Tokoh Arkib PAS

Dicatat oleh KEMBARA SUFI

Malaysia amnya dan Gerakan Islam khasnya terkejut dengan pemergian Tokoh Maal Hijrah Selangor, Ustaz Hj Hassan Shukri kerahmatullah beberapa hari yang lepas. Pemergiaan tokoh arkib PAS yang sukar dicari ganti. Kelembutannya, keramahannya, senyuman, kecekalan hati dan pengorbanannya akan sentiasa dirindui oleh setiap pejuang Islam yang mengenali almarhum. Sebagai mengingati pemergian tokoh ini, didedikasikan kisah seorang sahabat , Salamah bin Al-Akwa' yang begitu besar pengorbanan dalam lipatan sejarah para sahabat. Moga menjadi contoh untuk kita semua...

Salamah adalah seorang pemanah dari bangsa Arab yang terkemuka, juga terbilang sebagai tokoh yang berani, dermawan, dan gemar berbuat kebajikan. Ketika dia menyerahkan dirinya untuk menganut Islam, diserahkannya secara benar dan sepenuh hati, Islam membentuknya menjadi manusia yang agung sesuai dengan coraknya yang agung. Salamah bin al-Akwa juga termasuk tokoh Baiatur-Ridwan.

Ketika pada tahun 6 H Rasulullah saw. bersama para sahabat berangkat dari Madinah dengan tujuan hendak berziarah ke Ka'bah, tetapi dihalangi oleh orang-orang Quraisy, maka Rasulullah saw. mengutus Usman bin Affan untuk menyampaikan kepada mereka bahwa tujuan kunjungannya hanyalah untuk berziarah, dan sekali-kali bukan untuk berperang.

Sementara menunggu kembalinya Usman, tersiar berita bahawa dia telah dibunuh oleh orang-orang Quraisy. Rasulullah saw. lalu duduk di bawah naungan sebatang pohon menerima baiah sehidup semati dari sahabatnya, seorang demi seorang.

Salamah bercerita, “Aku mengangkat baiah kepada Rasulullah saw. di bawah pohon, dengan pernyataan menyerahkan jiwa dan ragaku untuk Islam. Lalu, aku mundur dari tempat itu. Tatkala tersisa tidak banyak lagi, Rasulullah saw. bertanya, ‘Hai Salamah, mengapa kamu tidak ikut baiah?’ ‘Aku telah berbaiah, wahai Rasulullah saw.,’ ujarku. ‘Ulangi kembali,’ sabda Nabi. Maka, aku ucapkan kembali baiah itu’.”

Dan, Salamah telah memenuhi isi baiah itu sebaik-baiknya. Bahkan, sebelum diikrarkannya, iaitu semenjak dia mengucapkan syahadah, maksud baiah itu telah dilaksanakan.

Salamah berkata, “Aku berperang bersama Rasulullah saw. sebanyak tujuh kali, dan bersama Zaid bin Harithah sebanyak sembilan kali.”

Salamah dikenal sebagai tokoh paling mahir dalam peperangan jalan kaki, dan dalam memanah serta melemparkan tombak dan lembing. Tipu daya perang yang dijalankannya serupa perang gerila, yang kita jumpai sekarang ini. Jika musuh datang menyerang, dia menarik pasukannya undur ke belakang. Tetapi, bila mereka kembali atau berhenti untuk berehat, maka diserangnya mereka dengan bersungguh-sungguh.

Dengan tipu helah seperti ini, dia yang berseorangan diri mampu menghalau tentera yang menyerang luar kota Madinah di bawah pimpinan Uyainah bin Hishan al-Firari dalam peperangan yang disebut perang Dzi Qarad. Da pergi menegekori mereka seorang diri, lalu memerangi dan menghalau mereka dari Madinah, hingga akhirnya datanglah Nabi saw. membawa bala bantuan yang terdiri dari para sahabat.

Pada hari itulah, Rasulullah saw. menyatakan kepada para sahabat, “Tokoh jalan kaki kita yang terbaik adalah Salamah bin Al-Akwa.”

Salamah tidak pernah berkecil hati atau berasa kecewa, kecuali ketika saudaranya yang bernama Amir bin Al-Akwa tewas di perang khaibar.

Kedermawanan Salamah telah cukup terkenal, tetapi ada hal yang luar biasa. Hingga dia akan menunaikan permintaan orang, termasuk jiwanya apabila permintaan itu atas nama Allah.

Rahsia ini rupanya diketahui oleh ramai orang. Maka, jika seseorang ingin tuntutannya berhasil, dia akan mengatakan kepada Salamah, “Kuminta anda atas nama Allah.” Dan mengenai hal ini, Salamah pernah berkata, “Jika bukan atas nama Allah, atas nama siapa lagi kita akan memberi.”

Sewaktu Usman r.a. dibunuh, pejuang yang perkasa ini merasa bahawa api fitnah telah membakar kaum muslimin. Dia adalah orang yang sudah menghabiskan usianya selama ini berjuang bantu membantu dengan saudaranya seagama untuk mempertahankan agama Allah, maka dia tidak mahu berperang melawan saudara seagamanya.

Benar, seorang tokoh yang telah mendapat pujian dari Rasulullah saw. tentang kepakarannya dalam memerangi orang-orang musyrik, tidaklah pada tempatnya jika ia menggunakan kepakarannya itu untuk memerangi atau membunuh orang-orang mukmin. Itulah sebabnya, dia mengemas barang-barangnya lalu meninggalkan Madinah dan berangkat menuju Rabdzah, iaitu kampung yang dipilih oleh Abu Dzar sebagai tempat hijrah dan pemukiman barunya.

Maka di Rabdzah inilah Salamah menghabiskan sisa hidupnya, pada suatu hari di tahun 74 H., hatinya merasa rindu berkunjung ke Madinah. Maka, berangkatlah dia untuk memenuhi kerinduannya itu. Tetapi pada hari ketiga dia tinggal di Madinah. Dia pun menghembuskan nafasnya yang terakhir di dunia ini di kota itu.

Demikianlah, rupanya dia harus kembali di tanahnya yang tercinta, di lingkungan sahabat-sahabatnya dan memperoleh berkatan bersama para syuhada yang soleh.


Sumber: Karakteristik Perihidup Enam Puluh Sahabat Rasulullah, Khalid Muh. Khalid