Sunday, April 29, 2012

Polis terhutang nyawa dengan peserta Bersih

Kebanyakan akhbar harian hari ini memfokuskan sebuah kereta yang diterbalikkan dalam himpunan Berih 3.0 semalam di sekitar Sogo, bagi menggambarkan kononnya peserta perhimpunan ganas.

Tidak disorot pula secara adil, mengapa kejadian tersebut berlaku. Lojikkah kereta polis tiba-tiba berada di tengah orang ramai atau diusung angkat oleh rakyat yang berhimpun?

Peristiwa sebenarnya ialah kereta tersebut telah meluru ke kawasan rakyat berkumpul dengan laju lalu melanggar manusia di situ. Beberapa orang cedera parah akibat rempuhan gila tersebut dan seorang dikatakan meninggal dunia di hospital.

Sebenarnya polis yang memandu kereta berkenaan terhutang nyawa dengan peserta Bersih, kerana perbuatan kurang ajar dan tidak berperikemanusiaan itu telah mengundang kemarahan rakyat yang sebelum itu telah lemas ditembak dengan gas pemedih mata dan semburan asid.

Polis tersebut ada kemungkinan menemui ajal jika dibiarkan di situ kerana dikerumuni ramai sehingga boleh dikeroyok semahu-mahunya, jika peserta Bersih ganas. Mujurlah ada peserta himpunan yang cukup berperikemanusiaan, profesional dan tidak mahukan kekecohan lalu melindungi polis yang berada dalam keadaan panik itu sehingga terselamat.

Adegan tersebut dapat disaksikan dengan jelas melalui: http://www.youtube.com/watch?v=3F390Ofsyfs&feature=relmfu

Peristiwa tersebut berlaku sangat pantas.

Kereta tersebut diterbalikkan kerana rakyat mengsyaki masih ada peserta yang tertindih atau terhempap oleh kereta polis yang meluru begitu laju melanggar rakyat Malaysia itu.

Rakaman tersebut dapat disaksikan dengan jelas rakyat yang berhimpun secara aman telah dirempuh polis. Namun cerita tersebut tidak dimuatkan dalam lidah-lidah rasmi Umno, menandakan mereka berbohong menutup cerita sebenar bagi menipu pakcik-makcik di kampung.

Bagi mereka yang hadir, sekali imbas saja sudah tahu media lidah rasmi Umno berbohong. Dari segi jumlah kehadiran saja pun mereka jelas menipu. Jadi apa pula masalahnya jika keseluruhan peristiwa mahu diputar belit?

Kami akan cuba memaparkan banyak lagi cerita-cerita benar daripada pengalaman peserta himpunan dan tidak akan menutup atau mengalih isu ini kerana ia lambang transformasi yang dicita-citakan Najib selama ini.

Rakyat tidak mahu bermusuh dengan polis. Namun kesal dipergunakan oleh pimpinan Umno bagi melaga-lagakan institusi itu dengan rakyat yang menuntut keadilan!

No comments:

Post a Comment