Monday, December 6, 2010

PENIPU!... PENIPU!.... PENIPU!!!...

Keratan akhbar lidah rasmi Umno ini memaparkan janji menteri Tuan Haji Ismail Sabri bahawa harga minyak RON95 akan kekal tahun ini. Belum sempat habis tahun, harga minyak tersebut dinaikkan lagi. Sebelum itu, sudah beberapa kali dinaikkan.

Lebih malang lagi, harga diesel turut naik 5 sen menjadikannya RM1.80 seliter manakala gas LPG juga naik 5 sen menjadikan harganya RM1.90 sekilogram. Semua kenaikan berjumlah tiga klai tahun ini.

Tidak cukup dengan itu, harga gula pula naik 20 sen, iaitu kenaikan ketiga tahun ini menjadikan harganya RM2.10 sekilogram.

‎Seorang sahabat mencipta satu slogan baru untuk Umno - BN iaitu: 1 malaysia = rakyat diabaikan, barang naik diutamakan....

Kita pasti, menteri dan kerajaan Umno BN akan berjanji lagi dan terus berjanji. Dan rakyat pula akan terus alpa dan terhibur dengan janji-janji manis yang akhirnya mencekik urat merih rakyat!

2 comments:

  1. http://www.youtube.com/watch?v=LwNLT428PqU
    perhatikan video tersebut terutama janji Najib pada minit 2.05 dlm video itu.... ha ha .

    ReplyDelete
  2. Thanks...
    saya tengok dah...
    .. tu ugutan Najib bernilai RM5 juta kepada masyarakat di Rajang Park semasa PRK Sibu.
    SPR tak tengok ke video ni?
    Kepada seluruh rakyat, dlm isu minyak dan gula ini, Najib tak boleh sign cek ke untuk batalkan kenaikan?

    ReplyDelete