Friday, February 15, 2019

Imam Osman meninggal dunia

Imam  Osman (tengah) bersama bekas rakan setugasnya
Bilal Ustaz Hamid (kiri)  dan Bilal Sheikh Rahim
Ketua Cawangan PAS Bandar Lama, Temerloh Ustaz Osman Bakar kembali ke rahmamatullah awal malam ini di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Hoshas) di sini.

Beliau sebelum ini telah menerima rawatan di hospital dan semalam sekali lagi dimasukkan ke situ.

Ustaz Osman, 70, merupakan mantan imam Masjid Abu Bakar Temerloh (masjid daerah) dan berkhidmat sehingga bersara.


Allahyarham berasal dari Chenor, Maran. Balu arwah, Ustazah Morsidah Amin merupakan ahli jawatankuasa Muslimat Negeri. 

Sementara itu Solat jenazah Imam Osman yang bermula kira-kira jam 9 pagi di masjid baru, Bukit Angin, dihadiri begitu ramai kenalan dan saudara mara sehingga diulang hampir 10 kali. 

Jenazah seterusnya dibawa dengan van ke tanah perkuburan Islam Kampung Buntut Pulau untuk disemadikan.

Arwah merupakan pejuang yang istiqamah bersama jamaah. Pernah menjawat Pengerusi Tetap PAS Kawasan Temerloh dan masih aktif mengajar kuliah.

Semoga segala amal dan kebajikan semasa hayatnya diganjari Allah dengan menempatkan roh Allahyarham di kalangan para solihin. Aamiin. Al-Fatihah....

No comments:

Post a Comment