Monday, December 12, 2011

Isa Samad sendiri mahu Dzulkifli cuti 9 bulan

Orang dalam Felda mendakwa, Pengerusi Felda Tan Sri Isa Samad sendiri yang mahukan Pengarah Besar Felda, Datuk Zulkifli Wahab bercuti selama sembilan bulan.

Menurut surat bertarikh 21 November, Isa mahukan Dzulkifli diberi cuti sambil belajar selama 6 hingga 9 bulan bagi mengikuti Kursus Pengurusan lanjutan kononnya bagi meningkatkan lagi prestasi beliau.

Surat Isa kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak itu turut menyebut ia sebagai program Transformasi Felda.

Cadangan Isa itu diluluskan oleh Najib pada 26 November.

Menurut maklumat itu lagi, hari ini barang-barang di pejabat Dzulkifli sudah dikemaskan tetapi sebelum ini beliau sudah tidak dibenarkan memasuki pejabatnya.

Sebelum ini Presiden Anak, Mazlan Aliman mendedahkan, kemelut dalaman pengurusan tertinggi Felda semakin kritikal apabila Dzulkifli menerima surat arahan bercuti daripada Setiausaha Sulit Kanan Perdana Menteri.

Arahan itu dikeluarkan selepas Najib menerima surat daripada Isa, 21 November lalu, meminta beliau mengeluarkan arahan tersebut dengan alasan memberi peluang kepada Zulkifli menyambung pengajian.

Arahan itu berkuatkuasa 25 November lalu sehingga Ogos tahun hadapan.

Sebelum ini juga terdapat beberapa desakan daripada pemimpin Umno supaya menyingkirkan pemimpin tertentu dalam Felda yang didakwa menjadi ‘duri dalam daging’ sejak Isa menjadi Pengerusi Koperasi Permodalan Felda (KPF) dan hasrat membawa Felda ke bursa sahan melalui Felda Global Ventures (FGV).


No comments:

Post a Comment