Showing posts with label Renungan. Show all posts
Showing posts with label Renungan. Show all posts

Monday, July 23, 2012

Janji ditepati?... tipulah!



Wednesday, July 11, 2012

Ucapan Mike Tyson setelah Islam

“ Saya takut kepada Allah. Saya tahu saya banyak buat perkara yang jahat dan salah yang kesemua itu melayakkan saya masuk neraka sahaja. Namun saya memohon keampunan daripada-Nya setiap hari...”

- Abdul Malik Abdul Aziz @ Mike Tyson

Ucapan insan yang pernah dicop “ganas” ini dulu tetapi sujud takutkan Allah, patut menjadi iktibar kepada kita.

Demikianlah seorang manusia, setelah mendapat hidayah taufiq daripada Allah.

Sebelum ini bekas juara tinju dunia Muhammad Ali atau Cassius Clay juga menganut Islam.

Nah, manusia yang paling kuat tumbukannya di dunia inipun takut kepada Allah dan azab neraka. Yang kita ini sekuat mana agaknya sehingga sanggup langgar hukum Allah, sanggup fitnah aibkan sesama muslim dan sanggup menyebarkan cerita bohong?

Eloklah bermuhasabah...


Sunday, May 13, 2012

Dua gambar, dedahkan cerita sebenar

Daripada banner yang ditayangkan di mana-mana, Umno (baru) cuba mengaitkan perhimpunan ulang tahunnya baru-baru ini dengan agama. Perjuangan Umno mula dikaitkan dengan jihad bagi menarik serta menyuntik semangat orang-orang Melayu.

Ini dibuktikan juga dengan pidato oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin yang memetika ayat-ayat Al Qur-an mengenai persiapan Rasulullah menempuh Perang Tabuk. “Bergeraklah dalam keadaan senang meski dalam keadaan ringan atau berat ke medan perang”.

Selain puluhan ribu yang hadir itu, mereka yang menonton perhimpunan raksasa itu melalui televisyen juga diharap terkesan dengan kempen itu. Bahawa Umno sedang memimpin satu pergerakan jihad.

Namun yang datang itu, semua orang tahu, diupah dan diangkut dengan janji pergi makan angin ke Kuala Lumpur. Sudah tentu tidak terfikir pun pada otak mereka untuk pergi berjihad.

Ada di antaranya pula memang jenis tidak senonoh pun. Sebab itu pelbagai aksi dipertontonkan tanpa disedari mereka diangkut ke majlis yang Umno umumkan sebagai medan jihad itu. Yang berlaku mereka berhibur dan memuaskan hati sesakan-sakannya, memenuhi jemputan makan angin percuma.

Rakan-rakan facebook ramai yang meminta Majlis Fatwa Kebangsan mengeluarkan fatwa tentang pelakuan sumbang dalam majlis anjuran Umno ini. Tetapi kita tahu, mereka tidak akan membuka mulut pun tentang itu. Kita pasti.

Yang mahu kita gambarkan kepada yang masih berlum berpihak atau berparti, sudah sejauh inilah kempen politik ini dibawa mengikut acuan pemerintah. Siapa yang berani menegur atau menegah?



Tuesday, February 28, 2012

Jati tiada kaitan dengan politik, Umno itu apa?

Pakar motivasi ini begitu beriya-iya mengisytiharkan Jalur Tiga pempinannya yang memperjuangkan Islam, Melayu dan Raja tiada kaitan dengan politik namun apa yang dapat diperhatikan beliau berdiri di pentas Umno.

Bukan itu saja, malah menurut sumber, ceramahnya juga dianjur dan ditaja oleh rangkaian Umno sebab itu mendapat tempat yang istimewa dan pendengarnya pula diangkut dengan bas seperti program Umno.

Ertinya, menurut pandangannya Umno itu bukanlah politik, mungkin pertubuhan dakwah barangkali atau kelab ronggeng-ronggengan.

Bayangkan, bagaimana mahu memperjuangkan Islam jika zahir pada mulut saja sudah bohong?

Jika Ibrahim Ali yang berkata demikian, orang tidak ambil kisah kerana latar belakangnya. Tetapi apabila Hasan Ali yang berkata begitu, orang akan menerimanya dengans edikit rasa biul!

Monday, February 13, 2012

Sejadah rukuk dan sujud, kekayaan Tuhan

Meskipun pelbagai reaksi dirimbulkan berkaitan deretan sejadah yang seolah-olah rukuk dan sujud menghadap kiblat, namun tidak dapat dinafikan itulah kekayaan Allah SWT. Subhanallah!

Kejadian berlaku di Madrasah Darul Hijrah Paya Pasir, Maran, Pahang. Ia ditubuhkan oleh mantan Pesuruhjaya PAS Pahang Ustaz Alwi Abdul Hamid dan kini dipimpin pula oleh balunya mantan Ketua Muslimat PAS Pusat / Pahang Ustazah Azizah Khatib Mat.

Kejadian berlaku di surau lama (berusia hampir 70 tahun) kira-kira jam 7.30 malam kelmarin.

Kejadian yang menggemparkan itu turut mendapat liputan media.

Seorang pelajar, Filza, bercerita begini, pada jam 6.45 petang sebelum kejadian, pengetua maahad itu meminta dia bersama tiga rakan lain, Badlishah Sadino, 11, Aiza Zamri, 10, dan Norsyamira Ismail, 13, mengangkat 45 sejadah yang dijemur di penyidai kerana hujan.

“Umi (Kak Zah) meminta kami mengangkat sejadah terbabit untuk dihamparkan di surau lama ini memandangkan semua sejadah masih lembap.

“Selesai solat Maghrib, saya bersama seorang rakan, Najwa Baderi, 14, naik ke tingkat itu untuk mengambil wuduk yang terbatal. Selepas mengambil wuduk dan melintasi bilik mengaji ini, saya terkejut apabila melihat sejadah di hadapan pintu berbentuk seakan sedang sujud menghadap kiblat.

Filza berkata, mereka segera ke tingkat bawah dan memaklumkan kepada pengetua maahad mengenai kejadian pelik itu.



Tuesday, February 7, 2012

Parlimen bubar minggu depan?



Betulkah parlimen akan dibubarkan minggu depan untuk diadakah pilihan raya umum?

Itulah yang diutarakan oleh Naib Presiden PAS Haji Husam Musa dalam laman facebooknya.

PAS Pahang bagaimana? Dah bersedia, atau masih sejuk lagi kerana jentera belum dipanaskan?

Dalam saat terdesak begini kerana ketiadaan media arus perdana, apa pelan tindakan yang seharusnya dilakukan segera?

Bukankah ini PRU terakhir, dan jika PR tidak menang kali ini keadaan selepas itu akan bertambar sukar?

Apakah rakyat sedar mereka sedang diberi jilatan gula-gula?

Apakah manifesto dan tawaran PR sudah sampai ke setiap cuping telinga rakyat?

Tuesday, October 5, 2010

Umat Islam sudah hilang...

# Hilangnya kasih sayang dan keadilan dari pemimpin dan pemerintah

# Hilang nya sifat berani, sifat zuhud, nasihat nasihat dan kasih sayang daripada para alim ulama.

# Hilangnya perasaan malu dari kaum wanita.

# Hilangnya sifat sabar daripada fakir miskin

# Hilangnya sifat pemurah dari orang kaya. kalau pemurah pun ada udang di sebalik batu.

# Hilangnya sifat tawadhuk dari ulama, pemimpin dan orang orang atasan.

# Hilangnya Ilmu dari pada ahli ibadah

# Hilangnya sifat lemah lembut dan kebijaksanaan daripada pendakwah dan para pejuang Islam.

# Hilangnya rasa khusyuk daripada orang yang bersembahyang.

# Hilangnya sifat amanah daripada orang yang di beri tanggung jawab.

# Hilangnya akhlak dan budi pekerti mulia dari ulama, pemimpin dan orang biasa.

# Hilangnya ukhwah dan kasih sayang di antara sesama Islam

# Hilangnya rasa takut dengan dosa dan Tuhan

# Hilangnya tamaddun Islam

# Hilangnya undang undang dan perlembagaan Islam