Friday, March 22, 2019

Statistik kes HIV: DAP Hilang Kewarasan.

Kenyataan ADUN Keranji dari DAP Perak Chong Zhemin mengenai statistik HIV tertinggi di Kelantan, ternyata fitnah dan hanya mahu membohongi mereka yang sudah menyimpan dendam terhadap PAS.

Ketua Penerangan PAS Pusat Ustaz Nasrudin Hassan dalam kenyataannya, memperincikan statistik berkaitan pentakit berkenaan.


Dalam tulisannya beliau menyebut, sebelum ini _(pada 6 dan 9 Mac 2019)_, pimpinan utama DAP _(Lim Guan Eng dan Nga Kor Ming)_ melompat lantun tidak ubah seperti *“kera kena belacan”*, lalu menyerang kerjasama PAS dan UMNO apabila dilihat ummat Islam kian bersatu.

Pada 21 Mac pula Chong Zhemin yang  kepanasaran lantas menempelak Kelantan kerana tiada pawagam lalu mendakwa kononnya Kelantan catat kes HIV tertinggi.

Namun realitinya: statistik yang dicatat oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebagaimana yang disunting oleh *Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES)

Statistik kes HIV tahun 2015:*

01. Selangor : 767 kes
02. Johor : 451 kes
03. Wilayah : 448 kes
04. Sabah : 233 kes
05. Sarawak : 230 kes
06. Pahang : 177 kes
07. Kelantan : 169 kes

(Negeri - negeri lain mencatat kes yang lebih rendah berbanding negeri-negeri di atas)

Statistik kes HIV tahun 2016:

01. Selangor : 888 kes
02. Wilayah : 499 kes
03. Johor : 321 kes
04. Sarawak : 258 kes
05. Sabah : 256 kes
06. Pahang : 212 kes
07. Kelantan : 189 kes

(Negeri - negeri lain mencatat kes yang lebih rendah berbanding negeri-negeri di atas)

Statistik kes HIV tahun 2017:

01. Selangor : 986 kes
02. Wilayah : 464 kes
03. Johor : 347 kes
04. Sarawak : 226 kes
05. Sabah : 211 kes
06. Penang : 193
07. Kedah : 187
08. Perak : 154
09. Kelantan : 136 kes

(Negeri - negeri lain mencatat kes yang lebih rendah berbanding negeri-negeri di atas)

Selepas ini, entah apa lagi fitnah murahan yang bakal direka cipta oleh bangsa DAP untuk menutup isu skandal terowong di Pulau Pinang dan juga mendepani gelombang kerjasama PAS dan UMNO yang bakal merubah landskap politik tanah air.

Tambahnya, beliau percaya, DAP telah hilang sentuhan politik waras. Kini mereka terpaksa menggunakan skil politik fitnah dan gaya politik provokasi untuk mencetus keresahan rakyat agar tidak menyokong kerjasama PAS dan UMNO.

Namun rakyat khasnya anak-anak muda yang cerdas aqal dan celik politik untuk menilai dan menolak politik provokasi dan politik fitnah yang diamalkan oleh DAP mutaakhir ini.

Politik arrogant DAP yang dilihat sedang mendominasi kerajaan Pakatan Harapan hari ini semakin hilang kawalan. Terhuyung hayang _“kemabukan”_ dibawah pengaruh emosi teruja berada di puncak kuasa.

Rakyat sewajarnya menolak Fitnah DAP serta rakan-rakan yang sama waktu dengannya.

No comments:

Post a Comment