Thursday, May 12, 2011

Pejabat Adun (PAS) Kuala Semantan pula dipecah masuk

Setelah pejabat Perhubungan PAS Pahang di Jalan Dato’ Bahaman, Temerloh diceroboh masuk dan dicuri orang yang tidak dikenali bulan lalu, hari ini didapati pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Semantan, Syed Hamid Syed Mohamad pula dipecah masuk.

Menurut Pengarah MTD Kuala Semantan, Ahmad Zuber Omar, beliau yang juga pembantu YB hanya menyedari pejabatnya yang terletak di Damai Court itu diceroboh tengahari tadi.

Katanya, modus operandi pencerobohan tersebut sama dengan yang berlaku kepada pejabat Perhubungan tempoh hari iaitu memecahkan atap genting dan masuk melalui siling di tingkat atas.

Penceroboh dipercayai menggeledah di tempat-tempat yang seolah-olah diketahui strategik atau menyimpan maklumat parti. Setakat ini siasatan terhadap barangan yang hilang masih diteruskan.

Selain pejabat PAS, sebelum ini pejabat Ketua PKR Pahang Datuk Fauzi Abdul Rahman di Kuantan, juga dipecah masuk dan dipercayai mempunyai tujuan yang sama iaitu mencuri maklumat.


No comments:

Post a Comment