Friday, April 2, 2010

Dewan SMA Al-Khairiah terbakar, dipercayai dikhianati

TEMERLOH: Bilik yang menempatkan dewan dan pentas di Sekolah Menengah Agama (SMA) Al-Khairiah, Batu Satu, dilempar bom petrol oleh seorang tidak dikenali, sekitar jam 4.15 petang tadi sehingga melibatkan kebakaran kecil.

Menurut saksi, perbuatan itu dipercayai khianat kerana dilakukan oleh seorang yang memakai topeng masuk ke sekolah berkenaan dan melempar bom petrol melalui tingkap sehingga membakar dan memusnahkan sebahagian bilik kelas dan dewan dalam bangunan berkenaan.

"Orang bertopeng itu datang naik kereta Kancil tapi letak di luar saja... dia kemudia berjalan ke dalam pagar, memecahkan tingkap dan melempar bom petrol. Kami mula-mula terkejut dengar tingkap pecah dan bunyi bom seakan-akan tong gas meletup".

"Ketika dua orang pelajar bermotor lalu pada waktu itu, orang yang dilihat susuk tubuh seperti orang dewasa itu merentap mereka, menyebabkan keduanya rebah dan salah seorang terseliuh tangannya. Dia terus berlari ke arah kereta yang menunggunya di luar. Ketika itu pengawal keselamatan tidak ada di bilik kawalan berhampiran pagar," kata pelajar terbabit.

Bagaimanapun dengan tindakan pantas pihak sekolah, bomba datang segera dan kebakaran dapat dikawal dalam tempoh masa singkat daripada melarat.

Dalam pada itu, guru-guru yang ditemui tidak menolak perbuatan tersebut sebagai tindakan khianat.

Polis siasatan jenayah dan Cawangan Khas turut berada di tempat kejadian.

Turut berada di tempat kejadian Adun semantan, Syed Hamid Syed Muhamad yang juga Pengerusi PIBG SMA Al-Khairiah.

Sementara itu, saksi memberitahu asap hitam dapat dilihat sehingga empat kilometer daripada sekolah berkenaan.

No comments:

Post a Comment