Monday, September 30, 2019

YB Shukri stabil, doakan kesihatannya

Keadaan Pesuruhjaya PAS Perlis, Mohd Shukri Ramli pada ketika ini adalah stabil dan semua pihak dimohon mendoakan kesejahteraan beliau.

Berita Adun Sanglang itu yang rebah ketika menyampaikan ucapan di Ceramah Perdana Muafakat Nasional Peringkat Negeri Perlis semalam telah menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan ahli PAS dan masyarakat.


Ketua Penerangan PAS Perlis, Dr. Saifizi Saidon dalam kenyataan medianya hari ini berkata, keadaan beliau kini dilaporkan stabil namun masih diletakkan di bawah pengawasan rapi doktor di CCU, Hospital Tuanku Fauziah (HTF), Kangar.

“Sehubungan dengan itu, Badan Perhubungan PAS Negeri Perlis menyeru kepada seluruh masyarakat agar dapat sama-sama mendoakan kesembuhan dan kesejahteraan kepada beliau.

“PAS Perlis juga memohon semua pihak supaya tidak mengada-adakan sebarang spekulasi berkenaan keadaan kesihatan YB Mohd. Shukri.

“Sebarang perkembangan terkini berhubung keadaan beliau akan dimaklumkan oleh PAS Perlis dari semasa ke semasa,” jelasnya.

Semoga seluruh ahli keluarga beliau diberikan kekuatan oleh Allah S.W.T. dalam menghadapi ujian ini.


No comments:

Post a Comment