Monday, May 9, 2011

Gula naik, cerita video seks akan lebih sensasi!

Kerajaan BN sekali lagi, atas nama “Rakyat didahulukan” menaikkan harga gula sebanyak 20 sen lagi sehingga mencecah RM2.30 sekilogram dan berkuatkuasa esok, 10 Mei.

Kenaikan serta merta itu tidak dimaklumkan kepada rakyat terlebih dulu, tetapi hanya melaksanakan keputusan Mesyuarat Majlis Ekonomi pada hari ini. Ertinya suka atau tidak, rakyat mesti terima.

Lapor laman Malaysiakini, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Mohd Zain Mohd Dom, berkata penyelarasan subsidi itu akan membolehkan kerajaan berjimat sebanyak RM116.6juta.

Jelas jika mengikut teori ekonomi, tahap kewangan negara sebenarnya berada dalam keadaan krikal sehingga hak yang sepatutnya dinikmati rakyat terpaksa dikorbankan demi menmapung perbelanjaan negara.

Jelas Mohd Zain, walaupun perubahan harga runcit dibuat, ia adalah lebih rendah berbanding negara serantau, termasuk Indonesia, Singapura, Thailand dan Filipina.

Kita rasa, inilah juga alasan yang akan digunakan oleh penyembang-penyembang Umno/BN sama ada dalam ceramah, mahupun berkempen di media maya. Jika kenaikan Petrol 97 baru-baru ini mereka berhujah hanya kereta besar dan orang kaya yang pakai minyak jenis ini, kali ini mereka akan guna alasan gula itu bahaya dan rakyat patut berhenti minum atau gunakan gula!

Dalam sehari dua ini, itulah alasan dan hujah yang akan dimainkan media Umno/BN bagi melunakkan perasan rakyat, khususnya orang Melayu.

Apa yang akan gagal dijelaskan, ialah kenaikan ini akan menyebabkan harga barangan yang sudah sedia tinggi akan melambung lagi. Bukan setakat rakyat biasa, malah pengusaha kecil warung, kuih muih sudah pasti terpaksa berhempas pulas. Maka sudah tentulah kebanyakan pengusaha Melayu itu tiada pilihan terpaksa menaikkan harga produk mereka atau gulung tikar.

Namun kita percaya, rakyat tidak akan perasan dengan kenaikan ‘mencekik leher” ini selepas dua tiga hari akan datang kerana media-media cetak dan elektronik akan lebih agresif lagi memainkan isu video seks!

Selepas ini rakyat jelata, khususnya orang Melayu, akan teralpa daripada keperitan kenaikkan gula kerana media lidah rasmi Umno/BN akan terus mensensasikan kisah seks, lucah dan porno!

Dengan lain-lain perkataan, rakyat jelata khususnya orang Melayu, sudah kian pupus sensitiviti mereka meskipun kerajaan sedang 'mencecik urat merih' mereka. Semuanya gara-gara kepala dan pemikiran rakyat sudah diisi serta diasak dengan agenda seks, lucah dan porno yang telah sogok dan disuapkan oleh pimpinan Umno melalui media rasmi mereka!

No comments:

Post a Comment