Saturday, February 23, 2019

Adun Chenor rasmi pelancaran Takaful Khas

KG JENGKA BATU 13: YB Ustaz Mujibur Rahman Ishak telah merasmikan Perlancaran Takaful Khas ADUN Chenor bersama Agro Bank.

Takaful ADUN Chenor menawarkan penyertaan berkelompok dengan bayaran hanya RM 20.00 setahun. Diantara keistimewaannya ialah peserta berpeluang mendapat bayaran rawatan hospital akibat kemalangan , disamping bayaran untuk kematian akibat kemalangan sejumlah
RM11000.00 dan .kematian biasa RM 3500.00

Hadir dalam majlis tersebut Pengurus Wilayah Agro Bank, Pengurus Agro Bank Temerloh , ADUN Luit YB Mohd Sofian Abd Jalil ,YDP PAS Maran Hj Hasenan Haron, Ketua Kampung dan Imam-Imam dalam DUN Chenor. 

Lebih 300 orang telah menghadiri Mini Karnival sempena Perlancaran Takaful tersebut. 

Pihak penganjur juga turut melaksanakan aktiviti pertandingan mewarna untuk kanak-kanak.

Disamping itu juga pengunjung berpeluang membuat pemeriksaan kesihatan percuma yang dikendalikan oleh Kesihatan Daerah Maran (Kospen Kg Jengka & Pusat Kesihatan Chenor )

Turut membuka booth ialah perpustakaan Desa Pekan Awah ,Kolej Universiti Widad ,RELA dan ARC yang menawarkan penukaran minyak enjin percuma.

YB Ustaz Mujibur Rahman Ishak merakam penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang telah terlibat menjayakan Mini Karnival dan Perlancaran Takaful ADUN Chenor.

Bagi yang berminat menyertai Takaful tersebut boleh hubungi / Whatsap 013 9962172 -Ramli, 019 966 1019 - Rafi , +60 11 1511 0368 Zakwan, +60 13 229 7317- Ikhwan

No comments:

Post a Comment