Monday, June 30, 2014

PAS Pahang bantu tiga beradik kematian ibu

TEMERLOH: Nasib tiga beradik malang yang terpaksa menumpang kasih nenek berikutan ibu mereka yang meninggal dunia akibat kemalangan, mendapat perhatian dan simpati PAS Pahang.

Sehubungan itu PAS Pahang melalui Prihatin Rakyat Lajnah Kebajikan semalam menyampaikan sumbangan kepada nenek tiga beradik berkenaan, Maziah Omar, 68.

Maziah yang juga merupakan pekerja separuh masa sebagai tukang sapu di pejabat PAS Pahang di sini, menerima sumbangan wang tunai daripada Setiausaha Kerja PAS Pahang Amira Shaharuddin.

“Kami memahami kesedihan dan kesempitan makcik (Maziah) yang selama ini kami sudah anggap sebagai rakan sekerja.

“Dengan itu Prihatin Rakyat buat permulaan ini menghulurkan sedikit bantuan kewangan sempena Ramadan dan jika ada rezeki, akan disumbangkan lagi dari masa ke semasa,” kata Amira.

Menantu Maziah, Rosmawati Mohd Mahidin, 32, ibu kepada tiga beradik) ditimpa kemalangan kira-kira jam 7.30 malam 10 Jun lalu ketika menunggang motosikal untuk ke tempat kerja sebagai pembantu kedai makan di Kampung Seberang Temerloh di sini.

Menurut Maziah yang tinggal di Kampung Padang Tenggala di sini, menantunya terlanggar longgokan batu yang dibuang sebuah lori yang menjalankan kerja membuat jalan di kampung berkenaan sehingga tercampak dan koma.

Seminggu kemudian, Rosmawati meninggal dunia di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh meninggalkan tiga anaknya Nurul Nabila, 14, Nurul Elya Syafina, 6, dan Syabil Nazrin, 5, yang semuanya masih bersekolah.

Sementara itu menurut Maziah yang memelihara seorang lagi cucu, suami Rosmawati, Hazranizam, bekerja sebagai buruh di Thailand.

CAPTION
Amira (tengah) menyampaikan sumbangan wang kepada Maziah.


1 comment:

  1. Mohon numpang promosi disini, mana-mana ghodong atau belia nak masuk Kolej Komuniti Temerloh dalam bidang Rekabentuk Perabot( lepasan SPM) , bolehlah kontek kat no koi ni 0195233829 atau 0122723104...kalau ada bakat dalam bolasepak atau futsal, boleh mewakili Kolej Komuniti Temerloh dalam sukan IPT

    ReplyDelete