Friday, March 30, 2012

Bekas TPJ, SUP PAS Pahang kembali ke rahmatullah

Bekas Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang Cikgu Yusof Ibrahim telah kembali ke rahmatullah pada hari Rabu (28 Mac) lalu kira-kira jam 5.30 pagi di rumahnya di kampung Kempadang, Kuantan.

Allahyarham, 68, menjadi TPJ (1987-1993), Setiausaha Badan Perhubungan (1981-1983) dan Bendahari PAS Negeri (1993-2000).

Yusof berasal dari Parit, Perak datang menabur bakti ke Pahang dengan bertugas sebagai guru (selama 28 tahun) pada tahun 1967 dan terus aktif dalam PAS.

Bekas Guru Penolong Kanan itu pernah menjawat Yang Di Pertua PAS Kawasan Kuantan.

Meskipun tidak mempunyai jawatan penting, tetapi semasa hayatnya banyak menyalurkan sumbangan kepada perkembangan Islam di Kuantan.

Beliau pergi menjejaki sahabat karibnya iaitu seorang lagi tokoh PAS Allahyarham Bahrin Mohamad.

Semoga pemergiannya disambut restu dan rahmat Allah sebagai ganjaran perngorbanan dan perjuangannya selama ini.



No comments:

Post a Comment