Tuesday, December 13, 2011

Penceramah Umno “disampuk hantu” ganggu ceramah PAS

Penceramah Umno “mengamuk” ketika menganggu ceramah PAS yang diadakan bersebelahan di Dun Bukit Baru, Melaka iaitu kerusi Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ali Rustam.

Kadang-kadang terasa malu dengan bangsa asing. Kalau Cina sedang berceramah, tidak ada pula Cina daripada parti lawan mereka yang memekik melolong mengganggu ceramah lawan politik.

Umno yang mengaku Melayu Islam, mengamalkan “wasathiyyah” pulak tu, terpekik terlolong macam diganggu polong pelesit. Berlaku pula di negeri yang dari segi sejarahnya pernah menjadi pusat tamadun Islam 500 tahun yang lalu.

Puak ni jugalah yang sedang memberi gambaran kepada orang-orang kampung bahawa Melayu sedang terancam dan Cina (DAP) akan memerintah Malaysia. Konon-konon dengan sebab itu, mereka rela dengan agenda “perpaduan” dengan PAS (walaupun dah banyak kali PAS kena “kencing”).

Sesekali puak ini juga akan meraung mengatakan Islam tengah terancam, walaupun merekalah yang terang-terang menolak hudud yang mahu dilaksanakan PAS.

Walhal merekalah yang beriya-iya membantai, membalun dan memperlekeh-lekehkan hudud undnag-undang Islam itu.

Apabila sekutu mereka daripada Cina MCA mempertikaikan hudud, apa yang boleh dan terdaya Umno lakukan? Tidak ada apa, sebab selama ini mereka “mengajar” orang Cina jika PAS memerintah “kepala bawah” orang Cina akan kena potong!

No comments:

Post a Comment