Tuesday, December 6, 2011

Teruk kami kena menjawap hari ini

Hari ini kami tidak henti-henti terpaksa melayan panggilan bertanyakan satu berita daripada sebuah akhbar Umno, yang memetik ucapan Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob ketika membentangkan Bajet Negeri 2012 pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, semalam mendedahkan kontraktor yang terbabit dengan pembinaan Loji Pemerosesan Nadir Bumi (Lynas) di Gebeng.

Katanya, ADUN pembangkang turut jadi rakan kongsi.

“Saya ada minta Lynas keluarkan senarai kontraktor terbabit dan jangan terkejut (jika) dalam senarai kontraktor itu ada rakan kongsi kepada orang yang paling menentang Lynas.

“Ini termasuk juga rakan kongsi kepada wakil kita dari (Kuala) Semantan dan Beserah,” katanya

DUN Kuala Semantan diwakili Syed Hamid Syed Muhamad manakala Syed Mohammad Tuan Lonnik adalah ADUN Beserah.

Dua wakil PAS itu penentang kuat pembinaan kilang Lynas.

‘Sejuk panas’ rasanya badan saya dan lemah longlai lutut menjawap persoalan ini.

Teruk kami, mana nak sorok muka.

Saya harap Tok Nan tersalah petik sumber.


Sunday, December 4, 2011

Lagi Presiden MCA hina Islam

Pada Perhimpunan Umno semalam, Haji Najib begitu ghairah menyuruh PAS meninggalkan DAP.

Tapi apakah beliau sedar bahawa presiden parti rakan sekutunya membuat road show menghentam Islam terus-terusan setiap kali bercakap dan disiarkan media.

Apakah orang Umno pekak dan buta daripada mendengar dan melihat karenah bekas palakon porno ini? Jangankan mahu mempertahankan Islam, menegur pun tak berani hanya kerana rakan seselimut.

Mana perginya tukang tempik sorak Umno yang kononnya membela agama?

Apakah apek ini berani menghina Islam jika tidak mendapat izin rakan sekutu Umnonya?

Inilah kefahaman tentang Islam yang dianut oleh bukan Islam sepanjang setengah abad Umno memerintah.

Kita harap rakyat yang mengundi, terutamanya orang Melayu dapat menilai dan seterusnya mengubah senario ini daripada terus-terusan dayus membiarkan hukum agama sendiri dihina, dicerca dan diludah oleh parti komponen pemerintah.

Saturday, December 3, 2011

"Bersih" menang satu tuntutan

Dalam Perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai 2011 yang lalu, 8 tuntutan telah dibuat iaitu:

1. BERSIHKAN SENARAI UNDI

2. MEREFORMASI UNDI POS

3. GUNA DAKWAT KEKAL

4. MASA KEMPEN MINIMA 21 HARI

5. AKSES MEDIA YANG BEBAS DAN ADIL

6. KUKUHKAN INSTITUSI AWAM

7. HENTIKAN RASUAH

8. HENTIKAN POLITIK KOTOR

Akibat daripada kongkongan kerajaan merubah perkara-perkara di atas, pilihan raya menjadi kotor sebagaimana dibualkan sentiasa oleh orang awam di mana-mana. Akhirnya pilihan raya di negara ini menjadi bahan lelucun terutama kepada generasi muda.

Berdasarkan pengakuan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini, satu tuntutan telah diperkenankan iaitu penggunaan dakwat kekal.

Ini bermakna, ada 7 tuntutan lagi yang perlu ditunaikan.

Permintaan tersebut merupakan tuntutan rakyat yang mahukan amalan demokrasi tulen dan subur. Demokrasi dan transformasi adalah runtunan dan perubahan ‘semula jadi’ dan tidak boleh disekat. Jika disekat, akibatnya akan dapat dilihat seperti yang terjadi kepada negara-negara Arab sekarang.

Najib Tun Razak dalam dua tiga hari ini di Perhimpunan Agung Umno berulang kali menyebut “game changes” dan “Arab Spring” yang menggambarkan tuntutan perubahan mesti dilaksanakan kerana itulah trend semasa. Sedangkan cara berpolitik Umno tetap seperti tahun 1950-an.

Rakyat sedang menanti dan memerhatikan sama ada Najib bercakap benar atau “cakap tak serupa bikin”.


Friday, December 2, 2011

Tergamak Umno hina ulamak sebagai pukimak...

Dalam Persidangan Agung Umno yang sedang berlangsung, ada disebutkan oleh pemimpin parti itu bahawa Umno tidak rasis.

Iya, Umno tidak rasis apabila kebulurkan undi Cina dan India. Sebab itulah mereka boleh kekal memerintah selama setengah abad kerana boleh duduk seselimut dengan Cina MCA/Gerakan dan Keling MIC.

Justeru apabila bertemu dengan bangsa-bangsa itu, propaganda politik mereka akan bertukar sama sekali. Dengan puak ini mereka akan terus menyerang PAS, termasuk mengatakan jika PAS memerintah, kepala Cina dan Keling akan dipotong “atas bawah”. Keberanian Presiden MCA menghina hudud dalam setiap ucapannya kerana mereka melihat orang Islam Umno sendiri memperlekeh hudud.

Tetapi apabila bertemu dengan orang Melayu, di situlah mereka akan menjadi sangat rasis seumpama “Cina” sudah mahu menguasai Malaysia. Cina yang mereka sebutkan ialah DAP. MCA? MCA yang jadi rakan sekongkol mereka disembunyikan seolah-olah mereka bukan Cina. Yang Cina hanya DAP.

Mereka kata, jika Umno kalah DAP Cinalah yang akan memerintah! Bukankah pelik? Yang bertanding melawan BN diwakili Umno ialah PAS. Siapa PAS, tidakkah Melayu? Yang bertanding melawan Cina MCA pula ialah DAP.

Kasihan kepada pakcik makcik tegar Umno yang duduk jauh di ulu, seumur hidup mereka ditipu Umno!

Tahukah anda, bahawa apabila Umno sedang tersepit mereka akan mencari PAS untuk mengajak bersatu? Iya, itulah yang dilakukan oleh mereka apabila mereka hampir tertiarap selepas PRU 1969, Selepas PRU 1999 dan selepas PRU yang terbaru.

Itulah wajah Umno sebenar.

Satu lagi yang ingin disentuh ialah mengenai sikap pendokong Umno yang mendakwa apabila berpolitik, maka mereka menjadi “binatang politik”. Ertinya dalam berpolitik tidak ada agama lagi dengan maksud tiada lagi akhlak dan ihsan.

Video yang dipaparkan di atas, menjadi bukti bahawa Umno sanggup melakukan apa saja sehingga seorang ulamak tergamak digelar “pukimak”!

Yang bercakap itu pula, orang 'sumpah keramat' yang pernah diberi ruang oleh PAS berucap di pentas-pentas PAS. Begitulah, apabila Umno... inilah spesisnya!

Anda nilailah sendiri!

Thursday, December 1, 2011

Lagu untuk yang sedang huha huha di PWTC

Semalam dalam Perhimpunan Wanita Umno, Shahrizat bukan main lagi cakap berdegar-degar siap singsing lengan baju dan sanggup selak kain dalam isu lembu-kondo RM250 juta melibatkan keluarganya.

Hari ini apabila wartawan media menyoalnya isu tersebut, beliau hanya mengangkat kening tanda tak mahu respons.

Sedangkan ramai jurufoto menanti, apakah Shahrizat benar-benar mahu selak kainnya!

Tahniah, episod baru dalam perjuangan Wanita Umno!