Thursday, February 28, 2019

Jual hotel: Siapa bohong, Boustead atau Mat Sabu?

Bangunan LTAT di bangunan di Bukit Bintang
Laman Malaysia-Today mempertikaikan kenyataan Menteri Pertahanan Mohamed Sabu penjualan Hotel di Bukit Bintang milik LTAT belum muktamad dan masih dalam proses memilih pembeli dan keutamaan akan diberi kepada pembeli tempatan.

Dakwaan laman tersebut, ia ekoran berita penjualan aset tersebut melalui Boustead kepada syarikat Singapura dengan harga yang rendah.


“Dia juga kata tanah dan lokasi hotel itu strategik dan akan masih mencari harga jualan yang lebih tinggi. Maksudnya, masih mahu jual-lah.

“Tetapi, Mat Sabu mungkin tidak tahu bahawa Boustead sudah buat pengumuman rasmi kepada Bursa Malaysia pada hari Selasa minggu lepas,” menurut kenyataan tersebut.

Melalui laman Bursa Malaysia, Boustead telahpun mengesahkan mereka sudah menandatangani surat setuju terima dari syarikat Singapura itu.

Wang deposit RM3.94 juta (2%) pun sudah masuk poket Boustead.

“Saya tidak mahu tuduh Menteri Pertahanan kita sedang menipu. Menteri Pertahanan itu satu jawatan yang berat tanggunjawabnya. Tak mungkin Menteri ini seorang penipu.

“Tetapi, jika Mat Sabu bukan penipu maka Boustead sudah melakukan kesalahan undang-undang kerana telah membuat pengumuman palsu kepada Bursa Malaysia.”

Hukuman di bawah  Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2009 memperuntukkan penjara sehingga 10 tahun dan denda sehingga RM3 juta.

No comments:

Post a Comment