Sunday, February 3, 2019

Ulamak al Quran kunjungi Temerloh


Temerloh 2 februari. Umat Islam di Bera dan Temerloh telah menerima kunjungan Syeikh Muhammad Abd Nabi dalam sesi program ilmu dan ziarah ke daerah ini.

Syeikh Muhammad Abd Nabi Al Muqri menerima jemputan bagi menyempurnakan Majlis Anugerah Kecemerlangan & Konvokesyen Persijilan Al Quran di bawah kendalian Maahad Tahfiz Al Istiqamah Temerloh bagi meraikan 40 graduan.

Pada jumaat malam Syeikh Muhammad Abd Nabi Al Muqri dalam sesi ceramah khas di Masjid Darul Fikri Bera telah berpesan agar semua umat Islam terus istiqamah bersama Al Quran tambahan umat kini berada di akhir zaman yang berleluasanya fitnah-fitnah. Untuk keluar dari segala permasalahan ini tidak lain melainkan mestilah berpegang teguh dengan al Quran dan sunnah rasulullah saw. 

Jemputan khas ini juga bagi meraikan kecemerlangan pembelajaran bagi pelajar-pelajar MTIS yang telah berjaya dalam sesi pembelajaran 2018.

Syeikh Muhammad Abd Nabi Al Muqri juga mendoakan agar MTIS sentiasa mendapat sokongan dari semua pihak bagi merealisasikan matlamat penubuhan sebuah pusat pendidikan untuk dimanfaatkan oleh semua umat Islam khususnya di sekitar Temerloh dan lain2. 

Menurut Pengarah program yang juga Mudir MTIS Ustaz Zarimi Shubrawi, program meraikan kejayaan ini dengan menjemput guru al Quran semasa bakar di Mesir ini merupakan antara cara untuk memulihkan guru dan untuk memperoleh keberkatan ilmu dari guru. Keberkatan ilmu sangat penting bagi memastikan kejayaan untuk setiap pelajar.

Pihak MTIS mengharapkan agar masyarakat terus menyokong dan menyumbang untuk membantu membiayai kos pengurusan di Maahad Tahfiz Al Istiqamah. Kepada yang ingin menyumbang boleh salurkan sumbangan ke akaun maybank islamik Maahad Tahfiz Al Istiqamah : 5560 5751 4858.

Terima kasih buat semua penyumbang.

No comments:

Post a Comment